13.12.13

Kucing

Wanita warga asing : Wow!Your cat is soo cute..omg!so cute!
(dengan muka teruja)
Aku : (senyum saja)
Dalam hati aku : Aku tengok kucing ni biasa je, takdelah comel sangat pun
takyahlah teruja sangat..(sambil teringat seorang kawan aku yang pernah teruja dengan
kecomelan kucing aku itu juga)
Wanita warga asing : How many cat do you have?
Aku : Seven
Wanita warga asing : So many..do you like cat?
Aku : No.

Perbualan itu berhenti di situ.

“Of course, maybe I'd end up like one of those crazy old people with, like, sixty cats. And one day, the neighbors would complain about the smell, and it would turn out I'd died and the cats had eaten me.Still, it might be nice to have a cat.” kata Alex Flinn.

 photo double_tuzki-1.gif

6.12.13

Kenyang

Masa aku darjah empat.
Rakan sekelas aku datang kepada aku beritahu aku yang berdekatan rumah dia ada makcik 
jual nasi lemak semurah 30 sen, dan menurutnya boleh kenyang bila makan nasi lemak itu.
Maka, mendengar penjimatan berganda yang akan aku dapat bila membeli nasi lemak itu,
aku pun pergi mambeli nasi lemak yang diperkatakan,
memandangkan rumahnya tidak jauh dari sekolah.

Ketika makcik itu membungkus nasi lemak aku,
aku berbisik pada kawan aku, "Sikit je..boleh kenyang ke?"
Kawan aku balas, "Kenyang..nanti rehat nanti aku ajar kau".

Bila tiba waktu rehat.
Aku makan nasi lemak itu bersebelahan kawan aku,
selepas selesai makan aku berkata, "Tak kenyang pun.."
Kawan aku balas, "Sekarang memang tak kenyang,
kau kena minum banyak air dulu, baru kenyang"
Aku berkata, "Tu bukan kenyang.."

Aku teringat perkara ni tadi kemudian gelak sendiri.

27.11.13

Kecil

 Terlalu banyak benda kecil,
sampai aku lupa semua.
Semoga hari esok aku bangun
dengan mata seorang kanak-kanak,
yang sentiasa mecari dan melihat
setiap sesuatu itu seperti sesuatu
yang harus diterokai.
Semoga.


23.10.13

Bogel

1.
Bilamana seseorang itu
selalu berbogel pada kau(tanpa kau minta).
Ia buat engkau sedar yang kita semua cuma hanya perlu
berbogel pada Tuhan kerana dia Maha Mendengar
dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

2.
It’s easy to take off all your clothes and have sex.
People do it all the time.
But opening up your soul to someone,
letting them into your spirit,
thoughts, fears, future, hopes, dreams.
Now that’s being naked.
— Rob Bell

3.
Dan tanpa kau sedar, sepertimana menurut Rob Bell itu,
aku sebenarnya sudah berbogel pada kau melalui perkongsian
pendapat aku di 1 itu.

Oh,ya.
Ini cuma pembogelan peribadi yang boleh
kau hakimi sepertimana kau terpandang seorang makcik tua
bertudung yang gempal memakai blouse ropol-ropol yang agak singkat
dan dipadankan dengan legging putih yang agak jarang sehingga
terlihat seluar dalamnya yang berwarna merah.

Ya,sebegitu.

20.10.13

Pawagam

Sepanjang perjalanan kami ke pawagam, kawan aku
meluahkan perasaannya dengan penuh semangat tentang
permasalahannya di tempat kerja.
Kami beratur untuk membeli tiket, barisan sangat panjang.
Aku berasa aneh, sejak bila pawagam ini membuka
dua kaunter yang berjauhan.
Setelah beberapa minit, dia semangat bercerita dan
aku semangat mendengar baru kami sedar yang kami
terberatur di kaunter membeli popcorn.
Ha-ha.

Oleh kerana masa tayangan lambat lagi, kami duduk berbual
di set kerusi meja di sebuah restoren yang telah tutup.
Ya,semua kedai pun sudah ditutup ketika itu.
Tiba-tiba, kawan aku menukar reaksi muka lebih serius.
"Sebenarnya..",kata dia.
"Sebenarnya dalam badan aku ada jin", sambungnya lagi.
"Biasalah tu..semua orang pun ada..",balas aku.
"Aku serius, aku sampai pergi berubat.."katanya lagi.
"Oh..oklah tu..", balas aku.
Kemudian, perbualan itu berlanjutan sehingga dia beritahu
aku yang dalam badan aku pun ada jin.
Kemudian, aku beritahu dia yang aku tahu itu.
Ha-ha-ha.

Setelah lama perbualan tak tentu hala itu berlanjutan kami pun
masuk dewan pawagam untuk menonton cerita Insidious.
Aku tidak yakin pun cerita seram Inggeris, akan meyeramkan aku.
Ya, sememangnya tidak seram, lucu ada.
Bukan mahu riak atau bajet berani, seriusli ada babak
yang  buat aku gelak sampai menangis.
Ketika itu, aku dan kawan aku hairan kenapa kami
berdua saja yang gelak macam orang gila dan orang
lain senyap saja.
Ha-ha-ha-ha.

