30.4.11

Kompilasi Air Liur Basi Vol. 1

Mak cik Senah a.k.a Senah Leleh merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanpa sedar. Baru-baru ini beliau telah mengadakan pameran solonya yang menambilkan pelbagai kompilasi air liur basi di atas bantal. Aku malas cerita banyak, berikut adalah rakaman temubual yang aku jalankan pada Mak Cik Senah Leleh.

AMARAN : Mak cik ini agak menjengkelkan. Tekan anak panah di bawah ini jika anda bersedia.



P/S : Hari ni aku malas nak menulis, aku bercakap je walaupun suara aku macam ape entah.

Photobucket

29.4.11

Gadis pornografi

Dia bawak kamera DSLR ke sana ke mari semata-mata nak ambil gambarnya dari sudut atas.

Koleksi gambarnya pelbagai semuanya diambil dari jarak dekat.

Dengan satu skill iaitu mengambil gambar dari angle atas sudah berjaya memuatkan muka dan sebahagian lurah di dada dengan jelas.

Kawan Facebook dia tanya, "Kau guna kamera apa?"

"Nikon D700", jawabnya bangga.

Apa?Kau panggil dia gadis fotografi?

Setakat kau tangkap gambar biasa-biasa, tiada skill fotografi pun, pakai kamera compact sudah!


Pornografi - aktiviti kreatif (bertulis atau gambar atau filem dll.) yang tidak mengandungi kesusasteraan atau nilai artistik selain untuk meransang keinginan seksual.


Berdasarkan definisi di atas, rasanya sesuai tak dengan tajuk aku letak?
-----

Nilai sesuatu barang bukan terletak pada harga barang itu, tapi sejauh mana anda menggunakannya.
Macam kau ada kereta, tapi kau pergi kerja hari-hari naik motor.
Setahun dua kali je kau guna kereta, time balik kampung.
Sedangkan nilai yang kau bayar untuk sebuah kereta tu lebih tinggi dari penggunaannya.
Nilai?Kau faham tak maksud sebenarnya?
Macam kau kerja kerani tapi kau tengok semua orang pakai beri hitam kau pun sibuk nak pakai, sampai sanggup berhutang.
Setakat kau nak call dan anta mesej, pakai telefon biasa sudah.
Jangan kata kat aku kau batak sangat nak online setiap masa sebab tu kau beli beri itam, sampai kau nak berak pun nak post status Facebook guna beri hitam kau.
Siapa yang terasa mesti fikir aku jeles kan..
Bukan aku jeles ke nak bahan kau la.., cuma aku nak aku dan kau sedar akan definisi sebenar nilai barang-barang material.

Kalau kau rasa nilai barang kau hanya untuk berlagak, aku cuma boleh kata "Kesian kau.."

Hahaha! Aku lagi kesian, aku tak mampu pun untuk memiliki semua tu.

Photobucket

Reptilia

AMARAN : Mengandungi benda kecil yang berunsur emosional ala-ala cerita dalam diari.

 
Lama pulak tak dengar lagu ni. Sebelum meneruskan pembacaan, anda digalakkan memainkan lagu di atas walaupun tiada kaitan seni katanya dengan kandungan post.

Aku benci reptilia lebih dari aku bencikan parasit.
Maksud aku reptilia selain dari kura-kura dan penyu.

Penemuan mayat Bujit dalam keadaan tragis dengan perut terburai (menurut sumber yang boleh dipercayai), seperti menjawab kehilangan Jonet tidak lama dahulu. Masa aku sedih sangat tentang kehilangan Jonet, ramai yang pujuk dan berkata, "Mungkin ada orang culik dia dan bela dia". Aku cuba nak percaya itu, walaupun aku rasa yang Jonet mungkin mati. Aku pujuk hati dan bayangkan Jonet bergembira bersama tuan barunya. Tapi selepas penemuan mayat Bujit semalam, aku terfikir yang mungkin Jonet juga mati dengan cara yang sama. Aku tak boleh bayangkan dia mati dengan cara terseksa sebegitu. 
Ni semua kerja biawak.

Kucing first aku mati kena patuk ular.

Sebelum Jonet pergi, aku tidur dengan Jonet. Muka dia macam nak bagitahu dia akan pergi sama macam muka kucing aku yang first beberapa hari sebelum dia nak mati. 

Bujit

Jonet

Rest in peace both of you.
Jonet!!Miss u like hell!
Bujit..baru je minggu lepas kita jalan sama-sama kan..

Aku rasa tak berapa confident pulak letak muka kat header macam semalam, jadi aku tukar header baru. Disebabkan hidup aku terlampau kelabu sejak dua menjak ni, jadi aku campakkan warna pada sesuatu yang aku tengok hari-hari. Memandangkan aku takkan pakai baju colourful macam tu, jadi aku campak warna-warna tersebut pada header. Harap tak semakkan mata-mata lain yang tidak berdosa.

Photobucket

28.4.11

Pelangi

Pada suatu hari, aku dan kawan aku berbual-bual sambil menunggu masa tidur.
Dia di katil dia, aku di katil aku, lampu ditutup.
Kami berbual-bual.
Tiba-tiba, aku teringin nak beritahu dia.

Aku : Wey, pelangi paling cantik pernah aku tengok dalam hidup aku, masa aku kecil dulu, masa tu aku kat kampung, depan rumah nenek aku".

Kawan aku : Rumah kayu warna putih dekat ****** yek?

Aku : A'ah..masa tu..aku tengah main depan rumah tu, ada kenduri ape ntah..

Kawan aku : Aku pun nampak pelangi tu jugak..aku ada kat situ..

(Masa tu ramai budak-budak main depan tu, aku main dengan sepupu aku je..)

Rupanya kitorang pernah berada di tempat yang sama pada waktu yang sama dan melihat pelangi yang sama masa kecil dulu, sedangkan masa kecil kitorang tidak pernah kenal, dah besar masuk u baru kenal. Aku dan dia bukan tinggal di negeri yang sama, cuma kampung aku je di negeri tempat dia membesar.
Macam cerita novel kan...hahahah!


Photobucket

27.4.11

Aizat..oh..aizat...

Ada seorang budak perempuan kelas dia memang selalu menipu.
Aizat dan kawannya memang menyampah giler ngan budak ni.
Aizat kata budak ni memang menipu lebih-lebih.
Aizat dan kawannya benggang dengan budak ni, jadi mereka nyorokkan beg dia.
Budak perempuan itu mencari begnya.
Aizat dan kawannya berkata pada budak perempuan itu, "Kitorang tolong carikan beg kau, kalau kitorang jumpa kau bagi seorang seringgit ok?"
Budak tu pun bersetuju.
Aizat dan kawannya pergi mengambil beg budak tu yang mereka nyorokkan.

Adik aku pembuli perempuan.
Jahat gila.

Dia cerita kat mak aku, mak aku cerita kat aku.
Bila aku interviu, Aizat kata, "Aizat tak salah, tu idea kawan Aizat".
Kitorang nasihat dia,"Lain kali jangan buat lagi.."

Aku : Aizat, boleh tak Along cerita kejahatan Aizat ni.
Aizat : Ok, tapi kawan-kawan Along je kan boleh baca?(sebenarnya dia takot mak budak tu baca.haha)
Aku : A'ah..

Photobucket

Mimpi

Masa aku kecil, aku pernah mimpi aku berada dalam sebuah hotel yang sedang terbakar.
Semua orang dah terbakar kecuali aku.
Aku nak telefon bomba, tetiba aku tengok wayar telefon tu dah terbakar.
Api marak disekeliling aku.
Baru je api tu nak bakar aku.
Tiba-tiba, mulut aku rasa coklat.
Aku terjaga dari tidur, rupanya adik aku sumbatkan coklat Toblerone dalam mulut aku.

