13.9.11

Gay-dar

PERINGATAN : Pertengahan cerita ini agak menyedihkan. Sila sediakan tisu sekiranya anda seorang yang tidak dapat mengawal perasaan sedih sehingga menyebabkan lebihan mukus di dalam hidung dan air otak berwarna jernih yang meleleh melalui lubang kecil di tepi mata.

Situasi : Aku masuk di dalam sebuah kedai menjual ikan peliharaan.

Aku : Uncle, ada jual ikan laga betina tak? Saya ada ikan laga jantan, saya nak carikan girlfriend untuk dia.

Uncle kedai ikan : Hahah!Ikan laga mana ada betina..

Seorang pelanggan kedai : Haha!Kalau duduk sama-sama nanti gaduh..

Aku : Tapi kalau takde betina macam mana mereka membiak?

Persolan itu tergantung di situ.
Aku berfikir, "Tak mungkin ikan laga gay?"

Aku merujuk persoalan itu kepada sepupu aku yang mengambil pengajian biologi.

Katanya : Ada ikan laga betina tapi tidak dijual untuk tujuan hiasan kerana ikan laga betina warnanya gelap dan tidak menarik seperti ikan laga jantan. Untuk mengawankan ikan laga, tunggu sehingga muncul buih-buih muncul pada permukaan air, kemudian masukkan ikan laga betina.

Atas bantuan seorang kawan kesayangan yang berasal dari Kedah, aku mendapatkan ikan laga betina yang hot macam awek Kedah dengan rupa paras ala Rozita Che Wan.
Bila muncul buih-buih pada permukaan air, aku masukkan ikan laga betina yang hot itu.

Kau tahu apa ikan aku buat?
Dia balun awek tu sampai mati.
Kematian awek Kedah tu memang tragis, aku tengok bangkai dia pun ngeri.

Aku fikir-fikir balik, mungkin ikan aku gay, tapi aku tak sanggup carikan boyfriend untuk dia semata-mata untuk melayan nafsu songsangnya itu.
Mungkin salah aku juga kerana menamakan dia Lala sehingga menyebabkan dia mengalami kekeliruan jantina.

Kini telah hampir tiga tahun Lala kembali ke rahmatullah akibat air dalam diselaputi asap penyempur denggi sehingga menyekat oksigen dari masuk untuk proses pernafasannya.

Beberapa hari yang lalu, aku memasuki sebuah laman berbual yang tidak asing lagi bagi mereka-mereka yang kesepian seperti aku.
Aku telah berbual dengan seorang yang tidak dikenali tentang topik-topik rawak dalam kehidupan.
Orang yang tidak dikenali itu telah mengajar aku cara mengawankan ikan laga.
Beritahunya ikan laga jantan harus dimasukkan ke dalam balang besar.
Kemudian, masukkan ikan laga betina ke dalam balang kecil yang lain kemudian masukkan ke dalam balang besar yang berisi ikan laga jantan itu, dimana ikan jantan hanya boleh melihat ikan laga betina dari jarak dekat tanpa boleh bersentuhan.
Setelah beberapa hari, buih-buih akan muncul di permukaan air, ketika itu lepaskan ikan laga betina ke dalam balang ikan laga jantan untuk proses persenyawaan.
Selepas proses persenyawaan berlaku, asingkan ikan laga betina ke dalam bekas lain.
Tinggakan telur ikan bersama ikan laga jantan kerana dia yang akan menjaganya.

Kau tahu apa maksud semua ni?

Arwah Lala bukannya gay tapi aku yang salah teknik persenyawaan.
Disebabkan aku, Arwah Lala mati dalam keadaan nafsu yang tidak kesampaian untuk meneruskan kemandirian spesis.

Aku bersalah.
Patutkah aku dihukum dengan menerima nasib yang sama seperti Arwah Lala?

Photobucket

13 ulasan:

  1. Al-fatihah buat arwah Lala. Apakata kau pegi buat badal haji untuk arwah Lalu supaya roh dia tenang sikit.

    BalasPadam
  2. kami org kedah

    ckp ikan laga tu

    sbg 'ikan karin'

    dan hal ini lansung

    tak ada kena-mengena

    dgn maya karin

    serius


    p/s: tak sangka kau pun suka jgk bela spesis betta fish ni...kagum!

    BalasPadam
  3. rabbit suzuki kau ni kiut gila.




    kau ni murder second degree ni.

    tanpa niat..

    jadi tak mengapa

    BalasPadam
  4. lavender harum wangi, aku rasa roh dia memang tenang sebab dia tak pernah kacau aku dalam bentuk hantu ikan laga.

    pak lang, terima kasih atas info tersebut. nota kaki kau aku pertikaikan, penggunaan perkataan pun kemudian diakhiri kagum.aku tafsirkan kau kagum dengan diri kau juga.

    mira chantek, kau lebih kiut dari rabbit tu. aku tak bunuh,ajal dia yang sampai.

    BalasPadam
  5. ya

    mmg tak

    dinafikan

    aku kagum

    dgn diri sendiri

    jugak...serius

    haha...sbb sesetengah

    org aja yg minat benda2

    mcm ni dan bg aku bela

    betta fish ni jugak adalah

    suatu seni...dan kau akan rasa

    lebih kagum dgn diri sendiri

    apabila ikan yg kau bela tu adalah

    hasil dari tangkapan kau sendiri

    tak kisah lah dr mana2 bendang atau

    paya nipah...tp klu dpt yg baka

    bagus maka bertambah2 kagum lg ah!

    hahaha

    BalasPadam
  6. aneh itu

    indah

    kadanng2 :)

    BalasPadam
  7. kau nak kata kau indah ar?XD

    BalasPadam
  8. tak kan la

    aku nak kena

    tulis panjang2

    lg mcm kt atas tu?

    hahaha...x mau ah

    BalasPadam
  9. baiklah tapi aku rasa tak tulis panjang2 pun masih boleh menerangkan sesuatu.

    BalasPadam
  10. ala..takde penerangan ke?

    BalasPadam
  11. Haha ikan jantan hanya boleh melihat ikan laga betina dari jarak dekat tanpa boleh bersentuhan. Bia bagi horny dulu ke. Haha

    BalasPadam