Seorang stranger lelaki datang.
Setelah menyelesaikan urusannya dia mahu keluar, sebelum berlalu pergi dia bertanya pada bos aku, "Ni anak ke?"
Aku dan bos menjawab serentak, "Bukan".
Seterusnya dia berkata, "Nampak macam India".(merujuk pada aku)
"Ayah dia orang Pakistan", balas bos aku.
"Eh..bukan.Mak saya Mamak", celah aku.
Lelaki itu pergi pada kawannya sambil ketawa berdekah-dekah.
Aku sudah biasa jumpa Melayu yang sebegitu.
--
Besar
Seorang peguam lelaki tua yang agak mengatal lepak di tempat kami berkata pada bos aku dengan nada perlahan, "Ina ni kalau tak jaga badan lepas kawin mesti gemuk ni macam mak Arab".
"Tuan, saya bukan makan sangat pun, dah memang baka besar nak buat camane..", balas aku.
"Alamak..dengar pulak die..", balasnya kembali.
"Ina kau tu jenis rangka besar..susah nak jaga", kata bos aku pula.
--
Busuk
Aku agak tidak berminat pada produk-produk yang menggunakan pewangi dan bahan kimia yang meragukan.
Mak kata, "Bau dia macam pil chi kit teck aun"
Aku kata, "Macam bau zoo".
Adik aku kata, "Busuk".
Aku masih menggunakannya.
Malah deodorent juga aku tidak menggunakan jenis yang mengandungi pewangi, aku gunakan deodorent jenama Simple.
Walaupun aku ada minyak wangi, aku jarang sekali menggunakannya kerana aku sendiri tidak menyenangi bau minyak wangi aku.
Shampu pula aku selalu guna shampu dari herba. Baunya busuk.
--
Kesimpulannya, akulah makhluk hitam, besar dan busuk. Pada kebanyakkan masa aku rasa biasa sahaja tapi adakalanya ia nampak seperti memberi masalah kepada orang lain sampai aku rasa macam buruk sangat pula.
Pernah masa aku Tingkatan 3, ketika pulang dari sekolah, seorang pelajar perempuan sebaya dengan aku datang di hadapan aku dan berkata sambil menunding jari pada muka aku,"Wey, kau sedar tak kau hodoh?"
india?
BalasPadamLOL!
yang part hodoh tu hardcore betul budak tu
aku tak tahu nak beri reaksi apa pada orang-orang yang tak sedar diri. sebenarnya memang aku sedar aku hodoh, tapi aku rasa budak tu hodoh juga.hahah!
BalasPadameh..tak..aku tak rasa budak tu hodoh..dia biasa sahaja.cuma jerawat batu penuh satu muka yang menghodohkan dia.tindakan dia juga menghodohkan diri.
BalasPadamya yang paling penting adalh tindakan dia yang super hodoh.
BalasPadammulut memang menakutkan
BalasPadamhati lagi menakutkan.
BalasPadamkau guna shampoo bawang ke?
BalasPadamadakah budak yg cakap kau hodoh
tu muka dia mcm zooey dischanel?
bukan shampoo bawang.aku tiada masalah keguguran.
BalasPadamtak.
kesimpulannya kau mmg betul-betul praktik kesederhanaan.termasuk soal perasaan kau sendiri.
BalasPadamkau bertahan di mana orang lain tak kan mampu bertahan.
tapi shampoo bawang tu
BalasPadammenyegarkan aku rasa.
ok, budak tu langsung
tak layak cakap kau hodoh,
dan dia bodoh...kalau muka
dia mcm zooey deschanel sekali
pun,dia ttp tak perlu cakap
kau hodoh, dan itu bodoh...sekian.
ghost writer, aku juga pernah hilang kawalan macam orang lain.hakikatnya aku seorang yang panas baran sehingga berpotensi untuk membunuh.aku ada split personality.
BalasPadampak lang,aku pakai shampoo himalaya atau french oil atau rohini atau mustika ratu.
hakhakhak,...aku rasa dlm banyak2 entry,entry ni yang paling kelakar penah aku baca...aku dah gelak smbil lap ayor mata ni..
BalasPadamhahah!kemain kau gelakkan aku..
BalasPadamAku pakai deodorant simple.
BalasPadamsama.
BalasPadam