23.10.12

Selamat



Situasi : Aku masuk kerja shift pagi, seorang pakcik masuk ke kedai.

Aku : Selamat datang!(dengan penuh semangat)
Pakcik : Ape bendanya selamat petang pulak..selamat pagi la..
Aku : Saya kata selamat datang la pakcik..

Diam.

Photobucket

Sebelum ni aku beritahu yang aku pergi temuduga kan..
Aku dah kerja dah pun, aku tak update blog bukan sebab aku sibuk sangat pun,
kerja cashier je pun, bukan perdana menteri.
 Aku tak update blog sebab 'berokband' aku kena potong.
Bil tertunggak aku cuma RM 31 je pun,
pahal entah mereka pergi potong.
Aku syak yang ada pihak yang mencemburui aku yang rajin kemaskini blog.

10.10.12

Selipar

Siang tadi aku nampak longokkan selipar di kedai
dengan kertas bertulis RM10 di atasnya.
Terkejut juga aku sebab aku pernah beli jenama sama
dengan harga hampir RM50.
Rupanya,
aku tertipu dengan strategi promosi yang mengelirukan.
Rupanya,
ianya bermula dari RM10.
Yang RM10 tu hanya bagi saiz budak kecil.
Selipar aku yang sekarang ni sudah menipis.
Ya, aku hanya ada satu selipar saja
yang aku benar-benar memakainya.
Agak-agak sudah terlalu nipis baru beli baru.
Kasut yang aku beli dengan harga ratusan itu
cuma buat kaki aku melecet dan tapak kaki sakit.
Pakai stokin pun, melecet juga.
Bodoh juga aku beli kasut atas dasar jenama.
Aku mahu beli selipar tapi aku ada RM 1.25 saja.
Kawan aku mahu belanja selipar itu.
Kalau setakat RM10, aku terima saja.
Tapi selipar mahal, aku rasa aku perlu guna duit sendiri.
Balik tu aku singgah 7Eleven, minta kerja.
Lantaklah!
Kerja lepasan SPM pun aku terima.
Aku penat cari, aku penat tunggu.
Esok pagi temuduga.

Kalau dapat gaji nanti, aku mahu beli selipar baru.

Bila aku tulis selipar,
maksudnya memang selipar getah yang macam selipar jamban,
tapi jenis yang betul-betul selesa
tanpa mengeluarkan bunyi aneh bila terkena air.

Photobucket

9.10.12

Tanya

Benda ni bermain dalam minda aku sejak dua hari lepas :

Bendera besar yang ada di Dataran Merdeka tu
siapa yang basuh agaknya..
ke kalau dah kotor terus buang,
tukar baru?
Kalau basuh, mereka guna mesin ke pakai tangan?
Muat ke satu mesin basuh nak sumbatkan satu bendera besar tu?
Kalau guna tangan, agaknya berapa warga asing yang diperlukan?

Aku rasa macam tahu yang aku takkan dapat jawapan,
aku cuma mahu tanya saja.

Sekurang-kurangnya, aku mencuba.

Heh..

Photobucket

7.10.12

Kenduri

Siapa kata aku tak pergi kenduri?
Photobucket
Aku pergilah,
 kalau keadaan mengizinkan.

Ini buktinya,
baru balik kenduri kahwin
kawan aku yang duduk sebelah aku dalam kelas
masa Tingkatan 6 dulu.


Dia nampak aku, dia buat muka terkejut(bukan sebab aku bertopeng),
"Tak sangka sangat Amalina akan datang..,
terharu sangat..", katanya.

Comel lah dia ni.
Siapa je yang nak terharu bila aku menghadiri kenduri mereka,
bukan aku yang bunuh Altantuyaa pun(tiba-tiba).

Apa tajuk aku nak letak ni?

Tadi aku menghadiri kenduri di rumah sepupu.
Ketika sedang makan, tetamu diberi sejenis pemanis mulut
yang diperbuat daripada kacang,beras dan entah aku tak tahu
(aku tahu makan saja).
Makcik aku kata, "Taknak.."
Dengan bersemangat aku berkata, "Benda bulat-bulat ni sedap.."
Makcik aku kata dengan senyuman melihat keterujaan aku, "Tahu..".
Kemudian, aku bangun seketika untuk mengambil lauk di dapur.
Anak buah aku yang berusia 5 tahun panggil aku,
dia kata, "Eh..tak tahu ke nama benda bulat tu?nama dia Andie Puttu".
Aku senyum padanya, sungguh tak disangka budak kecil tu
dengar aku bercakap dengan makcik aku sebentar tadi.
Aku agak malu sebab aku yang dah besar pun tak tahu 
nama manisan tradisi masyarakat Mamak.

Ya, aku jarang bergaul dengan saudara-mara,
malah jarang menghadiri kenduri-kendara,
jadi aku kurang pengetahuan tentang masakan tradisional Mamak,
yang kebanyakkannya tidak dijual dimana-mana
(walaupun dikedai yang anda gelarkan kedai mamak),
hanya ada yang homemade saja
dan paling penting, ianya enak belaka.

Aku kembali sambung duduk di meja makan
(bukan duduk atas meja, bukan sama sekali).
Tiba-tiba, makcik aku yang duduk berhadapan dengan aku
buat muka terperanjat dan berkata, 
"Eh Amalina ada!Selalu takde pun, lama tak nampak.."
Aku senyum saja.

Beberapa ketika kemudian, sedang aku duduk-duduk
kawan aku mesej di telefon bimbit,
"Skang ko kat mane wey?g jogging jom?"
Aku reply,
"Aku kat umah sepupu aku kat *****(nama tempat, bukan mencarut),
ada kenduri akikah, sori tak dapat teman,lain kali ek.."
Kawan aku balas,
"Huh ok..it's ok..cume aku pelik ko dekat rumah kenduri.hahah"
Aku balas,
"Bukan kau sorang je pelik, 
saudara-saudari cikebum-cikebum aku pun ada yang pelik".

Sebelum pulang, aku minum sejenis minuman yang diberi nama
Serawa, "resipi orang Perak", kata pembuatnya.
Ia hasil campuran buah kuini(adik-beradik buah mangga dan macang)
dengan campuran santan, air, gula, garam dan ais.
Sedap juga.

P/S : Kau tak perlu nak tinggalkan komen berbunyi :
"Kau tak pergi kenduri nanti kau kawin tiada siapa pergi kenduri kau"
Tipikal sangat.

Haih.

Photobucket

1.10.12

Jual

Photobucket
Semalam aku berniaga di satu event ni.
Tidaklah untung mana pun,
cuma berniaga memang menyeronokkan.
Aku suka perasaan bila menyediakan makanan untuk dijual
dan perasaan menjualnya, rasa macam main jual-beli masa kecil dulu.
Bezanya dulu guna dedaun, ini guna duit.
Yang tak menyeronokkan adalah tidak tidur
semalaman dan seharian 
sebab sibuk siapkan sandwich dan berniaga.
Aku baru bangun tidur, sekarang aku mahu tidur lagi.
Oh, indahnya tidur bila sangat letih.
Tidur begini amat dialu-alukan.


"Hotdog nak tambah sos tak?"

"Ya, nak apa?
Ni sandwich telur, ni pula sandwich tuna."

"Ya, adik.
Nak ais krim perisa apa?
Ada asam boi, jambu dan barli laici."

"Nak beg plastik ke?"

"Ada duit pecah tak?"

"Semua pun RM 2."
(sambil buat isyarat jari peace)