30.10.11

Pusingan U

Begini..
Semalam aku menaiki teksi untuk menuju ke satu tempat.
Untuk sampai ke destinasi yang ditujui pemandu teksi tersebut perlu membuat satu pusingan U.
Seperti yang anda semua sedia maklum, pusingan U seharusnya berbentuk huruf U.
Malang sekali pusingan U pemandu teksi ini hanya berlaku setelah pusingan P, pusingan E, pusingan N, pusingan I dan pusigan P semula.

Meter bergerak : RM 5.40 semata-mata untuk membuat pusingan U yang membawa aku ke jalan bertentangan dengan tempat aku mula mengambil teksi tadi.

Aku : Pakcik, nape pakcik U-turn jauh-jauh?kan boleh U-turn dekat je..

Pemandu teksi : Situ tak boleh U-turn..(penipu)

Aku : Selalu boleh je..

Pemandu teksi : (Diam)

Aku : Kalau betul kena U-turn jauh-jauh ikut jalan yang pak cik bawak tadi, berkatlah duit yang saya bayar nanti..kalau tak, pakcik jawablah nanti..(saja aku kata begitu untuk timbulkan rasa bersalah dalam dirinya yang cuba tipu aku. Mentang-mentang muka aku bodoh-bodoh, saje nak ambil kesempatan)

Pemandu teksi : (Diam)

Sepanjang perjalanan kami diam.

Sampai di destinasi yang ditujui, aku menghulurkan wang.

Pemandu teksi : Takyah bayar, lagipun hari ni kan hari Jumaat, kira sedekahlah.

Aku : Terima kasih.

Aku segara masuk ke dalam sebuah kompleks membeli-belah memandangkan titis-titis hujan mula membasahi bumi sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa (cubaan untuk menimbulkan unsur dramatis yang agak gagal).

Setelah lebih kurang tiga puluh langkah seorang pakcik tua bertongkat menegur aku, "Assalamualaikum, pakcik nak tumpang tanya.."

Aku berhenti tetapi hanya memandang pakcik itu sepintas lalu.

Pakcik : Anak ni dah kerje ke belajar lagi?

Aku pantas menjawab "Belajar"(tipu).

Pakcik : Kalau belajar,takpela..terima kasih.

Aku berlalu pergi.

Setelah lima langkah, aku patah balik mengejar pakcik tua yang sedang berjalan itu.

Aku memberikan duit yang sepatutnya aku bayar kepada pemandu teksi tadi kepada pakcik tua itu.

Aku nampak sinar kegembiraan di wajah pakcik tua itu.

Pakcik : Banyak ni nak..pakcik doakan anak berjaya dalam pelajaran dan lulus peperiksaan.

Aku berlalu pergi segera

Kesimpulannya :

Setiap di antara kita ada rezeki masing-masing. Tuhan itu Maha Adil.
(berkata dengan muka biasa-biasa)

Berkatnya sesuatu itu bermula dengan ikhlas dan jujurnya kita melakukan sesuatu.
(berkata dengan muka penjual nasi lemak yang menjual nasi lemak demi bangsa dan negara)

Ada sesuatu yang bagi kita nilainya kecil tapi besar nilainya bagi mereka benar-benar memerlukan.
(berkata dengan muka seorang kanak-kanak yang diberikan 50 sen oleh ibunya)

Bukan semua rezeki yang kita dapat harus menjadi hak milik kita.
(berkata dengan muka seorang lelaki bujang yang masih gagal mengumpul wang perkahwinan akibat poketnya rabak dek terlalu taksub dengan barangan gajet).

Panjang pula aku taip kali ni.(sambil mengelap air otak yang mengalir di dahi)
Photobucket

27.10.11

Kencing rama-rama

Pagi-pagi (tak pagi sangat pun sebenarnya, pukul 11) adik aku dah kejutkan aku dari tidur.
Adik aku cuti seminggu semperna perayaan pesta cahaya.
Dia hadiahkan aku sebotol cecair sapuan rambut yang bertulis "vitamin e,Hair coat treatment, uv protect".
Aku baca kandungan bahan-bahannya ada butterfly pea, aku agak mungkin salah eja sepatutnya butterfly pee merujuk pada kencing rama-rama.
Kemudian aku google "butterfly pea".
Rupanya ia sejenis bunga.
Patutlah ada gambar bunga itu di depan botol tersebut.

