27.1.13

Katak

Situasi : Semalam seorang pakcik membeli surat khabar dan membuat pembayaran.

Pakcik : Budak ni dah mati..

Aku : (muka blur)

Pakcik : You tak tahu cerita ek?

Aku : Saye takde mase nak baca surat khabar la..

Pakcik : Balik rumah tengoklah berite tv..

Aku : Takde mase nak tengok tv, staff tak cukup, saya asyik kena OT, balik je..saya mandi, tidur..

Pakcik : Start pukul berape?

Aku :  Kalau macam arini saya masuk 7pagi sampai 7malam baru balik..balik dah penat..

Pakcik : Owh..yela..takde mase..

Sebenarnya, ada je masa untuk aku curi baca surat khabar tapi pada kebanyakan masa aku akan skip berita-berita yang tak mengembirakan macam berita yang buat aku rasa dunia ni semakin tak selamat.

Oleh sebab itu, aku selalu curi baca majalah berbanding surat khabar, biarlah aku jadi katak bawah tempurung dari paranoid tak tentu pasal.
`
Terlampau menjadi katak bawah tempurung pun tak elok juga,
bila nak lompat, akan terhantuk tempurung tahu tak?Heh.


24.1.13

 24 Januari lagi.
Hari ni aku tua setahun lagi.
Ya-ya, ulangtahun kelahiran.

Mak aku belikan hadiah ulangtahun kelahiran beberapa hari lepas.
Aku yang pilih sendiri hadiah yang ingin diberikannya.
Aku minta untuk hadiah itu dibalut walaupun aku tahu apa isinya.
Ya, apa saja kau mahu katakan..

Pika belikan hadiah juga beberapa hari lepas.
Dia pilih sendiri hadiah itu.
Oleh kerana aku juga mengikutnya ke kedai,
dia sudah beritahu aku apa hadiahnya.

Semalam mak dan adik aku beritahu
kek perisa apa yang mereka belikan.

Boleh dikatakan semua perancangan 
mereka sudah aku ketahui.

Tiada kejutan tapi aku amat terharu.

Lagi-lagi dengan mak aku, dia sakit kaki pun
sanggup nak keluar jauh semata-mata mahu belikan aku hadiah.
Pika yang sanggup saving duit belanja sekolah
sebab nak belikan aku hadiah.

Mak : Mak dulu 26 tahun dah kawin dah tau..
Aku diam,
sebenarnya aku dah jangka apa mahu dikatakannya.
Mak : Tu pun orang kate dah tua..
Aku : Belum jodoh..rilek ar..

Ha-ha.
Boleh tak masuk balik dalam perut mak
kemudian mulakan semula?
Oh, tak sedialah nak tua.



18.1.13

Baki

Budak sekolah dekat dengan rumah aku baru
dapat bantuan RM100 dari kerajaan semalam.
Seorang budak sekolah datang di kedai tempat aku bekerja,
Beli topup, beli minuman dan makanan ringan.
Aku kira, kemudian ambil baki 50sen mahu
kembalikan padanya, dia pula sudah ke pintu.
Aku jerit, "Adik, baki.."
Dia balas, "Keep the change"
Aku balas, "Owh..kayanya.."
Aku masukkan bakinya ke dalam tabung derma yang terdapat di kaunter.
Pelanggan lain yang berada di kaunter tergelak.
Aku kata, 
"Baru dapat 100, macam dapat 1000"

Opps!
 photo snake-1.gif

Bibir

"Adik, ada buku Sidilela?", tanya seorang wanita.
Di sisi wanita itu, aku lihat seorang budak lelaki
dalam lingkungan 12 tahun, aku yakin itu anaknya.
"Huh?buku ape tu?", balas aku.
"Sidelela la..", ulangnya lagi bagi memahamkan aku.
"Oo..Cinderella ke?", tanya aku ingin mendapatkan kepastian.
Wanita itu menganggukkan kepala sambil berkata, "Ha.."
"Takde la..",jelas aku.
Wanita dan anaknya itu menunjukkan reaksi hampa.
Aku memerhatikan saja bibir kering(terlampau kering)
 anaknya yang dioles gincu pink pekat sebelum mereka berlalu pergi.

Bagi aku, ianya seram sampai imej bibirnya
itu menghantui kotak fikiran aku.
Photobucket

16.1.13

Rasa

Rakan sekerja yang sedang membaca surat khabar bertanya,
"Wey, kau dah tengok video bapak dera anak ni?Kejam giler wey."
Aku kata, "Aku tak nak tengok, aku tak boleh tengok, nanti aku sedih
tak pun aku emo lelebih"
Rakan sekerja aku balas,"Alah..tengok je ar..kejam gile wey.."
Aku balas, "Aku tak nak tengok, aku pernah tengok video lawak,
aku gelak sejam lebih, semua kegembiraan aku hilang camtu je 
bila lepas tu aku tengok video mak dera anak, menyesal aku tengok".

