Orang tak ramai, tapi aku beratur.
Kenapa? Sebab tandas awam itu penuh.
Bukan penuh dengan najis atau sedang dipenuhi najis.
Mungkin perkataan beratur itu agak retorik untuk digunakan,
kerana aku berdiri berseorangan di hadapan sepapan pintu.
Pintu berkunci yang memisahkan aku dengan seorang yang sedang mencangkung.
Suddenly...(cewah suddenly konon, tulis tibe-tibe sudah), seorang gadis membuka pintu tandas dengan muka sembelit.
Dengan riak muka gadis yang sebegitu membuatkan penulis ragu-ragu untuk memasuki tandas yang baru sahaja ditinggalkan gadis sembelit kerana memikirkan perihal bau yang kurang menyenangkan yang mungkin dihadapinya.
Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan yang mendesak si penulis menguatkan semangat memasuki tandas tersebut.
Alangkah terkejutnya penulis mendapati tandas tersebut diselaputi bau yang sangat harum bagaikan baru sahaja digunakan oleh kuntilanak haram sandal croc.
Persoalan yang penulis cuba ketengahkan di sini adalah adakah najis gadis sembelit tadi berbau wangi atau gadis sembelit meyembur minyak wangi sebelum keluar tandas untuk memberi keselesaan kepada manusia lain??
Sekiranya gadis sembelit sempat menyembur minyak wangi mengapakah gadis sembelit tidak sempat memperbetulkan reaksi muka berak batu itu?? Rase tak cam ade konspirasi di sini??kan?
Malang memang tidak berbau sebab malang tu miskin,tak mampu beli perfume.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan