12.9.19

Kekaburan

Musim jerebu kali ini bukan setakat pemandangan saja yang kabur, bagi kebanyakan manusia dalamannya turut kabur.
Mungkin kerena terlalu banyak udara kotor yang disedut.
Ada juga yang kabur akibat kepandaian yang memandai-mandai.
Ada yang kabur dari ikutan pandangan yang juga sebenarnya kabur.
Ada yang kabur dek keinginan menghukum.
Tak kurang juga yang kabur kerana rasa tidak endah.

Yang aku pasti kita semua kabur akan perihal kekaburan itu. Dalam kekaburan ini,kita semua masih terus bernafas dalam satu utara kotor, dari atmosfera yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan