Kelmarin bos aku bertanya dengan nada yang kurang disenangi.
Aku : A'a.memang pun..cane tahu?(setahu aku dia tiada facebook kalau aku share kat facebook pun)
Bos : Aisha(adik aku) bagitahu Ina(anak bos aku),dia kata "kau tengok ni Along tulis kat blog dia". Pastu, Ina tanyalah.."betul ke ibu kata taste Along macam orang tua?" Pastu, ibu pun cakaplah.."memang pun..yang buruk-buruk tu dia suka.."
Aku : Hahah..memang pun kan, memang taste Ina macam orang tua, Ina takde masalah pun..(dalam hati aku panas dengan adik aku yang berperangai macam minah kepoh)
---
Hari ni, adik aku, Aishah balik rumah.
Aku : Aisha bagitahu Ina(anak bos aku) ape Along tulis dalam blog yek?(cuma bertanya)
Aishah : Mane ade..tolong sikit yek, saya takde masa lah nak bukak blog Along! Along ingat blog Along tu bagus sangat ke saya nak baca!Saya tak pernah lansung baca blog Along!Macam ar blog bagus sangat!
Aku : Habis tu cane dia boleh tahu?
Aishah : Mana saya tahu..saya takde mase nak bukak blog Along!Poyo!Ingat blog dia bagus sangat la tu!!
Aku : Kecoh.
Diam dan berlalu pergi.
---
Siapa nak percaya?
Adik aku atau bos aku?
---
Ini blog aku,jadi suka hati aku nak tulis apa.
Aku akan tulis apa saja yang aku rasa mahu tulis melibatkan orang-orang sekitar aku atau diri aku sendiri, sekiranya kau bermasalah untuk menghadam cerita aku, itu sememangnya bukan masalah aku.
Disebabkan aku seorang yang tidak kreatif dan pemalas, aku mempunyai masalah untuk mereka cerita, jadi jangan salahkan aku sekiranya aku menulis benda-benda kecil yang sahih dalam blog ini.
Sekiranya kau berasa kurang senang di atas apa sahaja yang aku tulis dalam blog ini, itu sememangnya bukan masalah aku dan juga sekiranya kau berasa kurang senang aku menulis perihal perbualan kita bersama, itu sememangnya bukan masalah aku.
Kau mahu berambus dari hidup aku juga bukan masalah aku.
Hidup, memang begini.
Kalau tak membabi, bukan hidup namanya.
Jangan lupa tinggalkan ucapan tahniah buat aku kerana ada adik sebegitu.
payah jugak bila jadi cam ni...
BalasPadamfaaein talip roy,tu ar..
BalasPadamtahniah :)
BalasPadamterima kasih :)
BalasPadamdulu aku jadi camni.
BalasPadamhabis semua orang kepoh dan kecoh sana sini.
lepas tu aku start combinekan true life story dengan sedikit ajinomoto, jadi suatu cerita lain.
tapi intinya adalah perkara yang benar sahaja.
p/s - daud eduardo juga adalah benar.
jadi aku paham perasaan mu itooo
dan sekali lagi bunny suzuki ni kiut
tahniah. apsal tak sekeh je adik ko tu kekeke
BalasPadammirachatek,baiklah..aku akan ikut jejak langkah kau.terima kasih.aku tak faham benda begini pun boleh mendatangkan masalah.
BalasPadamsaya, kalau aku sekeh adik aku, dalam penceritaan seterusnya aku akan nampak seperti bersalah.segalanya salah semua aku, walaupun secara terangan bukan salah aku.aku belajar dari past..
susah apa. kau tangkap la gambar adik kau tengah korek hidung dan siarkan di sini(blog kau).
BalasPadampasti dia kesal. bak kata pepatah,
"bila keranda sudah di bawa barulah bercucuran air mata".
hahaha!
BalasPadamkau aneh.
i see boobs
BalasPadameh..bukan-bukan.itu bukan boobs.itu dua orang memaling ke tepi menampakkan hidung dengan pipi yang gebu.
BalasPadam