Aku nak bagitahu yang aku ada masa lebih kurang setengah jam je nak muntahkan topik yang aku tengah fikir dalam otak aku ni sebab :
Pertama, dah lama aku simpan, dah dekat nak basi aku kunyah.
Kedua, aku nak pergi siram pokok.
Untuk menerangkan tajuk yang aku buat direct translation, mungkin lagu ini lebih menambah pemahaman anda. Lirik dia juga menerangkan maksud.
Aku panas betul dengan spesis-spesis manusia yang bila bercakap dia masukkan dialong-dialog dari cerita Hantu Kak Limah atau Maharaja Lawak atau iklan television atau apa-apa sahaja yang datang dari media massa terutama sekali television. Tolong la, jangan ikut-ikut sangat dialog-dialog dalam mainstream media tu sebab kau akan sama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia yang lain.
Bernanah telinga aku dengar!! Please ar hentikan lawak-lawak lame dan basi yang dicopy dari television.
Kalau sekali dua tu,aku bley terima, ni dah hari-hari ulang macam budaya meniru lawak television dah jadi macam lifestyle pulak.
Spesis salin kucing ni kebanyakkan terdiri dari kaum kuat sentap.
Kau tahu tak kaum mana yang kuat sentap?
Melayu la..
Sentap tak?
Kan aku dah kate..
Amalina tu macam ar bagus!
Sampah betul!
Cis!Aku dah guna sejam setengah untuk tulis benda ni.
Bazir-bazir.
Salam Isra' dan Mikraj untuk semua. Salam 27 Rejab.
Semalam aku tidur 2 jam sahaja dan nilainya tidak sama dengan Ringgit Malaysia 200 sahaja.
Perkara paling pandai yang aku buat semalam adalah mengunci pintu depan dari dalam dan mengunci pintu belakang dan meninggalkan kuncinya di dalam.
Aku keluar ikut pintu belakang bukan bererti aku seorang yang suka cakap belakang atau suka main belakang.
Sumpah!Semalam aku rasa akulah makhluk paling pandai dalam dunia ini, ada kemungkinan juga terpandai di galaksi bima sakti.
Disebabkan kepandaian aku yang tahap dewa-dewi tu, maka aku terpaksa call bapak datang untuk kopakkan pintu.
Disebabkan teknologi pembuatan pintu yang terlampau berkualiti tinggi pula, ia tidak dapat dikopakkan.
Walau bagaimanapun, disebabkan kepandaian (benar-benar pandai) bapak aku, tingkap pula dikopaknya.
Akhirnya, boleh masuk rumah.
Kemudian, disebabkan keserabutan kepala seseorang, kunci kereta pula hilang.
Selamatlah ada kunci spare.
Balik rumah pula, aku nampak bunga hidup yang adik aku hadiahkan untuk mak aku.
Aku agak jeles kerana aku tidak mampu memberikan itu.
Bila aku nak dapat kerja ni?
Lebih kurang 6 bulan mengganggur tidak sama perasaannya seperti menjadi buruh di ladang anggur.
Aku sangat sayang mak aku yang still bagi semangat kat aku.
Kemudian, aku dapati kucing aku yang baru melahirkan anak itu telah bermastautin tetap di bawah katil bilik aku.
Cilake btol!Boleh pulak dia buat muka tak bersalah je tengok aku!
Nak duduk bawah katil bilik aku kena bayar sewa ok, tak kiralah kau ni kucing ke anjing ke zirafah ke tenuk ke semut ke cicak sekali pun..
PERINGATAN TERAKHIR BUAT MIA & ANAK-ANAK!!
Amalina hanya menerima bayaran sewa bilik dalam matawang Malaysia iaitu Ringgit Malaysia bukannya dengan bauan pelik yang meloyakan. Sila maklum bahawa bilik Amalina itu bukannya pusat penjagaan haiwan atau zoo mahu pun pusat pemulihan akhlak.
Mentang-mentang aku tiada di rumah maka penghijrahan dilakukan tanpa segan-silu.
Berikut adalah carta penghijrahan yang dilakukan Mia terhadap anak-anaknya.
Lahirkan anak dalam laci tudung bilik mak
Habis tudung-tudung terpaksa dibuang kerana berbau hanyir.