Disebabkan baru saja menonton cerita seram,
kawan aku takut untuk pulang ke rumah.
Jadi dia mahu menumpang tidur di tempat aku.
Kami tidur bersebelahan di atas satu katil single.
Dia menjadikan momen itu lebih janggal bila
dia asyik mengulang yang dia rasa bertuah dapat berkawan
dengan aku dan betapa kononnya aku lain dari yang lain.
Aku berasa sangat aneh sehingga aku berkata,
"Baik kau diam sekarang,jangan cakap
apa-apa sebelum aku sepak kau",
sebanyak dua kali.
Yang ini, aku tak mampu nak gelak.
Ah sial!aku tahu kau gelakkan aku.



24.9.13

Jujur


Wanita itu menceritakan tentang betapa jujurnya
masyarakat Jepun, dimana ketika dia berada di Jepun
dia tidak perlu mengunci basikalnya, malah dia tidak 
pernah mengunci basikalnya dan dia tidak perlu
risau tentang basikal itu akan hilang,memang mustahil.
Begitu juga, jika dia berada di kedai, dia mahu ke tandas,
dia boleh meninggalkan laptop,buku, beg di meja
tanpa perlu risau akan ada orang mengambilnya.
Dia juga memberitahu, dia tidak perlu mengunci
rumah dan tidak pernah mengunci rumah,
dia cuma tahu yang dia pasti selamat.

Aku kagum dengan persekitaran yang dia ceritakan
di Jepun yang aku yakin ia telah menjadi budaya masyarakat
di sana supaya sentiasa menghormati hak orang lain.

P/S : Wanita yang bercerita itu bukan seorang warga Jepun
tapi pernah menetap di Jepun untuk satu jangkamasa yang
agak lama.

Kemudian, aku menceritakan padanya tentang betapa
tak jujurnya aku bilamana kelmarin bos aku meninggalkan
buku organizernya di atas meja,senaskah majalah kecil
terkeluar dari buku itu, aku tarik majalah itu dan aku
membacanya tanpa meminta kebenaran.
Tiba-tiba, bos aku balik dia nampak
aku sedang membaca majalahnya.
Situasi itu seperti aku telah
menyelongkar barang bos aku.

Wanita itu terdiam seketika,
kemudian kami sambung berbual.

22.9.13

Tahi

Aku biasa baik-baik saja sesama manusia,
mahu dikatakan baik sangat tidak juga,
cuma aku jarang sekali membaling tahi pada orang.

Permainan baling tahi ini berlaku bila orang
membaling tahi pada kau, dengan harapan samada
dia rasa berkuasa bila buat sebegitu,
dia rasa puas hati melihat busuk pada kau
atau dia mahu kau kelihatan seperti tahi.

Secara tipikalnya, bila dibaling tahi manusia
akan mengelak kerana ia akan membawa kekotoran
dan bau yang tidak menyenangkan, tapi sekiranya tahi 
dibaling berkali-kali, ia pasti mengundang kemarahan.
Jadi, bila seseorang yang dibaling tahi itu marah,
maka ia memberi kepuasan kepada si pembaling tahi.

Jadi, aku telah mengatur beberapa strategi
untuk si pembaling tahi tegar ini.

1. Sambut tahi itu bagaikan ia satu anugerah
paling berharga,ucapkan terima kasih atas
ketahian yang diberi.

"Baiknya kau ni,bagi aku tahi..
aku suka kau sangat,thanks..",
berkata dengan muka terharu.

2. Nikmati ketahian itu bagai ia
sesuatu yang indah.
Senyum bila menerimanya.


"Eh..taik...",
berkata dengan muka teruja
dan mata bersinar-sinar.

3. Buat macam kau tak tahu itu sebenarnya tahi,
walaupun kau sebenarnya tahu.

 "Apa ni?macam tahi je tapi sedap jugak ek..
pandai kau berak.."

4. Ulang langkah 1,2 dan 3.
Perhatian : Cuba kelihatan seikhlas mungkin.

4.9.13

Badi


Esok aku mahu cuci kasut kerana
kasut aku telah terkena badi mayat
siput babi kerana tadi aku terpijak
seekor siput babi.
Aku rasa bersalah maka aku berkata
pada tubuh yang mati terpenyek itu, 
"Saya minta maaf sangat, saya tak sengaja,
semoga awak memang nak bunuh diri".




2.9.13

Masa

Aku menghadapi satu perasaan aneh
tentang peralihan masa awal pagi tadi sehingga 
menyebabkan aku melihat jam beberapa kali untuk
mendapat kepastian, malah aku juga memeriksa sama ada
jarum jam aku berhenti bergerak.
Ternyata jam aku berkeadaan baik.

Ketika aku keluar pada pukul 7.45 pagi
tadi, cahaya matahari sudah muncul dengan girang.
Kebiasaannya masih belum lagi muncul seterang itu.
Selalunya aku mengambil masa lebih kurang 13 hingga 14 minit
untuk sampai ke tempat kerja yang lebih kurang 2 kilometer.
Agak menghairankan hari ini aku hanya mengambil
masa 6 minit untuk sampai, sedangkan aku 
mengayuh dengan perlahan saja.

Beberapa minggu lalu
ada seorang rakan sekerja aku cakap,
"Apa kelas naik basikal.."
Dia naik motor je pun, hari ni aku
lihat dia tiga kali pergi ATM,periksa gaji dah masuk tak.
Rasanya dengan kenaikan 20sen harga minyak
pasti dia rasa lebih berkelas.


