29.3.13

Putus


Aku ada sepasang selipar yang aku sayang.
Lagi sepasang pula aku tidak berapa sayang.
Selipar yang aku sayang itu bukan saja selesa malah
kenangan dilayan seperti puteri raja sewaktu membeli selipar itu
menambahkan lagi kegembiraan bila memakainya.
Malangnya sekali, ia putus beberapa minggu yang lepas.
 photo so_sad-1.gif

Setelah mendapat inspirasi dari sini(klik untuk lebih tahu),
hari ini aku telah berjaya menyelamatkan selipar itu.
Sekarang aku rasa lebih gembira memakai selipar itu
kerana aku buat talinya sendiri menggunakan t-shirt.


Yeyeh!!
Boleh pakai lagi!!
 photo skipping-1.gif

Siapa kata yang dah putus tiada harapan lagi?
Adakalanya Tuhan mahu beri yang lebih menarik.

22.3.13

Guli

Sejak dari kecil lagi aku tertanya-tanya bagaimana guli dibuat.
Lagi-lagi guli yang di dalamnya ada kaca warna-warni.


Yes!!
Akhirnya!

 photo ball_juggle_left-1.gif

21.3.13

Libro

 photo cz26.gif

Aku sedang menghabiskan buku ini.


Aku jumpa buku ini dirak buku adik aku.
Sepanjang pembacaan aku (ceh!macam ar buku tebal sangat),
aku rasa macam aku dah jumpa harta karun bukannya buku.

Aku bukanlah seorang yang rajin membaca buku
jadi jika satu buku itu mampu buat aku
teruskan pembacaan sehingga ke penghujung
maka bagi aku, buku itu menarik.

Aku rasa kau pun kena baca buku ini.
Serius, kau mesti baca sebab aku
tak tahu bagaimana untuk jelaskan
bagaimana buku itu membuatkan
aku lebih faham tentang kehidupan.

Orang yang jarang baca buku,
kemudian dia jumpa satu buku, dia jadi jakun.
Oh ya, akulah orang tu.
Ermm..
mungkin buku ni tak menarik pun sebenarnya,
aku saja yang rasa ia menarik.

Hahah!
Sengaja mahu musnahkan keterujaan.

 photo cz26.gif

16.3.13

Cewah



Aku pernah mengalami beberapa situasi
yang bila aku ceritakan pada orang
mereka merasakan rasa perkara itu sangat merepek
sedangkan perkara itu benar-benar berlaku.
Aku percaya yang mata aku tidak berhalusinasi.

Antaranya :
Aku nampak seekor lebah sedang mencucuk pada
sekotak minuman dengan bungkusan berimej bunga.
Lebah itu berada betul-betul di tengah imej bunga itu.
Lebah itu cuba sedaya-upaya untuk 
menyedut madu dari gambar bunga itu.
Lebah itu sememangnya benar-benar lebah
dan kelakuannya benar-benar aneh.

Macam cerita aku jumpa kunang-kunang
yang pernah aku ceritakan di sini pun sama juga.

Kadang-kadang aku rasa macam aku antara insan terpilih.
Cewah!

 photo fro-1.gif

Sekaligus


Pika : Along, Along nak Asamosa tak?
Aku : Huh?Asamosa ke Afamosa?
Pika : Asamosa..
Aku : Ape tu? Afamosa tau ar, yang kat Melaka tu..
takkan Pika nak buatkan Afamosa..
Mak : Mane ade Asamosa, Samosa ar..
Pika : Haha..salah pulak.
Aku : Oh, nak.

*Samosa : sejenis kuih berbentuk segitiga 
berintikan kentang dan daging.

---

Situasi : Ketika itu aku baru saja menonton cerita
Captain America dan dalam kepala aku masih
berlegar-legar lagi imej heroin cerita itu yang
berlipstik merah.

Beberapa minit setelah itu,
kedengaran bunyi dentuman dan aku ke kawasan
kejadian, aku nampak seorang gadis berbaring
dengan mulut berlipstik merah.
Bukan, dia bukan heroin cerita Captain America.
Dia kemalangan, bibirnya luka dan giginya patah.
Yang merah itu darah, bukannya lipstik.


---

Tempat : Restoren makanan segera.
Situasi : Ketika aku berlalu dengan pantas, aku terlanggar seorang
lelaki yang sedang memegang sos.

Aku : Eh, sori.
Lelaki : (diam dan memandang lengan baju aku)
Aku : Kenapa?Terkena ke?
Lelaki : Terkena..
Aku : Ha?Mane?(sambil mencari calitan sos pada baju)
Lelaki : Terkena tipu..
Aku : Haha!

 photo icon77-1.gif

10.3.13

Jijik

Aku baru lepas melaburkan sesuatu,
aku segera menelefon mak aku.

