26.2.11

Najis wangi?

Dalam misi aku mecapai visi aku di sebuah tandas awam yang tekemuka di dunia.
Orang tak ramai, tapi aku beratur.
Kenapa? Sebab tandas awam itu penuh.
Bukan penuh dengan najis atau sedang dipenuhi najis.
Mungkin perkataan beratur itu agak retorik untuk digunakan,
kerana aku berdiri berseorangan di hadapan sepapan pintu.
Pintu berkunci yang memisahkan aku dengan seorang yang sedang mencangkung.
Suddenly...(cewah suddenly konon, tulis tibe-tibe sudah), seorang gadis membuka pintu tandas dengan muka sembelit.
Dengan riak muka gadis yang sebegitu membuatkan penulis ragu-ragu untuk memasuki tandas yang baru sahaja ditinggalkan gadis sembelit kerana memikirkan perihal bau yang kurang menyenangkan yang mungkin dihadapinya.
Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan yang mendesak si penulis menguatkan semangat memasuki tandas tersebut.
Alangkah terkejutnya penulis mendapati tandas tersebut diselaputi bau yang sangat harum bagaikan baru sahaja digunakan oleh kuntilanak haram sandal croc.
Persoalan yang penulis cuba ketengahkan di sini adalah adakah najis gadis sembelit tadi berbau wangi atau gadis sembelit meyembur minyak wangi sebelum keluar tandas untuk memberi keselesaan kepada manusia lain??
Sekiranya gadis sembelit sempat menyembur minyak wangi mengapakah gadis sembelit tidak sempat memperbetulkan reaksi muka berak batu itu?? Rase tak cam ade konspirasi di sini??kan?

Malang memang tidak berbau sebab malang tu miskin,tak mampu beli perfume.
http://www.emocutez.com

25.2.11

Cermin mata

Baru aku sedar kemarin yang rupenye orang kedai cermin mata mase aku first time (mase darjah 5)buat spec tu sebenarnye tipu aku. Aku tanye die, "saya kene sentiase pakai spec ni ke?". "Ya", balas orang tu. Rupenya, disebabkan aku sentiase pakai cermin mate tu la power spec aku naik 100 lepas setahun pakai spec. Dari 100 tau tak..ishh..Hello!die ingat kalau power aku naik cepat aku akan buat spec kat kedai die lagi and bagi die cepat kaye ke??!..kawan aku cite an, die gi cheak power, power die 100. Die tak pakai cermin mate, lepas setahun power die turun jadi 75. Cis!cis! aku plak skung dah bergantung dengan cermin mata, power plak asik naik je sampai skung dah 400. Dah ar pakai cermin mate tu buat aku rase hodoh. Muke aku ni kategori yang cam suci-suci, bile aku pakai cermin mata lagi ar nerd abis kalah Betty.


Moral of the story :
1. Setiap bende yang manusia cipta ade kekurangannya.
2. Jangan percaya sangat dengan orang yang berniaga ni mereka ada strategi tersembunyi.
http://www.emocutez.com

20.2.11

12 Rabiulawal 1432H

Pada hari lahir kekasih Allah yang juga bersamaan dengan hari kekasih orang kafir.

Post status   : Happy birthday Nabi Muhammad S.W.T
Komen status  : S.A.W la ien..

Remove post. 
Malu. Jahil sungguh.
Bukan aku tak tahu, tapi aku lupe kot.
http://www.emocutez.com

19.2.11

12.2.11

Benci

Aku makan tapai.
Pastu makan laksam.
Pastu kumpul-kumpul pinggan nak basuh.
Nampak seeekor kucing.
Dia miaw miaw..
Aku wat bodo.
Aku tak tertarik sebab tak comel lansung.
Kucing tu loncat, gesel-gesel kat kaki aku.
Aku geli.
Aku rase cam nak tendang tapi tak sampai hati.
Aku marah, die tak paham.
Aku geli tengok kucing tu.
Kucing tu masuk bawah kain aku.
Mesti tengok sepende aku.
Damn!kucing pervert.
Aku lagi jijik ngan kucing tu.

Aku tak tahan rasa jijik kat kucing tu.
Aku pegi muntah.
Aku basuh kaki dengan sabun.
Benci!

Air sejuk

Pada suatu malam yang sejuk, Amalina dalam perjalanan pulang ke rumah. Disebabkan cuaca malam itu yang sejuk dan tangki yang sudah penuh, Amalina terpaksa ke sebuah pusat membeli-belah untuk menbuang air dalam kuantiti yang kecil. Setelah memberikan syiling dua puluh sen kepada penjaga pintu tandas awan tersebut, air kencing diberikan pula pada mangkuk jamban. Sempat juga Amalina membaca iklan dipintu tandas tersebut, rasa terhibur sebentar. Berkesan juga media pintu tandas kepada khalayak seperti Amalina.
Dalam perjalanan keluar dari tandas yang tidak berapa memuaskan itu, nafsu insan bernama Amalina ini terdetik untuk membeli air sejuk pada cuaca yang sejuk yang mencengkam tulang-temulang atau dalam bahasa Inggeris juga lebih sinonim dengan istilah bonechiller.

Amalina : Adik, cendol satu?

Adik berbaju oren : Cendol takde la kat sini.

Amalina : Aik??!(buat muke pelik) selalu saya beli ade..

Adik berbaju oren : Takde.

Amalina : Erm..takpe la..bagi peach yougurt satu.

Sambil budak tu buatkan air, Amalina merenung setiap ceruk kedai.
Tetiba, Amalina gelabah giler cam orang hilang akal sampai adik tu pun terkejut.

Amalina : Alamak!!!!!!(dunia rasa cam gelap tetibe)Salah kedai..saya tak nak beli Each A Cup!Saya nak Coolblog!!Damnnn!Sejak bile kedai ni wujud kat sini??!

Budak baju oren : Kitorang baru je buka dua hari..

Amalina : Apasal bukak sebelah kedai Coolblog??!bukak la tempat lain. Saya nak cancel boleh tak?!

Budak baju oren : Ermm..tak boleh. saya tak tahu la camane nak cancelkan..akak cube la dulu yang ni plak..

Amalina : Alamak!!aku dah pernah cube dah.tak sedap lansung, mahal plak tu..ishh..ermm..xpela..(pasrah sambil jerling kedai Coolblog kat sebelah..damnn..)

Pada malam sejuk itu Amalina memaksa diri untuk meminum air sejuk itu dalam cuaca sejuk dan tangannya yang kesejukan memeggang bekas minuman sejuk itu.
Beku otak!