Tuzki Bunny Emoticon

24.10.11

Berus gigi Systema

Setiap orang perlu ada sebatang berus gigi jenama Systema.
Kau perlu ada dulu, baru kau tahu kenapa kau perlu ada.


Tolong buat-buat faham dengan berlakon mengangguk-anggukkan kepala.

Artifak

Situasi : Lepak menonton television setelah penat pulang bekerja.

Mak : Kenapa lubang hidung besar?

Aku : Sebab asyik korek hidung.

Mak : Eh,bukan..kenapa lubang (liang roma) besar?(sambil menunjuk tanda di atas hidung aku)

Aku : Tu tanda keluarkan blackhead aritu tak hilang lagi..


Photobucket

20.10.11

Sekumpulan makhluk yang mengeluarkan bunyi 'PoP'


Setiap kali lagu ini berkumandang pasti dia akan menukar siaran radio.
Adakalanya dia merengus sebelum menukar siaran radio.
Aku cuma diam berbaur hampa.
Aku tidak pernah suarakan yang sebenarnya aku sukakan lagu ini.

 Menurut citarasa gegendang telinga aku, kesemua lagu mereka mengasyikkan.
Aku pasti bahawa pujian ini ikhlas dari seketul daging yang telah digunapakai bernama : 
HATI.


18.10.11

Kasut tinggi

Situasi : Aku terjumpa seorang kanak-kanak kecil bermuka misteri dalam anggaran usia 4 tahun sedang berjalan tanpa memakai kasut.

Aku : Adik, nape tak pakai kasut? Nanti kaki kotor.

Kanak-kanak kecil : Mama dah buang kasut.

Aku : Huh?Nape mama buang?

Kanak-kanak kecil : Mama nak belikan kasut tinggi.

Aku : Takkan nak tunggu kasut tinggi takyah pakai kasut kot..

Kanak-kanak kecil itu tenung aku tanpa berkata apa-apa.

Photobucket

Magnet tanpa kutub



Aku tak jumpa perkataan yang sesuai untuk menceritakan apa yang menarik perhatian aku hari ini.
Mintak maaf, aku dah cuba.
Betul, aku dah cuba.
Aku tidak pasti dah berapa kali aku tulis dan padam kembali.

Baiklah, baiklah.
Aku cuba juga terangkan.
Tapi, kalau kau tak faham, aku tiada cara lain untuk menerangkannya.

Pertama, ia tentang deretan lebih kurang sepuluh buah motor di atas jalan raya dengan pemandunya berpakaian merah dan hitam berselang-seli..
Yang pertama hitam, yang kedua merah, yang ketiga hitam, yang keempat merah dan seterusnya berselang-seli. 
Tanpa mereka semua berjanji.
Aku rasa sangat beruntung kerana dapat melihat fenomena ini.
Aku rasa hanya aku sahaja yang berasa takjub dengan apa aku lihat itu.

Kedua, tentang seorang perempuan yang tidak aku kenali.
Gigi depannya tiada sebatang, mulutnya hitam dek terlampau kuat merokok.
Bila dia pandang mata aku..
Aku tidak tahu apa yang dia lalui, tapi aku rasa simpati.
Aku tidak tahu apa yang dia lalui.
Perempuan itu meminta maaf pada aku.
Aneh sekali, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pada aku.

Ketiga, aku dapat tahu ketika membaca majalah tadi bahawa mustard adalah sos biji sawi dalam Bahasa Melayunya. 

Keempat, setelah lebih kurang empat tahun menggunakan laptop ni, baru aku tahu yang laptop aku lelaki.
Sebelum ni, aku pernah baca tentang jantina laptop, malas nak buat.
Hari ni, aku terjumpe post blog ni, gedik pula tiba-tiba, rasa nak buat.
Jadi aku namakan laptop aku, Entah.

Ok?
Faham tak apa yang aku cuba ceritakan?
Benda-benda sebegini sebenarnya kau tak perlu faham pun.

Photobucket

17.10.11

Roti canai anjing

Pagi-pagi adik aku sedang tunggu bus sekolah depan rumah, dia nampak pekerja kedai itu memegang anjing.

Ini adalah sambungan dari Kedai Mamak.