Penghijrahan Pertama
Dari Mekah ke Madinah.
Dari bilik mak ke bilik stor abah.
Disebabkan kesukaran memasuki bilik stor kerana laluan berhalang yang terlampau mencabar seperti latihan komando di Kem Sungai Udang, Melaka maka, Mia berjalan-jalan mencari port baru.
Gerak-geri Mia telah aku perhatikan bagaikan seorang ninja ketika aku berada di rumah beberapa minggu yang lalu.
Setiap kali Mia mahu memasuki bilik aku, aku akan membuat buyian yang menyeramkan supaya dia keluar.
Penghijrahan Kedua
Malang sekali, Mia telah berhijrah ke bilik aku semasa ketidaan aku di rumah sejak beberapa hari yang lalu.
Penghijrahan Ketiga
Aku akan pastikan penghijrahan ketiga berlaku walau apa cara sekali pun.
Mia, tunggu aku balik rumah ahad nanti!
Berambos dari bilik aku!
Aku dah bagi kau kotak, kau pulak memperkotak-katikkan aku!
Tengok tu!
Aku marah, dia boleh korek hidung pulak!
Dasar kucing kacukan German!
Korang mesti pelik nape rupa kucing aku macam babi kan??
Kucing aku memang babi sebab menginap dalam bilik aku.
Sekiranya anda bukan doktor atau pembantu doktor, anda dilarang membuka dan membaca surat ini.
Sekiranya cap jari anda ditemui pada sampul surat ini, anda akan dicurse menjadi cantik dan hensem sehingga ke akhir hayat dan akan keluar pokok dari atas kepala anda setiap kali anda melihat cermin.
Hi doktor,
Selamat hari Selasa. Selesa tak?
Doktor,saya berasa amat tidak selesa pada hari Selasa ini, saya rasa saya memerlukan pil tidur ketika ini. Saya berjanji saya tidak akan makan lebih dari sukatan yang sepatutnya.
Saya amat perlukan tidur ketika ini, saya berasa lemah. Tiba-tiba saya rasa macam nak demam, nak selsema la..Doktor, tolong saya, saya dah menguap lebih daripada 20 kali dalam masa satu minit tapi saya masih tidak tidur. Saya dah baring atas katil dari pukul 4.50 pagi, tapi saya gagal tidur sehingga sekarang. Saya perlu jumpa kawan saya pukul 11 pagi nanti, kemudian saya perlu melakukan sesuatu pada waktu petang, kalau saya tak tidur sekarang bagaimana saya nak teruskan hari Selasa ini dengan selesa.
Tolong masukkan pil tidur itu ke dalam sampul surat yang saya berikan itu kemudian masukkan ke dalam mailbox depan rumah kerana saya pemalas nak pergi klinik.
Diharap doktor tidak mengenakan delivery charge sepertimana McDonald dan mencontohi Dominos Pizza.
Tiba-tiba, setelah saya selesai menulis surat ini, saya berasa mengantuk, mungkin saya tak perlukan pil tidur tu. Lupakan saja permintaan saya tadi..
Maaf, saya terpaksa post juga surat ini kerana saya tidak mahu bazirkan dakwat, kertas dan sampul surat yang telah saya gunakan untuk menulis surat ini begitu sahaja. Maaf juga kerana disebabkan saya tidak mahu bazirkan dakwat, kertas dan sampul surat ini, saya telah bazirkan masa doktor untuk membaca surat saya ini sedangkan seorang pesakit sedang mengerang kesakitan di wad kecemasan dan pada saat ini telah menghempuskan nafas yang kedua terakhir dan kemudian yang terakhir sekali sebelum sempat doktor menyelamatkannya.
Sekian, senyum Selasa selalu.
(beginilah keadaan doktor setelah membaca surat aku)
Berikut adalah perbualan face to face aku dengan seseorang.
Seseorang : Awak cuba tengok gambar saya ni. Awak rasa saya ni macam mana?
Aku : Entahlah,saya tak tahu tengok muka orang.
Seseorang : Saya ni berterus-terang, banyak perkara nak buat tapi tak siap, .......(dan banyak lagi yang lebih kepada memuji diri, sambil melihat gambarnya)
Aku : (tidak mendengar sangat apa yang sedang diperkatakan) Saya pula macam mana?
