28.1.11

Selipar

(Aku adalah manusia yang paling membosankan di dunia sampai benda camni pun jadikan tajuk dan nak diceritakan)
Tak ape nak cerita sebenarnya.
Aku terpijak taik.
Tak tahu la taik kucing ke anjing.
Aku ingat nak basuh.
Aku tinggalkan kat luar rumah jap.
Aku pegi tidur.
Bangun tido dah hujan.
Selipar tu dah basah.
Rasanya taik tu dah meresap dalam selipar.
Buang je la.
(Ni cerita seminggu lepas)
Sebenarnya bukan selipar, gladiator sandal..
Aku malas nak specifickan sangat, asalkan aku faham sudah.

Ya, aku dah lama tak post cerita.
Sebab aku malas nak taip.
Sekarang ni aku layan tumblr plak.
Sebab aku takyah fikir ape nak tulis.
Reblog saja.
Ya, mood yang bermalasan.
http://www.emocutez.com

21.1.11

Bukit Broga

Post ini dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim. Ape yang aku cuba nak cerita di sini sebenarnya bukan cerita hari ni tapi cerita semalam. Ya..rumah aku memang sangat dekat dengan bukit yang telah ditawan oleh ramai kawan-kawan aku yang tinggal  lebih jauh dari bukit ni. Bukan aku nak kata aku tak batak, atau kurang batak atau tidak bernafsu dengan bukit tu..cuma tidak berkesempatan. Akhirnya, atas ajakan adik aku yang telah beberapa kali mencabul bukit itu, aku bercadang untuk mendaki bukit tersebut pada semalam dalam pukul 6.30 pagi. Bersemangat ni..semangat giler.."ape la agaknya rasa naik bukit tu kan?".."nape kawan-kawan aku cam seronak sangat je naik bukit tu?".."napela kawan-kawan aku yang tak pernah hiking pun tetibe syok sangat gi bukit tu?"..ni semua persoalan yang bermain dibenak aku pada malam sebelum pendakian. Keesokkan harinya, lebih kurang 6 pagi, mak aku kejutkan aku dari tidur.."Amalina Binti Abd. Mutalib, bangun!!ina!!bangun!"..."ha?!ermm..taknak la pegi..", balas aku dalam minda separa sedar. Terus mendaki atas katil. Subuh pun kantoi. Persoalan malam tadi, terus tinggal persoalan yang belum terjawab sehingga hari ini.
http://www.emocutez.com

Gelembung udara

Aku minum air kosong.
Aku tengok air dalam gelas tu.
Banyaknya gelembung udara keliling dalam gelas.
Aku teringat eksperimen darjah 4 dulu.

Eksperimen menguji daun bernafas.
Ambil sehelai daun, masukkan dalam gelas berisi air.
Perhatikan terdapat gelembung udara di atas permukaan daun.

Kesimpulan:
Aku minum air kosong dalam gelas yang bernafas.

Takpe.., aku tak kisah ko cakap aku bodoh.
Dulu Issac Newton pun orang pernah kata dia bodoh.

Aku tengok balik,gelas tu.
Gelembung udara masih ada.
Maknanya gelas tu masih bernafas.

Ini membuktikan teori aku sebelum ni iaitu:
Setiap benda yang bukan hidup sebenarnya hidup dalam dunianya sendiri.
Cuma mata manusia sukar melihatnya.

19.1.11

Hantu

Aku gi blog walking semalam, lompat-lompat cam kanak-kanak riang.
Aku terjumpe gambar orang yang amik gambar kat i-City ada hantu masuk gambar diorang.
Ermm..kat sini..ngan kat sini.
Aku pun buka album gambar aku g i-City dalam facebook kawan-kawan aku.
Tengok betol-betol, setiap ceruk gambar.
Gosok mata.
Buntangkan mata.
Letak Eyemore Moist sikit.
(Setelah beberapa minit kemudian)
Aku pasrah.
Takde hantu yang teringin bergambar dengan aku dan kawan-kawan aku.
http://www.emocutez.com

Biji Limau

Aku makan limau.
Tertelan bijinya satu.
Apa rasanya akan jadi pada biji tu di dalam sana?

4.1.11

Ubat gigi ajaib

Pada suatu hari beberapa tahun lepas, aku bagun pada satu pagi.
Masuk bilik, nak gosok gigi.
Aku mencapai ubat gigi yang aku rasa lain dari ubat gigi yang biasa mak aku beli.
Bekas cam old school, malas terangkan rupa bekas tu.
Bertulis dengan huruf besar, 'UBAT GIGI AJAIB'.
Aku gelak dalam hati.
Pakai je la.
Siap-siap, pergi kerja.
Terserempak kawan aku.
Dia cakap, "Ishh..putihnye gigi ko, aku rasa ko boleh jadi model iklan gigi".
Aku sengih.
Dalam hati aku, "Ajaib betul ubat gigi tu".
Photobucket

