24.7.12

Ruhas

Aku : Mak tak kejutkan pun sahur tadi..
Mak : Mak dah kejut pastu awak cakap dah sahur..
Aku : Tak perasan pun mak kejut..tetibe je mak kejut bangun dah subuh..
yeke ina jawab dah sahur? bia betul..
Mak : Awak yang cakap dah sahur..mungkin syaitan awak
yang jawab dah sahur..
Aku : Alaa..nape mak tak tanye balik, "Bila mase pulak sahur?"
Mak : Dah awak kate dah sahur..mak bia ar..
Aku : Tu bukan ina yang jawab la..
Mak : Habis tu sape?
Aku : Tu syaitan ina..

Ini adalah perbualan serius
seorang anak yang lanjut usia tapi masih
mengharapkan emaknya kejutkan sahur.

Persoalannya :
Bukan bulan puasa syaitan kena gari ke?

Jawapannya :
Kena gari di tangan dan kaki,
mulutnya masih boleh tolong jawabkan untuk aku ketika aku tidur.

Bladihel punya syaiton!

Photobucket

20.7.12

Luna(bukan nama sebenar)

Ada satu petang ketika di Kuala Sepetang 
aku duduk minum petang semeja dengan Green Rider dan beberapa orang rakan.
Salah seorang Green Rider bernama Jamie tanya kawan aku Luna(bukan nama sebenar),
"Why you not cycling?"
Luna(bukan nama sebenar) jawab, "Because I'm hot.."
Dua orang budak laki di tepi aku menyindir.."Ceh..hot konon..hahahah"
"Eh..maksud aku panas ar..i'm feeling hot", balas Luna(bukan nama sebenar).
Kami ketawa, Jamie tersenyum memandang kami.
Luna(bukan nama sebenar) cuba menerangkan situasi lalu berkata,
"They always dogging me.."
Mata kedua mat saleh itu terbeliak mendengar penyataan Luna(bukan nama sebenar).
Serta-merta aku tanya Luna(bukan nama sebenar),
"Luna(bukan nama sebenar), ape kau cakap?"
"Eh..betul la..dogging : menghanjing..", balas Luna(bukan nama sebenar).
 "Eh..dogging tu maksud die lain..teasing la..",kata aku.

Kemudian, kami sambung ketawakan Luna(bukan nama sebenar).

 Kesimpulan :
Ada banyak perkataan yang membawa maksud yang berbeza
dalam bahasa mahupun dialek atau slang yang berbeza.
Pilihlah perkataan dengan cermat,
jangan sampai kerana mulut, buntut binasa.

Photobucket

19.7.12

Alami

Semalam aku menyertai pengembaraan mengubangkan diri
ke dalam hutan paya bakau bersama Kelab Alami di Tanjung Kupang.
Adik-adik dari Kelab Alami jadi pemandu pelancong
memberikan penerangan tentang hutan bakau.
Ia merupakan satu pengembaraan yang mengujakan.
Setelah pengembaraan hutan bakau selesai
adik Kelab Alami tu beritahu,
"..tapi lepas ni tempat ni takde dah,
kerajaan nak musnahkan nak buat gudang"
Aku balas,
"Ha..kan hutan bakau penting
untuk elakkan hakisan pantai.."
Adik Kelab Alami  balas dengan air muka kesedihan,
"Ermm..entahla..diorang fikir duit je.."
Tiba-tiba, aku pun sedih juga.

 "kembalikan kesemulajadian atau akan aku mulakan hasutan!"
-Fared Ayam

Photobucket

15.7.12

X

Semalam aku tinggal semalaman di Muar.
Sesampai di bilik penginapan, kawan aku periksa ada wifi di rumah itu.
Ada satu wifi diberi nama saya x gay.
Kawan aku sebut, "Eh, ada wifi saya ex gay la..nama dia letak nama camtu?"
Aku jawab, "Huh..mungkin dia nak bagitahu dulu dia gay sekarang tak kot.."
Selepas beberapa ketika kami sedar yang x itu mewakili perkataan tak bukannya ex seperti disebut kawan aku.

