27.6.13

Potong

Tadi ada orang yang aku tak kenali datang.
Dia bertanya,"David dah potong ke tangan?"

Aku jawab, "Taklah,takyah potong..bukan patah terus pun
just tulang dia yang patah tu tak masuk sangat, hari tu kitorang bawa
dia jumpa orang betulkan tulang dia, ni dia pergi Filipina dulu,
lagi berapa minggu dia datang balik sini jumpa doktor balik kat KL.."

Orang itu mendengar saja penerangan aku 
yang panjang lebar dengan muka keliru dan kemudian balas,
"David kucing..hari tu katanya kena potong tangan.."

Aku jawab,"Ohh..ingatkan David orang..".

P/S : Kucing itu diberi nama David kerana
tangannya patah ketika kami menjumpainya
sepertimana David yang juga patah tangan
akibat kemalangan sewaktu berbasikal.

 photo nervous_look-1.gif

26.6.13

Cerita

 photo tuzki-emoticon-058-1.gif

Hari ni aku tiada cerita.
Kalau kau mahu cerita,tontonlah Budak Flat Jalan Bayan.
 Aku baru habis menontonnya.
Aku pun bukan jenis suka menonton cerita melayu(hok'aloh!amerika mu!)
tapi cerita ini boleh tahanlah kalau setakat tontonan santai.
Aku sukakan mesej yang diterapkan di dalamnya.




25.6.13

Kuning

 photo skippy-1.gif
Sejak kebelakangan ini aku obses dengan warna kuning sehingga 
kebanyakkan benda yang berwarna kuning aku rasakan cantik,
termasuklah mereka yang berotak kuning(tipu).
Tetapi kereta kuning memang tak pernah aku rasa cantik.
Sebab itulah aku tukar header blog warna kuning.
Aku dah beritahu ek?
Oh, lupa.
 photo stay_awake2-1.gif


24.6.13

Kecantikan

Situasi A 
A : Lulu(bukan nama sebenar) tu muka dia pelik la..
B : Mane ade pelik, cun kot..
A : Pelik je..cuba google gambar dia..
B : Tengok ni..cun je..hot kot..
C : Tu make up tu..
B : Cun kot..
D : Make up je..kalau tak make up buruk..
B : Entahlah..cun je tengok..

Situasi B
A : Kenapa perempuan ni jadi cover magazine,
dah ar muka macam tak mandi..
B : Ermm..ok je..
A : Tak cun kot..
B : Cuba tengok part yang cantik..
A : Ape je yang cantik?
B : Erm..kaki dia..
A : Macam perempuan selekeh je..
B : Kenapa nak tengok keburukan, kenapa 
tak fokus pada part yang cantik..

Kesimpulan :
Kita mungkin melihat benda yang sama,
cara kita melihat mungkin berbeza.
Pendapat kita tentang sesuatu itu
yang dilihat terhasil dari pengalaman,
nilai diri dan faktor-faktor lain.

Pendapat aku :
Sesuatu itu tidak perlu sempurna untuk kau merasa ia sempurna macam
aku rasa Adriana Lima sempurna walaupun ada yang pertikaikan bila
dia senyum menampakkan gigi dia tidak cantik sangat.
Bagi aku, dia korek hidung pun masih cantik.
Dan bagaimana aku merasakan Redza Minhat kacak
kemudian kawan aku kata "Mata dia pelik",
aku balas dengan slang British, "I don't see that".
Kawan aku, giginya bersepah, bagi aku cantik dia
adalah pada giginya.

Apa-apa pun kecantikan itu subjektif.
Ia pandangan masing-masing.

 photo skippy-1.gif

22.6.13

Keusahawanan


Beg jinjing vintaj
buatan tangan.
 photo icon_124_1.gif


RM 25



RM 28
Yang ini aku jual sedikit mahal
kerana ia adalah alihan imej secara lansung dari
majalah lama dan aku kolajkan ia.
Jadi ia hanya ada satu saja bagi setiap design.

Untuk sebarang pertanyaan boleh email aku di :
amalinaraksasa@gmail.com
atau tinggalkan komen diruang yang disediakan.

20.6.13

Ke-9


Semalam aku menonton rancangan yang menceritakan
berkenaan baka-baka kucing, tabiat kucing, kepercayaan
mistik berkaitan kucing dan paling menarik perhatian
aku ialah mitos yang kononnya kucing ada sembilan
nyawa. Malah, dalam rancangan itu juga ada 
sebilangan pembela kucing yang berkongsi cerita
tentang kucing mereka yang terselamat dari
puting beliung, kemalangan, tidak cedera walaupun
jatuh dari bangunan tinggi dan bermacam lagi.

