30.7.11

Cermin

"Aku suka tengok cermin", kata kawan aku.

"Aku tak suka tengok cermin", kata aku.

"Aku pun tak suka tengok cermin. Cermin tu sebenarnya menipu, percaya tak manusia sebenarnya tak pernah melihat diri mereka di dalam cermin. Imej diri kita seperti mana orang lain tengok tak sama dengan imej kita yang kita lihat dalam cermin", jelas seorang lagi kawan.

Aku menunjukkan minat dengan penerangannnya dan memberi reaksi meminta penjelasan lanjut.

"Sebenarnya apa yang kita lihat di cermin itu bukan wajah kita yang sebenarnya, perasan tak ada cermin yang buat kau nampak kurus, ada cermin yang buat kau nampak gemuk, ada cermin yang buat kau nampak gelap, ada cermin yang buat kau nampak cerah..sebab tu lah ada orang kata cermin tu berhantu", sambungnya.

Serius,aku terpegun dengan penerangan yang diberikan.

Sejak perbualan itu, setiap kali aku melihat cermin aku akan bertanya kepada diri sendiri :

"Siapa perempuan dalam cermin tu?"

Photobucket

28.7.11

Miawmiaw...buweek!

Semalam, aku cari buku untuk dibaca di rak perpustakaan mini rumah aku.
Aku mencari sebuah buku yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Aku mengambil sebuah buku berjudul 'Tinta Bosnia'.
Ia merupakan cacatan catatan yang ditulis Kapten Ramli Abu Bakar sepanjang menyertai misi pengaman di Bosnia pada suatu ketika dulu, ia seperti sebuah diari.
Buku ini bukan dibeli.
Aku tidak pernah betul-betul membaca buku tersebut, selak-selak melihat gambar pernah la..
Aku buka muka depan buku itu, di dalamnya bertampal sekeping kertas kuning bertulis :

SEK. KEB. BANDAR BARU SG. BULOH
HARI KECEMERLANGAN
1997

NAMA : AMALINA AZYAN ABD. MUTALIB
KELAS : 4 AMANAH
HADIAH : SAINS TERBAIK

Cis!
Adik aku conteng nama aku dan gantikan dengan nama dia.

P/S : Hey sepende belang, I know what you did last summer. Ha-ha.

Buku tu, aku baca sampai muka surat 92 sahaja, aku dah bosan.

Persoalannya di sini, kenapa tiada makanan kucing berperisa tikus?

http://www.emocutez.com

Sweet Thursday

26.7.11

Hari ni bukan ulangtahun kelahiran aku


Photobucket

Aku lahir 24 Januari bukan 26 Julai.
Aku nak berhibernasi untuk beberapa hari, kau tolong tengok-tengokkan haiwan peliharaan aku di sini.

Sekian, terima kasih.

Penguin


25.7.11

Dejavu

Sedang berbual-bual.
Tiba-tiba, aku teringat sesuatu.

Aku berkata dengan muka excited, "Akak N, baru Ina ingat!!Ina pernah jumpa akak dalam mimpi sebelum kita pernah jumpa..patutlah masa first time Ina rasa macam pernah tengok Kak N..".

Dah hampir sebulan menghabiskan waktu siang (Isnin hingga Jumaat) berbual dan makan bersama Kak N, aku baru teringatkan mimpi tu hari ni, ketika aku khusyuk mengamati muka Kak N yang duduk di depan aku.

Kak N balas, "Hari tu masa Ina tengah duduk dekat kerusi ni, baru akak teringat yang akak pernah mimpi kau dulu sebelum kita jumpa..".

