31.12.10

Radio & Video

Aku bukan dari keturunan yang lembab otak tapi aku tak boleh bezakan radio dan video sampai dah habis darjah 6. Walaupun aku sentiasa menggunakan keduanya. Sekarang dah boleh bezakan. Bila aku fikir balik, apa la yang susah sangat nak bezakan.
Entahlah.. 

Masa jadi budak-budak memang susah nak bezakan banyak benda dan perkara.
(ke aku sorang je yang rasa ni? tak tahu la..kalau aku lembab atau korang bijak sangat)

Susah nak bezakan yang elok dengan tak elok. Antaranya..
Aku dengan adik aku pernah jumpa ada anak ayam jatuh dalam longkang. Longkang tu kotor. Kitorang kesian tengok makhluk comel berkeadaan kotor, jadi kitorang amik keputusan untuk mandikan dia. Waktu tu baru lepas hujan. Kitorang mandikan dalam lima minit lepas tu dia mati. Rasa bersalah ok..

Tapi ada kebaikan juga kita tak dapat bezakan perkara-perkara tertentu supaya kita tidak terlampau menghakimi sesuatu perkara antaranya yang aku sedar ialah warna kulit.
Kulit aku ni agak malap.
Masa kanak-kanak, aku rasa kawan-kawan aku tak banyak(kurang tapi masih ada) yang pertikaikan pasal warna kulit aku.
Tapi dah dewasa ni..banyak jugak yang pertikaikan tentang warna kulit.
Antaranya yang masih segar dalam otak aku kerana ianya baru beberapa minggu berlaku. 

Seorang kenalan : Ien, selamat kulit ko itam manis.. Kalau ko lahir hitam-legam macam mana? Ape ko nak buat?

Aku : (Tergamam seketika) Ermm..redha je la. Takkan nak bunuh diri sebab kulit gelap kot..

Mungkin pengaruh media membentuk persepsi masyarakat yang memandang orang kulit hitam ni buruk sangat kot. Eh..bukan..mungkin masyarakat yang mempengaruhi media kot. Mungkin sama-sama dipengaruhi dan mempengaruhi.

Adakalanya, budak kecil lebih sedar apa yang patut dilakukan pada sesuatu situasi, berbanding orang dewasa. Tapi kenkadang budak-budak yang ingin mengingatkan orang dewasa selalu dimarah. Budaya masyarakat kita ni, kononnya budak kecil tak patut bersuara, orang tua ni lebih makan garam. Sebab tu ada segelintir orang dewasa ni kalau budak kecil bersuara diorang marah balik katanya, "Ko jangan nak ajar aku!", "Ko kecik lagi, jangan menyampuk!", "Aku ni dah lebih makan garam"(sebab tu la darah tinggi) dan lain-lain lagi herdikkan yang macam bagus. 
Kebebasan bersuara patut diberikan kepada kanak-kanak. Adakalanya apa yang mereka katakan adalah lebih rasional dan lebih kreatif dari seorang dewasa. Kenkadang kanak-kanak nampak lebih banyak perkara yang orang dewasa terlepas pandang atau tak nampak. 
http://www.emocutez.com

30.12.10

Sesi scrub

Gosok-gosok scrub 30 minit pada seluruh badan.
Kemahuan untuk mendapatkan kulit paling lembut di dunia.
Cuci dengan air.
Lap dengan tuala.
Wah!lembutnya kulit cam baby.

Beberapa minit kemudian..

Buka buku..
Nak selak muka surat sebelah.
Ishh..tak boleh..
Ishh..tak boleh..
Tangan lembut sangat sampai hilang kekesatan.
Kene jilat jari cam orang tua plak.
Dah boleh selak muka surat sebelah.
Muka surat sebelah lagi.
Ishh..tak boleh..
Kene jilat jari lagi.
Ishh..bye-bye buku, aku tak nak kotorkan ko.

Moral : Setiap kebaikan yang nampak pada mata kasar, adakalanya membawa keburukan yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.
http://www.emocutez.com

29.12.10

Bantal Bulu Itik

Dulu aku teringin sangat pakai bantal bulu itik. Pada suatu hari impian aku tercapai, bila ada sale. Harga bantal tu lebih kurang RM99, bila dah diskaun separuh harga jadi la separuh harga.hah!(cubaan melawak yang gagal). Perasaan mula-mula pakai bantal tu, ia lembut tapi bahagian tengah bulu yang keras dan tajam asik keluar-keluar mencucuk leher. Malah, bantal itu asyik lari dari kepala aku.