Seseorang : Awak ni jenis serabut, takde hala tuju.
Aku : Memang pun..betul.
Seseorang : Betul ya? (muka riak sebab konon teka betul)
Aku : (Angguk kepala saja)
Aku agak cepat bosan dengan orang perasan tapi aku suka perasankan orang. Aku tak percaya seseorang boleh ditafsir dengan melihat muka sahaja.
Dulu masa kecil kalau pergi restoren makanan segera pasti mak aku yang pergi order makanan.
Masa pertama kali aku keluar dengan rakan-rakan dan singgah makan di restoren makanan segera, aku agak terkedu bila ditanya saiz hidangan yang dimahukan.
Ditanya, "Regular, medium or large?"
"Errr...",balas aku dengan mata yang agak berair.
Aku rasa soalan tentang saiz ni agak susah.
Aku nak kentang besar tapi aku nak air saiz kecil.
Sebenarnya aku pun tak pasti apa yang aku cuba nak ceritakan.
Baiklah, aku cerita betul-betul..
Pertama complex sekali,semalam dan kemarin (ikut kiraan masa kau), sehari aku ada 48 jam.
Kemarin (ikut kiraan masa kau), aku tak tidur lansung.
Semalam (ikut kiraan masa kau), aku tidur 14 jam.
Kalau aku ikut kiraan masa kau iaitu sehari bersamaan dengan 24 jam, bermakna semalam yang aku tidur 14 jam cukup untuk aku agih-agihkan 7 jam masa tidur untuk setiap sehari bagi kedua-dua hari tersebut.
Brilliant tak jalan pengiraan aku?
Kau tahu, pakar matematik kelulusan Harvard University pun belum tentu dapat selesaikan jalan kira sesukar ini(bercakap dengan mata terbeliak-beliak macam orang berlagak yang ada kereta mewah dan berperangai jijik).
Mungkin aku gifted(menulis dengan lendir hijau ditekak menunggu masa untuk dihumban ke jamban).
Kedua belah tangan, aku memakai tuala di atas kepala setelah selesai mencuci rambut. Kemudian, aku mengambil pengetip kuku dan memotong kuku kaki(tanpa ragu-ragu).
Aku terpaksa menanggalkan tuala yang menyelaputi rambut kerana ia memberi tekanan kepada tengkuk disebabkan ia memiliki dua nombor sifar dibahagian belakang jika disukat dalam gram(g).
Ketiakgaru,aku pandang lengan kiri(bahagian atas).Ada dua benjolan kecil.Aku rasa kau pun ada.
Satu benjolan kerana suntikan BCG, satu lagi aku tak pasti tapi bentuknya seperti UFO.
Agaknya,itu tanda yang aku pernah diculik makhluk asing.
Kesempatan,aku selalu buntu bila penemuduga bertanya "Tell me about yourself.." ketika temuduga.
Mungkin soalan tu sangat senang bagi kau, kau, tapi aku rasa susah sebab aku tak tahu bahagian mana yang perlu aku ceritakan.
KeAdrianalima, aku dah tak suka kartun Ahhh!Real Monsters tu dah dan aku tak tahu apa yang aku suka.
Kalau terjemahkan perkataan MISS, ada tiga maksud yang aku terfikir.
Rindu, terlepas, cik(perempuan).
Miss = Rindu
Aku rindufamily aku sekarang, mintak-mintak hari ni aku balik rumah.
Tadi mak aku telefon, dia kata karamel aku dah kering.
Bukan dah habis tapi dah kering sebab letak dalam peti ais lama-lama.
Nak balik!!(sambil menghentak-hentak kaki dan mengoyangkan tangan macam budak gedik)
Miss = Terlepas
Aku terlepas gerhana bulan.
Aku tak tahu pun ada gerhana bulan semalam.
Baru aku faham post Nizamsani semalam.
Aku dah la malas baca surat khabar dan tak tengok berita.
Maka, aku agak ketinggalan di situ.