Photobucket

24.7.11

Kepala hitam & kepala putih

Bahang yang meningkat ditambah pancaran sinaran lembayung telah membawa kemunculan kepala hitam dan kepala putih di atas hidung.
Kepala hitam dan putih yang hanya boleh dilihat pada jarak 5cm dari hidung aku.
Aku dah tonyoh dengan scrub dan tepek masker, tapi tak semudah tu aku dapat halau kepala-kepala tanpa badan tu nak berambus dari hidung aku.
Ia masih bersisa, kalau picit-picit nanti luka pulak.
Ishh..masa untuk jauhkan diri dari cermin.
Masuk kali ni dah empat cermin retak dalam bilik aku sebab tak tahan tengok aku hari-hari,*tipu.
Memaksa kepala hitam dan putih keluar menyebabkan air mata bertakung tanpa mengalir,
sama tindakbalas setiap kali membaca kontrol histeria.

Photobucket

Pengakuan

Aku perlukan cinta kerana aku mahu disayangi.
Katanya kalau mahu disayangi seseorang itu perlu menyayangi.
Aku tak tahu untuk menyayangi kalau tidak disayangi.
Mungkin juga masalah aku kerana susah nak menerima.
Menunggu dalam jangkamasa yang lama buat aku rasa segalanya mustahil.

Mak aku semakin dah tak sayang aku.
Kawan aku pun dah tak sayang aku.
Tuhan?
Aku tak tahu dan aku tak berani katakan apa-apa.

Photobucket

23.7.11

Belemoih

Sekarang ni suhu panas, baru lepas mandi pun berpeluh.
Kau tahu kenapa berlakunya pemanasan global ni?
Salah satu sebabnya adalah penggunaan air-cond yang mengunakan gas CFC, kau rasa adil tak kau sedang bersenang-lenang duduk dalam air-cond tapi kau menyumbang kepanasan bumi.
CFC bertindak mengikis lapisan ozon, ini membolehkan sinaran matahari berlebihan masuk ke bumi.
Bukan setakat panas malah silau.

Bila suhu panas, ketiak pun basah.
Penggunaan deodoren sinonim bagi mengawal bau ketiak.
Jadi sekiranya anda, anda, anda menggunakan deoderen jenis sembur, sila pastikan ia selamat dari bahan yang merosakkan lapisan ozon.

Kalau semakin ramai yang mengambil berat akan perkara kecil sebegini, ia akan membawa makna yang besar dalam membendung pemanasan global.

Balang kegagalan

Bersemangat gila aku nak buat balang kaca macam ni.
Selepas aku basuh sebalang kaca jem yang dah habis, aku pergi cari cat yang adik aku bagi.
Katanya cat itu glow in the dark.
Aku pun splash cat itu ke dalam balang kaca yang telah dikeringkan itu.
Setelah beberapa jem, aku letakkan balang itu di tempat gelap.
Tiada sebarang cahaya terpancar.
Sejujurnya, aku agak kecewa.
Rupanya cat itu adalah cat canvas, tidak sesuai digunakan pada balang kaca.
Untuk memujuk hati, aku telah menyerap masuk sepinggan nasi berlaukan rendang ayam di malam hari.
Kegagalan menrealisasikan balang kaca itu cuma alasan untuk berbuat sebegitu, sememangnya aku bernafsu dengan rendang ayam itu sebelum kegagalan berlaku.
Alasan makan disebabkan kegagalan cuma mengurangkan rasa bersalah pada diri.
Kegagalan juga telah menemukan aku dengan website Crafgawker yang sangat dekat dengan minat aku.
Aku pasti yang satu hari nanti aku akan berjaya buat balang kejayaan dengan menggunakan cat yang betul.
Aku akan simpan balang kegagalan ini untuk membuktikan yang aku pernah gagal.
Ini cuma kegagalan kecil.

Photobucket

22.7.11

Balang kaca

Sejak semalam, aku mengalami obsesi pada gambar balang kaca.
Terutamanya balang kaca berisi cahaya tak kiralah cahaya dari  lilin atau neon, atau cat glow in the dark mahupun dari percikan bunga api.
Yang macam ni :







Sumber gambar : We <3 It

Aku dah buang header blog memandangkan aku dah mula bosan tengok header tu.
Aku tukarkan ia kepada sebuah balang kaca berisi origami.

