26.4.12

Kari-pap

Tadi aku ke kedai bakeri.
Setelah memilih seketul roti bun, aku terpandang ketulan karipap,
lalu bernafsu kepadanya.
Seorang pekerja bakeri yang bertopeng sedang menyusun roti di hadapan aku.
Aku bertanya, "Karipap ape ni?"
Dengan suara yang agak lantang, pekerja itu menjawab, "Kari!"
"Curry puff", tambahnya lagi bagi mengukuhkan bahawa intinya kari.
Berlaku penekanan intonasi suara pada perkataan 'curry' itu.
Aku pun pilih seketul karipap.
Dengan tulisan huruf D berwarna merah di atas ketulan karipap itu,
aku anggarkan ianya adalah karipap berinti kari daging.
 "Tak perlu kot cakap sampai camtu..", kata kawan aku pada aku
ketika kami berlalu pergi ke kaunter pembayaran.
Kami tergelak pada perlakuan pekerja itu.
Tatkala menunggu giliran di kaunter pembayaran, aku berfikir, 
"Habis..kalau karipap inti sardin juga dipanggil karipap..
karipap sambal juga dipanggil karipap..kan?"
Rasanya, ketika itu aku mula ragu-ragu dengan identiti kuih karipap.
 Setelah membuat pembayaran, aku segera membuka bungkusan karipap itu,
lalu memasukkan ke dalam mulut.
Sejurus itu aku tergelak besar sehingga hampir tercelik kunyahan karipap itu.
Inti karipap itu adalah durian.
D untuk durian.

Kesimpulannya, 
karipap bukan hanya berinti kari walaupun ejaannya bermula dengan perkataan kari.

Photobucket

25.4.12

Cerai

Kelmarin, aku pergi menghadiri temuduga di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Aku mengambil teksi untuk ke sana.
Sewaktu berada di dalam teksi, pemandu teksi itu berkata,
 "Awak ni..muda-muda dah bercerai.."
Aku balas dengan nada kasihan, "Dah nasib.."
 Aku jawab begitu kerana aku malas bercerita.

Hahah!

Asal mahkamah syariah je, bercerai.
Orang uruskan hal wasiat, ditangkap khalwat, ditangkap tak puasa, berjudi, pengesahan perkahwinan dan banyak lagi antaranya temuduga kerja pun boleh jadi di mahkamah syariah, pak cik.
Ini membuatkan teksi yang luas dirasakan sempit dek pemikiran pemandunya.

Tentang temuduga yang aku pergi itu,
aku tolak jawatan itu kerana tidak menepati kehendak aku.
Boleh ke macam tu?
Boleh saja bagi aku..

Photobucket

22.4.12

Letupan

Ketika itu aku berumur empat tahun.
Aku masih ingat lagi apa yang berlaku petang itu.
Masa tu bapa aku buka bengkel kereta di tepi rumah.
Aku sedang duduk melihat bapa aku sedang membaiki kereta.
Tiba-tiba, satu letupan hebat muncul di langit betul-betul di langit yang menghadap aku.
Letupan itu sangat besar sehingga hampir menutupi ruang besar di langit.
Rupa paras letupan sama seperti imej pada kemeja-T ini.

Sejurus selepas letupan kuat disertai kepulan asap di ruang udara,
berlaku gegaran pada muka bumi.
Bapa aku menyuruh mak aku membawa aku dan adik aku masuk ke dalam rumah.
Mak aku membawa masuk kami berdua walaupun ketika itu permukaan bumi mengalami gegaran.
Aku dan adik aku ketakutan, mak aku juga.
Mak membawa kami masuk ke dalam bilik dan mak suruh kami bertiarap.
Seluruh rumah bagai digoncang.
Semua lampu jatuh, barang-barang jatuh, semua cermin pecah, almari jatuh.
Seluruh rumah dipenuhi dengan kaca.
Aku ingat lagi, hampir saja sebiji pasu kaca yang berada
di atas almari berderai atas kepala adik aku.
Selamatlah pasu itu pecah di tepi kami.
Malam itu kami bergelap, seluruh kawasan kediaman bergelap.
Tiada lampu jalan dan udara berbau busuk.

