28.7.11

Miawmiaw...buweek!

Semalam, aku cari buku untuk dibaca di rak perpustakaan mini rumah aku.
Aku mencari sebuah buku yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Aku mengambil sebuah buku berjudul 'Tinta Bosnia'.
Ia merupakan cacatan catatan yang ditulis Kapten Ramli Abu Bakar sepanjang menyertai misi pengaman di Bosnia pada suatu ketika dulu, ia seperti sebuah diari.
Buku ini bukan dibeli.
Aku tidak pernah betul-betul membaca buku tersebut, selak-selak melihat gambar pernah la..
Aku buka muka depan buku itu, di dalamnya bertampal sekeping kertas kuning bertulis :

SEK. KEB. BANDAR BARU SG. BULOH
HARI KECEMERLANGAN
1997

NAMA : AMALINA AZYAN ABD. MUTALIB
KELAS : 4 AMANAH
HADIAH : SAINS TERBAIK

Cis!
Adik aku conteng nama aku dan gantikan dengan nama dia.

P/S : Hey sepende belang, I know what you did last summer. Ha-ha.

Buku tu, aku baca sampai muka surat 92 sahaja, aku dah bosan.

Persoalannya di sini, kenapa tiada makanan kucing berperisa tikus?

http://www.emocutez.com

22 ulasan:

  1. Kenapa bosan?
    Dan kenapa makanan kucing berperisa tikus?
    (Soalan naif)

    BalasPadam
  2. hahahaha kau en takpernah gagal buat entri bikin aku gelak.

    BalasPadam
  3. nanti mulut kucing berbau busuk...haha

    1997 baru darjah 4...hurmmm.baru 23 tahun ek.wah,mesti best pada usia macam nih.

    BalasPadam
  4. hye momy fara, bosan sebab time membaca asyik ada orang nak bercakap, banyak gangguan.sebab tikus nampak enak di mata kucing(bukan mata kucing yang buah tu)

    pyka rahmat,aku belajar dari kegagalan..

    ghost writer, kucing makan tikus same je..24 ar.biase je, same je macam mase tadika dulu..

    headmaster, mungkin sebab aku berginjal.

    BalasPadam
  5. hahaha adik kau pandai...

    BalasPadam
  6. tikus adalah sangat busuk ya. dari sudut haijin tikus adalah haiwan yang sangat gagal

    tapi boleh juga buat perisa artifisyel kan, macam twistis perisa kari babikiu yang langsung tak rasa macam makan babikiu, atau kari

    so aku tarik balik stetmen dan akan menanyakan soalan yg sama

    BalasPadam
  7. perisa burung pipit pun tak ada juga.

    BalasPadam
  8. vampire's lovex, memang dia pandai.result stpm dia lagi bagus dari aku.

    nasyrun, kucing aku adakalanya makan tikus, menyebabkan timbulnya persoalan itu.

    nizam sani, akan datang di pasaran.

    alepfugazi, :)

    BalasPadam
  9. selain dari perisa tikus, patutnya kena ada perisa lipas jugak

    BalasPadam
  10. tapi kucing aku tak makan lipas, dia cuma memperkosa lipas.

    BalasPadam
  11. lipas memang selalu meruntun nafsu kucing

    BalasPadam
  12. sebab bau badan lipas kot..dah tiba masa lipas pakai deodorent.

    BalasPadam
  13. aku pernah sembur deodoran kat lipas. lipas tu terus arwah

    BalasPadam
  14. haha!aku pernah curah fabuloso kat lipas supaya dia mati dalam kewangian.sebaik-baik mati dikalangan lipas.

    BalasPadam
  15. wangi, dan akan jadi lembut.

    cerita pasal lipas aku teringat joe's apartment

    BalasPadam
  16. wangi saja, lembut tak sebab fabuloso adalah pencuci lantai bukan pelembut fabrik.

    joe's apartment, aku tak tahu.sory.

    BalasPadam
  17. la yeke. seriyus aku ingat pelembut. dgr namanya dalam kepala otak aku dah set pelembut

    BalasPadam
  18. seperti seorang lelaki bernama akmal tapi memakai lipstick hot pink.

    BalasPadam
  19. weii.. aku pernah ada imaginasi mcm ni. aku pelik napa kucing makan friskies tu ada perisa ayam, sayur, tapi takda tikus. sebab hakikatnya memang kucing makan tikus (terus terbayang kucing masuk aku serang tikus atas atap)

    Aku pelik. sampai hari ni.

    BalasPadam
  20. yein, u r not alone.haha!

    BalasPadam