Kelihatan tompok hitam seperti peta pada lengan aku, itu adalah tanda lahir.
[sila rujuk gambar di atas]
Tanda lahir adalah tanda yang wujud sejak dari lahir manakala sijil beranak pula adalah sijil penghargaan yang diberikan kepada ibu bapa kerana menyebabkan aku lahir.
Hari ini adalah ulangtahun kelahiran adik aku yang memegang dua stereng serentak (gila kuasa) di belakang aku itu.
[sila rujuk gambar di atas]
Aku sayang adik aku sebab dia adik aku, kalau adik orang lain, aku malas nak sayang.
Untuk Akmal Azfar, ini sahaja kek yang Along mampu buatkan
[sila rujuk video di bawah]
Harap berselera.
Sekian, terima kasih kerana menjadi adik kepada Amalina.
P/S : Adik aku sememangnya tidak boleh dikategorikan sebagai benda kecil, beliau adalah benda besar dan berbulu.
Aku juga mahu beritahu bahawa hari ini aku banyak menekan spacebar, anak panah ke kanan dan anak panah kiri kerana keterujaan menjumpai ini.
[sila rujuk pautan pada perkataan 'ini' yang berwarna merah]
Oleh kerana banyak menggunakan jari untuk mengumpul coklat,
maka hari ini aku suruh hati yang menaip.
Oleh kerana banyak menggunakan jari untuk mengumpul coklat,
maka hari ini aku suruh hati yang menaip.


Terharu giler.... Bangge dpt kakak mcm nie.... Serius...
BalasPadam(lap mata)
BalasPadamien... nak jadi adik ko jugak la... aku suke bila vid tu ade nama amal! giler jeles... ko x bg aku kek pun ien... hahaha...
BalasPadamaku nak jugak lin woi
BalasPadam"kau mmg kakak yg baik...ambil la tisu ni..."
BalasPadam(sambil menghulurkan sebungkus
tisu pada kau)
kahkahkah
BalasPadamasyik!
patut lah
kau suruh hati
yg menulis
aku punya teruja
surah hati ja yg jwb
pertanyaan dari rakan td
hahaha
p/s : score 1804 ja...banyak cekelat terlepas...huhu
abid, nanti aku ko.heh..tak sangke kau berselera dengan kek tu..
BalasPadamwadi AR, aneh rasanya dipanggil lin..heh..
pak lang, takpe..aku dah lap dengan lengan baju aku.kau lambat(sambil mencampak sebungkus tisu ke muka kau).
aku tahu kau teruja tengok wanita itu berjalan berkemban setelah mandi.heh..aku main sepanjang hari sampai tak ingat lansung score..
ceh...aku baru ja nak
BalasPadammeniaga tisu...kau dah
musnahkan perniagaan aku.
haha
wanita berjalan berkemban
setelah mandi? hurmmm...
tp dia cuma lap separuh saja
wap di cermin tu...haha :p
cubaan menjual tisu pada seorang yang miskin dan pengotor(merujuk kepada diri sendiri) tidak pernah akan berjaya.(sambil ketawa seperti seorang yang ketawa untuk pertama kali dalam hidupnya)
BalasPadamApe tu Magnum Pleasure Hunt? Tak kua pape pun?
BalasPadam=(
aku membayangkan
BalasPadamyg kau keliru dan
tak pasti mcm mana untuk
ketawa lantas aku pun
mengambil kesempatan
"untuk ketawa, anda perlu
menyumbatkan tisu di kedua2 belah telinga...nah, ambil tisu ni..."
(menjual tisu lg)
mommy fara, maybe lambat loading kot..
BalasPadampak lang, jauhkan aku dari tisu-tisumu itu kerana aku juga mempunyai tisu-tisu dibawah lapisan epidermis.
P/S : Adik aku sememangnya tidak boleh dikategorikan sebagai benda kecil, beliau adalah benda besar dan berbulu.
BalasPadamaku suka gila yang ini.
lol.
kau suka benda besar dan berbulu?(muka curious)
BalasPadamBaiklah kalau begitu.
BalasPadamerrr...
roti tisu nak tak?
ya, berikan saya roti tisu tanpa gula satu.
BalasPadamyes!
BalasPadamini lah yg
dinamakan sbg
bisnes planing.
hahaha