Aku rasa mimpi paling seram yang aku ingat adalah aku kena pukul bertubi-tubi oleh sesuatu entiti yang halimunan tapi tiada siapa yang selamatkan aku.
Keluarga aku dan kawan-kawan hanya melihat dan ketawa sedangkan aku kesakitan dan berpusing-pusing dan terpelanting-pelanting.
Bila aku bangun, badan aku sakit macam semua tu betul-betul berlaku.

Aku juga selalu mimpi membela haiwan-haiwan yang mustahil untuk aku bela.
Antara haiwan yang pernah aku bela dalam mimpi adalah dua ekor gajah, ikan paus dan ikan lumba-lumba.
Itu sahaja yang aku ingat, tapi aku rasa macam ada lagi cuma aku tak pasti.

Aku tak berapa ingat mimpi aku hari ni.
Kadang-kadang je aku ingat ape aku mimpi.
Tapi yang aku ingat mimpi aku hari ni memang high tech.
Dalam bentuk kartun, ada robot-robot.
Lokasi dalam laut sehingga ke tepi pantai.
Aku berjumpa dengan haiwan-haiwan laut yang pelik.
Malah, kalau tak salah aku ada Power Ranger sekali dalam mimpi tu.
Bila aku bangun aku rasa seperti baru lepas menonton movie yang menyeronokkan.
Aku selalu mimpi dalam bentuk kartun walaupun aku tak menonton kartun sebelum tidur.
Mimpi hari ni adalah yang paling best dalam hidup walaupun au tak berapa ingat.
Kalau movie dalam mimpi aku tu jadi dejavu pun best jugak?
Sebab aku ingat benda terakhir aku cakap dalm mimpi tu adalah "Tak sangka cerita kartun Malaysia sepower ni".

Pernah tak mimpi kau berulang di alam realiti lepas tu kau rasa macam pernah berlaku je semua ni?
Aku pernah, selalu.
Kawan aku cakap "Kalau kau ingat mimpi kau selalunya ia tidak akan jadi dejavu".
Biasanya bila ia jadi dejavu baru aku teringat ia pernah berlaku dalam mimpi. hahaha.

Time tidur aku hari-hari dipengaruhi jet lag, imej bulan dan bintang dalam kartun di bawah adalah tipu.

Photobucket

26.4.11

Pilihan

Tidak beberapa lama dahulu, seorang kenalan lama mengepost status di Facebook yang berbunyi :

"Life is about making decision".

Aku tak ingat apa komen aku tentang itu, yang aku ingat adalah aku tidak bersetuju tentang itu.

Aku adalah antara manusia yang bermasalah membuat pilihan walaupun pilihan kecil. Tapi sekiranya aku sudah berpuas hati dengan pilihan yang pernah aku buat, aku akan mengulangi pilihan tersebut.
Contohnya, sebelum ni aku asyik makan choclate Cloud 9 Classic, semalam adik aku belikan Cloud 9 Plus. Cloud 9 Plus lagi sedap, jadi selepas ni tanpa ragu-ragu aku akan memilih Cloud 9 Plus.
Aku bukan jenis yang brand loyal sebab aku lebih gemar mencuba sesuatu yang baru. Tapi kalau aku dah suka satu brand, selalunya aku akan setia.
Antara M&M dengan Skittles, aku pilih Skittles. Tapi antara Skittles dengan Jelly Belly, aku pilih Jelly Belly.

Kadang-kadang aku buat ujikaji sebelum membuat pilihan.
Aku keliru dah letak nak letak iklan Nuffnang ke Advertlets.
Jadi aku buat dua-dua akaun.
Semalam aku letak dua-dua iklan.
Iklan Nuffnang saiz skyscraper dan iklan Advertlets saiz banner kat tepi tu.
Dalam masa sehari aku letak iklan Advertlets yang kecil tu, aku dah berjaya membeli sebuah penthouse.
Jadi aku buang iklan yang Nuffnang saiz skyscraper tu ganti dengan iklan Advertlet.
Bai-bai Nuffnang.

Zaman sekarang ni nak beli baju pun susah nak buat pilihan. Semua baju kat kedai saiznya kecil-kecil, aku pula saiz raksaksa. 
Saiz XXXXXXXXXXXXXL pun beza 5 inci je dari saiz XS.
Watdepak! Kebanyakkan baju yang aku beli terpaksa diberikan kepada adik aku sebab tak muat.
Free size di Malaysia adalah lebih kecil dari saiz S.
Kalau bagi orang homeless yang tak makan 3 tahun pun, tak mungkin muat.
Ok, fine..aku gemuk, kau ape?Terbantut?(Emo tetibe) Ok, kau tak bersalah.
Mungkin kedai-kedai di Malaysia patut menjual pakaian mengikut saiz Amerika kerana kedatangan restoren-restoren makanan segera dari Amerika telah mengubah saiz dan jisim rakyat Malaysia, malah kewujudan nasi goreng Amerika a.k.a USA di gerai-gerai makan juga menyumbang perubahan saiz rakyat Malaysia.
Maksud aku mengikut saiz Amerika, bukannya fesyen terdedah seperti musim panas di Amerika.

Adik aku tak suka bila orang cakap maksud dalam percakapan harian. Iaitu seperti memberikan penerangan atau penjelasan lebih lanjut tentang sesuatu sepertimana yang aku buat pada ayat bergaris di atas. Haha..aku dah terbiasa cakap maksud, ada pilihan lain ke?? 

Sambung balik..


Nak beli kain buat baju kurung pun susah nak buat pilihan. 
Mungkin sekarang ni trend bunga besar-besar dan kain berkilat.
Cotton je la pilihan terbaik untuk orang low profile macam aku.(konon..)
Tapi kalau iron baju kurung cotton kena bersungguh-sungguh sampai basah ketiak. 

Tu la..setiap pilihan yang kita buat pasti ada consequencenya.
Apa-apa pun bergantung kepada citarasa masing-masing.

Agak-agak kalau kau nak buat pilihan besar dalam hidup, elok la solat istiharah.
Kalau setakat kau nak pilih makan laksa atau soto, kau tanya la selera kau.


Bagaimana pula jika satu-satu pilihan yang ada adalah tiada pilihan?

Patutkah terus tidak membuat pilihan atau mencari pilihan instead of tunggu pilihan datang?

