30.10.11

Pusingan U

Begini..
Semalam aku menaiki teksi untuk menuju ke satu tempat.
Untuk sampai ke destinasi yang ditujui pemandu teksi tersebut perlu membuat satu pusingan U.
Seperti yang anda semua sedia maklum, pusingan U seharusnya berbentuk huruf U.
Malang sekali pusingan U pemandu teksi ini hanya berlaku setelah pusingan P, pusingan E, pusingan N, pusingan I dan pusigan P semula.

Meter bergerak : RM 5.40 semata-mata untuk membuat pusingan U yang membawa aku ke jalan bertentangan dengan tempat aku mula mengambil teksi tadi.

Aku : Pakcik, nape pakcik U-turn jauh-jauh?kan boleh U-turn dekat je..

Pemandu teksi : Situ tak boleh U-turn..(penipu)

Aku : Selalu boleh je..

Pemandu teksi : (Diam)

Aku : Kalau betul kena U-turn jauh-jauh ikut jalan yang pak cik bawak tadi, berkatlah duit yang saya bayar nanti..kalau tak, pakcik jawablah nanti..(saja aku kata begitu untuk timbulkan rasa bersalah dalam dirinya yang cuba tipu aku. Mentang-mentang muka aku bodoh-bodoh, saje nak ambil kesempatan)

Pemandu teksi : (Diam)

Sepanjang perjalanan kami diam.

Sampai di destinasi yang ditujui, aku menghulurkan wang.

Pemandu teksi : Takyah bayar, lagipun hari ni kan hari Jumaat, kira sedekahlah.

Aku : Terima kasih.

Aku segara masuk ke dalam sebuah kompleks membeli-belah memandangkan titis-titis hujan mula membasahi bumi sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa (cubaan untuk menimbulkan unsur dramatis yang agak gagal).

Setelah lebih kurang tiga puluh langkah seorang pakcik tua bertongkat menegur aku, "Assalamualaikum, pakcik nak tumpang tanya.."

Aku berhenti tetapi hanya memandang pakcik itu sepintas lalu.

Pakcik : Anak ni dah kerje ke belajar lagi?

Aku pantas menjawab "Belajar"(tipu).

Pakcik : Kalau belajar,takpela..terima kasih.

Aku berlalu pergi.

Setelah lima langkah, aku patah balik mengejar pakcik tua yang sedang berjalan itu.

Aku memberikan duit yang sepatutnya aku bayar kepada pemandu teksi tadi kepada pakcik tua itu.

Aku nampak sinar kegembiraan di wajah pakcik tua itu.

Pakcik : Banyak ni nak..pakcik doakan anak berjaya dalam pelajaran dan lulus peperiksaan.

Aku berlalu pergi segera

Kesimpulannya :

Setiap di antara kita ada rezeki masing-masing. Tuhan itu Maha Adil.
(berkata dengan muka biasa-biasa)

Berkatnya sesuatu itu bermula dengan ikhlas dan jujurnya kita melakukan sesuatu.
(berkata dengan muka penjual nasi lemak yang menjual nasi lemak demi bangsa dan negara)

Ada sesuatu yang bagi kita nilainya kecil tapi besar nilainya bagi mereka benar-benar memerlukan.
(berkata dengan muka seorang kanak-kanak yang diberikan 50 sen oleh ibunya)

Bukan semua rezeki yang kita dapat harus menjadi hak milik kita.
(berkata dengan muka seorang lelaki bujang yang masih gagal mengumpul wang perkahwinan akibat poketnya rabak dek terlalu taksub dengan barangan gajet).

Panjang pula aku taip kali ni.(sambil mengelap air otak yang mengalir di dahi)
Photobucket

16 ulasan:

  1. ahah. pakcik teksi penipu. aku suka betul apa yg ko buat tuh

    BalasPadam
  2. Epic! Haha aku jadi org 1st yang dengar citer ni. Hahaha

    BalasPadam
  3. Background music kau mmg best. Dalam gelap plak. Haha feel.

    BalasPadam
  4. lawak la ko ni in....gajet vs bajet...hihi
    rindu kt ko...

    BalasPadam
  5. ya aku suka baca coretan kau..
    ada maksud tersirat yang nak disampaikan..

    Bersyukurlah.. pakcik teksi bagi free aje.. sedekah.. mungkin dia diam dalam muhasabakan diri kut.. ahh.. bersangka baik ajelah..

    BalasPadam
  6. pakcik teksi tu sentap sangat. hamik kauu

    BalasPadam
  7. mirachantek, elok gak die ade rase bersalah tu.

    shake, kau dengar version yang tak diedit.kononnye aku nak buat baik kat pakcik teksi tapi tak kesampaian.mls aku cerita bahagian tu..lagu gamelan wey..

    ella, :)

    faaein talip roy, aku tak boleh bersangka baik sebab jalan yang diedia lalu adalah jalan yang aku biasa lalu.

    wadiAR, selamat dia masih ada jiwa yang boleh disentap.ada orang yang heartless lansung, menipu orang tanpa rasa bersalah.

    BalasPadam
  8. bagus la ko ni ien... (sambil memberi tepukan semangat!) wahaha

    BalasPadam
  9. kedengaran seperti sedang menghanjing.

    BalasPadam
  10. aku rasa aku dalam kategori lelaki bujang tuh..cis!!!

    BalasPadam
  11. jualkan saja gajet-gajet kau tu.

    BalasPadam
  12. Pertama kali sy membaca entri awk dgn semangat patriotik!

    Saya suka.

    BalasPadam
  13. :)
    semangat patriotik sambil mengibarkan bendera malaysia.

    BalasPadam