31.8.13

Perangkap

Aku baru buat perangkap nyamuk.

Begini.


Bahan-bahannya memang dah ada
dan cara membuatnya mudah,
aku pun buatlah. 
Lagipun, aku sangat tak suka
bau ubat nyamuk tak kiralah yang spray, yang bakar
yang vapor atau yang mat.
Harap ia berjaya.


"Unless someone can make a profit from an idea,
the public may never become aware of it."

Agak menyedihkan,
tapi begitulah hakikatnya.

28.8.13

Azan


Situasi : Duduk di meja bulat, berbual sambil minum air, 
sedang kami berbual tiba-tiba azan Asar berkumandang.

 "I like to hear that song,
that song come from the mosque,
it makes me feel calm inside..",
kata si suami pasangan dari Sepanyol itu.

Hari ini aku cuti bekerja kerana
memang hari cuti akum, hari Rabu.
Entah dari mana tiba-tiba aku boleh
habiskan cuti aku bersama pasangan dari Sepanyol
yang baru semalam tiba di Malaysia.
Mereka sudah berbelas tahun mengembara,
dan banyak mereka kongsikan.

Antaranya, mereka kongsikan pengalaman 
ketika di Tajikistan dimana katanya masjid
di situ kecil malah penduduk dekat situ
miskin tapi bila tiba waktu sembahyang, azan
dilaungkan di atas satu ruang yang tinggi dengan
sekuat hati, tiada pembesar suara.
Aku kagum dengan kegigihan
masyarakat Islam sebegitu.

"That was beautiful..",
kata si suami pasangan dari Sepanyol itu mengakhiri
cerita tentang laungan azan di Tajikistan.

Pasangan ini bukan beragama Islam dan aku dapat rasakan
keikhlasan mereka tentang keterujaan itu. Selepas azan Maghrib
tadi, mereka tanya apa yang aku baca dan minta aku
membacanya, mereka mahu dengar.

Comel.
 photo icon_124_1.gif

P/S : Jangan sesekali pandang rendah pada orang bukan Islam
sebab kalau mereka masuk Islam, mereka bersih ibarat bayi
baru lahir berbanding kita yang sedia Islam ni.

26.8.13

Bahaya

Situasi : Sedang berbual dalam telefon bersama mak aku.

Mak : Awak okay ke balik malam-malam?
Tempat tu ramai orang ke sunyi?
Aku : Okay je..insya'allah takde pape..
mana yang bahaya,ramai orang ke sunyi?
Mak : Sunyilah bahaya..jadi pape takde orang nak tolong..
Aku : Rasa macam kalau ramai orang lagi bahaya..
Mak : Apela..sunyilah bahaya..

Insya'allah takde apa-apa.
semuanya baik-baik saja.

 photo tuzki-dancing3-1.gif


21.8.13

Akaun

Situasi : Pergi bank untuk membuka akaun.

Semangat buka pintu bank,
masuk tekan, ambil kertas nombor giliran.
Dalam 3 saat, nombor giliran aku terpapar.

Aku : Saya nak buka akaun.
Aku berikan surat majikan dan kad pengenalan.
Penjaga kaunter : You kena buka akaun Alliance Bank
(sambil tunjuk surat yang aku berikan), ni Hong Leong Bank,
Alliance Bank sebelah.

Damn!
Malunya!
Salah masuk pintu.
Kerja siapa buat warna logo nak dekat sama ni?

 photo snake-1.gif

15.8.13

Harga

Aku : Alaaa..tertinggal jam kat surau.
Rakan sekerja : Mahal ke?
Aku(dalam hati) : Soalan ke tu?
Aku(di mulut) : Tak mahal tapi sayang.
(sambil melangkah pergi)

Mahal atau murah,
harga pada definasi berbeza :

1. Harga yang kau bayar untuk dapatkan sesuatu.
(RM 2 ke RM 87 ke..harga ikut price tag).

2. Harga sesuatu itu buat kau.
(Kepentingan atau kegunaan)

3. Harga yang diletakkan orang lain
terhadap sesuatu  itu.
(bagi kau benda tu berharga,
bagi orang lain benda itu sangat kejadah)

4. Harga duit kau untuk mendapatkan
sesuatu itu.
(kira macam nilai mata
wang dalam dunia kau sendiri.)

Setiap 1,2,3 dan 4 boleh jadi berbeza.

Kesimpulannya :
Sesuatu itu tak perlu mahal
untuk kau rasa ia penting
cukup sekadar kau rasa ia berharga
untuk kau menghargainya.

P/S : Aku tahan berak untuk tulis semua ni,
boleh tak kau hargai sikit usaha aku ni
dengan kurangkan pengambilan 
gula dalam minuman?

 photo knife_dodge-1.gif
Berlari ke tandas
sambil mengharungi
onak duri.

6.8.13

Sahur

Pada suatu hari di bulan Ramadhan tahun 2013,
aku bangun sahur.
(WOW!hebatnya permulaan cerita aku)

Ketika aku turun ke dapur,
aku terserempak dengan mak aku
yang mahu naik ke atas setelah bersahur.

