12.9.19

Kekaburan

Musim jerebu kali ini bukan setakat pemandangan saja yang kabur, bagi kebanyakan manusia dalamannya turut kabur.
Mungkin kerena terlalu banyak udara kotor yang disedut.
Ada juga yang kabur akibat kepandaian yang memandai-mandai.
Ada yang kabur dari ikutan pandangan yang juga sebenarnya kabur.
Ada yang kabur dek keinginan menghukum.
Tak kurang juga yang kabur kerana rasa tidak endah.

Yang aku pasti kita semua kabur akan perihal kekaburan itu. Dalam kekaburan ini,kita semua masih terus bernafas dalam satu utara kotor, dari atmosfera yang sama.

2.8.19

Rumpai

Hari tu aku tengok dokumentari pasal macam mana orang buat seaweed sheet.
Baru mula dokumentari,baru part asingkan seaweed dari jaring-jaring yang tersangkut.
Aku terus turn off, taknak la makan seaweed sheet lagi.
Ermm..itu saja nak cerita pasal rumpai laut.
-
Sepupu aku pesan :
Rezeki ni bukan setakat duit atau harta.
Dikelilingi orang yang supportive pun rezeki juga.
-
Anak sedara aku beritahu kuda yang ada kepak dan tanduk depan namanya pengasus.
Yang tiada kepak ada tanduk depan saja namanya unicorn.
Kalau kuda ada kepak saja,tiada tanduk depan namanya alicorn.
-
Aku rasa sejak kebelakangan ini aku makin mudah tolerate dengan manusia judgemental sebab bagi aku bila orang tu perlekeh or judge kau sebenarnya it tells a lots about that person rather than the person they judged/you.


30.7.19

Bodoh

Aku cuba nak elak cerita kat orang bila benda pelik jadi sebab benda tu boleh buat orang ingat aku gila ke bodoh tapi hold  adalah perkataan yang besar untuk aku tamping berseorangan.

Macam...
aku tahu seorang  kawan sedang baca post insta aku 4 tahun lepas. 
Tetiba aku tengok dia like post tersebut.
Memang betul exactly macam yang aku nampak sebelum ia berlaku.
Tu belum lagi yang aku teringat orang, tetiba orang tu call.

Banyaklah lagi yang buat aku pertikaikan bagaimana ia berlaku atau
bagaimana aku dapat tahu ia akan berlaku dan kenapa perlu aku tahu/rasa sebegitu.
Kadang-kadang benda kecil-kecil,kadang-kadang benda besar.

Entah apa yang aku salah makan sampai benda-benda camni jadi.
Tak suka nanti orang ingat aku ni kuat berangan atau ada masalah mental.
Tapi bertahan daripada berkongsikan kejadian dengan orang terdekat adalah menyeksakan.
Aku sebenarnya expect ada orang cakap “ha..aku pun pernah camtu”

Janganlah kalau dalam dunia ni aku sorang je alami.

Manalah tahu sedang aku tidur,ada makhluk asing datang culik dan buat pelik-pelik
dengan otak aku kemudian letak aku kembali di atas katil.
Hahah!

Emm..apa sebenarnya yang berlaku?

24.7.19

Dekat

Sebenarnya setiap kali kita ragu dengan diri sendiri,
sebenarnya kita ragu dengan Tuhan kita sendiri.
-
Self reminder
Segalanya milik Tuhan.
Segala-galanya.
Segalanya.

19.7.19

Kucing

Semalam aku duduk atas meja tiba-tiba aku tersedar yang file atas tu basah.
Bukan setakat file,buku aku pun basah,bau kencing kucing.
Hati aku panas sepanjang buat kerja mencuci segalanya.
Ini bukan pertama kali kucing aku buat perangai sebegini.

Pernah juga dia kencing atas tilam aku.
Setelah beberapa teknik mencuci masih tidak menyakinkan aku,
aku decide untuk buang saja tilam itu dan beli yang baru.
Marah aku reda beberapa hari selepas itu setelah dia cuba pujuk
dengan kecomelan,rupa paras yang suci dan karakter yang manja.

Aku tahu betapa aku perlukan kucing itu untuk meneruskan kehidupan
tapi untuk hidup dalam ketakutan dikencing lagi buat aku rasa berbelah bahagi.

Bencilah camni!