Photobucket

16.10.11

Nasi Lemak

Pagi tadi Aizat pergi beli nasi lemak.
2 bungkus nasi lemak ; ada nasi, kurang lemak, kacang beberapa ketul, sambal seciput, timun dua hiris dan telur rebus separuh.
Total : RM 4.00
Lokasi : Gerai berpayung tepi jalan di sebuah tempat yang agak pendalaman.(Depan rumah aku)

Beberapa minggu lepas aku sarapan dengan kawan aku.
2 pinggan nasi lemak  ; nasi setimbun, cukup lemak, kacang banyak, sambal mencurah-curah, timun cukup, telur rebus separuh, aku siap ambil kuah rendang lagi.
1 gelas teh susu , 1 gelas milo.
Total : RM 5.00
Lokasi : Gerai berlori tepi jalan Mutiara Damansara.

Masa aku belajar setahun lepas.
1 bungkus nasi lemak ; nasi standart size(1 mangkuk),ayam rempah seketul(saiz sederhana), sambal seciput.
Total : RM 5.00
Lokasi : Gerai berpayung tepi jalan Seksyen 2, Shah Alam.

Kesimpulannya, lokasi tidak mempengaruhi harga nasi lemak.Malah bahan-bahan juga tidak mempengaruhi harga nasi lemak. Harga diri penjual nasi lemak yang mempengaruhi harga nasi lemak.

Selalu kalau aku nak beli nasi lemak mesti aku tanya, pedas tak sambal.
Yang kelakarnya, aku sering mendapat jawapan "Tak pedas sangat, manis-manis"
Kemudian aku akan kata "Takpela..terima kasih".
Penjual itu akan buat muka aneh.
Aku rasa kebanyakkan penjual nasi lemak memberikan jawapan sebegitu kerana berfikiran bahawa aku tidak suka makan pedas kerana itu aku mengajukan soalan sebegitu, padahal sebaliknya.

Photobucket

15.10.11

Sos cokelat

Situasi : Aku sedang mencari gula caster di kawasan rak terletaknya barang-barang membuat kuih,biskut dan kek. Kemudian, datang seorang makcik bersama seorang budak kecil.

Makcik  : Eh..bestnye ni..boleh curah atas ais krim, letak dalam roti..(sambil memegang sebotol sos cokelat)

Budak kecil : Tak payah la beli benda bukan-bukan yang kita tak pernah beli..

Makcik : Ni boleh letak atas ais krim, curah atas roti..

Budak kecil : Takyah beli..jom la..

Aku cuma mendengar perbualan ringkas itu.

Ada kemungkinan roh kanak-kanak itu ada dalam jasad makcik itu manakala roh makcik itu ada dalam jasad kanak-kanak itu.

Secara ringkasnya, mereka bertukar badan.

Photobucket

14.10.11

Hitam, besar dan busuk

Hitam

Seorang stranger lelaki datang.

Setelah menyelesaikan urusannya dia mahu keluar, sebelum berlalu pergi dia bertanya pada bos aku, "Ni anak ke?"

Aku dan bos menjawab serentak, "Bukan".

Seterusnya dia berkata, "Nampak macam India".(merujuk pada aku)

"Ayah dia orang Pakistan", balas bos aku.

"Eh..bukan.Mak saya Mamak", celah aku.

Lelaki itu pergi pada kawannya sambil ketawa berdekah-dekah.

Aku sudah biasa jumpa Melayu yang sebegitu.

--

Besar

Seorang peguam lelaki tua yang agak mengatal lepak di tempat kami berkata pada bos aku dengan nada perlahan, "Ina ni kalau tak jaga badan lepas kawin mesti gemuk ni macam mak Arab".

"Tuan, saya bukan makan sangat pun, dah memang baka besar nak buat camane..", balas aku.

"Alamak..dengar pulak die..", balasnya kembali.

"Ina kau tu jenis rangka besar..susah nak jaga", kata bos aku pula.

--

Busuk

Aku agak tidak berminat pada produk-produk yang menggunakan pewangi dan bahan kimia yang meragukan.

Jadi aku memilih sabun Tanamera sebagai sabun mandi.

Mak kata, "Bau dia macam pil chi kit teck aun"


Aku kata, "Macam bau zoo".


Adik aku kata, "Busuk".


Aku masih menggunakannya.


Malah deodorent juga aku tidak menggunakan jenis yang mengandungi pewangi, aku gunakan deodorent jenama Simple.


Walaupun aku ada minyak wangi, aku jarang sekali menggunakannya kerana aku sendiri tidak menyenangi bau minyak wangi aku. 