Baru beberapa minit aku teringat yang adik aku pernah berikan cat glow in the dark, balik rumah nanti aku nak kebas balang kaca mak aku.
Aku nak buat banyak-banyak balang kaca macam atas tu dalam bilik aku.
Ahhhh!
Seronoknyerr!
Tak sabarnyerr!

20.7.11

Bertanya & diberitahu

Bertanya

Aku : Aizat, ni gambar ape?(sambil menunjukkan gambar ini).

Aizat : Gambar orang tengah gantung diri, pastu syaitan tengok dia, syaitan tu ternganga(sambil ternganga).

Aku : (diam dengan muka hairan)

Diberitahu

Aishah : Dalam surat khabar cakap(surat khabar boleh bercakap??) manusia boleh hidup tanpa makan selama tiga minggu tapi tak boleh hidup selama lebih tiga hari kalau tak minum.

Aishah lagi : Along..saya baca dalam surat khabar, tak boleh minum air banyak-banyak nanti bengkak otak.


Lukisan Aizat


Gua betul-betul lost arini.
Gua tengok-tengok file dalam laptop ni.
Gua jumpa lukisan Aizat ni.
Apalah yang adik aku ni lukis?
Macam dajal je...
Ermm..

19.7.11

Peluru

Dalam mulut aku ada peluru.
Aku harap aku boleh telan peluru-peluru itu dan hadamkan dengan cara human centipede.



Kadang-kadang..
Bila aku bercakap das-das peluru keluar dari mulut aku.
Aku tersedar.. 
yang mendengar itu sedang cedera parah kerana dia menjerit-jerit kesakitan.


Kadang-kadang..
Bila aku bercakap das-das peluru keluar dari mulut aku.
Aku tak berapa nak sedar..
yang mendengar itu menjadi pekak kerana bunyi tembakan adalah berfrekuansi tinggi.

Kadang-kadang..
Bila aku bercakap das-das peluru keluar dari mulut aku.
Aku tak sedar..
yang mendengar itu sudah pun mati kerana dia tidak lagi bersuara.


Kalau kau nak selamat, pakailah sut kalis peluru.



Photobucket

18.7.11

Silau sial!

Matahari memancar-mancar di pagi hari.
Aku tutup mata.
Aku nampak cahaya merah di dalam mata walaupun aku sedang menutup mata.
Cahaya itu mencucuk bahagian dalam mata.
Aku tutup mata dan letakkan tangan di atas mata.
Cahaya itu masih boleh menembusi kulit, darah, urat di tangan aku lalu menuju ke dalam mata.
Mulut aku mula memaki matahari yang aku rasa cuba mensabotaj pagi hari aku.
Kesan silauan membuatkan bebola mata seperti ditusuk-tusuk dan retina mata di tarik-tarik.
Aku ambil beg tangan dan pegang di depan mata.
Ia berjaga menghalang silauan dari menganggu aku.
Inilah bahananya bila bercuti tiga hari tanpa menyapa mentari di pagi hari. 
Bila kesesakan lalu lintas berkolabrasi dengan silau matahari.
Hasilnya :

17.7.11

Sebab untuk malas


Aku bukan malas tapi aku simpan tenaga untuk Isnin hingga Jumaat.

16.7.11

Bebas


Salah satu dari kebebasan mental yang terbaik adalah betul-betul tidak mengambil endah apa yang orang lain fikirkan tentang anda.

Sabtu Sarsaparilla

Beberapa minggu lepas abah aku beli dua botol F&N Sarsaparilla dan satu botol F&N Sirap.
Yang untuk bancuh dengan air tu bukan yang dalam tin aluminium tu.
Kami sekeluarga agak janggal dengan kehadiran botol itu kerana rasanya tak pernah abah beli air botol bancuhan itu sebelum ini.