Inilah(klik untuk lebih tahu) yang berlaku petang itu.

Photobucket

20.4.12

Filemesti

Aku baru lepas menonton movie bertajuk Cabin In The Wood.
Jalan ceritanya luar dari jangkaan aku, mungkin juga jangkaan kau.
Segalanya cukup; ada aksi, ada epik, ada romantik, ada zombie, ada hantu, ada adegan seks, ada teknologi canggih, ada santai, ada kegembiraan, ada kesedihan, ada ketakutan,
ada semua, kau minta saja.

Tagline movie ini :
You think you know the story.
Buat aku berkata di tengah cerita  :
I quit predicting cuz this story is constantly unpredictable.

Aku sangat berpuas hati dengan movie ini setelah dikecewakan
beberapa movie sejak kebelakangan ini.
Aku rasa, kau, kau, kau dan cow mesti menonton movie ini juga.
Ya, bawa lembu belaan kau sekali.
Seriusli, mesti tonton.

Photobucket

19.4.12

Biskut nenas

Aku bangun pukul 1 petang tadi.
Aku bangun dari sebuah mimpi.
Sebuah mimpi yang panjang.
Aku tidak ingat butiran mimpi itu,
yang aku ingat cuma dalam mimpi itu aku makan terlampau banyak biskut nenas.
 Lebih kurang pukul 7 malam, kawan aku beritahu, "Saya beli biskut nenas.."
Aku terkejut.
Aku makan beberapa ketul biskut nenasnya kemudian aku pun pergi membeli biskut nenas.
Ketika menyuapkan biskut nenas ke mulut, hati aku berkata,
"Tak sangka aku betul-betul makan biskut nenas".

 Kesimpulannya, roh biskut nenas itu telah berjumpa dengan aku sebelum aku memakannya.

Apa??

Photobucket

17.4.12

Kelirunsing

Minda aku selalu tergantung pada cangkuk tanda soal bilamana mendengar khalayak ramai menyebut tentang tiga perkara iaitu
hidup, percintaan & jadi diri sendiri.

Hidup : Life
Aku selalu dengar orang cakap :
"Aku takde life ar..asyik keje je.., balik, penat, tidur"
ada juga yang berkata :
"Isshh..go get life ar..asyik terperap dalam umah je kau ni.."
Life yang macam mana yang dimaksudkan?
Makan, tidur, berak, bernafas juga aktiviti benda hidup.
Kalau aku tidak terlalu bergaul dengan orang keramaian 
dan melakukan aktiviti sendiri adakah bermakna aku tiada life?
Walaupun aku gembira bila bersendirian, bermakna aku tiada life juga ke?

Percintaan : Love
Ini aku lagi keliru.
Sebenarnya, bagaimana ia berlaku?
Pertukaran hormon dalam badan manusia atau keajaiban yang tiba-tiba berlaku,
atau apa?
Kalau orang macam aku yang susah nak attach, bagaimana?
Aku lebih keliru lagi bila cinta dikaitkan dengan wang dan rupa paras.
Kalau orang tu jatuh cinta pada seseorang kerana dia kelihatan kacak atau jelita,
itu dikira cinta ke?
Kalau orang tu jatuh cinta pada seseorang kerana dia banyak wang dan selalu memberi hadiah mahal,
itu dikira cinta ke?
Aku bukan persoalkan tentang cinta kepada Tuhan atau negara,
aku persoalkan tentang cinta kepada manusia sebagai pasangan hidup.
Sanggup berkorban dan bersusah-payah,
itu cinta ke?

Jadi diri sendiri : Be yourself
Bagaimana mahu menjadi diri sendiri?
Perlukah aku fikirkan cara jalan sendiri, cara makan sendiri, cara cakap sendiri,
supaya aku kelihatan seperti menjadi diri sendiri?
Adakah wujud manusia yang lahir ke dunia tanpa meniru apa yang dilihat disekelilingnya sepanjang hidup?
Yang mana satu dalam diri kita adalah diri sendiri?
Yang selalu ditertawakan itu atau yang takut ditertawakan bila dipersoalkan?
Yang mana?