Shampu pula aku selalu guna shampu dari herba. Baunya busuk.


--


Kesimpulannya, akulah makhluk hitam, besar dan busuk. Pada kebanyakkan masa aku rasa biasa sahaja tapi adakalanya ia nampak seperti memberi masalah kepada orang lain sampai aku rasa macam buruk sangat pula.


Pernah masa aku Tingkatan 3, ketika pulang dari sekolah, seorang pelajar perempuan sebaya dengan aku datang di hadapan aku dan berkata sambil menunding jari pada muka aku,"Wey, kau sedar tak kau hodoh?"

Aku diam sahaja, aku tidak pernah kacau hidup dia pun, malah berbual juga tidak pernah.


Photobucket

13.10.11

Sekolah bapak

Situasi : Aku sedang duduk di ruang tamu bersama mak aku. Aizat turun tangga lengkap berpakaian sekolah agama. kemudian, duduk di sofa bersam-sama kami.

Mak : Hey, pegi sekolah la..

Aku : Aizat ingat sekolah tu bapak Aizat punye ke..suka hati je nak datang lambat-lambat..

Aizat bangun segera kemudian memakai stokin.

Aizat : Memang pun..ustazah cakap, "Anggaplah cikgu-cikgu seperti ibu bapa kamu di sekolah", maksudnya sekolah tu bapak Aizat punyalah..

Photobucket

12.10.11

8 saat

Telefon bimbit murahan aku berdering :
"Kring!kring!"
"Kring!kring!"

Aku pandang skrin telefon bimbit bertulis :
Acan calling..

Belum sempat aku menjawab telefon, muncul perkataan : Battery Low.

Aku menjawab panggilan telefon itu.

Aku : Hello,nape?cepat cakap bateri Along dah nak habis ni.

Acan : Ok,bye.

Aku : Bai.

Wordless Wednesday sebentar, cepat sangat tu.

Photobucket

11.10.11

Shampu bayi

Aku membeli sebotol shampoo bayi Johnson & Johnson berukuran 100ml.

Aku menghulurkan botol itu kepada juruwang di kaunter untuk membuat pembayaran.

Aku mengeluarkan duit berjumlah RM 6, memandangkan aku membaca harganya di rak tadi ; RM 5.80.

"Teet!", mesin pengimbas harga berbunyi.

RM 2.90, harga tertera di skrin.

"Aik..bukan 5 ringgit 8 ke?", tanya aku kepada juruwang.

"Nak bayar lebih ke?", balas juruwang itu.

"Tak, tadi saya tengok RM 5.80", balas aku kembali kepadanya.

"Betulah saya scan harga ni..tapi kalau nak bayar lebih pun boleh", kata juruwang itu kembali.

"Heh..mestilah nak bayar sikit..", balas aku kembali.

P/S : Aku bukan beli shampu bayi itu untuk digunakan sebagai shampu rambut. Aku dah lama sedar yang aku bukan bayi lagi.

Photobucket

10.10.11

Isnin ok!

Aku seorang yang kurang berbual dengan orang yang tidak berapa dikenali atau tidak dikenali. Hari ini, aku bangun pagi dengan semangat menjadi seorang yang bukan aku seperti kebiasaan. 

Situasi :Aku berada di dalam ruang dengan seorang yang tidak berapa dikenali, iaitu kawan kepada kawan aku. Orang itu duduk di kerusi dengan jarak sedepa di hadapan aku. Aku duduk di kerusi menghadapnya.

Kami diam 25 saat.

Ruang yang bertutup itu bertukar janggal dengan aku yang berpura-pura khusyuk membaca majalah dan kawan kepada kawan aku hanya melihat sambil minum air.

Aku sedar akan keadaan itu, otak aku sedang bersenandung untuk mengurangkan reaksi muka aku yang semakin bertukar kekok.

Aku tahu yang aku patut mula bercakap untuk mengurangkan kejanggalan situasi itu.

"Meg(nama kawan aku,bukan nama sebenar), tak kerja ke arini?", tanya aku.

"Tak, die cuti arini..", balasnya.

"Owh..patutlah tak nampak..semalam pun tak nampak", balas aku kembali, dalam cubaan untuk menimbulkan suasana ramah yang berterusan tanpa disambuk bunyi cengkerik.

Diam 3 saat.