Adik aku kata cikgu tuisyen dia kata elok minum air sarsi kerana ia baik untuk otak.
Sejak aku tahu tentang itu, aku rajin buat air Sarsaparilla.
Untuk keterangan lanjut mengenai Sarsaparilla, sila klik di sini.
Ia dari sejenis tumbuhan herba bernama Sarsaparilla.

Sedap juga air ni.(sambil meneguk air sarsaparilla sejuk).
Kalau kau bajet urban, kau mesti tak layan air kampung camni.
Kalau tak sedap pun, aku sanggup minum.
Walaupun sesuatu itu rasa macam tahi tapi kalau aku tahu ia baik untuk kesihatan, aku tetap akan minum/makan.

Selamat Sabtu Sarsaparilla!
(berucap sambil melakukan tarian salsa).

P/S : Lepas ni kalau nak beli air gas pilihlah air Sarsi atau Rootbear kerana mengandungi Sarsaparilla berbanding Coke dan Pepsi. Sekarang ada sebab untuk aku tak minum 100 Plus dan 7UP Revive.



Photobucket

Mengumpat aku yek?

Letak link blog aku tapi privatekan blog dari aku.
Ada kaitan dengan Sab Buenoo ke?
Kenapa dalam link dia ada perkataan Buenoo juga?

Photobucket

15.7.11

Shampoo & Sabun

Aku nak mandi.
Shampoo dah abis.
Aku pergi ke mini market berdekatan untuk mendapatkan shampoo.
Aku berdiri di depan rak shampoo.
10 minit berlalu.
Aku masih di situ dengan muka keliru.
20 minit berlalu.
Aku masih di situ membelek-belek botol shampoo di rak itu.
Aku ambil satu botol, aku letak satu botol, berulang-ulang.
30 minit berlalu.
Tanpa aku sedar tingkahlaku aku diperhatikan dua pekerja mini market tersebut.
Tiba-tiba, aku mendengar suara orang sedang ketawa berdekah-dekah.
Aku pandang kedua-dua makhluk yang mengeluarkan suara itu dengan pandangan biasa saja.
Seorang daripadanya, berlari pergi dan seorang lagi memandang aku dan berkata "Sorry".
Aku diam dan terus memerhatikan botol-botol shampoo yang tersusun dirak itu.
Kalau mahkluk itu tak kata "Sorry", pasti aku tak tahu yang dia sedang mengutuk aku.
Ha-ha.

---

Aku sedang menonton television bersama keluarga.
Di televison sedang terpapar iklan sabun dengan tagline untuk kulit selembut sutera.
Tiba-tiba, abah bersuara, "Orang mati baru kulit selembut sutera".
Mak membalas, "Bukan orang mati keras ke?Orang hidup lah lembut"
Abah membalas, "Orang mati lama-lama lembik".
Mak membalas, "Tu bukan lembut, tu dah busuk..".
Ha-ha.
P/S : Ini bukan perbualan Addams Family.

Photobucket

14.7.11

Cicak yang tambi.Amalina yang minachi. Dua-dua kecoh.

Pagi tadi.
Aku membawa kotak berisi lima cawan untuk dicuci.
Ketika sedang meletakkan cawan-cawan itu ke dalam sinki.
Tiba-tiba, terdengar bunyi gelembung udara membuak-buak keluar dari salah satu cawan berisi air teh yang tinggal separuh.
Jatung aku terjatuh di lantai tatkala keluar kepala seekor cicak yang seperti cuba menyelamatkan diri.
Aku mengeluarkan suara screamo aku.
Segar-bugar terus mata aku.
Makcik-makcik cleaner yang berehat terus keluar dari tempat persembunyian.
Tambi betol!

Ia mengigatkan aku tentang kejadian yang berlaku tidak lama dahulu...
(flashback bermula, gambar sedikit kabur dengan kepulan kabus nipis).
Aku tinggal berdua di rumah bersama adik aku kerana ahli keluarga yang lain pulang ke kampung.
Beberapa hari sebelum itu, aku suruh abah aku beli penyembur di bawah ini.

