1-07-2012
Lokasi : R&R Tapah.
Aku beli kacang kuda, kemudian haus pula.
Aku ke kedai menjual minuman dan membuat pesanan :
"Milo satu.."
Pembuat air itu bertanya :
"Minum ke?"
Aku jawab pantas :
"Tak.beli"
Aku terdiam seketika, kemudian menyambung :
"Eh,salah pulak..bungkus, mesti la beli takkan free kot"
Si pembuat air hanya tersenyum.
2-07-2012
Lokasi : Wang Kelian, sempadan Thailand.
Kacang kuda yang aku makan semalam
buat aku terkentut-kentut.
Aku jalan-jalan, tengok-tengok kemudian
rasa mahu beli seluar warna-warni.
Aku tanya pekedai tu :
"Rasanya saya muat tak pakai seluar ni?"
Pekedai itu balas dengan pelat Siam :
"I no Melayu.."
Aku beli saja seluar tu sebab comel sangat,
ketat sikit di punggung.
Di kedai yang sama aku beli chocolate latte
gelas besar yang seenak air cokelat di Starbuck
dengan hanya semurah RM3.
Percayalah.
Percayalah.
3-07-2012
Lokasi : Pasar malam di Yan, Kedah.
Aku sedang membeli kebab di sebelah
kedai menjual murtabak.
Aku pandang murtabak yang sedang dimasak atas kuali leper.
Pakcik kedai itu kata :
"Adik, beli murtabak, kang balik Penang tak dapat makan murtabak ni.."
Aku senyum saja.
Dah selalu orang kata aku orang Penang sebab muka aku gelap.
Semalam, aku borak dengan seorang makcik Cina,
dia ingat aku memang orang Kedah katanya
aku cakap ada slang Kedah.
Pungkoq hang!
4-07-2012
Lokasi : Pulau Pinang
Aku berada di Padang Kota ketika
aku rasa mahu membuang air kecil.
Aku jalan mencari tandas.
Ada sebuah gerai lori menjual makanan.
Aku tanya, "Mana toilet yek?"
Pekedai itu menjawab,
"Sana tu, jalan terus.."
Aku balas,
"Ok,babai.."
Diam seketika, lalu menyambung,
"Eh, terima kasih".
Pekedai itu hanya tersenyum.
Entah apa-apa entah aku.

Lah kau orang penang ke?
BalasPadamjalan kalau tak beli tak boleh? haha
BalasPadamayyza,tak..bukan.
BalasPadamtulisan bogel,boleh je sebenarnya.hahah
"Dah selalu orang kata aku orang Penang sebab muka aku gelap." Kau ni menulis tak tengok orang belakang. Panas je aku baca
BalasPadameh..kau kan putih, pahal nak terase plak
BalasPadam