Candangan : Anda boleh putarkan lagu di bawah ini untuk menambah feel ketika pembacaan.
Aku selalu terlanggar objek ketika bergerak, ianya seperti tindakan luar kawal.
Aku selalu terlanggar objek ketika bergerak, ianya seperti tindakan luar kawal.
Aku selalu terlanggar tombol pintu menggunakan bahagian siku tangan.
Ya, itu menyakitkan.
Aku juga selalu menyebabkan perabot seperti rak, meja dan kerusi beralih dari kedudukan asal.
Pelanggaran itu berlaku antara objek dengan tangan aku,
mahupun antara objek dengan kaki aku,
mahupun antara objek dengan badan aku walaupun badan aku tidaklah sebesar mana.
Adakalanya aku juga menjadi penyumbang kepada objek-objek lain yang terletak di atas objek lain jatuh.
Adakalanya aku menjadi punca objek-objek pecah dan rosak sepertimana yang pernah aku ceritakan di sini.
Saiz ruang tidak pernah mempengaruhi potensi pelanggaran berlaku.
Pernah dulu aku saja masuk ke dalam sebuah kedai menjual hiasan kristal dengan nilai puluhan ribu, manakala kawan aku takut nak masuk sekali.
Dia tunggu di luar sahaja.
Dia tunggu di luar sahaja.
Ha-ha.
Sha juga pernah beritahu aku, berbunyi lebih kurang sebegini :
Si polan(nama dirahsiakan kerana mengandungi unsur 18SG) nampak kau kat atas pejabat pos, dia nampak kau langgar kerusi pastu kau betulkan balik.
Hah-hah.
Pagi tadi kawan aku kena langgar, tak jadi dia datang bawak nasi lemak yang enak itu.
Kempunan mahu makan nasi lemak itu terpaksa aku tangguhkan ke minggu hadapan kerana kawan aku cuma bercuti setiap hari Isnin.
Walau bagaimanapun, aku lebih risaukan kondisi kawan aku, memandangkan aku menganggapnya seperti seorang gadis walaupun secara lahiriahnya dia seorang jejaka.
Aku rasa aku lebih gagah perkasa daripadanya malah dia gemarkan merah jambu daripada aku yang lebih gemarkan hitam, putih dan kelabu.
Persoalannya di sini :
Takut tak nak pergi membeli-belah dengan aku?

jom shoping sesame...
BalasPadamtak takut. jomla!
BalasPadamtanpa nama & ama, heh..ingatkan semua orang akan takot.jutaan terima kasih tapi aku lagi suka shopping berseorangan.heh..
BalasPadamyg pastinya
BalasPadamkau tak sengaja
kan...
ya.
BalasPadamkalau ada imbuhan ter- pada kata kerja bermakna aku tak sengaja.
...tapikan, sape yg menyanyi tu?
BalasPadammommy fara, kalau tak salah saya nama penyanyinya aqmal noor.dari singapore.
BalasPadamjadi
BalasPadamkau tak
bersalah sebenarnya
hehe
aku salah ar..(tetap mahu dipersalahkan)
BalasPadam"ok, kau salah...kau bayar..."
BalasPadamkata empunya kedai hiasan kristal.
haha!
BalasPadamtu mahal sangat tak mampu aku, aku kerja seumur hidup pun tak mampu nak bayar kot.heh..
hahaha
BalasPadamjadi...hati2 ya :)
ya, semestinya.
BalasPadamhaha amalina adoi -_-"
BalasPadam:), hai bella belon.
BalasPadamkalu pegi kedai kristal tu aku tamau join ko la....
BalasPadamanyway bunny suzuki yang ini cool.
dalam bahasa aku, word "lepai"
ada menerangkan keadaan seperti kau.
oh bahasa aku itu bermaksud bahasa minangkabau
BalasPadamowh..aku lebih berminat dengan masakan minangkabau berbanding bahasanya.heheh..
BalasPadam