Mungkin, kau akan mecernakan apa yang aku tulis dan membuat kesimpulan bahawa,
"Dia tak tahu apa-apa, dia baru mahu mengenal kehidupan..
haha..budak-budak yang mahu mencari erti hidup"

Tapi sejauh mana kau sendiri faham apa yang aku keliru itu?

Kesimpulannya, setiap orang ada kamus sendiri untuk mendefinasikan maksud.
Mungkin kamus aku belum pernah aku terbitkan, ini tidak bermakna yang perkataan-perkataan yang aku persoalkan tidak pernah memberi makna pada aku, cuma maknanya terlampau pelbagai sampai aku sendiri keliru mencari makna sebenar.

Aku rungsing aku terlampau sibuk mencari maksud sepanjang hidup bagai seorang pelajar yang menduduki Kertas Penulisan Bahasa Melayu bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, yang hanya menghabiskan masa menjawab soalan dengan hanya mampu meyiapkan perenggan satu iaitu menghuraikan definasi.
Akhirnya, kertas yang dihantar hanya mengandungi perenggan definasi tanpa ada perenggan bagi isi dan penutup.

Oh.kasihan.

Photobucket

16.4.12

fun.


Semua lagu dalam album ini sedap didengar telinga aku.
Bukan saja boleh mendengarnya pada sesetengah malam sepertimana tajuknya.
Tiada masalah pun kalau kau mahu mendengarnya pada waktu pagi dan petang.

Photobucket

11.4.12

Ibu jari

Mesej diterima :
Watpe?..ibu jari aku sakit la..kne bola tdi..(konon nak mengadu)

Aku balas :
Aku br balik..ko main bola tak pakai kasut ke?cane boleh jd cam2?

Mesej dibalas :
Ibu jari la.bkn kaki..kne bola laju tadi..

Aku balas :
Yela..ko tak pakai kasut ke sampai bley kena ibu jari?

Mesej dibalas :
Yg ko ckp 2 ibu kaki..aku ckp ibu jari.fhm x?

Aku balas :
Bgtau ar ibu jari tangan..baru aku fhm..

Mesej dibalas :
Ko tu yg susah nak fhm..

Aku balas :
Haha

Kadang-kadang bila orang sebut satu perkataan kita akan cenderung memikir perkara lain yang terdekat. Macam kalau orang sebut bola, aku akan serta-merta berfikir perkataan sepak.Kemudian, aku kaitkan perkataan sepak dengan kaki. Sedangkan boleh saja aku fikirkan bola tenis, bola baling, bola pingpong dan sebagainya.

Seperti berada di satu penjuru dan hanya memandang satu sudut sedangkan duduk di atas permukaan lantai pakir yang luas dengan dinding yang dipenuhi lukisan tangan dan potret sebuah keluarga bahagia.

Photobucket

Enak

Hari ini, aku cuma mahu perkenalkan ini.
Lima puluh sen satu paket,
boleh beli di 7Eleven atau kedai runcit lain yang menjualnya.

Aku tidak segembira kartun pada plastik pembungkus itu
tapi mengunyah biskut ini buat aku gembira seketika.
Ya, seketika.
Aku harap ada saiz yang lebih besar kerana seketika itu terlampau singkat
bagaikan mini skirt yang dipakai seorang pondan sehingga menampakkan yang tersembunyikan di bawah situ.
Mungkin kau tak perlu buat muka seperti sedang cuba mengaitkan
kerana sememangnya tiada kaitan.

Makan.

Photobucket

10.4.12

Saiz L

Kring..kring..(telefon pejabat berdering)
Aku angkat.
Suara seorang wanita yang aku anggarkan mungkin sudah makcik-makcik.
Setelah beberapa soalan bagi mendapatkan kepastian tentang destinasi talian yang didail,
pelanggan itu bertanya, "Nak tanya..dekat sana ada kondom saiz L tak?"
Aku terdiam sebentar sambil berfikir.
"Sekejap yek..", jawab aku ringkas.
Aku pergi mendapat Kak Cica(bukan nama sebenar) dan bertanya, 
"Kak Cica(bukan nama sebenar), ada orang tanya ada tak kondom saiz L?"
"Kau jangan nak malukan aku tanya soalan camtu", jawab Kak Cica(bukan nama sebenar).
Dengan keadaan yang agak keliru aku menjawab panggilan itu semula dan berkata,
"Kitorang takde kondom saiz L, saiz biasa ade lah..tapi rasanya muat sebab ia fleksibel, dia akan ikut saiz benda tu"
"Oh..takde yek..takpela, terima kasih", balas wanita itu dengan nada hampa.