Aku bau sesuatu yang enak aku tanya,
"Bau ape ni?"
Mak aku balas, "Roti telur..nak?"
Aku balas, "Takpelah,menyusahkan je.."
Mak aku terus turun semula ke dapur
dan memasakkan aku telur lalu diapit dengan roti.
Sedang aku makan, mak aku letakkan
segelas air di atas meja lalu beredar.
Aku ucap, "Terima kasih".

Aku makan roti telur itu dengan rasa terharu
sehingga hampir mengalirkan air mata jantan
sebab roti telur tu aku boleh je masak sendiri tapi
mak aku masakkan juga walaupun aku sudah dewasa
dan entah kenapa roti telur itu sedap sangat.
 photo skippy-1.gif

P/S: Kebiasaannya aku hanya bangun sahur  untuk
minum air masak sebanyak mungkin sebab kalau
makan nasi, pukul sebelas pagi nanti perut aku sudah
mula buat kugiran.


2.8.13

Normal

Aizat : Hari tu Aizat sembahyang kat seksyen 1,
 Aizat duduk kat shaf ke 5,
Aizat nampak buntut imam tu tersedut,
Aizat tak tahan betul nak tergelak.. 
Aku : Aizat..benda tu normal okay..
biase je..,tak lawak pun..
Aizat : Alah..Along ni semua benda pun
kate normal, Along tu gila pun,
Along kate Along normal..

Cis!
Aku normal okay..

30.7.13

Tutup

Mak aku ada tegur juga aku,
"Awak tak kesian ke abah tanggung
dosa awak tak tutup betul-betul.."

Aku biasa dengar alasan tipikal seperti
"susah hendak bersiap kalau bertudung"
dan "pintu hati belum terbuka kalau bertudung
aku rasa hipokrit".
Bila fikir-fikir balik, alasan itu agak mementingkan diri.
Antara sedar atau tak,
bukan kita saja yang berdosa kalau membuka aurat,
orang yang terlihat/melihat juga perlu menanggung dosa,
wali kita lagi berganda dosanya.

Semoga kita sama-sama menutup apa
yang patut ditutup dan membuka
apa yang patut dibuka.

P/S : Walaupun aurat laki dari pusat hingga lutut,
bila pakai seluar jeans buntut terkeluar biasa juga terjadi,
kalau solat buntut terkeluar,batal ok.

Just saying.
Ha-ha.
 photo tuzki-emoticon-042-1.gif

16.7.13

Kira

Entah tiba-tiba aku terbuka factslide.
Aku bacakan fakta
"Every cigarette you smoke reduces your
expected life span by 11 minutes."
kepada seorang perokok yang aku kenali.

Dia balas, "Oklah tu.."
Aku buat muka aneh dan bertanya kembali, "Ok?"
Dia balas, "Aku pernah baca, setiap satu rokok
mengurangkan satu hari hayat,
so kalau 11 minit tu kira ok lah,lagi sikit".
 "Aku pernah baca setiap 
kali senyum, kita akan menambah sehari hayat,
jadi kalau sebatang rokok kurangkan 11 minit,
aku hanya perlu senyum sekali untuk sekotak rokok,
tu pun dah lebih",sambungnya lagi.

Hahah!

Seterusnya perbualan mengarut
tentang seorang yang mengira saat kematiannya
tapi tersalah kira sehingga terlebih sehari hidup
kerana terlupa yang dia ada tersenyum sekali 
pada seorang awek..dan seterusnya dan seterusnya
lebih mengarut sampai terfikir mahu buat filem.

 photo burn.gif



15.7.13

Pad

Pada satu hari di bulan puasa,
bukan hari ini, bukan semalam, bukan kelmarin
dan bukan urusan kau untuk tahu bila ia berlaku,
malah kau pun tak rasa mahu tahu.

Aizat : Along tak puasa ek?
Aku : Puasa ar..
Aizat : Yeke?Aizat tahu Along tak puasa..
Aku : Puasa ar..
Aizat : Aizat dengar Along minta pad kat Aishah tadi..
Aku : Along bukan minta pad yang tu..
Along minta writing pad untuk tulis..
Aizat : Tipu..takkan writing pad dalam almari..
(sambil gelak-gelak)
Aku : Yela..suka hati lah nak letak mana pun..
Aizat : Ermm..yela tu..Along takyah tipu Aizat ar..
Mak : Awak takyah nak sibuk hal perempuan.
Aizat beredar.

 photo tuzki-dancing2-1.gif
Memang dasar Mak Jemah
adik laki bongsu aku ni.

10.7.13

Mandi

Aku cuma berkata dalam hati,
"Siapa saja yang mendekati aku
akan aku mandikan dahulu.."
Dan selepas sahaja aku berkata begitu
tiada satu kucing pun yang mendekati aku,
sedangkan sebelum itu mereka disamping aku.

Persoalannya cuma dua:
Pertama.
"Bagaimana mereka mendengar
percakapan di dalam hati aku?"
Kedua. 
"Mereka tak mahu mandi ke?"

"Tidakkah mereka sedar yang sesungguhnya aku hanya
akan memanjakan yang wangi-wangi saja."

"Tangkap dia!!"
 photo double_tuzki-1.gif






6.7.13

Beritahu

 photo cz26.gif

Felai-RM3 

Boleh didapati 
di  KL Zine Fest 2013
hari ini atau beli dari aku saja.