25.4.11

Perempuan murahan

Nadia memeriksa kalendar yang diletakan di atas meja biliknya. Menurut perkiraan, rasanya dalam beberapa hari lagi dia pasti datang bulan. Nadia membuka almari dan mencari-cari sesuatu."Oh..dah habis, esok pagi aku beli", katanya di dalam hati.
Keesokan paginya, dalam perjalanan ke pejabat, Nadia singgah membeli tuala wanita di pasaraya. Nadia berdiri di hadapan rak tersusun pelbagai jenama tuala wanita, matanya cuba mencari tuala wanita jenama Libresse. Tidak ketemu..
Di hujung rak kelihatan seorang pemuda sedang menyusun barang-barang. Nadia menuju ke arah pekerja tersebut dan bertanya, "Saya cari tuala wanita jenama Libresse, tapi tak jumpa". "Akak, Libresse dah di susun di tengah sana sebab sekarang ada promotion", balas pekerja itu.
"Oh..terima kasih", kata Nadia. Nadia terus mendapatkan tuala wanita yang dikehendakinya dan menuju ke kaunter pembayaran. Setelah membayar, kedengaran juruwang itu berkata dengan rakan sekerjanya dengan nada perlahan, "ishh..perempuan murahan".
Nadia mengendahkan perbualan mereka, "Mengumpat orang agaknya", Nadia bermonolog.
Dalam perjalanan Nadia menuju ke keretanya, dia terserempak seorang pak cik yang sedang menunggang motorsikal. Pak cik itu menjerling sinis ke arahnya dan menjerit, "Perempuan murahan!".
Nadia terkejut. Dia cuba mencari silapnya,dia bermonolog.."Apa yang murahan?Aku pakai baju kurung bukan seksi, aku beli tuala wanita bukan aku tayang-tayang kat dia pun. Gila!"
Sampai di pejabat, rakan-rakan sekerjanya memandangnya dengan muka ketat.
Nadia bermonolog lagi.."Tahulah hari Isnin, takyah buat muka stress sangat..poyo betul".
Hilmi datang di tepi Nadia tiba-tiba menyembur, "Kau ni memang perempuan murahan!!"
Nadia hanya mampu memberikan reaksi kehairanan,dia bermonolog lagi, "Apa salah aku?"
Hilmi terus berlalu pergi setelah dia ternampak kelibat bos dari pintu cermin.
Bos berlalu di tepi meja Nadia dan berkata dengan nada tidak bersalah, "Good morning Nadia. Awak memang perempuan murahan".
Nadia lebih kehairanan dan bertanya "Kenapa bos??"
Bos hanya ketawa dan berlalu pergi.
Nadia sebak,air matanya mula mengalir, dia bangun dan terus menuju ke toilet.
Dia menangis teresak-esak di dalam toilet, mak cik cleaner toilet menegur, "Kenapa Nadia nangis?"
Nadia masih terus menangis, mak cik cleaner mula bosan menunggu jawapan dan berkata, "Dah la Nadia, keluar, mak cik nak basuh jamban ni..nangis tempat lain".
Nadia bangun dan melangkah.
Sebelum itu, mak cik cleaner sempat menegur Nadia, "Awak perempuan memang murahan".
Nadia berlari sambil teresak-esak menangis. Nadia berlari menaiki tangga menuju ke tingkat 20. Di tangga dia terserempak seorang juruteknik.
Juruteknik itu menegurnya, "Kenapa awak menangis?"
Nadia terus berlari. 
Juruteknik itu sempat menjerit, "Awak perempuan murahan!!" disambung dengan hilaian tawanya.
Nadia sampai di tingkat paling atas bangunan.
Perkataan "perempuan murahan" terngiang-ngiang di telinganya. Nadia memanjat tembok batu di hadapannya.
Hingus yang meleleh dilapnya dengan lengan baju kurungnya.
Tiba-tiba, ada sekeping kertas kecil melekat pada hidungnya. Tag harga, RM 0.80. Dia meraba lengan dan bahunya rupanya bukan satu tag harga yang melekat pada lengan bajunya, tapi tujuh. Mungkin ia terlekat sewaktu dia di pasaraya tadi. Nadia membatalkan niatnya untuk terjun dan meneruskan hidupnya.

Pengajaran : Jangan mengambil serius sangat tentang apa yang diperkatakan orang. Adakalanya ia hanyalah gurauan semata-mata.

Selamat hari Isnin.

P/S : Sejak beberapa hari ni, aku asyik rasa nak ikat rambut sengget iaitu betempat di atas telinga kiri. Ia adalah bagi menyeimbangkan berat kepala aku dimana aku semakin jarang menggunakan otak kiri pada akhir-akhir ini.
Photobucket


24.4.11

Mudah.com.my

Zaman sekarang..
Kalau kau bosan? kau sedih? kau nak hiburan?
Kau taip 'lawak' atau 'lucu' atau 'hantu' atau 'gila' atau apa-apa sahaja bergantung kepada kehendak diri sendiri di search engine.
Selepas itu, kau buat-buat ketawa terbahak-bahak.
Sekian.

You are so FAKE. Are you sure you aren't MADE in CHINA ? 

P/S : Aku tak berapa gemar orang tanya soalan berbunyi "Motif??"

Photobucket

Jumpa

Selalunya bila aku jumpa orang yang aku kenal kat mana-mana, aku menyorok kalau sempat. 
Lagi-lagi kalau jumpa kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa.
Sebab aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana. 
Kalau tiba-tiba terserempak depan aku, aku selalu bagi reaksi yang janggal.

Pernah sekali, aku nampak budak sekelas aku masa form 3 dari jauh.
Aku menyorok buat-buat tengok seliper.
Setelah beberapa bulan, aku terserempak lagi dengan dia depan-depan di tempat lain, tak sempat menyorok.
Dia tanya, " Hari tu aku nampak kau, kau buat-buat tengok seliper yek?"
Aku, "Aku ingat kau tak perasan.."

Awkward giler dan memalukan.
Aku gergasi kot, menyorok belakang trailer pun orang nampak.

Aku pergi farmasi.
Juruwang tu kata, "Hi!!"(dengan muka excited)
Aku balas balik, "Hi." (dengan muka awkward)
Dia tanya "Ingat tak?"
Aku balas "Tak.."
Dia kata "Ermm..takpela.."(muka kecewa)
Memandangkan ramai pelanggan yang sedang beratur di kaunter pembayaran tersebut, aku pergi sahaja.

Terukkan aku..haha!

Photobucket

22.4.11

Surat untuk bumi

Ke hadapan bumi yang dikasihi,

Saya minta maaf sebab kadang-kadang saya lupa tentang awak, saya pentingkan diri sendiri.

Saya minta maaf sebab masa kecil dulu saya selalu bazir kertas sampai mak saya panggil 'hantu kertas'.

Hari tu awak nangis dan menjerit-jerit, saya takot sangat. Saya tahu ada manusia lain yang sakitkan awak, kotorkan awak, cabul awak, cacatkan awak. Maaf sebab saya tak dapat tolong berhentikan jahanam tu.

Saya minta maaf sebab kadangkala saya duduk dalam sejuk penghawa dingin dan menyumpang kepanasan awak sehingga terbuka lapisan ozon awak.

Saya minta maaf sebab hari ni saya tak pakai baju hijau. Saya pakai tshirt hitam yang ada tulisan berwarna hijau, harap awak tetap suka.

Saya minta maaf disebabkan saya OCD, saya selalu mandi lama dan membazir air. Hari ni saya mandi sekali je dan saya akan cuba kurangkan penggunaan air untuk kesejahteraan awak.

Saya banyak buat salah, harap awak maafkan saya. Saya akan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.

Sejak awak dah tua ni, awak selalu marah-marah. Awak mengalami sindrom monopouse ke?

Untuk pengetahuan awak, saya dah tak pakai plastik ketika membeli-belah kecuali kalau saya terlupa bawa shopping bag, keluarga saya pun sama.

Saya dan keluarga telah mula mengumpul botol-botol kaca untuk dikitar semula. Harap awak gembira.

Saya dah letak energy saving mode pada blog saya, harap awak suka. Saya akan kurangkan penggunaan tenaga elektrik untuk kesejahteraan awak.

Awak..
Terima kasih sebab jadi planet tempat saya tinggal dari kecil. Saya akan cuba jadi penduduk yang baik.

Selamat hari awak.
Sayang awak.

Photobucket

20.4.11

Anjing

Sejak aku download lagu Deadmau5, semangat jogging aku datang balik. Tapi masalahnya kawasan rumah aku ni terdapat segerombolan anjing-anjing yang suka menghanjing.

Aku fobia wey..

Sejak aku pernah kena kejar dengan dua ekor anjing pada suatu masa dulu.
Masa tu aku tengah jalan kaki pulang dari kedai depan umah aku, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu mengejar aku dari belakang.
Aku pusing belakang.
Seekor anjing hitam dan seekor anjing coklat yang kelihatan seperti anjing zombie dalam Resident Evil.
Aku yang sedang memakai silk dress berwarna merah, terus mengeluarkan pistol dari celah betis dan menembak kedua-dua anjing yang sedang mara menuju ke arah aku itu dengan hanya satu peluru.
Kedua-dua najis muhalazoh itu bergelimpangan mati dan aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Kalau macam ni ceritanya, tak mungkin aku fobia.