Moral : Kenkadang sesuatu yang kita impikan tak seperti yang kita impikan.
http://www.emocutez.com

Beg Bola Amal

Tengok mak aku sibuk belikan barang-barang sekolah adik-adik, buat aku teringat kat beg sekolah adik aku(Amal) dulu. Pada suatu hari, mak balik dari membeli barang kelengkapan sekolah. Mak belikan Amal beg sekolah berbentuk bola yang pada mata aku ia amat menarik (Bagi anda yang tidak dapat membayangkan bentuk beg tersebut : ia berbentuk separa bola dan berwarna hitam dan putih seperti bola sepak, bila pakai bentuk macam belakang ninja turtle). Hari pertama Amal pakai beg tu, orang asyik tendang beg dia je ketika dia jalan. Aku jalan dengan dia, aku rasa marah sangat dengan budak-budak bangtak(banggang + batak) yang tendang beg adik aku. Bukan setakat adik aku sakit tapi beg tu jadi kotor. Satu hari aku pakai beg tu pegi sekolah kebangsaan dan hasilnya orang asyik tendang beg tu dan juga menyakitkan belakang aku. Rasa cam bola asyik kene tendang bertubi-tubi. Aku tak boleh lupa beg tu dan perasaan bersama beg tu.
http://www.emocutez.com

Benda Haram

Aizat : Mak, semalam Aishah cakap pedas babi..ingat dia makan babi ke?

Mak & Acan : Ermm..benda haram

Aku : Eh..die tak cakap pedas babi yek..die cakap pedas giler babi..

Acan : Ai..benda haram..

Aku : Kalau dia cakap pedas giler ayam takde pulak orang nak pertikaikan..babi tu tak boleh pegang, bukan tak boleh sebut.

Mak : Along ni, kalau tak menjawab memang tak sah.

Acan : Along ni kalau orang nak gurau-gurau, mesti dia serius..spoil mood betul.

Aku : (diam..behave-behave)

Hati aku : Aku gurau jugak sebenarnye..siapa yang tetiba serius di sini?
Tuzki Bunny Emoticon

28.12.10

Bontot

Saya yang berdiri di antara hari semalam yang akan hilang dan hari esok yang akan datang ingin menyampaikan syarahan saya bertajuk BONTOT.

Sebelum saya meneruskan syarahan saya, ingin nyatakan rasa dukacita saya terhadap hadirin yang sebentar tadi menunjukkan ekspresi jijik, menyampah, geli, jelik, jengkel dan sebagainya sewaktu saya memberitahu tajuk syarahan saya sebentar tadi.
Mengapa anda memandang remeh topik syarahan ini?
Adakah anda tidak berbontot?
Adakah anda menperlekehkan kepentingannya dalam hidup anda?

Tuan puan yang saya hormati,
Bontot yang ingin saya definasikan adalah sangat berbeza dengan asshole dari pelbagai segi. Hanya kenderaan bermotor selain motor (tertakluk kepada reka bentuk) dan Spongebob sahaja mempunyai bontot yang bersegi.

Saya dah takde mood nak cite lebih lanjut tengok muka tuan puan yang cam bontot ni.

Kesimpulannya, jagalah bontot masing-masing, jangan sibuk nak bontotkan hidup orang. Elakkan diri dari kentut kat muka orang, baunya boleh mendatangkan marah dan mengundang orang tersebut memaki anda bertubi-tubi. Kemudian jangan salahkan dia jika bontot anda ditendang bertubi-tubi. Akhir kata, sekiranya anda merasakan bontot anda besar dan mengghairahkan, anda dinasihatkan pakai baju labuh atau seluar longgar atau keduanya sekali supaya anda nampak kurang membontoti masyarakat sekeliling.

Sekian. (Tunduk hormat diiringi tepukan bontot para hadirin)

(Pusing belakang seperti mahu meninggalkan pentas)

(Pusing depan balik mencapai mikrofon)

Ehem..anda pandang bontot saya?

Para hadirin, terdiam dengan muka bontot.

Tamatnya sebuah hari yang bontot.

Ah!
Tuzki Bunny Emoticon

27.12.10

Kosong

Air kosong?
Nombor kosong?