5.7.13

Tumbesaran

Masa aku kecil, aku sangat yakin bahawa
baju aku dan basikal aku yang mengecil bukan
aku yang membesar.

Kau perasan tak bila kau dah membesar,
masalah yang kau rasa masalah besar masa kecil
 sebenarnya masalah kecil saja.
Jadi semakin kau membesar, semakin
kau rasa masalah-masalah kau mengecil.
Ya-ya,walaupun ia masalah baru.

Jadi kalau kau rasa masalah kau membesar
setelah kau membesar, 
bermakna kau mungkin mengalami masalah tumbesaran.

Usah khuatir,
terbantut pun comel.
 photo scalp_massage.gif



2.7.13

Minuman

Aku memesan makanan dan minuman.
Aku perasan salah seorang tidak memesan minuman.
Aku tanya dalam loghat Inggeris paling Amerika,
"Mengapa tidak pesan air?"

Dia balas dalam loghat Inggeris paling Amerika,
"Tengahari tadi aku datang kedai ni, aku mintak plain water,
dia tak faham.Aku sebut ar "air"..dia buat muka pelik lepas tu tanya aku
"orange juice?"Aku cakap "air".Dia tanya balik "orange juice?"
dia bagi aku menu,masalahnya dalam menu tu takde air kosong,
semua jus je, lepas tu dia blah..dia geleng kepala,
 kejap lagi je la aku pesan air.."dengan nada kesal.

Setelah beberapa ketika.
Dia pesan, "Horlick"dalam loghat Inggeris paling Amerika
"Teh O?", tanya mamak itu cuba memastikan.
Sejenis makhluk berbulu tolong jawabkan, "Horlick".

Kesimpulannya :
Aku agak menyampah dengan alasan aku tiada apa
mahu diceritakan sejak dua menjak ini.
Jadi aku rasa aku akan cerita juga walaupun
tiada cerita.

 photo weird_dance-1.gif

27.6.13

Potong

Tadi ada orang yang aku tak kenali datang.
Dia bertanya,"David dah potong ke tangan?"

Aku jawab, "Taklah,takyah potong..bukan patah terus pun
just tulang dia yang patah tu tak masuk sangat, hari tu kitorang bawa
dia jumpa orang betulkan tulang dia, ni dia pergi Filipina dulu,
lagi berapa minggu dia datang balik sini jumpa doktor balik kat KL.."

Orang itu mendengar saja penerangan aku 
yang panjang lebar dengan muka keliru dan kemudian balas,
"David kucing..hari tu katanya kena potong tangan.."

Aku jawab,"Ohh..ingatkan David orang..".

P/S : Kucing itu diberi nama David kerana
tangannya patah ketika kami menjumpainya
sepertimana David yang juga patah tangan
akibat kemalangan sewaktu berbasikal.

 photo nervous_look-1.gif

26.6.13

Cerita

 photo tuzki-emoticon-058-1.gif

Hari ni aku tiada cerita.
Kalau kau mahu cerita,tontonlah Budak Flat Jalan Bayan.
 Aku baru habis menontonnya.
Aku pun bukan jenis suka menonton cerita melayu(hok'aloh!amerika mu!)
tapi cerita ini boleh tahanlah kalau setakat tontonan santai.
Aku sukakan mesej yang diterapkan di dalamnya.




25.6.13

Kuning

 photo skippy-1.gif
Sejak kebelakangan ini aku obses dengan warna kuning sehingga 
kebanyakkan benda yang berwarna kuning aku rasakan cantik,
termasuklah mereka yang berotak kuning(tipu).
Tetapi kereta kuning memang tak pernah aku rasa cantik.
Sebab itulah aku tukar header blog warna kuning.
Aku dah beritahu ek?
Oh, lupa.
 photo stay_awake2-1.gif


24.6.13

Kecantikan

Situasi A 
A : Lulu(bukan nama sebenar) tu muka dia pelik la..
B : Mane ade pelik, cun kot..
A : Pelik je..cuba google gambar dia..
B : Tengok ni..cun je..hot kot..
C : Tu make up tu..
B : Cun kot..
D : Make up je..kalau tak make up buruk..
B : Entahlah..cun je tengok..

Situasi B
A : Kenapa perempuan ni jadi cover magazine,
dah ar muka macam tak mandi..
B : Ermm..ok je..
A : Tak cun kot..
B : Cuba tengok part yang cantik..
A : Ape je yang cantik?
B : Erm..kaki dia..
A : Macam perempuan selekeh je..
B : Kenapa nak tengok keburukan, kenapa 
tak fokus pada part yang cantik..

Kesimpulan :
Kita mungkin melihat benda yang sama,
cara kita melihat mungkin berbeza.
Pendapat kita tentang sesuatu itu
yang dilihat terhasil dari pengalaman,
nilai diri dan faktor-faktor lain.

Pendapat aku :
Sesuatu itu tidak perlu sempurna untuk kau merasa ia sempurna macam
aku rasa Adriana Lima sempurna walaupun ada yang pertikaikan bila
dia senyum menampakkan gigi dia tidak cantik sangat.
Bagi aku, dia korek hidung pun masih cantik.
Dan bagaimana aku merasakan Redza Minhat kacak
kemudian kawan aku kata "Mata dia pelik",
aku balas dengan slang British, "I don't see that".
Kawan aku, giginya bersepah, bagi aku cantik dia
adalah pada giginya.

