9.4.14

Beri

Aku masih mahu bercerita tentang kucing.

Ada segelintir kucing, bila dia sayang kau,
dia akan berikan kau sesuatu yang dia suka.

Kadang-kadang dia tangkap burung, dia beri pada kau.
Kadang-kadang dia tangkap tupai, dia beri pada kau.
Kadang-kadang dia tangkap tikus, dia beri pada kau.
Kadang-kadang dia tangkap anjing laut, dia beri pada kau.

Masa aku mula-mula bela kucing, aku takut bila kucing
hadiahkan aku binatang mati, aku lari, kucing itu kejar,
dia akan berusaha juga mahu beri bangkai itu.
Bila aku jerit, dia keliru.

Kawan aku kata, "Kalau kucing bagi, amik je..nanti bila dia
tak nampak,buang.."

Dia tunggu aku ambil cencorot.
Masa tiba-tiba dia sergah aku untuk beri cencorot itu,
seperti biasa, aku akan terkejut dengan gaya getto,
dan berkata, "omaigad..".
Tapi kalau dia berikan cicak,
mungkin aku akan mengeluarkan tanda seru(!).

7.4.14

Hilang


Kucing ni hilang(sejak dua hari lepas).
Ni kucing aku yang paling manja, mestilah sayang.

Jam ni hilang(sejak seminggu lepas).
Walaupun jam murah, aku kesah
sebab dah pakai lebih setahun.

Lemak kat lengan tak hilang-hilang.
Entah bilalah aku boleh post gambar
pegang seluar besar dengan caption bertulis
turun 10kg dalam 2 minggu.
Lengan?Seluar?
Ermm..aku memang dari puak yang pakai
seluar di lengan..memang..
Tak perlu nak pertikaikan sangat.
Heh!