Harap kamu semua baik-baik saja pada permulaan tahun 2020 ini,
tapi kalau tak baik pun..semoga diberi kekuatan untuk chill dan menghadapi dengan tabah.
Aku sebenarnya tak sangka yang diri ini akan hidup sampai tahun 2020.
Mungkin juga masa sekolah dulu aku tak terfikir untuk kira yang pada tahun 2020,
aku masih berada di awal 30-an..dan bukanlah 70 atau 80 tahun seperti yang aku sangka.
Walau bagaimanapun, tidak mustahil sebenarnya untuk mana-mana makhluk dicabut roh
pada jangka umur berapa sekali pun, dan bukanlah kita untuk tentukan sendiri.
Di sini, aku mahu kongsikan tips untuk segera habiskan pembacaan sesebuah buku yang anda ingin baca. Rujukan tips ini adalah daripada podcast Jay Shetty.
1. Cari video/podcast/article review berkenaan buku yang kau ingin baca.
Hal ini membantu untuk kau dapat overview tentang buku tersebut, jadi masa tu kau sendiri tentukan samaada kau mahu baca atau tidak. Ini juga membantu kau faham sedikit tentang buku itu tanpa perlu nak rungkai sendiri melalui pembacaan dengan penuh fokus.
2. Baca isi kandungan buku, highlight chapter mana yang anda berminat.
Bak kata Jay Shetty, "macam tengok menu makanan kat kedai, hang takyah pesan semua makanan dalam menu, hanya pesan makanan yang hang rasa nak makan je"
3. Introduction jangan skip.
Takyah baca semua benda, baca yang anda rasa penting saja.
Aku cuma share tips yang aku dengar(dengan sabarnya sebab banyak iklan)dari podcast dia, tapi aku tak ikut pun malah masih baca kesemuanya, nanti aku cubalah.
Walau bagaimanapun, disclaimer di sini, tips ini untuk buku-buku motivasi dan self help.
Kalau kau into buku fiksyen, rasanya kena baca semua. Tapi ada orang pernah bagi tips,
kalau nak tahu sesebuah buku fiksyen itu menarik atau tidak, baca chapter terakhir dulu, tips ni pun aku tak pernah ikut.
Akulah yang degil lagi bodoh.
Selamat jalan,jaga diri.