2 bungkus nasi lemak ; ada nasi, kurang lemak, kacang beberapa ketul, sambal seciput, timun dua hiris dan telur rebus separuh.
Total : RM 4.00
Lokasi : Gerai berpayung tepi jalan di sebuah tempat yang agak pendalaman.(Depan rumah aku)
Beberapa minggu lepas aku sarapan dengan kawan aku.
2 pinggan nasi lemak ; nasi setimbun, cukup lemak, kacang banyak, sambal mencurah-curah, timun cukup, telur rebus separuh, aku siap ambil kuah rendang lagi.
1 gelas teh susu , 1 gelas milo.
Total : RM 5.00
Lokasi : Gerai berlori tepi jalan Mutiara Damansara.
Masa aku belajar setahun lepas.
1 bungkus nasi lemak ; nasi standart size(1 mangkuk),ayam rempah seketul(saiz sederhana), sambal seciput.
Total : RM 5.00
Lokasi : Gerai berpayung tepi jalan Seksyen 2, Shah Alam.
Kesimpulannya, lokasi tidak mempengaruhi harga nasi lemak.Malah bahan-bahan juga tidak mempengaruhi harga nasi lemak. Harga diri penjual nasi lemak yang mempengaruhi harga nasi lemak.
Selalu kalau aku nak beli nasi lemak mesti aku tanya, pedas tak sambal.
Yang kelakarnya, aku sering mendapat jawapan "Tak pedas sangat, manis-manis"
Kemudian aku akan kata "Takpela..terima kasih".
Penjual itu akan buat muka aneh.
Aku rasa kebanyakkan penjual nasi lemak memberikan jawapan sebegitu kerana berfikiran bahawa aku tidak suka makan pedas kerana itu aku mengajukan soalan sebegitu, padahal sebaliknya.
nasi lemak malis sedap.
BalasPadamhawker selalunya tidak mengecewakan.
BalasPadamaku tak makan pedas.
BalasPadamhakikat aku adalah org n9 juga tak dapat membantu sifat tak tahan pedas lidah aku ni
jawapan nak selamat,tapi akhirnya menyelamatkan duit pelanggan.
BalasPadammirachantek, aku suka pedas yang gila tahap gaban.rendang nogori sangat enak.
BalasPadamghostwriter,jangan judge muka berdasarkan ketahanan lidah terhadap kepedasan.(nasihat kepada penjual nasi lemak di luar sana)