3.1.11

Mia

Pagi tadi aku tengah baring atas katil Mia masuk bilik. Mia duduk depan pintu bilik air, panggil-panggil suruh buka pintu bilik air. Acan tengah mandi. Mia panggil lagi. Beberapa kali panggil, pintu tak buka jugak. Mia duduk depan pintu bilik air. Mia jilat-jilat bulunya. Aku terlelap dari mengelamun asyik pandang Mia. Tetiba aku terjaga. Aku ternampak Mia panjat akuarium kat atas meja. Aku jerit, "Hey Mia!". Mia tetap di atas aquarium tak berganjak. Aizat datang, turunkan Mia. Setelah beberapa jam, aku turun bawah. Sarapan pagi hari ni nasi lemak. Sedang aku makan nasi lemak aku cerita dengan mak pasal Mia pagi tadi. Mak kata, "Dia haus tu..toilet tak buka sebab tu dia panjat aquarium nak minum air"..Aku terdiam, rasa bersalah. Aku tengok Mia, Mia tengok aku. Aku cakap "Mia..sorry..". Mia pandang tempat lain.

Dah dekat tiga minggu Mia nyorokkan anak dia,selepas peristiwa melahirkan anak di tengah ruang tamu yang havoc ini . Last-last dia revealkan jugak anak dia. Tiga ekor, comel nak mampos. Satu warna putih tompok-tompok, satu warna kelabu asap dan satu lagi warna cam Mia. Kitorang masukkan anak dia dalam kotak. Kitorang asyik layan anak dia. Mia tengok je. Dua hari lepas tu, Mia nyorokkan balik anak dia. Dia  jealous. Mia kitorang tetap sayang kamu.
Photobucket

1.1.11

Tarikh hari ini

Beberapa minit selepas countdown new year.
Baru lepas tengok bunga api kat tv.

Pika : Mak, hari ni bape ari bulan?
Photobucket

Magnet peti ais

Mak aku suka kumpul magnet peti ais yang pelbagai bentuk.
Dia suka kumpul tapi tak bermakna suka beli.
Banyaknya orang hadiahkan.
Tadi aku pergi menyibuk kat dapur.
Kitorang bincangkan tentang magnet-magnet yang terlekat di pintu peti ais.
Mak bagitahu siapa bagi dia magnet-magnet tersebut.
Ada satu magnet ni, dalamnya ada siput-siput kecil, pasir biru dan cam air
Atasnya tulis, "Tioman".
Mak kata, "Ni Aishah bagi"
Aku amik, rasa nak gocang pulak.
Baru pegang dah terlepas.
Jatuh.
Pecah tepi dia sikit.
Cecair yang aku sangka air tu keluar, minyak rupanya.
Alaa..kene cuci dapur pulak.

Seterusnya..
Cerita lain yang masih berkaitan dengan title post ni.

Aku dengan adik aku jalan-jalan dalam Central Market.
Aku nampak magnet peti ais cam klasik.
Aku cakap sambil tangan aku cuba nak sentuh magnet tu, "Acan...(panggil adik aku)"
"Krekk!"
Jatuh pecah.
Bentuk KLCC.
Mercunya patah.
Orang kedai tu gamkan dengan gam gajah.
"RM 4 sahaja cik"
Dalam hati aku.."Ishh..nape bentuk KLCC, nape tak terpecahkan yang Melaka tu, lagi cantik."

Seterusnya..
Cerita lain yang tiada kaitan dengan title post ni tapi masih berkaitan dengan aku.

Aku selalu terpecahkan benda.
Nak kata aku ni gagah perkasa, ermmm...jauh sekali.
Minggu lepas, aku terpecahkan piring mak aku untuk set cawan tu.
Almari bilik aku ada cermin, aku pecahkan jugak.
Dalam bilik aku, ada cermin panjang yang boleh tengok sampai kaki tu, ermm..aku terpecahkan jugak.
Eye shadow aku pun aku pecahkan jugak.
Masa sekolah dulu, aku pernah terpecahkan botol air aku.
Aku duk umah makcik aku, aku pernah terpecahkan rak tergantung dalam toilet.
Banyak lagi benda yang aku terpecahkan.
Bak kata pepatah "Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".(baik, tiada kaitan)

Apa yang aku cuba sampaikan ialah aku tak berniat nak pecahkan benda tapi bila sampai kat aku, dia selalu terpecah. Jauhkan aku dari bahan mudah pecah. Bukan dengan benda je, dengan manusia pun sama, aku selalu pecahkan hati orang-orang yang aku sayang dengan kata-kata yang keras yang memecahkan organ dalaman manusia. Tapi aku marah sekejap je, tapi rasa bersalah sepanjang aku tampal balik organ mereka yang aku pecahkan. Tu pun kalau mereka bagi aku kesempatan untuk tampal balik. 

Jonet : Ko rasa kalau tampal balik rupa sama ke?
Aku : Kalau magnet peti ais KLCC yang aku terpecahkan tu..lepas tampal,aku tengok sama je. Mungkin sebab pecah tak teruk.
Jonet : Tu benda yang nampak, benda tak nampak cam hati manusia?
Aku : Ermm..tengok reaksi la..ermm..teruk kan aku ni?
Jonet : Ermm..memang pun.Ganas.
Photobucket