"Eh, salah pulak!semalam hari Ahad, manede kerje..", aku membalas sendiri apa yang aku katakan tadi.

"Hahah!", kami ketawa.

Kerana hal sebegini aku selalunya memilih untuk diam, kalau aku cakap mesti aku tersalah cakap atau aku tercakap sesuatu yang orang rasa aneh atau mengarut,ataupun aku cakap sesuatu yang tiada kaitan pun dan end up, bunyi cengkerik yang lebih meriangkan dan muka blur.

P/S : Amalina tu gelabah je provoke cite lebih-lebih..communication skill dia takde la teruk mane pun..(sedapkan hati sendiri)

Photobucket

9.10.11

Sebenarnye...sebenarnyer aku...ermm..tak pelah..

Aku sedang melayan alam maya. Aku terdengar adik aku bising-bising dalam jamban, butiran lolongan yang tidak begitu jelas. Adik aku keluar dari jamban, masih menyambung lolongan tadi berbunyi : "Allahuma soliwasalim alla saidina muhammad...(bersambung)"

Aku : Aizat bace tu dari dalam jamban tadi yek?

Aizat : A'a..

Aku : Hey, berdose ar..

Aizat : Yek??Aizat mana tahu..Aizat bukan baca, Aizat nyanyi je..

Aku : Tu bukan nyanyi,tak boleh la..berdose..tak elok bace dalam jamban..

Perilaku Aizat mengigatkan aku pada peristiwa ini.

Heh..

Photobucket

Gelimat 2


Sambungan dari Gelimat.

1 mesej diterima :
Kau rindu aku kan?

Aku balas :
Tak.

1 mesej diterima :
Tipu...aku dapat rasa.

Aku malas balas.

Photobucket

7.10.11

Minuman susu kultur

Situasi : Adik-adik aku sedang minum minuman susu kultur, aku baru sahaja datang.

Mak : Ni along punya..(sambil menunjuk sebotol Vitagen berwarna ungu di atas meja)

Aku mencapai botol itu dan mengoncangnya sebelum mencucuk straw.

Aizat : Pika tengok Along goncang, die pun nak goncang..(dengan muka penyibuk)

Pika : Ka, selalu goncang gune straw..

Aizat : Tu bukan goncang, tu kacau..(dengan muka bajet hebat)

Photobucket

Buah pir

Pagi tadi sebelum aku keluar, aku buka peti sejuk.
Ada kepala manusia dengan lidah terjelir di sebelah longgokkan buah pir.
Aku ambil dua biji buah pir.
Aku ambil kepala manusia itu, cabutkan kepala aku dan gantikan dengan kepala itu.
Aku basuh sebiji buah pir dan memakannya.
Buah pir itu dikurniakan mata dan mulut, ia mengerang kesakitan tatkala mulut aku menrobek kulitnya.
Sebiji lagi buah pir aku masukkan ke dalam bagasi.
Buah pir itu menjerit "Oi!aku tak nak tidur dalam beg busuk ko ni, aku nak udara segar dalam peti sejuk tu!"
Aku meletakkan buah pir yang sedang aku makan di tepi.
Buah pir itu sudah keletihan menjerit, ia terkulai layu dengan badan terkopek-kopek.
Aku memakai stokin yang masih berbau sabun.
Stokin itu berkata, "Saya sedia berkhidmat untuk anda, Amalina", kemudian aku membalas dengan senyuman semanis buah pir.
Aku sambung makan buah pir itu
Buah pir yang telah aku makan 76.8% itu tinggal nyawa-nyawa ikan.
Sebiji buah pir habis.
Buah pir di dalam bagasi masih belum berhenti mengomel.
Aku muak.
Aku muntahkan balik buah pir yang telah aku makan tadi, aku tahu dia sebenarnya tidak rela menjadi sarapan pagi aku.
Aku keluarkan buah pir yang satu lagi dari bagasi dan letakkan di atas meja ruang tamu.
Buah pir itu memekik "Oi!aku tak nak duduk atas meja ni, aku nak udara segar dalam peti sejuk tu!".
Aku biarkan saja di situ.


Aku cuma mahu beritahu yang aku tak masukkan semula buah pir itu dalam peti sejuk semula sebab aku dah pakai stokin, takut nanti stokin aku kotor atau terkena air.