Kalau siaran berita di Malaysia sama macam berita di Thailand ni(merujuk video di atas), aku rasa aku akan rajin tengok berita. Aku tak kata aku faham bahasa Thailand tapi dengan grafik yang disediakan, aku rasa ia seakan-akan menonton Discovery Channel,kalau faham penerangan bahasa Thai tu lagi ar superb.
Sayang sekali, berita Malaysia lebih fokus pada hal-hal politik yang bukan minat aku.
Bagi aku, siaran berita di Malaysia agak ketinggalan dalam menyalurkan bahan-bahan ilmiah. Mungkin juga kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang minat kepada bahan ilmiah.(berdasarkan rating rancangan hiburan, gossip dan drama yang tinggi).
Tak perlulah kot sampai nak complaint Astro sampai Parlimen, channel kerajaan sendiri hampeh. Orang ada Astro sebenarnya ada pilihan nak menonton rancangan ilmiah macam Discovery Channel, National Geographic, TV IQ etc. masalahnya antara nak tengok dengan tak sahaja, tak perlu menteri-menteri kecoh sampai Parlimen, tu bukan masalah stesen tv tapi masalah mentaliti majoriti masyarakat.
Miss = Cik(perempuan)
Sekian, itu sahaja dari cik Amalina untuk hari ini.
Aku tadah air dalam heater.
Aku dengar bunyi cicak tengah borak-borak tapi aku tak tahu dari mana.
Aku masak air tu.
Bunyi cicak tu berhenti.
Air dah masak.
Ada bunyi tik-tik-tik dari dalam heater.
Aku takut ada cicak dalam lubang sambungan elektrik pada heater.
Tadi aku ingat nak masak green tea.
Aku tak jadi guna air panas kerana aku takut nak pegang bekas tu disebabkan ketakutan pada makhluk itu menguasai diri.
Aku buka peti sejuk.
Minum susu dalam kotak sahaja bersama biskut putar-jilat-celup.
Kau pernah tak nampak sesumpah/atau sebarang benda yang kau fobia, disebabkan otak kau sibuk fokus dengan rasa takut tu, kaki kau terkena rumput pun kau meloncat jugak?Tiba-tiba kau jadi paranoid dengan semua benda di sekeliling?
Aku pernah, aku rasa ia buat aku nampak bodoh bila aku tersedar yang ia bukan benda yang aku takuti itu.
Kisah ini ditulis oleh seorang pemalas bernama Amalina.
Disebabkan dia pemalas, dia tulis isi penting sahaja.
Aku bangun pagi petang.
Teman orang pergi klinik.
Pergi pasar malam, beli makanan nak buka puasa.
Sepanjang perjalanan aku berfikir tentang nasi ayam berserta ayam yang sangat halus dijual dengan harga RM 4 di pasar malam tadi. Ada ke orang nak beli?
Pergi pasaraya, terjumpa Cikgu Wong, cikgu Kemahiran Hidup aku masa tingkatan 3.
Tegur Cikgu Wong, "Cikgu ingat saya?"
Cikgu jawab, "Amalina!"
Sepanjang perjalanan pulang aku berfikir tentang daya ingatan Cikgu Wong yang menakjubkan, sedangkan aku hanya belajar di sekolah tu setahun sahaja. Setelah sembilan tahun tak jumpa,Cikgu Wong boleh ingat nama aku sedangkan aku hanya ingat nama dia setelah 10 minit berfikir setelah bertemu tadi.
Dah azan, aku makan laksa, kuih vadei, pulut panggang dan tapai untuk buka puasa.
Semalam aku puasa, hari ni pun, esok pun..
Aku bayar puasa nazar sebenarnya.
Sebenarnya dah dekat setahun aku tinggalkan puasa nazar ni tak ditunaikan.
Aku pernah cakap dengan diri aku yang "Aku nak puasa tiga hari berturut kalau ............"
Malas pulak aku sambung cerita,panjang pulak nanti..
Aku ni sebenarnya pemalas.
Aku belum balik rumah makan karamel yang mak aku buat tu.
Semalam mak aku ada bagitahu, dia buat jelly kelapa sekali.
Kau tak tahu apa tu jelly kelapa?
Tak pela..takyah tahu, aku malas aku nak terangkan.
Aku dah rindu family aku.(tak, mata aku bukan berair, tu air dari otak aku yang ada leaking)
Orang yang aku teman suruh tolong pergi bayarkan benda dia tu.