Aku hanya mengikut cara penggunaan bertulis belakang penyembur ini.
Spraykan di bucu-buku dinding, bertahan selama 14 minggu ke hari (tak pasti).

Aku duduk online di dalam bilik.
Aku rasa nak minum Milo.
Aku buat Milo.
Aku bawak masuk bekas besar berisi air Milo ke dalam bilik.
Aku minum Milo sambil online.
Aku tengok Youtube sambil minum Milo.
Aku sapu Milo di muka sebagai krim malam.
Aku tak gosok gigi.
Aku tertidur.
--
Aku bangun pagi.
Aku ambil bekas air Milo yang masih tinggal separuh itu.
Aku minum walaupun dah basi.
Eh, bukan.
Aku mahu bawa ia turun ke dapur untuk dicuci.
Semasa dalam perjalanan ke dapur (macam ar jauh sangat), di tangga..aku pandang ke dalam bekas berisi Milo itu.
Aku terus meninggalkan bekas itu di tengah tangga.

Kau tahu apa ada dalam bekas tu?
Lebih kurang lima ekor cicak yang sedang stoned dek penyembur itu.
(bercerita dengan mata yang terbeliak-beliak bagai menanti masa untuk dikorek dengan sudu panas)

Disebabkan aku telah meninggalkan bekas berisi cicak itu di tengah tangga, aku tak pernah berani untuk turun ke bawah sehingga keluarga aku pulang.
Adik aku yang tolong hantarkan air ke atas untuk aku dan masakan mee segera, dia juga takutkan cicak tapi tak seteruk aku kerana dia masih boleh lalu di tepi bekas berisi cicak yang aku tinggalkan di tengah tangga yang malang itu.
Setelah tiga hari, keluarga aku pun pulang.
Abah aku buangkan bekas itu.
Bilangan cicak dalam bekas itu telah bertambah kepada belasan ekor.
Sumpah geli tengok mereka bergelumang!

Tajuk entri agak stereotyping, tolong jangan usik telinga aku.
Siapa tu?!
Photobucket

Jin kurus & jin gemuk

Jin kurus a.k.a Skinny jeans
Lampu isyarat bertukar warna merah.
Kereta diberhentikan paling hadapan.
Aku meliarkan mata pada gadis-gadis kilang yang sedang berjalan dibahu jalan.
Salah seorang di antara mereka nampak paling menonjol.
Secara fizikalnya, dia memiliki kecantikan yang tipikal.
Berkulit bersih, cerah, tinggi dan kurus.
Aku sangat pasti yang dia sedar akan kecantikan yang dimilikidipinjamkan dengan cara jalannya yang agak bongkak.
Dan aku sangat pasti yang dia sedar yang dia sedang diperhatikan oleh mata-mata di dalam kereta yang berbaris menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Aku tertarik dengan fesyen yang dikenakannya :
Bertudung, beruniform kilang berwarna biru dan berseluar jeans.
Yang membezakan kakinya dan seluar jeans itu hanyalah warna.

Kalau begini rupanya memakai seluar,rasanya tak perlulah susah-susah pakai seluar sebab tiada perbezaan pun dengan tak pakai seluar.

Jin gemuk a.k.a Fat Jeans
Aku tengah makan ayam goreng Mek Di.
Dua lelaki bersama seorang gadis sedang duduk berdiskusi dalam Mek Di itu.
Aku memerhatikan alur punggung gadis itu yang terpapar tanpa diminta.
Aku rasa mungkin dia patut memakai baju yang panjang.
Memandangkan dia juga bertudung.
Selera makan aku tetap berkadar terus sebab aku sudah terbiasa menonton alur punggung.
Memang sekarang ni kebanyakkan low cut jeans dijual.


Fat ass!
Kalau kau tiada tempat letak pen, boleh masukkan di situ.
Dipersilakan.