Baik, cerita sebenarnya..aku kena kejar tapi aku tak lari sebab aku tengok dari jauh anjing tu lari macam cheetah. Jadi aku rasa aku takkan boleh lari selaju mereka. Jadi sampailah dua ekor anjing tu depan aku, dan menyalak-yalak menggunakan mulutnya yang berjarak 5 inci dari badan aku. Anjing tinggi wey, paras pinggang aku. Aku masa tu dah ketaq lutut, jantung aku dah jatuh bawah. "Ya Allah!ya allah!", tu je perkataan yang keluar. Disebabkan anjing tu menyalak kuat sangat, seorang laki datang halau anjing-anjing itu. Sekian, aku cakap "terima kasih" dan pulang ke rumah.

Adik aku, Aizat, pernah kena kejar anjing sampai dia balik rumah muka dia bertukar macam zombie sebab terjatuh atas jalan raya. Gila tak?!

Adik aku yang lain, Aishah pernah kena kejar anjing. Dia lari sampai lelah.

Bapak aku pernah kena kejar anjing ketika pulang dari kedai setelah membeli jambu. Oleh kerana ketakutan dikejar anjing, bapak aku telah baling semua jambu ke arah anjing sambi berlari. Tiada jambu yang tinggal.

Adik aku, Acan, pernah kena kejar anjing masa kecil. Aku tengok je. Tetiba anjing tu berhenti kejar dia. Dia bagitahu anjing tu blah sebab dia terkentut keluar belon-belon. Prutt.prutt.pruuttt..

Disebabkan anjing-anjing yang hanjing, aku rasa macam nak kebumikan je niat aku nak berjogging daripada diri sendiri dikebumikan kerana dibaham anjing. Tapi dikebumikan sebab obesiti, aku rasa tak mungkin berlaku walaupun aku tak jogging.

Tahukah anda bahawa anjing mempunyai deria bau yang sangat peka sehingga kedatangan pasukan penangkap anjing juga dapat dihidu oleh rongga hidung mereka?
Ini menyebabkan mereka gagal dikesan untuk penangkapan.
Photobucket

Bagaimana hendak melipat baju sekemas di supermarket?

Tanyalah pekerja supermarket yang melipatnya.

Photobucket

19.4.11

Sampah

Manusia yang membuang sampah merata-rata adalah sampah.

Pernah beberapa bulan lepas, aku duduk rumah makcik aku.
Rumah flat, faham-faham la tahap kebersihannya.
Aku baru balik kerja, tunggu lif turun.
Kelihatan seorang makcik membuka peti surat dan mengambil surat.
Mak cik tu naik lif bersama aku.
Ramai juga yang naik lif sekali waktu tu.
Aku memerhati makcik yang berdiri depan aku tu.
Dia sibuk membaca surat-surat yang baru diambilnya dari peti surat tadi.
Setelah habis baca, makcik itu mengerombolkan surat-surat tersebut dan dengan selamba membuangnya di dalam lif.
Hati aku dah membara tapi aku malas nak bersuara, lagipun aku bukan orang sini.
Ramai lagi orang tua dalam lif tu, semua buat muka macam takde masalah pun tentang situasi tu.
Lepas makcik tu turun, aku tanya dengan seorang pakcik yang berdiri sebelah aku, "Memang macam ni ke?".
Pakcik tu kata "Memang pun, kadang-kadang plastik sampah pun buang dalam lif".
Aku buat muka kesal dalam hati aku, "Patutlah tempat ni kotor, mak bapak pun tak tahu nak tunjuk contoh. Pffft".
Ting!Tingkat 14!Aku turun meninggalkan kekesalan tadi di dalam lif.
Aku sangka aku dah tinggalkan kesemuanya..rupanya masih bersisa dalam minda aku.

Sabtu lepas aku dan mak aku pergi sekolah Aizat sebab Aizat masuk pertandingan.
Kedatangan kami adalah untuk memberikan sokongan padu kepada Aizat.
Kami berdua mencari Aizat dalam kalangan murid-murid sekolah yang berpakaian seragam.
Jumpa.
Kami memerhati Aizat dari bangunan bertentangan.
Aizat di tepi tembok sedang memakan keropok lekor dengan gelojohnya.
Kami dipisahkan oleh sebuah dataran perhimpunan yang tidak berbumbung. 
Hujan renyai ketika itu.
Setelah aku perhatikan Aizat habis makan, aku menjerit, "Aizat!!"
Aizat terus berlari ke arah kami berdua meredah hujan renyai itu.
Sebelum aku menjerit "Aizat!", tahu tak apa dia buat?
Dia sedang membuang plastik dan plastik sos keropok lekor yang dimakannaya di atas lantai.
Aizat datang kepada kami, mak suruh dia pergi kutip balik plastik tersebut dan buang di dalam tong sampah.

Antara sampah yang kecil tapi memang selalu orang buang merata-rata :
Plastik jajan
Puntung rokok
Chewing gum
Kotak minuman
Bungkusan makanan

Kesimpulan :
Jangan jadi sampah dengan buang sampah merata-rata tak kiralah sampah tu kecil ke besar ke sedehana ke.. Takyah nak buat lawak sampah yang buang sampah merata-rata untuk bagi pekerja cleaner pekerjaan. Kalau kau tak jumpa tong sampah, simpan sampah tu sampai jumpa tong sampah, umur dah tua, benda simple camni pun nak ajar. Kalau kau manusia, jangan buang sebarang bentuk pepejal, cecair atau gas merata-rata tempat.

Photobucket

18.4.11

Muzik

Percaya tak kalau aku cakap semua benda dalam dunia ni subjektif ?

Paling tipikal dan kerap kali aku dengar adalah cantik tu subjektif.
Aku rasa orang dagu ke depan cantik, kau rasa tak.
Kau rasa orang mata sepet cantik, aku rasa tak.
Aku rasa orang kulit macam J.Lo cantik, kau rasa orang kulit macam Kirsten Dunst lagi cantik.
Aku rasa orang tetek kecil cantik, kau rasa tetek besar lagi cantik.
Aku rasa orang kurus kering tak hensem, kau rasa orang kurus kering hensem.
dan banyak la lagi..

Muzik pun subjektif gak.
Kau rasa lagu tu sedap, kau rasa lagu tu tak sedap.
Kau rasa lagu Maher Zain sedap, aku rasa lagu Matt Costa lagi sedap.
Ada orang yang merasakan muzik merupakan medium untuk menenangkan jiwa, ada juga yang merasakan muzik untuk menghiburkan hati, ada juga yang menjadikan muzik sebagai medium untuk melayan perasaan dan macam-macam lagi kegunaan muzik.

Bila kata muzik tu subjektif bermakna kau tak boleh paksa orang lain layan lagu yang kau layan secara sengaja atau tidak sengaja.

Pernah sekali aku naik bus, semua tempat duduk penuh kecuali satu tempat duduk di belakang. Daripada aku berdiri bagai tugu negara di tengah, aku memilih untuk duduk sahaja di kerusi belakang yang kosng itu. Aku duduk bersebelahan seorang lelaki india yang aku jangka umurnya dalam lingkungan 18 tahun. Sebelum aku duduk, aku dah sedar satu benda tapi aku redha je la..daripada berdiri. Budak tak berhenti bukak lagu Tamil yang rancak tahap dewa-dewi menggunakan loudspeaker handphonenya. Aku mengantuk gila babi..siyes. Mula-mula aku sabar, sebab aku sangka ia ringtone handphonenya, mungkin ada orang call. Bila dah lama-lama, telinga aku dah start bernanah, mata aku dah berpinar-pinar.
Aku tanya budak tu, "U, takde earphone ke?"(dengan muka annoying, aku terlupa cover).
Budak tu, "Takde"(sambil menggelengkan kepala).
Budak tu macam dah faham maksud soalan aku, dia kata "Sorry kak".
Lagu diberhentikan.