Aku : Hello mak, kenapa Ina berak
ada keluar banyak sangat benda macam taik cicak ha?
(bertanya dengan nada suara kerisauan)
Mak : Ha? Awak berak tengok taik yek?
Aku : Ermm..tertengok..mase nak pam.
Mak : Entah..awak makan ape-ape kot semalam?
Aku : Ishh..mana ade makan pelik-pelik..
Mak : Mungkin taik lipas dalam jamban kot..
Aku : Tak..sebelum berak jamban tu bersih je..
Mak : Semalam awak ade makan pulut hitam?
Aku : Ada..hahah
Mak : Eeei..

Begitulah bagaimana mak aku menyelesaikan
kecelaruan aku di pagi hari.
Rasanya mak aku berkelayakan menjadi ahli forensik.

Sebenarnya aku risau kalau aku termakan tahi cicak
sebab aku makan dalam minda separa sedar,
aku masukkan makanan ke mulut saja.

Semalam ketika di kenduri kahwin
kawan aku, aku makan puding.
Setelah selesai makan puding itu,
seorang kawan aku bertanya,
"Puding ape wey?"
Aku jawab, 
"Entah, aku tak sedar apa aku makan..haha"

 Walau bagaimanapun,
peristiwa semalam tidaklah seepik peristiwa aku
terminum semut satu gelas dan hanya
sedar pada tegukkan terakhir.
Sejak peristiwa itu, aku hilang ingatan
sehingga aku lupa cara masak nasi.
Malah, lebih teruk adalah aku 
lupa siapakah aku dihatimu.

Anda dipersilakan pergi muntah sekarang
sebab aku tahu yang penulisan aku kali ini
penuh dengan benda jijik.

By the way,
(ceh..setakat ni je pun aku mampu berbahasa Inggeris)
kau baca tajuk pun kau dah tahu aku
tulis sesuatu yang jijik.
Kau yang baca,bukan aku paksa.
http://www.emocutez.com

9.3.13

Kanan

Sambungan dari Sebelah.

Malam tadi, 
aku tidur dengan sebelah kaki saja berstokin.
Ketika aku bangun dari tidur pagi tadi,
stokin itu berada di bawah katil.

Aku silap,
sepatutnya aku pakai di kaki kanan,
bukannya kiri kerana yang selalu terbuka itu
dari kaki kiri.
Pagi ini aku tersedar
yang kebanyakkan baju kurung aku
adalah hitam, putih dan kelabu
Oh, bosannya pemilihan warna aku,
sekali pandang yang macam uniform
budak balik asrama pun ada.

Eh!
Pagi hari tidak seharusnya dimulakan
dengan kecelaruan sebegini.
Ya ampun...(baca dengan slang Indonesia)

Hari ini kawan aku yang bernama Yein berkahwin.
Yeah!!!!!!
 photo tuzki_balerina.gif

Sebelah


Aku suka pakai stokin ketika tidur.
Tapi aku agak tertanya-tanya
mengapa setiap hari aku bangun tidur,
sebelah stokin aku akan berada di bawah katil.

Ya, sebelah stokin di bawah katil 
dan sebelah  lagi di kaki aku.

Pernah tak kau menyelimutkan kedua-dua kaki
dan kau rasa tidak selesa,
 kemudian kau keluarkan sebelah kaki dari selimut,
kau rasa lebih selesa.
Pernah?
(Tiba-tiba, kedengaran bunyi nyamuk berterbangan)

Ke aku seorang je?
 photo nervous_look-1.gif

Aku rasa aku cuma perlu pakai stokin sebelah kaki saja
supaya aku tidak perlu mencari yang sebelah lagi
di bawah katil bila bangun tidur nanti.

Baiklah, itu saja.
Aku tidur dulu.

 photo cz09.gif

2.3.13

Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah.

Buat pertama kalinya aku 
buka laman sesawang 9gag.
Ya,setelah sekian lama.

Marilah beramai-ramai berikan 
tepukan gemuruh di atas pencapaian ini.

Ha?
Tak mahu?

Baiklah, tak perlu.

Mari kita menari.

Ha?
Tak mahu juga?

Baiklah,
mungkin dah tiba masanya
kau belikan aku tiket
ke konsert Bloc Party.
 Ya, ini sangat tiba-tiba bukan?

Ya, adakalanya sesuatu yang tiba-tiba
tidak seharusnya kau tolak bulat-bulat.

Eh!
Ini cuma cubaan bergurau yang gagal.

Tak, tak.
Aku tidak tertekan,aku cuma
hentakkan kepala ke dinding saja.



1.3.13

Wangi

Semalam aku pergi kedai jual minyak wangi.
Aku terpecahkan sebotol minyak wangi.
Disebabkan aku selalu terpecahkan 
barang sepertimana aku pernah ceritakan di sini,
jadi aku macam tak terkejut sangat.
Tu je la kot aku nak cerita.

Eh, ada lagi.

Kalau kau rasa kurang wangi,
perlukan minyak wangi berjenama,
belilah dari aku.
DM aku kat burung biru aku.

 Baru sebut dah keluar.

Sekian,
selamat menyah bau busuk.