Jin Amalina a.k.a Amalina Jeans
Aku pun ada jin kurus dan jin gemuk.
Tapi bila aku tengok orang pakai nampak hodoh, aku rasa, aku perlu lebih berhati-hati untuk memakainya, memandangkan aku juga bertudung.
Hari ini aku kutuk orang(walaupun dalam hati), esok lusa, tak mustahil orang bahan aku pulak.
Aku harap polis karma tak dapat tangkap aku kali ini.
Harap sangat.

Photobucket

13.7.11

Ketimumul

Kau pernah dengar kelimumur kan?
Kau pernah dengar ketimumul tak?

Inilah dia ketimumul.


Kalau dekat-dekat rupa dia begini.
Adakalanya lebih menjengkelkan.


Ucapkan 'tahniah' kepada aku kerana menerima empat ketimumul pada kaki.
Ubatnya : Asid Salicylic.
Setiap hari aku letakkan ia pada ketimumul hodoh itu.
Sudah lebih tiga minggu berlalu.
Ketimumul itu masih di situ.

Mungkin dia perlukan aku tapi aku tak perlukan dia.

"Sabarlah Amalina...ko ni..benda kecil je kot".

Photobucket

Rasukan Rabu

Aku tak tahu kenapa bila aku marah, mulut atau hati aku akan menyebut nama haiwan dalam gambar di bawah.


Aku tak suka aku macam ni.
Babi betol!(tepuk mulut)

Lepas baca post ni, pergilah samak diri kau,kau dan kau.
Cuci tujuh kali dengan air bersih dan sekali dengan air bercampur tanah.

12.7.11

WoO..woO

Dua orang pakcik sedang berbual dengan seorang makcik yang tak nampak macam makcik sangat. 
Aku malas nak masuk campur walaupun berada dalam ruang yang sama, jadi aku sumbatkan earphone dengan volume sederhana tapi masih mendengar perbualan mereka.
Tiba-tiba salah seorang pakcik bangun dari kerusinya.
Pakcik berkata, "Nak g merokok jap".
Makcik itu pula membalas, "Mesti kena merokok ke?"
Pakcik membalas, "Saya merokok dari tahun 2001,adik ni pun belum lahir lagi", sambil menunding jari ke arah aku.
Aku berkata dalam hati, "Agak-agak la pakcik, takkan pakcik ingat umur saya 10 tahun".
Serius, aku bukan terbantut atau sangat babi face.
Aku normal, mungkin pakcik tu salah kira.
Aku pasti yang aku tak salah dengar sebab time tu aku dah off music.

Tadi aku baca majalah, aku pinjam kat orang.
Aku baca info tentang khasiat buah labu.
Ada tertulis :
Nabi Muhammad s.a.w bagitahu isteri dia, Aishah r.a suruh masukkan labu dalam masakan sebab labu dapat menghilangkan kesedihan.

Siapa kata makan coklat sahaja yang boleh hilangkan kesedihan?
Photobucket

11.7.11

Tajuk bukan sesuatu yang menyenangkan untuk difikirkan saat sedang mengantuk

Aku tak tahu nak ceritakan yang mana satu.
Banyak sangat nak diceritakan sampai buat aku rasa agak malas nak menaip.
Sedangkan suruh aku buka mulut untuk bercerita pun aku malas, inikan pula menaip.
Hari ni aku menjadi penterjemah antara seorang warga Iraq dan seorang jurutaip Melayu.
Bukan aku pandai berbahasa Arab tapi jurutaip itu tidak fasih berbahasa Inggeris.
Bukan aku fasih berbahasa Inggeris tapi boleh la setakat berbahasa Inggeris dalam perbualan biasa.
Warga Iraq yang baru sebulan menceraikan isterinya bertanya 'Adakah dia perlu membayar wang pada mahkamah untuk selesaikan kes penceraiannya?'
Aku bertanya kepada jurutaip tersebut yang lebih arif tentang perihal perundangan.
Sambil menaip borang perceraian warga Iraq itu, jurutaip tersebut menjawab:
"Ya, dia perlu membayar RM 1,000 kepada mahkamah sebagai denda kerana melafazkan cerai di luar mahkamah".
Aku baru tahu tentang denda kerana melafazkan cerai di luar mahkamah(di rumah/dalam telefon/dll).