Kan?
Muzik tu subjektif.
Bagi kau lagu tu dah habis sedap.
Bagi orang lain tak.
Tak kira la muzik tu rancak ke slow ke..
Bagi kau lagu slow tu dah cukup mendamaikan setiap jiwa..jadi kau pasang kuat-kuat.
Tapi ada jiwa yang memberontak mendengar lagu yang kau pasang tu.

Jadi, tolong pakai earphone.

Ada jugak yang bangga sangat dengan taste muzik mereka sampai nak menunjuk bagai..
Bila berpakaian nak semua orang tahu yang kau pendengar lagu korea,
Bila berpakaian nak semua makhluk bumi tahu yang kau pendengar tegar muzik indie..
Siap ringtone bagai..bila handphone kau berbunyi semua orang perlu notice yang kau peminat Arctic Monkey
Kalau boleh full volume, baru style kan..(aku perli)

Tak kurang juga orang yang judge orang dengan muzik yang didengarinya..
Kalau kau tak dengar Maher Zain kau jahat, kalau kau dengar kau confirm orang syurga.
Kalau kau dengar lagu Black Veil Black kau sampah, kau senang terpengaruh dengan budaya barat.
Kalau kau dengar lagu indie kononnya kau ada style dan berbeza.
Semua perception ni bagi aku taik.

Ini peringatan untuk aku juga, aku selalu judge orang yang suka lagu jiwang leleh tu ada jiwa geli-geli di dalam diri mereka.

Manusia sepatutnya dijudge berdasarkan diri mereka yang sebenar bukannaya berdasarkan muzik yang mereka layan.

Muzik.
It's all about taste.

Macam makanan pun subjektif.
Aku cakap bubur kat Ani Sup Utara sedap, mak aku cakap tak sedap lansung.
Kau kata KFC sedap bagai, aku kata burger Otai lagi sedap.
Kau kata nasi lemak Mak Jah sedap, aku kata roti canai Khalifah lagi sedap.
Kau tak sepatutnya sangka buruk kat aku sebab tekak aku tak sama ngan kau.

Pengacara : Mengapa citarasa manusia ni berbeza?
Dr. Amalina : Citarasa adalah gabungan perkataan cita dan rasa. Cita saya tak pasti apa maksudnya. Rasa pun saya tak pasti apa maksudnya.
Pengacara : Loser ar doktor ni!Anda google la sendiri.
Dr. Amalina : Saya rasa citarasa berbeza adalah bergantung kepada persekitaran, cara hidup dan personaliti.(cubaan untuk nampak genius dan cover malu)
Pengacara : Terima kasih Dr. Amalina kerana sudi ditemubual.
Dr. Amalina : Sama-sama. Terima kasih jemput saya, hari ni tajaan makan apa?
Pengacara : Nasi lemak Mak Jah.
Dr. Amalina : Alaaa..kenapa tak roti canai Khalifah?
Pengacara : Erkk..(sedawa kenyang)

P/S : Kadangkala, kau kena berlakon dan tidak perlu berterus-terang sangat. Contohnya kau pergi open house dan kau terceduk laksa yang rasanya bukan citarasa kau, tuan rumah bertanya, "Sedap?".Mungkin kau perlu senyum sahaja.

Amalina : Orang yang tidak tahu melukis, tidak patut hidup. Cantik ke tak lukisan kau, itu subjektif. Yang penting kau melukis dengan apa cara sekalipun. Melukis bukan hanya menggunakan pensil dan kertas.

Orang : Amalina!!Siapa kau nak judge orang patut hidup ke tak?!..bla..bla..bla..bla..

Amalina : Hahahaha!!kelakar aku tengok kau ni. Apesal mulut kau bergerak dan muka kau lain macam? Wey, aku tak dengar ape kau cakap tadi, aku pasang earphone full volume.

Orang : Penat je aku cakap tadi..baik cakap dengan sepende!

Photobucket

Hormon

Semua ni hormon punya kerja.

Sekarang ni aku tak boleh tidur, kadang-kadang terlebih tidur pulak.
Semua ni kerja melatonin.

Sekarang ni aku lapar, ni mesti kerja serotonin.
Aku rasa dia bukan berseorangan. Dia pasti berkomplot dengan melatonin, orexin, dan ghrelin.

Sekarang aku sedih-sedih ni mesti kerja cortisol.
Aku rasa sebab cortisol gak aku tak tidur,cortisol gak buat aku rasa nak makan coklat.

Owh lupa!
Semua hormon tu sebahagian dari diri aku juga.
.
P/S : Nama-nama hormon yang nampak macam power tu, bukan aku hafal. Google yang bagitahu. Aku tak pandai pun, kau tahu bukan..

Kebanyakkan orang akan lebih lega apabila menyalahkan sesuatu/seseorang daripada menyalahkan diri sendiri.
Walaupun sesuatu itu adalah dirinya sendiri, tanpa disedarinya.
Walaupun seseorang itu adalah dirinya sendiri, tanpa disedarinya.
Ya, aku adalah orang kebanyakkan.

Photobucket

15.4.11

Gigi susu

Aku menolak-nolak gigi susu yang mula bergoyang dengan lidah.

Aku : Mak, gigi Ina ni goyang la..

Mak : Goyang gigi tu sampai cabut..nanti keluar gigi baru..

Setelah seminggu..

Memandangkan aku seorang yang pengecut, gigi tersebut masih tidak tercabut lagi. Mak memeriksa gigi susu yang goyang itu. Suasana tiba-tiba bertukar panik, apabila mak mendapati kelihatan gigi kekal sudah mula tumbuh di belakang gigi susu tersebut.

Mak telah mengikat gigi aku dengan benang, manakala pada penghujung benang mak mengikat sudu. Sudu tersebut digunakan sebagai pemegang untuk menarik gigi yang goyang itu. Fokus utama mak dan abah sepanjang hari tu hanya gigi susu aku. Mak tak masak, kami sekeluarga hanya makan limau mandrin banyak-banyak. Rumah bersepah-sepah dengan kulit limau dan biji-biji limau yang bertaburan di merata tempat. Sekejap mak tolong tarikkan gigi aku, sekejap lagi tukar abah aku pulak tarikkan. Aku pula asyik menangis.

Keesokkan harinya, gigi susu aku masih belum tercabut. Aku pengecut, mak dan abah aku tarik kuat sikit aku dah menjerit, tengok darah pun menagis-nangis, biasalah pertama kali cabut gigi. Hari ini pula abah aku tukar sudu yang diikat pada benang dengan kaset radio sebagai pemegang. Mak dan abah bergilir-gilir tarik gigi aku sepanjang hari. Setelah hari menjelang petang, akhirnya gigi aku tercabut setelah disentap mak. Gigi susu tu terpelanting di dalam rumah aku yang penuh dengan kulit dan biji limau mandrin. Operasi mencari gagal.

Setelah beberapa bulan, gigi susu yang kedua pula goyang. Mak suruh abah bawa aku jumpa doktor gigi sahaja. Tak sampai 2 minit, doktor cabutkan gigi  susu kedua tanpa rasa sakit sedikit pun.

Untuk gigi susu ketiga dan seterusnya, aku cabut sendiri sebab masa tu aku dah kuat.

Terima kasih mak dan abah sebab bersama Ina dan bersusah-payah masa nak cabut gigi susu yang pertama. Sayang mak dan abah.

