28.9.11

Politik sayap kiri

Masuk waktu Zohor, aku dan kawan pergi ke surau dengan penuh semangat untuk menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

Dengan penuh tawaduk aku mengambil wudhuk.(kepada sesiapa yang nak guna phrase ni sebagai lirik dalam nasyid berunsurkan rapping, sila bayar royalti kepada aku)

Aku dapat rasakan peningkatan skala iman aku buat beberapa ketika itu.

Aku berjalan menuju ke rak tersusunnya sejadah.

Aku menepuk muka sambil mencangkung.

Perlakuan aku diperhatikan seorang makcik yang kemudiannya bertanya, "Kenapa?"

Aku kata,"Lupa..saya sedang mengibarkan bendera merah".

Makcik tu balas, "Boleh lupa pulak..mesti tak pernah tinggal sembahyang ni.."

Aku diam dan buat muka malas untuk membuka pekung di dada.
Dalam hati aku tergelak besar dengan ayat "mesti tak pernah tinggal sembahyang ni", sambil mengibarkan bendera merah, aku berlalu pergi.

Syaitan apa yang menghasut, waktu sebegini baru rasa rajin beribadah.
Takpe, ustazah aku cakap dulu kalau kita berniat nak buat baik,dapat pahala..tapi kalau berniat nak buat jahat,tak dapat dosa.Dah buat jahat tu baru dapat dosa.

Heh..

Photobucket

8 ulasan:

  1. amal...29.9.11

    Bangge gila dpt kakak alim mcm nie... selamat adik2 laki dr api neraka...

    BalasPadam
  2. kahkahkah, lurusnya makcik tu.

    BalasPadam
  3. lavender harum wangi, makcik itu bukanlah benda yang bernama pembaris.heh..

    BalasPadam
  4. cuti dari Tuhan

    untuk kaum hawa

    BalasPadam
  5. Ok. Tak nak kata apa.

    Kenapa tak setuju dengan entri taik lembu?

    BalasPadam
  6. pak lang, camtulah kira-kiranya.

    mommy fara, panjanglah nak bercerita kenapa saya tidak bersetuju.saya pilih untuk tidak bercerita kerana setiap kali bercerita saya jadi emosi.

    BalasPadam
  7. hadiah yang kotor.begitu?

    BalasPadam