10.10.11

Isnin ok!

Aku seorang yang kurang berbual dengan orang yang tidak berapa dikenali atau tidak dikenali. Hari ini, aku bangun pagi dengan semangat menjadi seorang yang bukan aku seperti kebiasaan. 

Situasi :Aku berada di dalam ruang dengan seorang yang tidak berapa dikenali, iaitu kawan kepada kawan aku. Orang itu duduk di kerusi dengan jarak sedepa di hadapan aku. Aku duduk di kerusi menghadapnya.

Kami diam 25 saat.

Ruang yang bertutup itu bertukar janggal dengan aku yang berpura-pura khusyuk membaca majalah dan kawan kepada kawan aku hanya melihat sambil minum air.

Aku sedar akan keadaan itu, otak aku sedang bersenandung untuk mengurangkan reaksi muka aku yang semakin bertukar kekok.

Aku tahu yang aku patut mula bercakap untuk mengurangkan kejanggalan situasi itu.

"Meg(nama kawan aku,bukan nama sebenar), tak kerja ke arini?", tanya aku.

"Tak, die cuti arini..", balasnya.

"Owh..patutlah tak nampak..semalam pun tak nampak", balas aku kembali, dalam cubaan untuk menimbulkan suasana ramah yang berterusan tanpa disambuk bunyi cengkerik.

Diam 3 saat.

"Eh, salah pulak!semalam hari Ahad, manede kerje..", aku membalas sendiri apa yang aku katakan tadi.

"Hahah!", kami ketawa.

Kerana hal sebegini aku selalunya memilih untuk diam, kalau aku cakap mesti aku tersalah cakap atau aku tercakap sesuatu yang orang rasa aneh atau mengarut,ataupun aku cakap sesuatu yang tiada kaitan pun dan end up, bunyi cengkerik yang lebih meriangkan dan muka blur.

P/S : Amalina tu gelabah je provoke cite lebih-lebih..communication skill dia takde la teruk mane pun..(sedapkan hati sendiri)

Photobucket

11 ulasan:

  1. adakah waktu itu

    kau buat muka mcm

    arnab kat bwh ni?

    BalasPadam
  2. entahlah, aku tak nampak muka aku mase tu.

    BalasPadam
  3. Orang gelabah ni biasanya comel.

    BalasPadam
  4. aku rasa mmg mcm tu lah...

    BalasPadam
  5. Mcm ne reaksi awak bila mula berkenalan dgn lelaki?

    BalasPadam
  6. sila berbual pakai "tulisan". kbai.

    BalasPadam
  7. eh..tapi ia bagi aku satu perbualan spontan walaupun didahului dengan pertanyaan anxious.

    BalasPadam
  8. rate communication skill aku 2/10

    BalasPadam
  9. samuraigila,aku tak rase yang aku tergolong dalam kategori orang gelabah yang comel.

    pak lang, kau boleh rase muke aku.heh..

    fara,bergantung pada jenis lelaki kot..

    nveil, :)

    ghost writer, :)

    the naked writer,aku tahu kau tak teruk sangat, kau cume buat2 teruk macam aku.hah!

    BalasPadam
  10. haha its ok sekurang2nya .. ada cerita menarik di penghujung

    BalasPadam