7-07-2012
Aku ke safari malam di Zoo Taiping.
Di hadapan empat ekor harimau belang yang sedang berulang-alik
dengan harapan dapat mencari jalan keluar
untuk membaham aku dan pengunjung-pengunjung lain,
aku membaca papan info tentang harimau belang.
Fakta yang aku baru tahu :
'Harimau belang tiada di Sabah dan Sarawak'.
8-07-2012
Aku menaiki bot dari Kuala Sepetang
hingga ke Selat Melaka,
jumpa dua ekor dolphin berenang di kawasan itu.
Serius aku teruja.
Baru aku tahu yang :
Ada spesis dolphin yang sememangnya hidup di perairan Malaysia
iaitu Dolphin Bongkok Bernie.
Selama ini, aku ingat dolphin hanya hidup di perairan
negara beriklim sejuk atau negara empat musim.
Malam itu aku tinggal di chalet yang terletak
di dalam Hutan Paya Bakau Matang.
Lebih kurang 12.00 malam waktu Malaysia,
aku ke tandas untuk melepaskan hajat.
Lebih kurang beginilah rupa tandasnya.
Sedang aku cangkung,
tiba-tiba satu cahaya keluar dari lubang yang
aku bulatkan dalam gambar itu.
Cahaya itu sangat terang berwarna oren.
Cahaya itu berhenti di dinding.
Malap dan kadang-kdang berkelip.
Kelihatan seekor kunang-kunang.
Aku sangat teruja.
Aku keluar tandas nak tunjuk kunang-kunang itu
pada kawan aku yang sedang mengosok gigi.
Kunang-kunang itu berhenti bercahaya.
Aku rasa macam terpilih sebab kunang-kunang
itu hanya bercahaya pada aku tadi.
Yang aku rasa paling ajaib adalah kebiasaanya
aku akan buka cermin mata bila masuk ke tandas awam
tapi malam itu tidak seperti kebiasaannya.



trip kau ni macam sangat best. teringin mahu ikut pula
BalasPadamKunang-kunang terjun dengan cahayanya
BalasPadamheader kau cantik la!!!
BalasPadamcahaya dr kunang-kunang kecil mmg mengujakan .
BalasPadammungkin kunang-kunang itu segan ngan kawan kau.
BalasPadamaku carik fb kau takde pun. kita yang duduk sebelah masa PSP tu. haha.
BalasPadammirachantek, memang best terutamanya bagi aku yang hanya makan,jalan,tidur,berak saja.
BalasPadamadam, bukan terjun.timbul.
Ahmad Arba'in Ali,aku tahu.hahah!
ஜ miss klanika ஜ,kunang-kunang yang aku lihat ini besar.serius.
ghost writer,mungkin juga..sebab kawan aku tu cantik.hahah!
Yodd, haaa..sebab mutual friend kau takde dalam aku tu tak jumpe..bagi nama kau biar aku add.