Apa-apa pun kecantikan itu subjektif.
Ia pandangan masing-masing.

 photo skippy-1.gif

22.6.13

Keusahawanan


Beg jinjing vintaj
buatan tangan.
 photo icon_124_1.gif


RM 25



RM 28
Yang ini aku jual sedikit mahal
kerana ia adalah alihan imej secara lansung dari
majalah lama dan aku kolajkan ia.
Jadi ia hanya ada satu saja bagi setiap design.

Untuk sebarang pertanyaan boleh email aku di :
amalinaraksasa@gmail.com
atau tinggalkan komen diruang yang disediakan.

20.6.13

Ke-9


Semalam aku menonton rancangan yang menceritakan
berkenaan baka-baka kucing, tabiat kucing, kepercayaan
mistik berkaitan kucing dan paling menarik perhatian
aku ialah mitos yang kononnya kucing ada sembilan
nyawa. Malah, dalam rancangan itu juga ada 
sebilangan pembela kucing yang berkongsi cerita
tentang kucing mereka yang terselamat dari
puting beliung, kemalangan, tidak cedera walaupun
jatuh dari bangunan tinggi dan bermacam lagi.

Ini mengingatkan aku pada kisah Kembung yang
digigit biawak, sekarang kakinya sudah bersambung
dan berfungsi seperti sediakala.
Sejak kebelakangan ini dia gemar bersendirian.
Seusai saja rancangan itu habis, aku bangun untuk
pergi menjenguknya, aku pegang, keras tidak bergerak.

 photo cz34.gif




19.6.13

Ulang

Perempuan : Awak student sini ke?
Aku : Taklah..
Dalam hati aku : Macam dah pernah tanya je,
mungkin orang lain kot..
Aku : Awak student sini ke?
Perempuan : Taklah..dulu student sini..
Aku : Oh..RA(research assistant) ek?
Perempuan : Ha'ah..
Aku tidak percaya yang aku ada kebolehan meneka,
tiba-tiba baru aku ingat.
Aku : Hari tu saya dah tanya awak soalan sama kan?
Perempuan : Ha'ah..hahah

Kononnya mahu menghilangkan kejanggalan dengan perbualan ringan, 
rupanya ia menjadi perbualan yang berulang.
 photo so_sad.gif

16.6.13

Amah

Kononnya tadi aku mengajak seorang
kawan menonton cerita Pee Mak.
Kemudian, penjual tiket kata tiket cerita itu habis.
Aku cuba juga meminta tiket bahagian kerusi depan.
Katanya full,
Kataku fine..
Cis!
Macam pantun dua kerat.

Kemudian,aku pergi membeli pencuci
tandas jenama Magic Amah kerana harganya murah.

Sampai saja di rumah,
baru aku perasan yang aku 
tersalah cara memakai baju.
Tak mengapa, tiada siapa perasan
kerana wujudnya perkataan fesyen.

Setelah beberapa ketika, aku mengambil
pengetip kuku lalu mengetip kuku.

Setelah selesai mengetip kuku,
aku ambil Magic Amah dan membawanya
ke dalam tandas untuk proses pembersihan.
Bila aku buka saja penutup botol pencuci itu,
tiba-tiba muncul seorang amah yang aku tidak
pasti status kewarganegaraannya, 
mungkin Jepun, mungkin juga Taiwan.
Aku malas cerita seterusnya hal ini kerana
akan nampak jelas sangat yang aku menipu.

Beberapa jam selepas itu,
aku terpandang kuku aku.
Oh!terlupa potong kuku ibu jari tangan
kedua-dua belah.

Begitulah..

 photo weird_dance-1.gif

Bulu

Semalam mereka pergi bermandi-manda di air terjun.
Aku berasa malas untuk pergi lalu hanya duduk di rumah menonton
Galaxy Quest yang entah berapa kali sudah diulang di kaca televisyen
sambil membelai kucing-kucing yang berbau harum.
Lalu aku dihadiahkan dengan bulu kucing
yang berguguran memenuhi seluar dan baju
sehingga kucing-kucing itu keliru sama ada aku
adalah sebahagian dari mereka.

Oh yeah!(tiba-tiba)

Di waktu malam pula kami bakar ayam BBQ yang mereka
bawa ke air terjun tetapi terlupa untuk membawa arang
bagi upacara pembakaran.

Itu saja.
Hari minggu yang biasa-biasa.

 photo f3250c4b993175fb4a6ffbec793425a61237253969_full.gif

15.6.13

Geli

Aku tukar reka letak blog dengan
harapan dapat menaikkan semangat untuk
terus menulis di sini.
Ya, aku tukar layout.

Err..
rilek-rilek sudah.

Baiklah,
itu saja aku mahu beritahu.
Esok-esok aku tulis lagi ya..

Muah.
Babai!

10.6.13

Sertu

Semalam ketika kami sedang duduk bermain dengan kucing,
kami berbual tentang anjing.

Tiba-tiba, aku terdetik mahu beritahu,
dalam Islam tidak boleh dipegang anjing
jika salah satu atau keduanya basah,
baik tangan mahupun anjing.

Dia terkejut, lalu mempersoalkan.

