24.9.13

Jujur


Wanita itu menceritakan tentang betapa jujurnya
masyarakat Jepun, dimana ketika dia berada di Jepun
dia tidak perlu mengunci basikalnya, malah dia tidak 
pernah mengunci basikalnya dan dia tidak perlu
risau tentang basikal itu akan hilang,memang mustahil.
Begitu juga, jika dia berada di kedai, dia mahu ke tandas,
dia boleh meninggalkan laptop,buku, beg di meja
tanpa perlu risau akan ada orang mengambilnya.
Dia juga memberitahu, dia tidak perlu mengunci
rumah dan tidak pernah mengunci rumah,
dia cuma tahu yang dia pasti selamat.

Aku kagum dengan persekitaran yang dia ceritakan
di Jepun yang aku yakin ia telah menjadi budaya masyarakat
di sana supaya sentiasa menghormati hak orang lain.

P/S : Wanita yang bercerita itu bukan seorang warga Jepun
tapi pernah menetap di Jepun untuk satu jangkamasa yang
agak lama.

Kemudian, aku menceritakan padanya tentang betapa
tak jujurnya aku bilamana kelmarin bos aku meninggalkan
buku organizernya di atas meja,senaskah majalah kecil
terkeluar dari buku itu, aku tarik majalah itu dan aku
membacanya tanpa meminta kebenaran.
Tiba-tiba, bos aku balik dia nampak
aku sedang membaca majalahnya.
Situasi itu seperti aku telah
menyelongkar barang bos aku.

Wanita itu terdiam seketika,
kemudian kami sambung berbual.

22.9.13

Tahi

Aku biasa baik-baik saja sesama manusia,
mahu dikatakan baik sangat tidak juga,
cuma aku jarang sekali membaling tahi pada orang.

Permainan baling tahi ini berlaku bila orang
membaling tahi pada kau, dengan harapan samada
dia rasa berkuasa bila buat sebegitu,
dia rasa puas hati melihat busuk pada kau
atau dia mahu kau kelihatan seperti tahi.

Secara tipikalnya, bila dibaling tahi manusia
akan mengelak kerana ia akan membawa kekotoran
dan bau yang tidak menyenangkan, tapi sekiranya tahi 
dibaling berkali-kali, ia pasti mengundang kemarahan.
Jadi, bila seseorang yang dibaling tahi itu marah,
maka ia memberi kepuasan kepada si pembaling tahi.

Jadi, aku telah mengatur beberapa strategi
untuk si pembaling tahi tegar ini.

1. Sambut tahi itu bagaikan ia satu anugerah
paling berharga,ucapkan terima kasih atas
ketahian yang diberi.

"Baiknya kau ni,bagi aku tahi..
aku suka kau sangat,thanks..",
berkata dengan muka terharu.

2. Nikmati ketahian itu bagai ia
sesuatu yang indah.
Senyum bila menerimanya.


"Eh..taik...",
berkata dengan muka teruja
dan mata bersinar-sinar.

3. Buat macam kau tak tahu itu sebenarnya tahi,
walaupun kau sebenarnya tahu.

 "Apa ni?macam tahi je tapi sedap jugak ek..
pandai kau berak.."

4. Ulang langkah 1,2 dan 3.
Perhatian : Cuba kelihatan seikhlas mungkin.

4.9.13

Badi


Esok aku mahu cuci kasut kerana
kasut aku telah terkena badi mayat
siput babi kerana tadi aku terpijak
seekor siput babi.
Aku rasa bersalah maka aku berkata
pada tubuh yang mati terpenyek itu, 
"Saya minta maaf sangat, saya tak sengaja,
semoga awak memang nak bunuh diri".




2.9.13

Masa

Aku menghadapi satu perasaan aneh
tentang peralihan masa awal pagi tadi sehingga 
menyebabkan aku melihat jam beberapa kali untuk
mendapat kepastian, malah aku juga memeriksa sama ada
jarum jam aku berhenti bergerak.
Ternyata jam aku berkeadaan baik.

Ketika aku keluar pada pukul 7.45 pagi
tadi, cahaya matahari sudah muncul dengan girang.
Kebiasaannya masih belum lagi muncul seterang itu.
Selalunya aku mengambil masa lebih kurang 13 hingga 14 minit
untuk sampai ke tempat kerja yang lebih kurang 2 kilometer.
Agak menghairankan hari ini aku hanya mengambil
masa 6 minit untuk sampai, sedangkan aku 
mengayuh dengan perlahan saja.

Beberapa minggu lalu
ada seorang rakan sekerja aku cakap,
"Apa kelas naik basikal.."
Dia naik motor je pun, hari ni aku
lihat dia tiga kali pergi ATM,periksa gaji dah masuk tak.
Rasanya dengan kenaikan 20sen harga minyak
pasti dia rasa lebih berkelas.