7.5.20

Tompok

Cerita ini cerita semalam,
Berbulu putih bertompok hitam,
Kau memanggil di pintu tak masuk dalam,
Pernahkah kita berjumpa di masa silam?

Aku kira kau lapar,
Bila ku dekat kau terbaring lebar,
Sekarang musim virus tersebar,
Nak suka-suka pegang pun gementar.

Kau tahu aku suka kucing,
Tapi maaf badanmu berbau hancing,
Esok mari mandi sambil dancing,
Hari ini tak boleh sebab nak raining.

Kau berjalan mendekatiku,
Kepalamu ku usap sayu,
Apalah yang terjadi pada kakimu?
Kau duduklah di sini aku boleh bantu.

Bila ragu keputusanmu melulu,
Tapi kenapa kencing di pasu mak aku,
Takpelah kalau begitu,
Datanglah bila-bila perlu.






23.2.20

2020

Harap kamu semua baik-baik saja pada permulaan tahun 2020 ini,
tapi kalau tak baik pun..semoga diberi kekuatan untuk chill dan menghadapi dengan tabah.

Aku sebenarnya tak sangka yang diri ini akan hidup sampai tahun 2020.
Mungkin juga masa sekolah dulu aku tak terfikir untuk kira yang pada tahun 2020,
aku masih berada di awal 30-an..dan bukanlah 70 atau 80 tahun seperti yang aku sangka.
Walau bagaimanapun, tidak mustahil sebenarnya untuk mana-mana makhluk dicabut roh
pada jangka umur berapa sekali pun, dan bukanlah kita untuk tentukan sendiri.

Di sini, aku mahu kongsikan tips untuk segera habiskan pembacaan sesebuah buku yang anda ingin baca. Rujukan tips ini adalah daripada podcast Jay Shetty.

1. Cari video/podcast/article review berkenaan buku yang kau ingin baca.
Hal ini membantu untuk kau dapat overview tentang buku tersebut, jadi masa tu kau sendiri tentukan samaada kau mahu baca atau tidak. Ini juga membantu kau faham sedikit tentang buku itu tanpa perlu nak rungkai sendiri melalui pembacaan dengan penuh fokus.

2. Baca isi kandungan buku, highlight chapter mana yang anda berminat.
Bak kata Jay Shetty, "macam tengok menu makanan kat kedai, hang takyah pesan semua makanan dalam menu, hanya pesan makanan yang hang rasa nak makan je"

3. Introduction jangan skip.
Takyah baca semua benda, baca yang anda rasa penting saja.

Aku cuma share tips yang aku dengar(dengan sabarnya sebab banyak iklan)dari podcast dia, tapi aku tak ikut pun malah masih baca kesemuanya, nanti aku cubalah.
Walau bagaimanapun, disclaimer di sini, tips ini untuk buku-buku motivasi dan self help.
Kalau kau into buku fiksyen, rasanya kena baca semua. Tapi ada orang pernah bagi tips,
kalau nak tahu sesebuah buku fiksyen itu menarik atau tidak, baca chapter terakhir dulu, tips ni pun aku tak pernah ikut.

Akulah yang degil lagi bodoh.
Selamat jalan,jaga diri.