Ini mengingatkan aku pada kisah Kembung yang
digigit biawak, sekarang kakinya sudah bersambung
dan berfungsi seperti sediakala.
Sejak kebelakangan ini dia gemar bersendirian.
Seusai saja rancangan itu habis, aku bangun untuk
pergi menjenguknya, aku pegang, keras tidak bergerak.

 photo cz34.gif




19.6.13

Ulang

Perempuan : Awak student sini ke?
Aku : Taklah..
Dalam hati aku : Macam dah pernah tanya je,
mungkin orang lain kot..
Aku : Awak student sini ke?
Perempuan : Taklah..dulu student sini..
Aku : Oh..RA(research assistant) ek?
Perempuan : Ha'ah..
Aku tidak percaya yang aku ada kebolehan meneka,
tiba-tiba baru aku ingat.
Aku : Hari tu saya dah tanya awak soalan sama kan?
Perempuan : Ha'ah..hahah

Kononnya mahu menghilangkan kejanggalan dengan perbualan ringan, 
rupanya ia menjadi perbualan yang berulang.
 photo so_sad.gif

16.6.13

Amah

Kononnya tadi aku mengajak seorang
kawan menonton cerita Pee Mak.
Kemudian, penjual tiket kata tiket cerita itu habis.
Aku cuba juga meminta tiket bahagian kerusi depan.
Katanya full,
Kataku fine..
Cis!
Macam pantun dua kerat.

Kemudian,aku pergi membeli pencuci
tandas jenama Magic Amah kerana harganya murah.

Sampai saja di rumah,
baru aku perasan yang aku 
tersalah cara memakai baju.
Tak mengapa, tiada siapa perasan
kerana wujudnya perkataan fesyen.

Setelah beberapa ketika, aku mengambil
pengetip kuku lalu mengetip kuku.

Setelah selesai mengetip kuku,
aku ambil Magic Amah dan membawanya
ke dalam tandas untuk proses pembersihan.
Bila aku buka saja penutup botol pencuci itu,
tiba-tiba muncul seorang amah yang aku tidak
pasti status kewarganegaraannya, 
mungkin Jepun, mungkin juga Taiwan.
Aku malas cerita seterusnya hal ini kerana
akan nampak jelas sangat yang aku menipu.

Beberapa jam selepas itu,
aku terpandang kuku aku.
Oh!terlupa potong kuku ibu jari tangan
kedua-dua belah.

Begitulah..

 photo weird_dance-1.gif

Bulu

Semalam mereka pergi bermandi-manda di air terjun.
Aku berasa malas untuk pergi lalu hanya duduk di rumah menonton
Galaxy Quest yang entah berapa kali sudah diulang di kaca televisyen
sambil membelai kucing-kucing yang berbau harum.
Lalu aku dihadiahkan dengan bulu kucing
yang berguguran memenuhi seluar dan baju
sehingga kucing-kucing itu keliru sama ada aku
adalah sebahagian dari mereka.

Oh yeah!(tiba-tiba)

Di waktu malam pula kami bakar ayam BBQ yang mereka
bawa ke air terjun tetapi terlupa untuk membawa arang
bagi upacara pembakaran.

Itu saja.
Hari minggu yang biasa-biasa.

 photo f3250c4b993175fb4a6ffbec793425a61237253969_full.gif

15.6.13

Geli

Aku tukar reka letak blog dengan
harapan dapat menaikkan semangat untuk
terus menulis di sini.
Ya, aku tukar layout.

Err..
rilek-rilek sudah.

Baiklah,
itu saja aku mahu beritahu.
Esok-esok aku tulis lagi ya..

Muah.
Babai!

10.6.13

Sertu

Semalam ketika kami sedang duduk bermain dengan kucing,
kami berbual tentang anjing.

Tiba-tiba, aku terdetik mahu beritahu,
dalam Islam tidak boleh dipegang anjing
jika salah satu atau keduanya basah,
baik tangan mahupun anjing.

Dia terkejut, lalu mempersoalkan.

Aku perjelaskan lagi sebenarnya bukan tak boleh
tapi kalau dipegang dalam keadaan basah,
kita perlu mencuci tangan dengan air sebanyak tujuh kali
dan salah satu jirusan dengan air bercampur tanah.

Dia bertanya lagi mengapa perlu sebegitu.

Aku cuma katakan ada virus pada anjing dan babi
yang hanya dapat dicuci dengan cara itu.

