4.10.11

Tepi kain yang rabak menampakkan bulu kaki yang lebat dan kerinting

Caca adalah seorang wanita bekerjaya dalam lingkungan 40-an, sentiasa bersama seorang rakannya bernama Gina. Hampir setiap hari aku akan jumpa mereka kerana mereka gemar makan roti bakar. Bukaan mulut aku pada mereka hanya berkisar dalam bentuk digit-digit Ringgit Malaysia.

Tadi, Caca bertanya aku beberapa soalan.

Caca : Nanti...bla..bla..bla..?(bertanya soalan)

Aku : Entah..tak tahu..

Caca : Habis..bla..bla..bla..?(bertanya solan)

Aku : Entahlah..saya pun tak tahu..

Caca : Dengar cite...bla..bla..bla....?(bertanya soalan)

Aku : Entah..mane saya tahu..

Caca : Kau bla..bla..bla..?(bertanya soalan)

Aku : Entah..(sambil menjungkit bahu)

Caca : Cakap dengan kau ni menyakitkan hati..

Aku : A'a..saya memang semua benda tak tahu pun..malas nak ambil tahu..

Caca : Blur betul..(dengan nada yang agak perlahan tapi masih aku dengari, diiringi riak muka tidak senang dengan jawapan aku)

P/S : Kadang-kadang, aku tahu tapi aku malas nak beritahu kerana aku tidak nampak kepentingan kenapa kau perlu tahu kecuali atas dasar menyibuk.

Photobucket

10 ulasan:

  1. agama tu mmg perlu ambik tau

    BalasPadam
  2. jadi di mana nya
    bulu kaki yg lebat
    dan kerinting?

    BalasPadam
  3. jiji yu, tu lain cerita..

    pak lang, mana ada.gimik je tu..

    BalasPadam
  4. tajuk tuh sangat melucukan.

    dan aku pun memahami dengan kemalasan kau.satu cara untuk menghentikan perbualan yang agak menyakitkan hati.

    BalasPadam
  5. Padan muka dia.

    Awak hebat!

    BalasPadam
  6. ghost writer,..tak, perbualan yang cuba dibina sama sekali tidak menyakitkan hati aku cuma aku malas.dia bukan bertanya perihal adakah bulu kaki aku lebat dan kerinting atau tidak.

    fara, tak..saya tak layak dipanggil hebat bila menjadi seorang yang malas beramah-mesra sesama manusia.

    BalasPadam
  7. mane cite bulu kaki nye?


    lol


    okay just being literal ;pp



    aku pun macam kau. suka cakap tak tahu. dan aku suka buat muka blur.
    supaya orang tak tanya aku lebih2

    BalasPadam
  8. bagus...kadang2 ada benda

    yg kita tak harus ambik tau

    psl org lain...mcm benda2

    dlm kain tu...bulu kaki yg

    lebat dan kerinting apa semua

    tak perlu...tak perlu.

    BalasPadam
  9. bulu kakinya perlu diselak di kain orang lain.itupun kalau rajin jaga tepi kain orang.haha

    samalah, tapi malang sekali sesetengah orang tak faham.

    BalasPadam
  10. aku setuju...mmg jenis nak kena
    terajang ke apa duk selak tengok
    bulu kaki org kan...haha

    BalasPadam