Dalam sehari, macam-macam boleh berlaku.
Semua manusia dengan kehidupan masing-masing.

Memang banyak perkara yang berlaku,
tapi pada kebanyakkan masa aku malas nak ambil tahu 
lagi-lagi tentang hal-hal yang melibatkan 
penindasan, kekejaman, dan semua perkara yang tak mengembirakan.
Tapi kadang-kadang, sejauh mana aku taknak tahu,
aku terpaksa tahu juga sebab aku ingin tahu
tentang apa yang sedang diperbincangkan
rakan-rakan di laman sosial.

Ermm..
boleh tak kita hidup gembira-gembira je?

Lagi satu,
pernah tak kau cakap dengan orang,
orang tu faham lain kemudian dia buat kesimpulan sendiri
bahawa kau orangnya begini-begini(yang negatif)?
Pedulikan je, lainlah kau sayang orang tu.

Aku macam tak gemar bila orang anggap aku seorang yang tak berperasaan,
padahal sebenarnya aku sangat berperasaan dan perasan.

Photobucket

14.1.13

Habis

Situasi : Bekerja.

Pelanggan : Digi 10 satu..

Aku : Digi habis..

Pelanggan : Maxis?

Aku : Maxis habis..Celcom  pun habis..

Pelanggan :  Haih..Dunhill besar satu

Aku : Habis..

Pelanggan : Panadol Actifast sepapan..

Aku : Habis..

Pelanggan : Semua pun habis..haih..(kemudian beredar)

Kesimpulannya, ...emm...emmm....kali ini aku tidak mahu tulis kesimpulan yang konon bermakna walaupun aku terfikir sesuatu, biar aku pendam saja kepoyoan itu.

Aku sudah dewasa dan sudah suka minum kopi pahit.
(nampak macam tidak berkaitan sedangkan ia ada sedikit kaitan)

Photobucket

11.1.13

Tanya

Pada satu pagi ketika aku sedang mengemop lantai
di hadapan premis 24 jam tempat aku bekerja,
datang seorang budak dalam lingkungan 13 tahun dengan menaiki basikal.
"Akak, kedai dah bukak tak?", tanyanya kepada aku
 sambil memberhentikan basikalnya dengan kaki.
"Tak pernah tutup pun", jawab aku sambil tersenyum.
Photobucket 

Pada suatu ketika(yang berulang banyak kali) datang
manusia yang berbangsa India bertanya,
"100 Plus panas punya ada ka?"
atau
"Air ini panas punya ada ka?"
Kalau aku tengah takde mood,
aku jawab,
"Panas punya takde. Nak panas, balik rumah masak".

Ya, aku menjengkelkan.

Photobucket 

Pada satu ketika aku bekerja 11 malam sampai 7 pagi,
 datang seorang remaja lelaki  untuk membeli roti pada
kira-kira pukul 3 pagi, dia tanya aku,
"Kerja sampai malam ke?"
Aku jawab, "Tak, sampai pagi. Ni dah pagi ni..".
 Kadang-kadang aku rasa ramai yang merasakan
pekerja kedai 24 jam datang dari spesis mutant atau zombie.
 Aku juga menerima pertanyaan lain seperti :
"Tak balik rumah ke?"
"Aik..awak lagi..asyik muka awak je kerja?"
"Memang tak tidur yek?"

Photobucket

Aku sedang menghargai momen-momen terakhir bekerja
di kedai 24 jam sehingga aku bekerja 12 jam hampir setiap hari.
Bulan ini bulan terakhir.
Ada misi penting
dan aku amat teruja. 

Nanti aku ceritakan.




8.1.13

Kembali

Terlampau banyak perkara kecil mahu aku ceritakan pada kalian.
Banyak sangat sampai aku tak ingat apa yang banyak sangat tu sebenarnya.
Sekarang ni aku asyik bekerja seperti robot sehingga 
sampai satu tahap robot melihat aku bekerja
maka robot itu bertukar menjadi manusia yang terlampau menjaga penampilan.
Berikutan aku telah bekerja seperti robot,
aku mengharapkan jutaan ringgit dalam akaun bank
sehingga bilamana aku mecucukkan kad untuk bertanyakan baki,
aku akan ternganga luas sehingga berjaya menelan mesin ATM itu.
Hasil dari menelan mesin ATM itu, aku mengalami buasir teruk,
dimana doktor yang merawat sakit buasir itu akan menerima nod kertas
bernilai RM 50 dan RM 10 melalui lubang jubur si penulis blog ini.
 Ya, aku juga rindu kau.
Photobucket