Dia balas,
"...it's amazing how religious practice can
be so scientific with complete guideline..",
dengan muka kagum.

Bagi aku, ia satu pujian dari seorang free thinker
untuk agama Islam.

P/S : Aku teringin benar memegang anjing,
cuma aku takut digigit kerana aku masih fobia
akibat dikejar anjing pada suatu ketika dulu.

 photo f3250c4b993175fb4a6ffbec793425a61237253969_full.gif

5.6.13

Kasihan

Kononnya hari ini aku sibuk membuat sebuah
hasil seni yang merupakan kolaj.
Seekor kucing sedang tidur menghadap aku,
datang pula seekor kucing lain yang mengganggu konsentrasi
aku dengan menjilat jari yang tekun melakukan 
proses menampal dan menggunting.
Aku tolak dia dengan botol air,
rupanya botol air itu tak bertutup.
Air tumpah di atas kepala kucing yang sedang tidur itu.

Hahah!
Kasihan terkejut.

Kalau kasihan, mengapa aku gelak?
 photo snake-1.gif

4.6.13

Singa

Pada hari minggu yang baru berlalu,
aku bawa adik aku yang last ke Zoo Negara.(emak aku suruh)
Adik aku sangat teruja walaupun kami menaiki kenderaan awam yang
menyebabkan kami perlu menunggu,menunggu dan menunggu.

Adik aku sangat banyak bertanya dan ada masanya
aku rasa sangat malas menjawab soalannya.
Ketika di dalam LRT adik aku bertanya,
"Along, kita ni sedang menaik ke menurun?"
Aku balas, "Entah, boleh tak jangan tanya soalan susah.."
Beberapa minit kemudian rasa bersalah merebak dalam diri aku.
Aku berkata, "Along pun tak tahu kita menurun ke menaik sebab ni tanah rata je, bukan berbukit.."
Adik aku balas, "Takpe Aizat dah tahu..kita menurun..maksud Aizat, ikut nombor stesen."
Aku berkata dalam hati,"Whoever cares with nombor stesen..".

Setelah beberapa siri soalan lain, akhirnya kami sampai di Zoo Negara.
Adik aku sangat teruja melihat haiwan-haiwan.
Badak keluar dari air untuk makan, adik aku sangat teruja, dia pandang aku
lalu berkata,"Kenapa Along macam taknak tengok je?"
Aku balas, "Along dah bosan dah tengok badak, Along penah keje sini", kemudian aku buat-buat teruja.
Sepatutnya aku balas, "Along dah bosan dah tengok badak, adik Along pun macam badak".

Kami jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..jalan..

Selepas persembahan haiwan, adik aku mahu melihat beruang kerana masa kami jalan tadi dia tidak melihat beruang.
Disebabkan aku malas jalan lagi, kami naik kenderaan bergerak.

Aku beritahu pada pemandu, "Nanti sampai tempat beruang,beritahu ek.."
Pemandu itu membalas, "Beruang sekarang takde, tengah buat tempat tinggal dia..dalam bulan 8 baru siap".

Ketika kami mahu makan, aku menyuruh adik aku ambilkan tray.
Dia pergi berdiri di depan tray dan bertanya pada aku "Ni ke tray??!"
Aku diam kerana aku rasa mahu marah, dia datang kepada aku.
Aku marah,"Kenapa nak tanya soalan macam tu?
Ade ke orang tunjuk bontot lepas tu dia tanya 'Ni ke bontot?"
Adik aku jawab, "Aizat mane tahu tray..cakaplah dulang.."
"Tu benda simple Aizat..", balas aku.

Malam tu sebelum tidur, aku berkata,
"Aizat tolong pasangkan mat..", maksud aku benda ni.
Adik aku buat muka blur, aku benggang lalu
aku meninggikan suara, "Mat!mat!ubat nyamuk!"
Adik aku balas, "Cakaplah ubat nyamuk, ni mat..mane Aizat tahu..tahu lah Along tu pandai bahasa Inggeris, dengan Aizat cakaplah bahasa Melayu..", dengan muka kesedihan.
Aku balas, "Tu benda simple Aizat..", dengan rasa agak bersalah yang aku sembunyikan.

Kesian adik aku ada kakak macam singa.
Aku sangat bengis sekarang(bukan sesuatu yang membanggakan),
jarang ketawa, juga selalu menangis kadang-kadang tanpa sebab.
Mungkin simptom monopos atau ketidakstabilan hormon.

Itulah aku jarang menulis.
Aku rindu aku yang dulu, seriusli.

 photo so_sad-1.gif