Disebabkan aku malu nak pergi bayar kat pegawai hensem tu, maka aku bagi alasan untuk elakkan diri.
Lepas tu, aku duduk kat kerusi, wayar mp3 aku tersangkut dalam kerusi.
Aku tak boleh bangun, jadi aku korek-korek kerusi tu menarik wayar keluar.
Aku suspek earphone aku bernyawa dan boleh bergerak sendiri.
Lepas tu, aku pergi tempat jual-jual barang.
Aku sangat tertarik dengan sebilah parang.
Aku buka sampul parang tu dan cuba uji ketajamannya.
Aku nampak torchlight, aku tekan, keluar lampu terang-benderang.
Kau tahu apa aku nak buat dengan parang dan torch light?
Tiada apa-apa.
Balik, aku singgah kedai beli makanan untuk buka puasa.
Nasi Goreng Daging Merah.
Bila buka puasa, baru aku ingat yang aku pernah makan nasi goreng yang sama di kedai yang sama.
Kenapa aku tak ingat tadi..yang aku janggal sangat adalah aku memang tak biasa dengan menu tu tapi kenapa aku order.
Manusia-manusia banyak menghakimi kehidupan berdasarkan apa yang mereka nampak, atau mereka baca.
Berdasarkan cerita rutin satu hari di atas, tolong judge aku ni takde life.Please, aku merayu.Ha-ha.
Tapi aku ada family dan kawan-kawan yang menakjubkan dan tidak boleh dibaca seperti manusia lain, kebanyakkan mereka ada kuasa luar biasa yang diluar jangkaan.
Apa masalah aku entah hari ni, bila curah air dalam cawan mesti tumpah, tak kiralah apa jenis air pun. Macam ada penyakit parkinson, aku rasa ni bahana menipu di hari rabu dengan gambar tangan gerak-gerak. Ok, panggil itu najis pun, aku terima sahaja.
Recently aku tak suka dengar lagu-lagu yang ada suara manusia dengan lirik yang hendak disampaikan. Aku lebih selesa dibuai alunan muzik sahaja kalau ada suara manusia pun hanya beberapa perkataan yang tidak menggunakan tenaga otak yang melebihi 12% untuk difahami, apatah lagi yang macam puisi.
P/S : Cuba kau play lagu ni,sambil tengok gambar ni(klik).Haha.
Aku terjumpa tangan Lady Gaga sedang menari. (tipu lagi)
Ini bukti.
(Aku tipu lagi lagi)
Ha-ha.
(gelak tipu-tipu)
P/S : Kerana wordless Wednesday, anggap semua ayat-ayat yang berunsur tipu itu tidak wujud.
Orang lain buat Wordless Wednesday, aku pun nak buat jugak.
Aku tiru orang lain, tiada diri sendiri (konon).
Ha-ha-ha.
Semalam aku baca majalah sebelum tidur, aku jumpa sesuatu (benda yang aku boldkan kat bawah tu). Aku salin dalam telefon. Selepas tu sekarang aku salin pulak dalam blog. Lepas tu, kau baca, kau salin balik dan letak dalam blog kau. Lepas tu ada orang baca blog kau, dia salin letak dalam Facebook note dia. Lepas tu, ada orang tekan like lepas tu dia salin cantik-cantik tampal dalam almari baju dia. Lepas tu....(kau sambung ar sendiri)..sampai kesudahannya seorang daripada mereka yang membaca post ini bersalin di sebuah wad hospital tanpa mengeluarkan sebarang bunyi meneran.
Advise from Gumpisms : The Wit and Wisdom of forrest Gump, by Winston Groom. - Don't make excuses unless you have to. - If you have to cry, do it by yourself and be quick about it. - Most people don't look dumb till they start talking. - To save energy. don't go out looking for trouble, chances will find you soon enough. - Always be nice to your mama. - Whatever you do, try to have a reason to do it. - If you can't sing good, sing loud. - Life is a rubber band, harder you go forward, harder you snap back. - Do not eat anything you don't know what it is. - Always say "Thank you", even if you don't mean it.
Amalina : Aku masih berpeluh-peluh main Snake Xenzia guna telefon biasa berskrin hitam putih sewaktu ramai di luar sana main Angry Bird dalam telefon pintar mereka.
Budak urban konon : Kau nak kata kau rare ar?
Amalina : Takde ar..aku tak mampu.Ular dengan burung, mana lagi ganas?
Budak urban konon : Telefon cikai pun pinjam adik punya, apa la kau ni Amalina!
Amalina : Kalau kau nak buang handphone canggih-canggih dalam tong sampah yang berulat, beritahu aku dulu taw!Takde ar..kalau aku pakai handphone canggih baru aku tak segan nak letak handphone atas meja ketika lepak bersama rakan-rakan di kedai mamak, baru nampak macam urban kan..baru ramai laki hot pandang aku dan tanya bb pin aku kan? baru jari-jari aku nampak berseri dan kulit aku berkilau terkena cahaya handphone mahal kan?
Budak urban konon : Ha-ha-ha-ha(gelak pandang rendah)
Aku masih pelik kenapa telefon canggih tak masuk dalam senarai wishlist aku.
Nak tengok wishlist aku?
(Sambil tutup-tutup skrin macam perempuan gedik yang nak kena jirus air zamzam)
Wishlist aku (fuyoo!boldkan!!!wuhooo!):
Kerja tetap
Dah lapan bulan aku tak dapat kerja tetap.Aku nak kerja yang ada kaitan dengan advertising, marketing atau branding. Aku dah dapat kerja hari tu tapi aku quit sebab banyak sebab, malas cerita..
Cadbury Cherry Ripe
Aku masih cari ni, yang sebungkus besar, seketul. Susah betul nak jumpa, yang ada jual hanya party pack yang campur-campur dengan yang tidak dikehendaki, saiz kecik dari jari kelingking aku.
Jelly Belly
Aku suka benda ni, takde jual kat kedai depan rumah aku, walaupun Tesco.
Boyfriend tetap
Aku nak cari yang biasa, tak pakai perfume bau maskulin atau tak pakai perfume lansung, tak merokok, tak banyak bercakap tapi banyak ekspresi muka, suka makan kedai-kedai biasa(yang bersih) berbanding restoren makanan segera, ringkas, selekeh sikit tapi bersih, tak baik sangat tak jahat sangat tapi berkebolehan merasionalkan aku,bukan jiwang, boleh bagi aku ruang untuk diri sendiri bila aku perlukan tanpa pertikaikan kenapa,bukan attention seeker, tak suka campur hal orang, tak komplen-komplen benda yang tak sepatutnya, gila sikit mungkin banyak sikit mungkin banyak dan yang paling susah : boleh tahan perangai pelik aku tanpa buat muka 'WTH?!'(ni 1st time aku senaraikan semua ni. aku tak sangka sepanjang ni)
Jam tangan Fossil
Sebenarnya aku bukan setakat nak jam tangan Fossil, aku nak purse Fossil, tali pinggang Fossil, messenger bag Fossil, handbag Fossil.Kalau boleh aku nak kedai Fossil.Hahahahaahahahahah!(gelak teruja)
Rumah sendiri
Aku masih ragu-ragu konsep rumah aku, yang pasti, aku nak rumah sendiri suatu hari nanti.
Kereta sendiri
Kereta idaman aku ialah mini cooper lama warna putih tapi aku rasa aku kena fikir balik tentang ni.Eh! Aku belum buat lesen kereta lagi. Mungkin wishlist ni lebih elok ditukar kepada 'Lesen memandu'
Mungkin aku patut tambah satu lagi dalam senarai wishlist,'Handphone sendiri'.
Bukan mungkin, memang patut pun..Haha!
P/S : Wishlist aku memang tak nampak hebat macam wishlist kau tapi ni la wishlist aku.
Aku rasa aku perlu masa untuk disconnect dengan manusia.
Bergaul dengan *manusia buat aku rasa sesak.
*manusia : tiub plastik berisi jus cranberri dan ranggup di bahagian kepala.
Cukup kanibal tak definisi aku tentang manusia?
Semasa aku adalah embrio, aku pernah berharap yang aku juga manusia.
Sayang sekali, harapan aku termakbul sejak dari lahir.
Aku hanya mahu bernafas dalam ruang yang tidak dicemari pemikiran manusia lain yang bercampur harapannya tentang aku.
Iaitu ruang yang ada aku dan impian aku tanpa dihakimi sesiapa.
Kenapa aku perlukan ruang?
Kau tengok orang lompat jauh, sebelum dia lompat, dia perlukan ruang untuk berlari kan?
Aku pun.
P/S : Selama tiga hari ni aku adalah raksaksa. Jangan lupa menonton AHHH!Real Monster di TV9 pukul 4,Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Title dia Salty Cofee.kopi bergaram.ada seorang lelaki jumpa perempuan kat satu keramaian. banyak lelaki nak kat perempuan tuh tapi lelaki neh buat normal.
Sebelum balik lelaki tu ajak perempuan tuh pergi minum kopi. So, dalm scence yang awkward tu, perempuan cakap dia nak balik rumah.
Tetiba lelaki tu panggil waiter, dialog "boleh beri saya garam, saya nak letak dalam kopi".
Semua orang pandang pelik.Muka lelaki tu dah merah, letak garam dalam kopi dan minum.
Perempuan tu pun tanya,"kenapa you ada tabiat pelik ni?
Lelaki tu jawab,masa kecil, dia dibesarkan kat laut, so, he dengan cara ni dia boleh rasakan laut, masin dan pahit. Sambil dia bercakap, mata dia berair dan perempuan neh terharu.
Start dari situ perempuan tuh get to know more and more pasal lelaki tu.They getting dating, married and happy ever after.Thanks to his salty cofee.
Setiap kali perempuan tu buat kopi untuk husband dia, dia letak garam.
Selepas 40 tahun, lelaki tu meninggal.Dia tinggalkan surat.
"My dearest, maafkan saya, the only lie i said to you is salty cofee.Ingat hari pertama kita jumpa, saya nervous dan sebenarnya saya nak mintak gula, tapi tercakap garam. Susah nak tarik balik, saya belasah je. Tak terfikir tu jadi permulaankita. Saya dah cuba bagitahu banyak kali, tapi terlalu takut as i've promised to you, not to lie. Sekarang saya dah nak mati, saya tak suka kopi bergaram tu,pelik rasa dia.Tapi sejak hidup saya dengan kamu, tak pernah saya tak suka, kalau hidup kali kedua pun saya sanggup walaupun kena minum kopi bergaram lagi.."
Kau rasa cerita dia?
Aku:
Aku cuba nak fahamkan..tapi aku tak faham nape lelaki tu kuat untuk terus menipu sejauh tu. Mungkin satu jawapan saja, takut kehilangan.
Si penglipur lara:
Owh.The main thing is, kita tak tahu siapa sebenarnya orang tu, kita cuma rasa kita tahu siapa dia hanya berdasarkan anggapan kita. Sometimes salt yang masin lagi better dari sugar yang manis.Kau perasan tak masin dan manis hanya berlainan pada suku kata kedua?
Aku:
Awesome giler kau punya kesimpulan. Aku terpegun.
Si penglipur lara:
Pujian bukan untuk aku. Credit for cerita tu pasal dia ada nota kaki. Sebab aku pun fikir kenapa dia tahan tipu diri minum kopi garam.Ni bukan love story pun.Tiada kehilangan. Cuma sikap manusia termasuk aku.
Kenapa kau tak pernah kata 'tak' bila aku nak cerita?
Aku:
Sebab aku tahu cerita kau selalu best.
P/S : Aku malas nak edit, aku taip balik message je.
Pagi semalam aku dapat mesej yang buat aku ketawa kecil di atas katil, bertulis:
"Ien!Da bgn tdo blum? Ien, sifuku. na tanye beb.Ashane ko wat entry magic. Yg ko post pasal magic. Tekan ctrl-A baru nampak apa yang kau post. Ape nama tutorial dia sifu?"
Tiada tutorial, tiada yang magic pun sebenarnya
Aku cuma tukar tulisan kepada warna putih. Itu sahaja.
Pertanyaan kawan aku mengingatkan aku pada dialog dalam cerita Kungfu Panda.