Tin kosong simbolik kepada otak kosongku pada saat ini.
Kehidupan yang sangat rutin menyebabkan aku semakin buntu.
Seorang guruku pernah berkata, untuk menjadi kreatif anda perlu lakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Mungkin ada rutin yang perlu digubal.
Mungkin cara aku makan, cara tido, cara mandi, cara berjalan dan sebagainya.
Pada ketika ini aku sangat perlukan kerja kosong untuk pertukaran frasa hidup setelah dua minggu poket kosong dan otak kosong. Bagaimanapun, hidup aku taklah sekosong rumah kosong, aku masih ada keluarga dan rakan-rakan yang ada bersamaku untuk melayan cakap kosongku.

Semalam Malaysia lawan bola dengan Indonesia.
Malaysia tiga, Indonesia kosong.
Haha!(gelakosong)
Tuzki Bunny Emoticon

25.12.10

Konon

Konon-konon mengupdate blog.

Macam tak banyak yang boleh dicerita.

Hari ni wedding anniversary mak & abah yang ke-25.
Takde ape yang menarik kecuali nombor 25.
Yang ke 25 tahun pada 25/12/2010.
Ape?Tak menarik pun?
Haha!buat-buat menarik je la..
Tuzki Bunny Emoticon

21.12.10

Tarian Melarikan Diri

Dah lama aku fikir step-step yang sesuai.
Banyak kali aku cuba untuk persembahkannya.
Selalu diberhentikan dengan sangkaan baik.
Sangkaan baik aku diselaputi rasa kurang yakin dengan step-step yang aku atur dalam minda separa sedar.
Berbekalkan pengalaman meyaksikan "Tarian Melarikan Diri" yang dipertontonkan kepada aku.
Akhirnya, aku berjaya mempersembahkan "Tarian Melarikan Diri" versi aku.
"Tarian Melarikan Diri" yang mengakhiri sebuah Drama Melarikan Diri yang aku cipta.
Nampaknya koreografiku bagaikan penari professional.(maaf diatas cubaan memuji diri sendiri)
Oh..rupanya ini kali ke berapa entah aku mempersembahkan tarian ini.
Patutlah kepala bebas menghayun, patutlah tangan gemalai, patutlah ringan pinggul, patutlah kaki laju.
Patutlah iringan lagu 'Selamat Tinggal Hormon' kali ini lebih rancak dari sebelumnya.
Ini versi yang paling aku suka (bukan seperti di bawah ni), maaf, tarian tidak dapat dipertontonkan kerana ianya berunsur 21SG, manakala blog ni diset untuk semua peringkat umur.Harap maklum.
Tuzki Bunny Emoticon

20.12.10

Keterangan Bertulis

Masa: 13 /12/2010 - 20/12/2010

Lokasi: Sekitar Pasar Seni hingga Semenyih.

Keterangan:
Mogok Nasi berlansung selama dua minggu. Tumpas pada hari ketiga setelah berlansungnya mogok akibat termakan dua sudu nasi goreng di bawah tudung saji akibat terlupa. Kalau terlupa dimaafkan. Maka, Mogok Nasi bersambung balik bagi mencapai target selama dua minggu. Sepanjang Mogok berlansung makanan lain mengisi perut adalah biskut, milo, roti canai, benjo, burger daging, jambu batu, mee kari, laksa thailand, prata rendang ayam, chapati, mee goreng, mihun tomyam, ikan sweet sour, meggi, pau kacang, cucur udang, burger ikan ngan hashbrown, roti, makroni dan lain-lain lagi. Tumpas kembali kerana terlupa pada 18/12/2010, akibat termakan sesenduk nasi berlaukan sambal kentang tempe dan telur yang dimasak oleh Aishah. Tersedar dari godaan setelah makan separuh pinggan. Kemudian, Mogok Nasi bersambung balik. Kalau terlupa dimaafkan. Hari ini, hari terakhir Mogok Nasi. Sekian.
http://www.emocutez.com

19.12.10

Bulan dua belas

Orang selalu mula bulan satu.
Aku mula bulan dua belas.
Biar ar.
Tuzki Bunny Emoticon

Ape aku cari?

Mula-mula, blogger.
Lepas tu, wordpress.
Pastu, livejournal.
Pastu, onsugar plak.
Sekarang blogger balik.
Apa aku cari? (bukan soalan untuk dijawab)
Tuzki Bunny Emoticon