Aku perjelaskan lagi sebenarnya bukan tak boleh
tapi kalau dipegang dalam keadaan basah,
kita perlu mencuci tangan dengan air sebanyak tujuh kali
dan salah satu jirusan dengan air bercampur tanah.

Dia bertanya lagi mengapa perlu sebegitu.

Aku cuma katakan ada virus pada anjing dan babi
yang hanya dapat dicuci dengan cara itu.

Dia balas,
"...it's amazing how religious practice can
be so scientific with complete guideline..",
dengan muka kagum.

Bagi aku, ia satu pujian dari seorang free thinker
untuk agama Islam.

P/S : Aku teringin benar memegang anjing,
cuma aku takut digigit kerana aku masih fobia
akibat dikejar anjing pada suatu ketika dulu.

 photo f3250c4b993175fb4a6ffbec793425a61237253969_full.gif

5.6.13

Kasihan

Kononnya hari ini aku sibuk membuat sebuah
hasil seni yang merupakan kolaj.
Seekor kucing sedang tidur menghadap aku,
datang pula seekor kucing lain yang mengganggu konsentrasi
aku dengan menjilat jari yang tekun melakukan 
proses menampal dan menggunting.
Aku tolak dia dengan botol air,
rupanya botol air itu tak bertutup.
Air tumpah di atas kepala kucing yang sedang tidur itu.

Hahah!
Kasihan terkejut.

Kalau kasihan, mengapa aku gelak?
 photo snake-1.gif

4.6.13

Singa

Pada hari minggu yang baru berlalu,
aku bawa adik aku yang last ke Zoo Negara.(emak aku suruh)
Adik aku sangat teruja walaupun kami menaiki kenderaan awam yang
menyebabkan kami perlu menunggu,menunggu dan menunggu.

Adik aku sangat banyak bertanya dan ada masanya
aku rasa sangat malas menjawab soalannya.
Ketika di dalam LRT adik aku bertanya,
"Along, kita ni sedang menaik ke menurun?"
Aku balas, "Entah, boleh tak jangan tanya soalan susah.."
Beberapa minit kemudian rasa bersalah merebak dalam diri aku.
Aku berkata, "Along pun tak tahu kita menurun ke menaik sebab ni tanah rata je, bukan berbukit.."
Adik aku balas, "Takpe Aizat dah tahu..kita menurun..maksud Aizat, ikut nombor stesen."
Aku berkata dalam hati,"Whoever cares with nombor stesen..".

Setelah beberapa siri soalan lain, akhirnya kami sampai di Zoo Negara.
Adik aku sangat teruja melihat haiwan-haiwan.
Badak keluar dari air untuk makan, adik aku sangat teruja, dia pandang aku
lalu berkata,"Kenapa Along macam taknak tengok je?"
Aku balas, "Along dah bosan dah tengok badak, Along penah keje sini", kemudian aku buat-buat teruja.
Sepatutnya aku balas, "Along dah bosan dah tengok badak, adik Along pun macam badak".

Kami jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..

Selepas persembahan haiwan, adik aku mahu melihat beruang kerana masa kami jalan tadi dia tidak melihat beruang.
Disebabkan aku malas jalan lagi, kami naik kenderaan bergerak.

Aku beritahu pada pemandu, "Nanti sampai tempat beruang,beritahu ek.."
Pemandu itu membalas, "Beruang sekarang takde, tengah buat tempat tinggal dia..dalam bulan 8 baru siap".

Ketika kami mahu makan, aku menyuruh adik aku ambilkan tray.
Dia pergi berdiri di depan tray dan bertanya pada aku "Ni ke tray??!"
Aku diam kerana aku rasa mahu marah, dia datang kepada aku.
Aku marah,"Kenapa nak tanya soalan macam tu?
Ade ke orang tunjuk bontot lepas tu dia tanya 'Ni ke bontot?"
Adik aku jawab, "Aizat mane tahu tray..cakaplah dulang.."
"Tu benda simple Aizat..", balas aku.

Malam tu sebelum tidur, aku berkata,
"Aizat tolong pasangkan mat..", maksud aku benda ni.
Adik aku buat muka blur, aku benggang lalu
aku meninggikan suara, "Mat!mat!ubat nyamuk!"
Adik aku balas, "Cakaplah ubat nyamuk, ni mat..mane Aizat tahu..tahu lah Along tu pandai bahasa Inggeris, dengan Aizat cakaplah bahasa Melayu..", dengan muka kesedihan.
Aku balas, "Tu benda simple Aizat..", dengan rasa agak bersalah yang aku sembunyikan.

Kesian adik aku ada kakak macam singa.
Aku sangat bengis sekarang(bukan sesuatu yang membanggakan),
jarang ketawa, juga selalu menangis kadang-kadang tanpa sebab.
Mungkin simptom monopos atau ketidakstabilan hormon.

Itulah aku jarang menulis.
Aku rindu aku yang dulu, seriusli.

 photo so_sad-1.gif


13.5.13

Dengarlah


I climbed the wall, the wall of news
I watched them show the tragedy.



If you were me, could you defend
the given rights to all the men?

Let's fuck the world with all it's trend.
 photo desismileys_6759-1.gif




8.5.13

Nah

Manusia : Nah..(sambil menghulurkan gula-gula dibalut plastik merah berimej seorang lelaki botak)
Aku : Tak nak, thanks.
Manusia : Sombong ah..
Aku : Bukan sombong, bongkak. hahaha!
Manusia : Hahah(gelak mengejek aku gelak)


 photo ear-pop-1.gif

6.5.13

Pencuri



Situasi : Adik aku, Aizat nampak seorang budak sedang
ketuk-ketuk mangga lock basikalnya ketika
mahu pulang dari sekolah.

