23.10.13

Bogel

1.
Bilamana seseorang itu
selalu berbogel pada kau(tanpa kau minta).
Ia buat engkau sedar yang kita semua cuma hanya perlu
berbogel pada Tuhan kerana dia Maha Mendengar
dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

2.
It’s easy to take off all your clothes and have sex.
People do it all the time.
But opening up your soul to someone,
letting them into your spirit,
thoughts, fears, future, hopes, dreams.
Now that’s being naked.
— Rob Bell

3.
Dan tanpa kau sedar, sepertimana menurut Rob Bell itu,
aku sebenarnya sudah berbogel pada kau melalui perkongsian
pendapat aku di 1 itu.

Oh,ya.
Ini cuma pembogelan peribadi yang boleh
kau hakimi sepertimana kau terpandang seorang makcik tua
bertudung yang gempal memakai blouse ropol-ropol yang agak singkat
dan dipadankan dengan legging putih yang agak jarang sehingga
terlihat seluar dalamnya yang berwarna merah.

Ya,sebegitu.

20.10.13

Pawagam

Sepanjang perjalanan kami ke pawagam, kawan aku
meluahkan perasaannya dengan penuh semangat tentang
permasalahannya di tempat kerja.
Kami beratur untuk membeli tiket, barisan sangat panjang.
Aku berasa aneh, sejak bila pawagam ini membuka
dua kaunter yang berjauhan.
Setelah beberapa minit, dia semangat bercerita dan
aku semangat mendengar baru kami sedar yang kami
terberatur di kaunter membeli popcorn.
Ha-ha.

Oleh kerana masa tayangan lambat lagi, kami duduk berbual
di set kerusi meja di sebuah restoren yang telah tutup.
Ya,semua kedai pun sudah ditutup ketika itu.
Tiba-tiba, kawan aku menukar reaksi muka lebih serius.
"Sebenarnya..",kata dia.
"Sebenarnya dalam badan aku ada jin", sambungnya lagi.
"Biasalah tu..semua orang pun ada..",balas aku.
"Aku serius, aku sampai pergi berubat.."katanya lagi.
"Oh..oklah tu..", balas aku.
Kemudian, perbualan itu berlanjutan sehingga dia beritahu
aku yang dalam badan aku pun ada jin.
Kemudian, aku beritahu dia yang aku tahu itu.
Ha-ha-ha.

Setelah lama perbualan tak tentu hala itu berlanjutan kami pun
masuk dewan pawagam untuk menonton cerita Insidious.
Aku tidak yakin pun cerita seram Inggeris, akan meyeramkan aku.
Ya, sememangnya tidak seram, lucu ada.
Bukan mahu riak atau bajet berani, seriusli ada babak
yang  buat aku gelak sampai menangis.
Ketika itu, aku dan kawan aku hairan kenapa kami
berdua saja yang gelak macam orang gila dan orang
lain senyap saja.
Ha-ha-ha-ha.

Disebabkan baru saja menonton cerita seram,
kawan aku takut untuk pulang ke rumah.
Jadi dia mahu menumpang tidur di tempat aku.
Kami tidur bersebelahan di atas satu katil single.
Dia menjadikan momen itu lebih janggal bila
dia asyik mengulang yang dia rasa bertuah dapat berkawan
dengan aku dan betapa kononnya aku lain dari yang lain.
Aku berasa sangat aneh sehingga aku berkata,
"Baik kau diam sekarang,jangan cakap
apa-apa sebelum aku sepak kau",
sebanyak dua kali.
Yang ini, aku tak mampu nak gelak.
Ah sial!aku tahu kau gelakkan aku.