11.7.11

Tajuk bukan sesuatu yang menyenangkan untuk difikirkan saat sedang mengantuk

Aku tak tahu nak ceritakan yang mana satu.
Banyak sangat nak diceritakan sampai buat aku rasa agak malas nak menaip.
Sedangkan suruh aku buka mulut untuk bercerita pun aku malas, inikan pula menaip.
Hari ni aku menjadi penterjemah antara seorang warga Iraq dan seorang jurutaip Melayu.
Bukan aku pandai berbahasa Arab tapi jurutaip itu tidak fasih berbahasa Inggeris.
Bukan aku fasih berbahasa Inggeris tapi boleh la setakat berbahasa Inggeris dalam perbualan biasa.
Warga Iraq yang baru sebulan menceraikan isterinya bertanya 'Adakah dia perlu membayar wang pada mahkamah untuk selesaikan kes penceraiannya?'
Aku bertanya kepada jurutaip tersebut yang lebih arif tentang perihal perundangan.
Sambil menaip borang perceraian warga Iraq itu, jurutaip tersebut menjawab:
"Ya, dia perlu membayar RM 1,000 kepada mahkamah sebagai denda kerana melafazkan cerai di luar mahkamah".
Aku baru tahu tentang denda kerana melafazkan cerai di luar mahkamah(di rumah/dalam telefon/dll).

Itu sahaja nak ceritakan.
Mengantuklah.
Zzzzzz...
Oh..ada lagi.
Aku mimpi orang yang sama dalam masa seminggu tapi aku tak pernah ingat mukanya setiap kali bangun tidur.
Aku sangat pasti dia orang yang sama.
Peringatan : bukan mimpi basah.
Aku cuma ingat struktur giginya.
Pelik.
Mungkin lagu ini sesuai dengan mimpi aku.
Tanda soal yang tidak penting.
Sekian.

7 ulasan:

  1. mimpi bakal suami kah?

    BalasPadam
  2. sebab tu belog uncle takde tajok....

    BalasPadam
  3. pehhh seminggu mimpi kan org yg sama..pehh pehhhh...dah nk kawen la tu...

    semua main duit je kan,nak kwen kena pakai duit,nak cerai pon kena pakai duit..hmmm hmmm

    BalasPadam
  4. menariknya mimpi begitu.

    BalasPadam
  5. suha, entah ar..

    uncle gedek, play safe.komen ini ditaja oleh durex.

    vampire's lovex, semalam aku tido post ni, aku dah tak mimpi org yg same dah.smlm aku x mimpi lansung.

    monologtinism,tak menarik bila bangun tidur, aku cube catch up blk mimpi tu tapi gagal.

    BalasPadam
  6. perceraian sudah punya harga.

    BalasPadam
  7. ghost writer,haih..

    BalasPadam