Aku rasa perjalanan di utara lebih menarik berbanding selatan.

Photobucket

10.7.12

7-07-2012
Aku ke safari malam di Zoo Taiping.
Di hadapan empat ekor harimau belang yang sedang berulang-alik
dengan harapan dapat mencari jalan keluar
untuk membaham aku dan pengunjung-pengunjung lain,
aku membaca papan info tentang harimau belang.
Fakta yang aku baru tahu :
'Harimau belang tiada di Sabah dan Sarawak'.

Photobucket

8-07-2012
Aku menaiki bot dari Kuala Sepetang
hingga ke Selat Melaka,
jumpa dua ekor dolphin berenang di kawasan itu.
Serius aku teruja.
Baru aku tahu yang :
Ada spesis dolphin yang sememangnya hidup di perairan Malaysia
Selama ini, aku ingat dolphin hanya hidup di perairan
negara beriklim sejuk atau negara empat musim.
Malam itu aku tinggal di chalet yang terletak
di dalam Hutan Paya Bakau Matang.
Lebih kurang 12.00 malam waktu Malaysia,
aku ke tandas untuk melepaskan hajat.
Lebih kurang beginilah rupa tandasnya.

Sedang aku cangkung,
tiba-tiba satu cahaya keluar dari lubang yang
aku bulatkan dalam gambar itu.
Cahaya itu sangat terang berwarna oren.
Cahaya itu berhenti di dinding.
Malap dan kadang-kdang berkelip.
Kelihatan seekor kunang-kunang.
Aku sangat teruja.
 Aku keluar tandas nak tunjuk kunang-kunang itu
pada kawan aku yang sedang mengosok gigi.
Kunang-kunang itu berhenti bercahaya.
Aku rasa macam terpilih sebab kunang-kunang
itu hanya bercahaya pada aku tadi.
Yang aku rasa paling ajaib adalah kebiasaanya
aku akan buka cermin mata bila masuk ke tandas awam
tapi malam itu tidak seperti kebiasaannya.

Photobucket

7.7.12

Ais krim

Tadi aku mandi air terjun di Bukit larut.
Selesai mandi, aku membeli ais krim.
Aku : Nak ais krim satu..
Penjual ais krim : Nak yang RM 1 ke RM2?
Aku : Yang RM1 ar..ada perisa ape?
Penjual ais krim : Ada coklat dengan vanilla..
Aku : Nak vanilla la..
Penjual ais krim : Datang dari mana ni?
Aku : Kejap..saya pun tak tahu saya dari mana,
saya tengah pening kepala ni..
(sebelum aku membeli ais krim itu,
aku baru lari dari sesuatu yang mengejar dari dalam semak,
aku tengah cuak sebenarnya)
Penjual ais krim : Hahah..dari mana pun boleh tak tahu..
Aku : Jap..saya lupa..ermm..(diam enam saat,pegang kepala)
hah..saya dari Selangor.
Penjual ais krim : (Senyum) Nak kacang?
Aku : Boleh jugak..
Penjual ais krim : nak banyak ke nak sikit?
Aku : Suka hati la nak bagi  banyak ke sikit..
Penjual ais krim itu mengeluarkan bekas berisi kacang hancur
dan mencelupkan ais krim vanilla aku ke dalamnya.
Aku cuma pandang saja.
Penjual ais krim : Ni dah kira banyak dah ni..
Aku : Ok..
Aku berjalan turun sambil makan ais krim
dengan rasa ketakutan kalau ada monyet tiba-tiba
muncul rampas ais krim aku.

Photobucket

6.7.12

Rumah burung

Semalam aku tinggal di sebuah homestay di Nibong Tebal.
Aku berjalan keliling kawasan itu bersama beberapa
orang kanak-kanak yang main pada waktu petang.
Aku tanya :
"Adik yang bangunan warna kelabu tu ape?"
Salah seorang budak memberi jawapan :
"Rumah burung"
Aku balas :
"Untuk ape nak buat rumah untuk burung besar-besar,
kan burung boleh buat sarang sendiri.."
Salah seorang budak yang sebelum itu memberitahu
yang dia belajar dalam darjah 2 Cemerlang berkata :
"Burung mana tahu buat rumah,
burung tahu buat sarang je.."

