Aku cuba menghilangkan bosan dengan bertwitter menerusi telefon bimbit biasa.
(bila aku kata biasa sememangnya sangat biasa, bukan jenis skrin berwarna sekalipun)
(bila aku kata biasa sememangnya sangat biasa, bukan jenis skrin berwarna sekalipun)
Beberapa minit kemudian datang seorang lelaki berbaju dan seluar hitam berdiri di sebelah aku.
Lelaki itu asyik memandang-mandang.
Aku buat-buat tidak sedar akan perlakuannya.
Dalam beberapa minit..
"Boleh tak saya nak pinjam handphone?Handphone saya tertinggal kat stesen sebelum ni..saya pergi makan, tertinggal kat kedai..", kata lelaki itu dengan tiba-tiba.
Aku hanya memandang mukanya sepintas lalu kerana risau kalau ada ilmu pukau di situ.
"Telefon ni tak boleh guna untuk call..", balas aku sambil menunjukkan telefon bimbit yang sedang aku gunakan.
Aku nampak riak muka hampa di situ.
Sememangnya telefon yang aku sedang guna itu hanya boleh digunakan untuk bermesej kerana sudah rosak.
Sememangnya telefon yang aku sedang guna itu hanya boleh digunakan untuk bermesej kerana sudah rosak.
"Yang ni boleh guna untuk call", sambung aku lagi sambil mengeluarkan lagi satu telefon bimbit biasa dari dalam beg.
Lelaki itu cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya, malang sekali orang yang menjumpainya mengangkat kemudian meletakkannya kembali.
Lelaki itu cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya lagi, tiada jawapan.
Katanya dia mahu patah balik ke stesen itu.
Setelah beberapa jam baru aku melihat telefon bimbit yang digunanya tadi, ada dua mesej.
1 mesej dari kawan aku mengatakan aku comel.(ini aku tipu)
1 mesej dari nombor tidak dikenali mengatakan telefon bimbitnya telah disimpan oleh bos kedai makan di situ dan berterima kasih kerana meminjamkan telefon tadi.
Aku balas "Ok".
---
Aku juga pernah meminjam telefon bimbit dari orang yang tidak dikenali kerana telefon aku kehabisan bateri ketika itu, tapi aku guna sim kad aku sendiri kerana aku tidak ingat nombor yang harus aku dail.
Ha-ha.Ok,tak lawak.
Kesimpulannya : Dalam blog ni aku akan hanya tulis tentang kebaikan aku kepada keluarga, kawan-kawan, orang awam dan sebagainya. Cerita tentang aku cubit adik aku sampai lebam warna biru, cerita tentang aku ni penganggur yang menghabiskan duit mak bapak, cerita tentang aku pijak kaki kucing yang duduk di tengah tangga, cerita tentang kawan aku yang asyik kena belanja aku setiap kali keluar bersama, cerita tentang aku maki orang yang merokok di sebelah aku, cerita tentang aku terpaksa beli seluar baru yang besar 5 saiz dari yang sebelum ini sebab aku makan berpikul-pikul, cerita tentang aku ni panas baran tahap membunuh orang dan segala cerita yang buruk-buruk pasal aku sememangnya tidak akan ditulis di sini demi menjaga reputasi aku yang kononnya hip dan kool lah sangattt.
Ha-ha.Ok,tak lawak.
serius baik
BalasPadamhahah!aku tidak dapat melihat sinar kejujuran di mata kau tentang pujian itu.
BalasPadambaikkknyee...xtakot ke mse bg pinjam 2?
BalasPadambukan telefon mahal pun, tak mungkin mahu dicurinya.
BalasPadamhahaha
BalasPadamsaya jujur ye
Boleh bwk jumpa mak ni Aberun... tunggu apa lg...melangkahlah bersama ke gerbang bahagia.
BalasPadamada lagi org macam tu erk.. baguih gak hg ni rupanya..
BalasPadamps:: weh aku nak follow hg kat burung biru...dah klik butang follow dah
nasyrun, semua orang pun ada bahagian baik dan bahagian jahatnya.
BalasPadampak lang, takkan buat kebaikan kecil sahaja kau mahu masukkan aku ke dalam syurga menerusi tapak kaki mak aberun..kalau ditakdirkan aku masuk syurga, menerusi tapak kaki mak aku pun dah boleh sebenarnya. tapi aku rasa memang mustahil untuk aku masuk syurga terutamanya melalui tapak kaki ibu.
belacan,ape maksud kau ade lagi yek orang macamtu?aku rasa benda biasa ar orang tertinggal handphone.
BalasPadamJika mahu, kau boleh juga melangkah masuk ke surga melalui tapak kaki Aberun...dan jika dia juga mahu.
BalasPadamSekian.
rasanya aku lebih rela masuk syurga melalui otaknya yang sentiasa buat aku seperti diawangan,berbanding kakinya.
BalasPadamHeroin
BalasPadamsatu2nya benda yg kau boleh masuk melalui otak aku ialah dunia
BalasPadameya azmi, ganja.
BalasPadamnasyrun,kau sendiri masuk ke dalam otak kau memang menuju ke dunia.orang lain tak.
Asyik mahu bangkang saja kau Amalina,
BalasPadampercayalah kata Aberun tu...heh
T_T"
BalasPadamxda pun cerita pasal arnab angora
BalasPadamarnab tu bukan aku punya, jadi aku tidak mahu cerita.
BalasPadam