P/S : Ayat yang tidak bergaris itu cerita sebenar, ayat yang bergaris itu hanya bahan perasa yang diluluskan.Tiada campuran bahan daripada babi, yang ada cuma penulis yang ketandusan idea seperti seekor babi yang meratapi dirinya yang dilahirkan sebagai najis mughallazah.

Photobucket

6.10.11

Usrah

Aku teringatkan kata-kata seorang rakan dalam perbualan telefon kelmarin ;
"Bila aku cakap dengan kau, aku rasa macam tengah cakap dengan Usrah".

Ini bukan pertama kali dia berkata begitu, sudah beberapa kali.
Malah aku pernah dibawa berjumpa Usrah dalam satu pertemuan disaksikan cendol tapai, laksa dan air barli.

Tambahnya lagi ;
"Aku tak tahu kau yang sama macam Usrah atau Usrah yang sama macam kau, aku tak tahu siapa yang klon siapa, setiap kali aku bercakap dengan Usrah dan duduk sebelah Usrah aku rasa macam kau ada sebelah aku...tapi aku rasa kau yang sama macam Usrah, sebab macam mustahil pulak budak 5 tahun berfikiran macam person 24 tahun".

Selepas perbualan telefon itu aku terus tertidur lena.

Aku tak tahu itu pujian atau apa, ia sesuatu yang janggal.
Berdasarkan pertemuan dengan Usrah pada suatu ketika dahulu, aku  harus mengaku yang Usrah bukan kanak-kanak biasa, sedangkan aku seperti kanak-kanak yang lain ketika seusia dengannya.

Photobucket

4.10.11

Tepi kain yang rabak menampakkan bulu kaki yang lebat dan kerinting

Caca adalah seorang wanita bekerjaya dalam lingkungan 40-an, sentiasa bersama seorang rakannya bernama Gina. Hampir setiap hari aku akan jumpa mereka kerana mereka gemar makan roti bakar. Bukaan mulut aku pada mereka hanya berkisar dalam bentuk digit-digit Ringgit Malaysia.

Tadi, Caca bertanya aku beberapa soalan.

Caca : Nanti...bla..bla..bla..?(bertanya soalan)

Aku : Entah..tak tahu..

Caca : Habis..bla..bla..bla..?(bertanya solan)

Aku : Entahlah..saya pun tak tahu..

Caca : Dengar cite...bla..bla..bla....?(bertanya soalan)

Aku : Entah..mane saya tahu..

Caca : Kau bla..bla..bla..?(bertanya soalan)

Aku : Entah..(sambil menjungkit bahu)

Caca : Cakap dengan kau ni menyakitkan hati..

Aku : A'a..saya memang semua benda tak tahu pun..malas nak ambil tahu..

Caca : Blur betul..(dengan nada yang agak perlahan tapi masih aku dengari, diiringi riak muka tidak senang dengan jawapan aku)

P/S : Kadang-kadang, aku tahu tapi aku malas nak beritahu kerana aku tidak nampak kepentingan kenapa kau perlu tahu kecuali atas dasar menyibuk.

Photobucket

3.10.11

Meroyan

Kucing kami rasanya sudah melahirkan anaknya.
Tapi anaknya sudah hilang.
Mungkin diculik bunian.
Mungkin dibaham kucing jantan.

Dia meroyan, kami kesian.
Miaw..miaw..

Photobucket

Gelimat

Aku menghadapi hari minggu yang saja aku sibukkan dengan bertemu kawan.
Jadi aku agak malas membalas khidmat pesanan ringkas yang diterima.

1 mesej diterima :
"Selamat malam dan selamat tinggal."

Aku balas :
"Kenapa ko?"

1 mesej diterima :
"Maafkan aku."

Aku balas :
"Kenape ko?"

2 mesej diterima :
"Xpelh..biarlh aku seorg2..aku xnk sape2 ganggu.."(padahal aku takde ganggu dia pun)

"Mukin nie msg last aku anta..no nie pown dh nk tamat tempoh..jaga dri elok2..mfkn ksilapan aku slme knl."

Aku balas :
"Ok."

1 mesej diterima :
"Tq"

Aku balas :
"Welkam"

Kau rasa apa jenis tahi yang cuba kawan aku yang seorang ini persembahkan?

Photobucket

2.10.11

Entah

James pernah tanya aku dulu, "Milo, kau rasa kereta or rumah..mana patut aku beli dulu?"

Jawapan aku masa itu,aku sendiri pun tak ingat.

Photobucket