Baiklah, adik 2 Cemerlang.

Photobucket

4.7.12

Salah pulak

1-07-2012
Lokasi : R&R Tapah.
Aku beli kacang kuda, kemudian haus pula.
Aku ke kedai menjual minuman dan membuat pesanan :
"Milo satu.."
Pembuat air itu bertanya :
"Minum ke?"
Aku jawab pantas :
"Tak.beli"
Aku terdiam seketika, kemudian menyambung :
"Eh,salah pulak..bungkus, mesti la beli takkan free kot"
Si pembuat air hanya tersenyum.

2-07-2012
Lokasi : Wang Kelian, sempadan Thailand.
Kacang kuda yang aku makan semalam 
buat aku terkentut-kentut.
Aku jalan-jalan, tengok-tengok kemudian 
rasa mahu beli seluar warna-warni.
Aku tanya pekedai tu :
"Rasanya saya muat tak pakai seluar ni?"
Pekedai itu balas dengan pelat Siam :
"I no Melayu.."
Aku beli saja seluar tu sebab comel sangat,
ketat sikit di punggung.
Di kedai yang sama aku beli chocolate latte 
gelas besar yang seenak air cokelat di Starbuck 
dengan hanya semurah RM3.
Percayalah.

3-07-2012
Lokasi  : Pasar malam  di Yan, Kedah.
Aku sedang membeli kebab di sebelah
kedai menjual murtabak.
Aku pandang murtabak yang sedang dimasak atas kuali leper.
Pakcik kedai itu kata :
"Adik, beli murtabak, kang balik Penang tak dapat makan murtabak ni.."
Aku senyum saja.

Dah selalu orang kata aku orang Penang sebab muka aku gelap.
Semalam, aku borak dengan seorang makcik Cina,
dia ingat aku memang orang Kedah katanya
aku cakap ada slang Kedah.
Pungkoq hang!

4-07-2012
Lokasi : Pulau Pinang
Aku berada di Padang Kota ketika
aku rasa mahu membuang air kecil.
Aku jalan mencari tandas.
Ada sebuah gerai lori menjual makanan.
Aku tanya, "Mana toilet yek?"
Pekedai itu menjawab,
"Sana tu, jalan terus.."
Aku balas,
"Ok,babai.."
Diam seketika, lalu menyambung,
"Eh, terima kasih".
Pekedai itu hanya tersenyum.

Entah apa-apa entah aku.
Photobucket

1.7.12

Cas

Aku akan mengikuti road trip dari utara ke selatan
selama lebih kurang dua minggu bermula malam ini.
Aku mahu buat catatan perjalanan tentang apa yang aku lihat,
aku rasa, aku hidu dan apa saja yang boleh dikenalpasti 
mana-mana saja deria pancaindera aku
untuk disematkan dalam helaian-helaian kertas.
 Aku masih akan kemaskini blog sepanjang perjalanan
bagai ia rutin harian.
Setakat ini, cuma itu mahu beritahu.
Eh,
ada lagi mahu aku beritahu,
tadi aku minum air teh yang rupanya macam air milo.
Aku malas pertikaikan sangat, aku minum saja.

Ada perkara kecil, perlu diendahkan
selagi ia tidak keluar dari tujuan sebenar.

Photobucket

Cuak

Aizat pergi ke parti hari lahir anak sepupu aku tadi,
bawa pulang beg cenderahati,
di dalamnya mengandungi makanan ringan dan sebotol belon buih.
Aizat tiup buih belon itu ke udara,
kucing kami bernama Bubble berlari ketakutan.
Aizat cakap,
"Nama je Bubble tapi takut bubble"

Kesimpulan :
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita takut itu sebenarnya diri kita sendiri,
bukannya orang lain.

Photobucket