Abah : Abah ada beli Koko Krunch.
Aku pergi membuka peti sejuk mencari Koko Krunch yang dimaksudkan.
Tiada Koko Krunch, yang ada ialah
corn flakes.
Aku : Mane?Takde pun..
Abah : Ada tu dalam peti sejuk..
Mak : Bukan Koko Krunch, tu
corn flakes..
Ini bukan kali pertama aku berdepan dengan situasi sebegini.
Dulu masa aku kerja sambilan di sebuah pasaraya.
Datang pasangan romantis sedang membeli-belah.
Lelaki : Sayang nak Koko Krunch?(sambil memegang kotak bijirin Honey Stars)
Perempuan : Tu bukan Koko Krunch, tu Honey Stars.
Lelaki : Alaaa..ni semua Koko Krunch la..(sambil menunding pada rak bersusun pelbagai bijirin dalam kotak di depannya)
Perempuan : Bukan..Koko Krunch yang ni je..(sambil menunding pada kotak bijirin Koko Krunch)
Aku hanya memerhatikan, mendengar sambil gelak dalam hati.
Aku ingin perjelaskan di sini:
Di bawah ini terdapat tiga jenama bijirin keluaran Nestle.
Koko Krunch(kiri), Milo(tengah) dan Honey Stars(kanan).
Selain bijirin di atas terdapat lagi pelbagai bijirin lain di pasaran, antaranya :
Aku perjelaskan bukan bermakna aku menganggap kau bodoh.
Tidak sama sekali, cuma mungkin kau terlepas pandang selama ini.
Aku pula mungkin terlepas pandang perkara lain yang kau tahu.
"Mak, Colgate dah habis"
Atas kesedaran bahawa kami sekeluarga selalu bertukar-tukar jenama ubat gigi. Bila ubat gigi habis adalah kedengaran lebih cerdik berkata, "Mak, ubat gigi dah habis".
"Mak..nak masak Meggi boleh tak?"
Ya, ya..di rumah aku untuk masak mee segera perlu minta kebenaran terutamanya bagi mereka yang masih bersekolah. Memandangkan, bapa aku juga membeli mee segera jenama lain seperti Pama, Mamee, Sedap dan lain-lain lagi, maka kedengaran lebih cerdik berkata "Mak..nak masak mee segera boleh tak?"(bunyi macam skema la pula) melainkan jenama mee segera yang ingin dimakan sememangnya Maggi.
Jenama yang selalu disebut-sebut bagi merujuk sesuatu kategori produk kebiasaannya yang paling dikenali ramai.
Bak kata arwah pak cik aku, Leo Burnett,"Products are made in the factory, but brands are created in the mind."
Kesimpulannya : Aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak simpulkan. Mungkin disebabkan aku seorang lepasan siswazah jurusan periklanan membawa aku melihat perkara ini harus dipandang walaupun ia membawa impak kecil dalam hidup seharian kita.

Amalina, tak perlu kot sampai nak mengeluh..benda kecik je kan..