Itu sahaja nak ceritakan.
Mengantuklah.
Zzzzzz...
Oh..ada lagi.
Aku mimpi orang yang sama dalam masa seminggu tapi aku tak pernah ingat mukanya setiap kali bangun tidur.
Aku sangat pasti dia orang yang sama.
Peringatan : bukan mimpi basah.
Aku cuma ingat struktur giginya.
Pelik.
Mungkin lagu ini sesuai dengan mimpi aku.
Tanda soal yang tidak penting.
Sekian.

3.7.11

Soko


Nama dia Soko.
Dia seorang penyanyi.
Aku cuma nak beritahu yang aku suka rambut dia.




Lagu ni best.
Video pun best.

Yeah!!!

Raya lagi dua bulan tapi aku dah ada tudung yang sesuai dengan baju raya yang mak aku tempah tu.
Dah dewasa pun ada semangat raya lagi.
Ha-ha.
Yeah!

Family aku on the way balik rumah.
Mereka balik kampung untuk menghadiri kenduri sahaja kemudian terus balik rumah.
Esok pagi boleh balik rumah family aku.
Yeah!!

Minggu depan aku akan busy sepanjang hari, mungkin aku tak update blog.
Takde la semak dashboard korang hari-hari dengan post  aku yang ntah pape.
Yeah!!!


Beginilah muka aku cakap "Yeah!!"
Ya, muka aku memang nerd.
Tolong jangan pertikaikan ciptaan Tuhan.
Ha-ha.

2.7.11

Cerita orang takde life

Hidup aku beberapa hari ni hanya dalam sebuah bangunan konkrit.
Paling jauh aku pergi pun hanya ke pintu membuang sampah.
Rutin aku hanya tidur, makan, online, buat kerja rumah seperti seorang zombie.
Aku tidur lebih kurang pukul 11 pagi, aku bangun pukul 7 malam.
Tiada siapa disekeliling aku, hanya aku dan ruang yang dihiasi perabot yang bukan citarasa aku.
Seperti hari sebelum-sebelum ini, aku menyiram pokok pada waktu malam tetapi hari ni aku siram pokok pukul 9 lebih manakala hari sebelum-sebelum ini aku menyiram pukul 10 lebih.
Walaupun malam yang gelap, aku tidak akan membuka lampu ketika menyiram pokok kerana aku tidak mahu tindak-tanduk aku diketahui jiran tetangga.
Hari ini, sedang aku menyiram pokok-pokok yang bermesra sesama sendiri dalam udara malam, perut aku berbunyi.
Bunyi perut aku bagaikan bunyi derapan kaki wanita sofistikated bertumit tinggi.
Beberapa saat selepas itu, aku terdengar bunyi deringan telefon bimbit.
Aku tidak memandang ke arah bunyi itu, tapi yang pasti aku diperhatikan dari tadi.
Aku segera menghabiskan siraman pokok itu dan bergegas masuk ke dalam rumah.
Beberapa minit kemudian aku keluar kembali untuk mengambil kain lap yang aku sidai untuk digunakan mengelap sesuatu.
Dalam suasana gelap di luar kerana aku tak buka lampu, kedengaran perbualan manusia dengan suara berlainan jantina.
"Budak baru ke?"
"Entahlah..tapi tadi aku usha dia, perut dia bunyi.."
"Huh?Tak makan ke"
Aku ambi kain lap itu dan terus masuk ke dalam rumah.
Walaupun suara yang agak sederhana, atmosfera malam membantu telinga aku lebih mendengar.
Aku memang tak makan bukan sebab aku tiada makanan tapi sebab aku tiada mood untuk makan.
Dulu kalau aku tension, aku suka makan tapi sekarang aku rasa hormon aku dah berubah.
Sekarang kalau aku tension, aku suka cuci toilet.
Aku rasa dah culture shock dah simen dan mangkuk toilet tu aku cuci.
Sekarang ni aku suka bila aku lapar sebab bunyi perut aku menghiburkan hati aku sebab aku rasa nak gelak setiap kali ia berbunyi.
Aku tak makan bukan bermaksud aku tak sayang diri aku, bukan.
Aku rindu family aku tapi kalau balik rumah pun tak guna kerana mereka semua pulang ke kampung untuk kenduri arwah nenek. Aku sedih sebab aku tak berkesempatan ikut sama. Sigh.