Aku mematikan talian dengan perasaan janggal.

Photobucket

9.4.12

Telan

Aku ambil ini sebagai makanan suplemen.
Satu botol mengandungi 300ml minyak hati ikan kod asli.
Sukatan yang disarankan bagi seorang dewasa dan kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas 
adalah 10ml atau bersamaan dengan 2 sudu teh.
Aku seorang yang pemalas untuk menggunakan sudu kerana aku malas untuk membasuh sudu yang sudah berminyak itu semula.
Maka, setiap hari aku mengambilnya dengan hanya meneguk
pada mulut dan aku menganggar sukatannya.
Mengikut kiraan aku, 300ml itu akan bertahan selama 30 hari
jika aku ambil 10ml sehari.
Tapi baru sepuluh hari aku mengambilnya, isipadunya sudah tinggal separuh.
Kesimpulannya, mungkin aku terlebih minum.

Tolong jangan terpengaruh untuk membeli kerana ianya sangat tidak enak walaupun bagus untuk kesihatan, bukan semua orang mampu menelannya, sedangkan mak aku sendiri hampir muntah ketika cubaan pertama menelannya dan tiada cubaan seterusnya selepas itu.

Apa?Aku?
Oh..aku cuma spesis manusia terpilih yang kelam-kabut meneguk air setelah menelannya.
Tidaklah sesukar mana pun sebenarnya.

Photobucket

6.4.12

Gigi

Aku : Wey,gigi kau bersih ar..

Kau : Ermm..(tunduk,tutup muka)*malu

Aku dan kau diam sebentar.

Aku : Kau pakai ubat gigi ape?

Kau : Aku pakai kayu sugi je..hahah

Aku : Aku tanya serius ni..

Kau : Yang bekas warna hijau..

Aku : Huh?Mukmin?

Kau : Bukan..aku pakai Darlie.

Aku : Aku ingat kau pakai Fresh & White..

Kau : Taklah..

Aku : Aku suka tengok muka orang lepas tu teka dia pakai ubat gigi ape ..kau rasa aku pakai ubat gigi ape?

Kau : Ermm..aku rasa kau pakai Mamy Poko..hahah

Aku : Hahah..Mamy Poko tu pampers baby la...bukan ubat gigi..

Kau : Eh..bukan ubat gigi budak kecik ke?

Aku : Kau nak cakap Kodomo Lion yek?

Kau : A'ah...Kodomo Lion..ermm..aku manelah tau..kau pakai ubat gigi ape?

Aku : Colgate Total

Kau : Oh..

Photobucket

Sampah

Aku asyik terlepas pandang benda-benda kecil kerana
aku sibuk pandang benda-benda besar antaranya ;

Aku batalkan pesanan tosai di kedai mamak hanya kerana
mamak itu lambat membuatnya 5 minit.
Ya, ini hal besar kerana masa itu emas.

Kaki aku semakin hari semakin busuk walaupun aku pakai sandal terbuka.
Ya,ini hal besar kerana menyebabkan aku kurang keyakinan diri.

Tangan aku mengering sejak mencuci kain menggunakan tangan.
Ya, hal besar kerana tangan aku macam tangan beruk sekarang.

Kerja aku, aku mahu kerja lain.
Kerja sekarang macam gampang, seminggu cuti sehari saja iaitu hanya pada hari-hari biasa 
dan kerja 12 jam tanpa boleh berbalas mesej di telefon bimbit
mahupun melayari alam maya.
Ya, hal besar, aku dah hantar lebih dari 50 resume tapi tiada satu pun yang panggil untuk temuduga.

Ianya sama seperti bertanya :
Kalau kau dijadikan sebagai babi, kau sedih tak yang kau tu babi?
Ya, begitulah.

Photobucket