Fakta tak menarik :

1. Benda pertama yang aku perasan bila tengok orang ialah gigi (kalau orang tu bercakap atau buka mulut).
2. Tapi kebanyakkan orang yang aku rasa gigi dia cantik biasanya bukan jenis gigi yang teratur.
3. Gigi yang sihat adalah gigi berwarna kuning, gigi putih adalah gigi yang cepat rapuh. Kalau berwarna kuning sangat macam isi durian, bukan gigi sihat tapi gigi kotor.


P/S : Bila kau lansung hilang senyuman ketika gigi kekal kau penuh, ingat balik senyuman kau bila kau ronggak kehilangan gigi susu pada satu masa dulu.

Photobucket

14.4.11

Perempuan

Ya, aku perempuan tapi aku nak admit yang kadang-kadang berbual dengan segelintir (segelintir je la..) perempuan agak sukar. Antaranya ;


1. Bila kau tanya arah menuju ke satu destinasi.
Jawapannya panjang sangat menceritakan segala bagai tempat yang tidak perlu.
Contohnya:

Soalan : Macam mana nak pegi Taman Gembira?

Jawapan : Ko jalan terus nanti  ko nampak Shell, jalan terus lagi nanti ko nampak balai polis, jalan terus lagi sampai ko nampak masjid, baru ko belok kiri,lepas ko  belok kiri. kat belah kiri jalan tu ko akan nampak ada rumah tangga merah.jalan terus je jalan tu sampai ko nampak traffic light,bila sampai traffic light belah kanan tu ada kedai burger, belok kiri.

Aduhai..aku tolong highlightkan mane yang TIDAK perlu cakap. Aku pernah sekali jumpa lelaki yang bagi penerangan macam ni.


2. Bila dia ajak kau keluar, kau tanya pukul berapa?
Jawapannya  panjang sangat iaitu menerangkan aktiviti yang perlu dia lakukan sebelum keluar bersama kita. Akhir penerangan kau takkan dapat jawapan pukul berapa kita akan keluar dan kau perlu mengulang soalan.
Contohnya :

Soalan : So, kita nak keluar pukul berapa?

Jawapan : I nak pergi saloon dulu, cuci rambut, buat rambut. Lepas tu I nak basuh kereta. I basuh kereta lebih kurang dalam 15 minit, lepas tu I nak top up handphone, dah 2 hari I tak top up. I nak makan dalam sejam dengan hubby I..blablabla.. (penerangan yang panjang yang dia expect ko buat pengiraan masa sendiri) 

Soalan : So, kita nak keluar pukul berapa?


3. Bila kau nak cakap dan dia pun sibuk nak cakap.
Cerita dia panjang sangat lepas tu kau lupa apa kau nak cakap sedangkan benda yang kau nak cakap lagi penting dari cerita dia pasal crush dia lalu dan suddenly angin tiup-tiup, kertas berterbangan dan crush dia tolong kutipkan.(epic & typical drama scene)

Sebenarnya, ada lagi tapi aku tak ingat..

Kesimpulannya: 

Mungkin disebabkan perempuan banyak ambil kesah dengan benda-benda kecil dalam kehidupan menyebabkan mereka nampak benda-benda kecil itu adalah besar.

Dan sebab tu lah penulis Amalina & benda kecil adalah perempuan sebab dia sibuk dengan benda-benda kecil sama macam perempuan lain.

Photobucket

Warna

Mak aku pakai tshirt berwarna oren hari ni.
Adik aku pakai tshirt berwarna kuning hari ni.
Aku pakai tshirt berwarna hitam hari ini.
Mak dan adik aku nampak gembira hari ni, mereka asyik ketawa.
Aku tidak seperti mereka.

Kesimpulannya :
Warna mempengaruhi hormon, hormon mempengaruhi emosi.
Nampak tak singnifikannya benda kecil dalam kehidupan seharian.
(sambil membuat aksi lagak seorang pakar motivasi)

Haha..tipu je..
Aku tak gembira sebab ulser dalam mulut aku tak elok lagi, tiada kaitan pun dengan warna baju.
Jadi aku tak boleh senyum atau gelak dengan sempurna.
Bonjela berkata "Sabar, Amalina..jangan lupakan saya setiap 3 jam"(mungkin dia kekok untuk membahasakan diri aku engkau kerana kami baru sahaja berkenalan dua hari lepas)
Sebenarnya, aku tak boleh tidur, kalau aku tidur, mulut aku akan makan diri sendiri, sebab tu mulut aku luka sampai berulser.
Kalau mulut aku sempat makan keseluruhan badan aku, apa yang tinggal nanti?
Takkan mulut sahaja? Mana dia akan simpan semua yang telah dimakan kalau tiada perut?

P/s : Tadi aku dah publish post, lepas tu baru aku ingat yang aku terlupa letak kartun joget-joget tu, pastu aku edit balik.haha..ni pun nak bagitahu ke?..eh..mesti la kena bagitahu, kan benda kecil..

Photobucket

13.4.11

Over my shoulder


Over my shoulder, running away,
Feels like i’m falling, losing my day,


Cold and dry,
Cold and dry.

Fog out my daylight, torture my night,
Feels like i’m falling, far out of sight
,

Cold,

Drunk,

Tired,

Lost.

Over my shoulder, running away,
Feels like i’m falling, losing my way,


Cold, dry,
Cold and dry.

Fog out my daylight, torture my night,
Feels like i’m falling, far out of sight,


Cold,
Drunk,
Cold and drunk.

4

13 / 04 / 2011
1+3 / 0+4 / 2+0+1+1
4 / 4


4!

Photobucket

12.4.11

Malas

malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas rajin makan malas malas rajin rajin malas malas malas malas rajin makan malas malas malas malas malas malas malas malas makan malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas  makan malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas rajin malas malas malas malas rajin malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas rajin malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas takde mood malas malas malas malas malas malas malas malas rajin malas malas malas malas rajin makan malas malas rajin rajin rajin malas malas malas rajin makan malas malas malas malas malas malas malas malas makan malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas malas sedih malas rajin malas malas malas malas rajin malas malas rajin malas malas malas malas rajin malas malas malas malas malas malas malas malas makan malas malas rajin

Ada satu rajin yang aku malas nak highlightkan dan satu perkataan makan yang aku malas nak boldkan.

Benda jadah

Benda jadah ni buat aku tak cakap merapu.
Benda jadah ni buat aku tak nak bercakap.
Benda jadah ni buat aku makan sikit.
Benda jadah ni buat aku gosok gigi slow-slow.
Benda jadah ni buat aku tak tidur.
Benda jadah ni buat aku nangis ketika makan.
Benda jadah ni buat rahang aku bengkak sebelah.
Benda jadah ni buat aku malas gelak atau senyum.
Benda jadah ni buat aku makan slow-slow.
Benda jadah ni buat aku sakit.

Apakah benda jadah itu?

Jawapan : ʇn|nɯ ɹǝs|n

Terima kasih abah sebab belikan bonjela.
Sakit sudah berkurang berbanding semalam.

Photobucket

11.4.11

Uzur

Situasi : Aku baru lepas solat, Aizat masuk bilik aku, baring atas katil sambil buat muka sedih.

Aku : Aizat dah sembahyang?

Aizat : Aizat uzur..(muka kesakitan)

Aku : Aizat uzur ape?

Aizat : Aizat tengah sakit perut ni..

Aku : Tu bukan uzur la..dah, pergi sembahyang.

Tamat perbualan.

Disebabkan dua entri yang lepas pun aku cerita pasal Aizat jadi aku nak perkenalkan Aizat. Aizat adalah adik aku yang last sekali, darjah tiga. 
Photobucket

Jiran

Situasi : Adik aku balik sekolah disapa oleh jiran baru sebelah rumah.