Photobucket

Konfius bukannya keliru. Keliru tak?

Aku keliru.
 Aku jadi baik, asyik kena buli.
Tapi aku tak suka bila aku jadi jahat, ia buat aku rasa teruk.
Jadi baik pulak, aku yang sakit.
Aku tak boleh nak ikhlas dah ni.
Aku nak nangis pun tak ternangis.
Sebenarnya dua-dua aku tak suka.
Aku keliru.

Aku juga keliru yang aku tulis ini benda besar atau benda kecil.
Aku cuba nak anggap ia benda kecil sebab itu aku letakkan di sini, walaupun mungkin ia benda besar kerana ia mengganggu emosi aku.

Tadi sebelum aku duduk untuk menulis ini baru aku tersedar yang aku pakai seluar terbalik dari petang tadi.
Patutlah setiap kali aku masukkan telefon dan mp3 dalam poket, ia asyik bergerak ke belakang.
Nak pakai seluar betul-betul pun aku dah keliru.
(sambil mengeluh panjang)
Photobucket

1.7.11

Mereka mendengar

Sebenarnya pokok, makanan, minuman, ubat-ubatan boleh dengar apa yang kita cakap dan memberi reaksi terhadap apa yang kita katakan padanya.

Contoh 1
Kau jalan-jalan,kau nampak pokok ni.


Kemudian, kau kata, "Hodoh giler pokok ni, mati lagi bagus!"
Berkemungkinan bersar, pokok itu akan mati dalam beberapa hari.

Contoh 2
Kau pergi kedai makanan Mexico kemudian kau dihidangkan dengan makanan ini.
Kau pun berkata, "Ishh!Nasi ape ni?!Rupa macam taik lembu je"
Berkemungkinan besar bila kau makan nasi itu, kau akan mengalami cirit-birit atau dalam jangkamasa panjang, ia akan membentuk kanser dalam tubuh kau.

Contoh 3
Kau pening kepala, kemudian mak kau bagi kau pil ini.

Kau pun berkata, "Tak nak la makan ubat ni, dah la pahit, tak warna-warni pulak tu, hodoh!".
Berkemungkinan besar kalau kau makan pil tu, pening kepala kau takkan sembuh tapi makin bertambah teruk atau pil itu akan membentuk barah otak dalam kepala kau.

Kesimpulannya :
Mereka tiada telinga tapi mereka boleh mendengar, tiada mulut tapi boleh bersuara.
Seperti manusia, mereka juga ada yang tahan kutukan dan ada yang tidak.
Memandangkan anda perlu memasukkan mereka ke dalam badan anda,
maka hormatilah mereka supaya mereka juga menghormati tubuh anda.
Hargailah mereka seadanya.
Kalau boleh, puji mereka sebelum memasukkan ke dalam badan anda supaya mereka berasa gembira dan memberikan kebaikan kepada tubuh anda.

Macam ni..
"Sedaplah taik ni..rasa macam strawberi.."
Photobucket

atau

"Sedapnya kuih badak ni macam kat heaven"
(walaupun ia tidak sedap kerana walaupun ia tidak sedap, sekurang-kurangnya tindakan memujinya dapat membuatkan makanan itu gembira dan memberikan khasiat kepada tubuh kita dengan penuh kegembiraan)
Photobucket