Aizat : Cuba lagi, boleh pecahkan ni, cuba lagi..
Pencuri: Ok-ok! (sambil cuba lagi ketuk mangga)
Aizat : Awak tahu tak basikal siapa ni?
Pencuri : Tak tahu, aku main bantai je..
Aizat : Ni basikal saya la...
Pencuri lari.

 photo icon_122_1.gif

4.5.13

Warganegara

Situasi : Bangun pagi tadi.

Aku : Mak pukul berapa nak pegi mengundi?
Mak : Bukan hari ni la,esok..
Aku : Oh..ingatkan hari ni..

Apa entah aku ni..
semangat sangat nak jalankan tanggungjawab
sebagai warganegara.
 photo tuzki-dancing2-1.gif

3.5.13

27

Pukul dua lebih telefon bimbit berbunyi, aku angkat.

Mak : Hello,macam mana awak lepas level 27?
Aku : Huh??level 27?
Mak : Game lah..
Aku : Oh..mak jangan terpengaruh dengan benda putih kat tepi tu,
yang penting sampai target lepas 40,000 point tu..
Mak : Oh..ok..mak dah berapa hari dah stuck kat situ..
mak ingat mak dah lepas awak dah,dah jauh dah..
Aku : Hahah..
Mak : Oklah..babai!
Aku dalam hati : Telefon semata-mata nak tanya tu je..

Pukul empat lebih,
aku sedar yang mak aku di level 28 sama dengan aku.
Tahniah mak.
Ini tarian kejayaan untuk mak.
 photo fast_woot-1.gif

1.5.13

Kembung

Pada suatu hari, seorang kawan kami datang
dengan membawa seekor anak kucing.
Katanya, dia menjumpai anak kucing itu di tepi
jalan berseorangan dan adik-beradik kucing itu
telah dilanggar kereta.
Perut anak kucing itu bersaiz abnormal,
jadi kami menamakannya Kembung.
Kembung sebenarnya menghidap hernia
mungkin disebabkan kemalangan.

Kembung suka bermain di kaki.
Pada suatu hari, aku terpijak Kembung sehingga
berberak-berak, kemudian dia tidur seharian.
Keesokkanya, dia bangun dan semuanya baik-baik saja.

Semalam, Kembung diserang biawak.
Walaupun berjaya diselamatkan, satu kaki Kembung patah terus.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini sepertimana
yang diceritakan Sara di sini, setelah dibawa kucing
pergi ke hospital, doktor memaklumkan kucing itu tidak boleh diselamatkan
kerana air liur biawak mengandungi bakteria merbahaya.
Jadi mereka menjangkakan Kembung juga akan mati.
 photo so_sad-1.gif
Kami hanya meletakkan ubat kuning
dan membalut kakinya.

Malam tadi aku bawa Kembung tidur sebelah katil.
Bangun pagi aku pegang dia, dia masih bernafas.

Kesimpulan :
Ada makhluk memang nampak lemah
tapi mungkin dia menyimpan kekuatan dalaman
hasil dari pelbagai dugaan yang pernah dihadapinya.

Semoga Kembung terus kuat.

Ini adalah salah satu dugaan yang pernah dihadapi Kembung.
Muka mangsa fesyen.
Gambar Kembung sebulan lepas dengan gaun yang
dibuat oleh Sara ketika aku sedang membuat
selipar ini.

29.4.13

Darah

Aku habiskan hujung minggu di rumah famili aku.

Aku terdengar perbualan dua orang adik aku.
Aizat berkata pada Pika,
"Gunalah eyeliner ni, Aizat punye.."
, sambil menghulurkan hightlighter yang berwarna hijau.

Banyak lagi yang lucu berlaku.

Mak abah aku yang asyik teruja dengan hal politik semasa.
Mereka kelihatan sangat gembira ketika sama-sama
menonton video politik di Youtube.
Comel.

Bila balik rumah, aku pasti merasakan bau pakaian dalam almari
aku semua wangi dan membawa pulang pakaian yang dibasuh dari
rumah adalah sesuatu yang mengembirakan kerana
ada sejenis bau yang mendamaikan.

 photo skippy.gif

26.4.13

Undi

Dulu, masa aku belajar di pusat pengajian tinggi ada 
diadakan pilihanraya untuk pemilihan perwakilan pelajar.
Pada hari mengundi,
aku masih keliru siapa yang patut aku pilih.
Ketika aku menuruni tangga hendak ke bilik mengundi,
aku terserempak dengan salah seorang calon,
dia senyum pada aku dan berkata,"Hai",
sedangkan aku tak pernah lansung berbual dengannya.
Sebelum aku sampai ke bilik mengundi, aku melalui
sebuah lorong, aku terserempak dengan seorang lagi calon,
dia tak pandang aku pun, jauh sekali senyum.
Aku undi calon yang senyum tadi.
Oleh kerana itu, aku sangat bersetuju dengan video ini.

Senyum.
Tindakan kecil, besar ertinya.
Cewah!

 photo cz36.gif