Jiran : Mak mana?

Aizat : Mak ada kat dalam.

Jiran : Aizat pergi sekolah, kesian mak tinggal sorang-sorang..

Aizat : Kakak saya ada la..

Jiran : Kakak awak tak kerja ke?

Aizat : Dia tanam anggur.

Jiran : Tanam anggur kat mane?

Aizat : Entah la..tu la..saya pun tak tahu kat mana..

Ni semua bahana sebab mak dan adik aku (bukan Aizat) asyik bahan aku penanam anggur. Sebenarnya, penanam anggur merujuk kepada pengganggur. 

Photobucket

10.4.11

Kesal

Situasi : Adik aku sedang menonton Mr. Bean dan aku rasa macam nak baling television.

Aku : Aizat, suatu hari nanti Aizat akan menyesal sebab tengok semua ni.(dengan nada serius)

Mak : (gelak)

Aku : Kenapa mak gelak pulak?

Mak : (senyap)

Aku : Betul Aizat, Along dah pernah tengok semua benda bodoh ni masa kecik dulu.(dengan nada kesal)

Photobucket

Angkatan ulser mulut

Imej : Amalina mengalami tekanan emosi dan berasa tidak berguna.

Ketua angkatan : Hahahahahah!!! Inilah masa yang sesuai. Kali ni kita akan takluki mulutnya dengan wilayah jajahan yang luas. ( sambil memerhati Amalina menerusi teropong yang dibelinya di Padang Besar)

Penolong ketua angkatan : Tapi tuan..saya tengok gigi gerahamnya baru nak tumbuh. Gigi geraham yang baru hendak tumbuh tu sedang menolak gusinya..sakit tu tuan..patut ke kita serang dia pada saat getir sebegini??(sambil memegang jerawat yang baru tumbuh di atas cuping telinga kirinya)

Ketua & yang lain : Hahahhahaha!!!(gelak jahat) 

Ketua angkatan : Kau tak cukup kejam untuk jadi ulser mulut, aku sumpah kau jadi jerawat!!Hahahahah!!!(Gelak jahat)

Malam itu, penolong ketua angkatan yang baik itu disumpah menjadi jerawat. Manakala ketua dan yang lain bersengkang mata bagi mengatur strategi dan melukis pelan penaklukan.

Lebih kurang 3.30 pagi, mereka memerhati gerak-geri Amalina dari jarak 1 centimeter dengan menggunakan teropong.

Badan pemerhati : Tuan, dia sedang menggosok gigi.

Ketua angkatan : Bagus-bagus, seperti yang kita rancang. Semua bersedia!

Amalina tidur.

Ketua angkatan : SERANG!!!!

---

Setelah bangun tidur, Amalina mendapati dia mengalami ulser mulut yang kelihatan seperti peta negara Chile yang melingkar dari depan sehingga ke bahagian gusi dimana gigi gerahamnya sedang tumbuh, dan sebiji jerawat di atas cuping telinganya yang kelihatan seperti Subang Jaya. Dia mengalami kesakitan di bahagian kiri dinding mulut, tulang rahang dan telinga. 

Kemudian Amalina memegang berus gigi untuk melakukan rutin penjagaan mulut.

Berus gigi : Kesian kau...takpe, kita buat slow-slow ok..

Walaupun dipenuhi buih memedihkan, angkatan ulser masih tidak berganjak.

Amalina : Kalau kau berani kejam dengan aku, aku akan lebih kejam! Aku takkan biarkan kau bertahan lama. Tengoklah nanti! (sambil ubat gigi menyembur-nyembur)

Ketua angkatan : Kau nak buat apa? (dengan muka takbur setelah kejayaan besarnya sambil menitiskan Eyemo Moist pada matanya yang kepedihan)

Amalina : Nanti aku tanya mak aku..

Pengikut-pengikut : BoO!!!!!!!!!!!

Ketua angkatan : Eleh...sikit-sikit tanya mak..

Setelah selesai, Amalina melemparkan senyuman segar kepada berus gigi kesayangannya dan jelingan tajam kepada angkatan ulser.

(Cerita ini diinspirasi dari kisah benar)

Photobucket

8.4.11

Kuda laut

Dalam timbunan ikan bilis yang mak aku bersihkan tadi ada seekor anak kuda laut.
Kecil sahaja.

Itu sahaja yang menarik dalam hidup aku hari ini.

Photobucket

U - untuk tontonan umum


Aku baru lepas habis menonton cerita Alangkah Lucunya Negeri Ini di Youtube.

Komentar :
Sangat menarik atau dalam bahasa internasionalnya awesome.
Lebih bagus 500 kali ganda dari Laskar Pelangi.
Aku mengangkat keempat-empat ibu jari untuk cerita ini.

Suara dalaman : Mungkin sebab nasib laki tu sama dengan kau sebab tu kau rasa best?

Amalina : Dia 2 tahun, aku baru 5 bulan.Tak sama. Memang cerita tu best.

Photobucket

7.4.11

Terus-terang

Maimunah : Kenapa manusia tak suka berterus-terang yek?

Rafeah : Wey, ketiak ko busuk. (bercakap dengan mulut yang berbau)

Maimunah : Diam. (sentap. seminggu tak bercakap)

Apakah yang terpendam dalam sanubari Maimunah?

Sepanjang aku kawan Rafeah, tak pernah pun aku berterus-terang kata bau mulut dia busuk. Aku nak jaga perasaan dia sebagai kawan, aku sanggup tahan bau mulut dia. Kenapa dia tergamak berterus-terang kata bau ketiak aku busuk?

Aku : Maimunah, bersabarlah (klise giler.ffuu.) Maimunah, sebab wujudnya manusia macam ko la, ada segelintir manusia tak suka berterus-terang.

Maimunah : Fine..(sambil mecampurkan dua sudu Mayonis Lady's Choice ke dalam telur dadar yang ingin digorengnya)  

Kemudian, Amalina berlalu pergi dan memasukkan kepala ke dalam 'Mesin Mengadu Domba' yang baru diciptanya. Setelah dua hari, mesin tersebut mengeluarkan kertas analisis yang bertulis seperti berikut :

Aku sebenarnya tak pasti orang ni tak ikhlas ke attention seeker..(dengan riak muka seorang ahli falsafah). Aku assume orang macam ni attention seeker. Tapi ni antara kategori manusia yang aku tak berminat di alam maya iaitu orang yang comment entri aku dan meninggalkan link menuju  ke salah satu entri mereka yang tiada kaitan dengan entri aku. Aku klik kat nama bila korang comment tu pun dah boleh baca blog korang kan..so, lepak sudah. Tidak perlulah berusaha sangat nak letak link bagai-bagai. Siap link nak ajar macam mana nak buat blog jadi famous la bagai. Aku tak harap pun blog jadi famous. Kalau nak jadi famous pun, aku tak nak ikut cara ko. Lagipun ko tak perlu nak letak link sangat kat blog pencacai cam aku, traffic ko takkan naik mane pun. Aku tulis blog untuk suka-suka je, sebab tu aku berikan tajuk blog "Amalina & benda kecil", benda besar aku tak cerita kecuali pasal Jonet tu. Aku tiada niat nak komersialkan blog aku ke peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya :
Manusia memang pelbagai, aku juga termasuk dalam kepelbagaian itu. Sama ada ko adapt cara aku atau jangan kacau aku. Ia agak menjengkelkan bagi seorang yang social freak macam aku.

Sekian.(dengan mulut bau bawang putih)

P/S : Ini adalah antara benda kecil yang aku perbesarkan berikutan ia berulang kali berlaku. 

