Petang tadi, ada seorang makcik datang.
Makcik tu bau bayi.
Bau bayi yang bukan datangnya dari bedak talkum bayi tapi bau bayi yang memang bau bayi.
Jiwa aku membuak-buak nak tahu macam mana mak cik tu dapatkan bau bayi tu kerana ia amat menenangkan jiwa aku.
Aku saja lambatkan urusan makcik tu untuk mengumpul semangat untuk bertanya soalan tentang bau bayi pada makcik itu.
Sambil menjalankan tugas dengan pergerakan perlahan aku cuba fikirkan cara bertanya yang sesuai supaya soalan itu tidak kedengaran janggal.
Antara soalan yang aku terfikir ialah :
"Kenapa makcik bau baby?"
"Mak cik pakai ape yek boleh bau macam baby ni?"
"Makcik, boleh saya tahu macam mana mak cik boleh berbau seperti baby?"
"Makcik, tolong ajar saya macam mana nak bau macam baby?"
"Makcik ni bau baby la..nape yek?"
Lama sangat aku fikir sampai datang orang lain yang memaksa aku mempercepatkan pergerakan.
Makcik itu berlalu pergi.
Setelah beberapa minit, makcik berbau bayi tu datang kembali.
Dalam hati aku berkata, "Yes!boleh tanya.."
Sambil aku menyelesaikan urusan makcik tu yang belum selesai, aku mengumpul kekuatan untuk bertanya.
Aku kembali memikirkan soalan yang sesuai supaya soalan aku tidak berbunyi aneh dihalwa telinganya.
Sedang aku memikir, tiba-tiba seorang lelaki berambut karat akibat berdiri dalam jangkamasa panjang di bawah atap besi berkarat datang.(Cis!sibuk ar)
Aku membatalkan niat untuk bertanya soalan kepada makcik itu kerana aku rasa soalan tu akan kedengaran lebih aneh pada telinga pihak ketiga yang berada di situ iaitu lelaki berambut karat itu.
Lelaki berambut karat itu keluar sambil tersenyum simpul.
Dia baca otak aku ke?
Kemudian, mak cik berbau bayi pula berlalu pergi tanpa sempat aku bertanya.
Kadang-kadang, mak aku pun berbau bayi.
Mungkin ibu-ibu yang misali akan mengeluarkan bau bayi kot..
Entah la..tapi pernah satu pagi aku bangun tidur (belum mandi dan gosok gigi), mak aku tanya, "Kenapa Along bau baby?"
Mungkin bau bayi tu adalah bau manusia yang sebenar, bau manusia tanpa dipengaruhi bau losyen, minyak wangi, bedak, krim, gel mandian dan sebagainya yang mengeluarkan bau bukan semulajadi.
Cerita aku nak tanya soalan kat makcik berbau bayi tu, bak kata adik aku, "Cerita punya panjang tapi ending dia macam nak pusingkan kaki ke atas macam dalam Ninja Boy"
---
Pernah satu ketika dulu aku pergi beli burger.
Ada seorang gadis(maaf,aku tidak berapa pasti akan status kegadisannya tapi tidak bermakna aku meraguinya), berdiri di sebelah aku yang juga sedang menunggu burger yang dipesan.
Hidung aku agak menyenangi bau minyak wanginya.
Aku bertanya tanpa ragu-ragu, "Pakai minyak wangi ape?"
Gadis itu terkejut dan berkata, "Huh?kenapa busuk ke?"
Aku balas, "Tak ar, wangi".
Gadis itu pun balas...(aku tak ingat jawapan dia)
---
Sejak akhir-akhir ni aku sering ragu-ragu untuk berkata dan kadang-kadang aku malas untuk berkata walaupun aku tahu jawapan yang ditanya atau perihal yang dibincangkan.
Malah aku turut ragu-ragu untuk post beberapa entri yang kini hanya tersimpan dalam draf.
Sejak aku bertukar jadi "
akak-akak" ni, aku ambil peduli tentang apakah hasil setiap apa yang aku cakap apabila dinatijah oleh individu berbeza dengan bermesinkan naluri aku.
Tapi bak kata
Sha, "Naluri kau selalu salah.."
Haha!