Bersemangat gila aku nak buat balang kaca macam ni.
Selepas aku basuh sebalang kaca jem yang dah habis, aku pergi cari cat yang adik aku bagi.
Katanya cat itu glow in the dark.
Aku pun splash cat itu ke dalam balang kaca yang telah dikeringkan itu.
Setelah beberapa jem, aku letakkan balang itu di tempat gelap.
Tiada sebarang cahaya terpancar.
Sejujurnya, aku agak kecewa.
Rupanya cat itu adalah cat canvas, tidak sesuai digunakan pada balang kaca.
Untuk memujuk hati, aku telah menyerap masuk sepinggan nasi berlaukan rendang ayam di malam hari.
Kegagalan menrealisasikan balang kaca itu cuma alasan untuk berbuat sebegitu, sememangnya aku bernafsu dengan rendang ayam itu sebelum kegagalan berlaku.
Alasan makan disebabkan kegagalan cuma mengurangkan rasa bersalah pada diri.
Kegagalan juga telah menemukan aku dengan website Crafgawker yang sangat dekat dengan minat aku.
Aku pasti yang satu hari nanti aku akan berjaya buat balang kejayaan dengan menggunakan cat yang betul.
Aku akan simpan balang kegagalan ini untuk membuktikan yang aku pernah gagal.
Ini cuma kegagalan kecil.
Ini cuma kegagalan kecil.

motivasi kau sangat tinggi.aku terpana.
BalasPadamtambi btol!
BalasPadamlearn how to lose, before u learn how to win
BalasPadami've learn enough on how to lose which makes me a complete loser.hahah!
BalasPadamhahaha. sila pergi beli gelang berlampu tu.
BalasPadampotong kasi cecair dia kluar n letak dlm botol.
x pun pegi beli cecair glow in the dark. hoho
ok.tapi cecair tu tak tahan lama cuz lame2 akan tersejat..
BalasPadamgagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
BalasPadam*motto darjah dua.
kalau gagal berkali-kali pula bagaimana?
BalasPadamaku rasa semangat kau mula berkembang,amalina.
BalasPadamhabiskan dulu rendang ayam kau.
bukan semangat yang berkembang tapi kulit yang berkembang ditolak lemak.haha
BalasPadam