Iklan
Suara latar : Mesin tersebut telah diluluskan pihak SIRAM. Anda mungkin boleh terdedah kepada letusan ion-ion udara yang tidak dikehendaki setelah penggunaannya. Bagaimanapun, dinasihatkan menghindarkan ion-ion yang mengeluarkan bunyi 'POP' itu. 
Imej : Seorang lelaki metroseksual yang bertahi lalat di tepi telinga kiri dengan tahi lalatnya diboldkan)

Serbuk lada hitam

Lokasi : Dalam sebuah movie hall
Posisi : Duduk
Masa : Sekitar 8.55 malam

Movie belum mula,iklan sedang disiarkan.
Aku sedang meletak sos dan serbuk lada hitam di atas burger.

Tiba-tiba..
"Allahu akbar, allahu akbar..ashadu'allahilaha illallah..."

Hati aku berkata : Kenapa tiba-tiba azan plak ni?

Tetiba baru teringat, aku pasang prayer alert pada talipon bimbit, lupa off.

Gelabah dengan burger kat atas peha, dengan sos-sos lagi.

Azan terus berkumandang dalam movie hall.

Seluk beg yang bersepah mencari talipon bimbit.

Azan terus lagi berkumandang.

Aduh..

Suruh seseorang yang dikenali  yang sedang ketawa untuk memegang burger.

Masih mencari talipon bimbit di dalam beg.

Jumpa.

Off.

-------

Habis makan burger.

Hendak mebasuh tangan.

Pergi ke toilet.

Buka paip.

Paip berbunyi seperti seekor anjing laut.

"Auw!auw!auw!"

P/S : Serbuk lada hitam tiada kaitan.

Photobucket

6.4.11

Perbualan ilmiah

Situasi :
Adik-beradik yang sedang menyiapkan kerja sekolah.

Aisha : (menyanyi-nyayi dengan penuh perasaan)

Pika : Ishh..Aisha boleh senyap tak, nanti Pika tertulis perkataan yang Aisha tengah nyanyi..

Aisha : (masih terus menyanyi)

Pika : Ishh..

Aizat : Habis kalau ada orang berdengkur kat tepi Pika, Pika tulis zzzZZ yek?

Aisha : (gelak)

Pika : (senyap)

Photobucket

Apa?

Ada perkataan yang aku nak keluarkan.
Aku tak tahu apa perkataan tu.
Ianya satu perkataan ringkasan dari ayat ..............(ayat apa pun aku tak tahu).
Entah.
Photobucket

5.4.11

Gaduh lagi

Ini mungkin juga sambungan kisah semalam, mungkin juga bukan.
Bergantung kepada kepada individu nak sangka apa pun.
Hari ni aku menyikat rambut lagi.
Sikat tu terpelanting lagi.

Otak kanan : Kali ni tak bersebab pun sikat jatuh kan?(dengan nada memerli otak kiri)

Otak kiri : Aku timbulkan persoalan je semalam, bukan aku memberi fakta. Tapi bagi aku la kan..adakalanya setiap yang berlaku memang bersebab.

Otak kanan : Eleh..sebenarnya aku saje je nak tengok jawapan ko, memang bersebab pun, sebenarnya sikat tu jatuh sebabnya ko la, lembab!!

Otak kiri : Pahal pulak aku?!

Otak kanan : Sebab ko yang kawal semua anggota kanan dia. Dia sikat rambut guna tangan kanan, kalau asyik jatuh je, ko la penyebabnya, ko tu lembab!tak reti mengawal!!

Otak kiri : Ko tuduh aku pulak, memang aku mengawal..Tapi ko tu langsung tak berfungsi, ko tak kawal seni menyikat dengan betul, tu la sikat tu jatuh.

Otak kanan : Ko dah salah, nak cari salah aku pulak!

Aku : Dah! jangan gaduh! Dua-dua tak salah, sikat tu yang licin, lagipun tekstur tangan aku halus dan juga rambut aku macam dawai sebab tu sikat tu jatuh. Dah puas?!

Otak kiri & otak kanan : (senyum)

P/S : Aku bukan skizofrenia cuma aku mendengar mereka bergaduh.haha!

Pengajaran :

1. Setiap yang berlaku bersebab walaupun anda tak nampak sebabnya ketika itu. Sekiranya anda merasakan sesuatu perkara berlaku tanpa sebab ianya kerana pada ketika itu anda bodoh untuk memikirkan sebabnya.

2. Oleh kerana setiap perkara bersebab, maka setiap perkara juga mempunyai akibat. Hubungan akibat dan sebab adalah seperti hubungan anda dan air, dimana disebabkan anda haus, anda minum air mengakibatkan anda kencing dalam seluar.

3. Menyalahkan benda yang bukan hidup lebih mudah daripada menyalahkan benda hidup kerana ia tidak bersuara untuk menegakkan keadilan. Contohnya menyalahkan sikat.

Sikat : Dah la aku terpelanting jatuh, sakit tau!Pastu sedap-sedap je salahkan aku. Kalau ko pegang aku betul-betul kan mesti aku tak jatuh..

Ok, tak.

Benda bukan hidup juga boleh bercakap. Jadi, lebih baik kongsi rasa bersalah bersama-sama kerana ia lebih adil.

Otak kanan : Buat ape nak kongsi rasa bersalah, aku tak salah pun.

Aku : Dah ar..benda kecik je..aku bukan nak hukum korang pun..lepak sudah..

Photobucket

4.4.11

Seliper bilik

Aku tidur, aku letak seliper tepi katil.
Bangun tidur, seliper tinggal sebelah je.
Aku cari bawah katil, tak jumpa.
Aku cari sekeliling bilik, tak jumpa.
Aku sikat rambut yang macam singa.
Tiba-tiba, tengah bersemangat menyikat rambut, sikat terpelanting sampai ke belakang pintu.
Aku pergi belakang pintu, nak ambil sikat.
Jumpa seliper bilik yang lagi sebelah sekali.

Otak kiri : Sekarang percaya tak yang setiap perkara yang berlaku bersebab walaupun benda kecil?

Otak kanan : Nak tunjuk bagus ar tu?!(buat muka)

Aku : Dah!jangan gaduh!

Photobucket

3.4.11

The boy who knew too much

So I was sitting there in the bar and this guy comes up to me and he said "My life stinks" and I saw his gold credit card and I saw the way he was looking at people across the room and I looked at his face and you know, what a good looking face, and I just said, "Dude, your perspective on life sucks".                                                                            
(Blame It On The Girl by Mika)

2.4.11

Pelayan kedai makan

Aku duduk, seorang pelayan datang membawa menu.

Aku : Nak lap meja ni..

Pelayan : Lap la..amik kain kat belakang tu..(muka tak bersalah)

Aku : Ha?!Boleh yek camtu??(buat muka pelik, dalam hati "Aku customer, die suruh aku lap meja sendiri, berani betul...")

Pelayan : Boleh..(sambil membaca riak muka aku)..tadi awak kate nak lap..

Aku : Oh,ok..tolong lapkan meja ni bley tak?

Pelayan : Boleh..(senyum)

Photobucket

Style la video ni

 Nak share je.

1.4.11

Sculpture

Kami sekeluarga sedang makan durian.

Aku : Durian paling sedap pernah along makan durian kat tepi jalan kat Segamat (tiba-tiba..merujuk pada sculpture durian).

Acan : Dekat Kuala Rompin, ada tembikai (merujuk pada sculpture tembikai).

Mak : Kat Terengganu ada penyu..(merujuk pada sculpture penyu).

Aku : Kat Langkawi ada helang (merujuk pada sculpture helang).

Perbualan tamat kemudian kami gelak bersama-sama sambil makan durian.

Bagi aku, perbualan ringan begini memang menyeronokkan.

Photobucket