Mr. Ping: The secret ingredient is... nothing! Po: Huh? Mr. Ping: You heard me. Nothing! There is no secret ingredient. Po: Wait, wait... it's just plain old noodle soup? You don't add some kind of special sauce or something? Mr. Ping: Don't have to. To make something special you just have to believe it's special.[Po looks at the scroll again, and sees his reflection in it] Po: There is no secret ingredient..
Kemarin, dalam perjalanan pulang dari Tesco, adik aku bercerita..
"Masa Acan sekolah dulu, ada sorang cikgu tanya kat kelas,"Kenapa diorang pasang lampu pada bangunan KLCC?" Ada sorang budak tu angkat tangan pastu jawab, "Nak elak kapal terbang langgar KLCC sebab tak nampak kalau gelap". Tiba-tiba cikgu tu mengamuk dan marah budak tu dan berkata, "Tu la awak asyik tengok Ultraman je....bla..bla..cikgu tu marah pasal jawapan budak tu sampai habis waktu, cikgu tu kuar kelas,tak dapat pun jawapan soalan dia tu.."
Aku dan adik aku ketawa kerana itu.
Aku rasa logik jugak jawapan budak tu.
Aku masih cuba berfikir, apakah jawapan yang mengikut skema jawapan cikgu tu.
Tiga hari berturut-turut aku mimpi Mia beranakkan anak dia. Berpeluh-peluh mimpi macam aku yang beranak. Setiap kali aku bangun tidur, aku turun mencari Mia untuk tengok dia dah beranak ke belum. Akhirnya, semalam dia beranak. Keluar empat ekor. Aku bagi cadangan bagi nama Manis, Masin, Masam dan Pahit. Belum pasti lagi cadangan diterima atau tak.
Tadi, adik aku call kata kucing tak elok tangkap gambar nanti kucing cepat mati. Tak sangka mak aku boleh kata "Betul jugak." Dalam hati aku "Kenapala percaya benda-benda camni.." Malas aku bersuara nanti tiba-tiba mak pukul aku macam aku budak darjah 3.
Hari tu aku kena pukul guna rotan sampai peha aku lebam dan luka sebab : Adik aku memakai baju Bob Marley. Adik aku lagi sorang bertanya, "Mak, Bob Marley tu siapa?" Pantas mak menjawab, "Penagih dadah" Aku tidak bersetuju tentang itu dan bersuara, "Mak ni nampak part negatif je, cuba tengok part positif". Aku berpendapat lebih baik jika dia memperkenalkan Bob Marley itu penyanyi berbanding penagih dadah. Tiba-tiba, kata aku cari gaduh, dia kata dia hanya bergurau. Aku gagal baca gurauan muka serius begitu. Dia ambil rotan,pukul aku. Aku pula duduk di atas kerusi seperti orang kebal menunggu dipukul. Aku kecewa melampau tentang itu sebab aku rasa humiliated depan adik-adik aku dan mukanya ketika pukulan bertubi-tubi, memang dia nak aku sakit.
Serik untuk aku bersuara.
Amalina, behave. Simpan je apa kau fikir dalam fikiran kau. Ramai juga yang benci bila kau bersuara, Amalina. Lagi-lagi mereka yang ada pertalian darah dengan kau.
Elok juga aku cerita di sini sebab tak ramai yang nak ambil tahu benda besar berbanding benda kecil.
Orang : Gelak la wei!gelak!gelak! Amalina : Aku tak rasa ni lawak, maaf untuk tidak menjadi seperti yang dikehendaki.
Lama jugak aku tak update blog. Bak kata Johnny Deep, 'Teknologi membuatkan manusia seperti kehilangan individuality', jadi dia perlukan masa untuk jauhkan diri dari teknologi (bila mase ntah dia kata macam ni, aku pun tak tahu..)
Banyak jugak yang terjadi sepanjang aku tak update blog.
Perkara yang terlampau manis sampai rasa nak potong kaki.
Perkara yang terlampau pahit sampai nak terkeluar otak melalui tekak.
Perkara yang terlampau masam sampai nak buat muka kerut seperti bayi yang disumbatkan sebiji lemon ke mulutnya.
"Kecoh ar kau Amalina!!"Baru seminggu tak update!"Macam ar ade life sangat Amalina tu!"
(kedengaran sorakan sumbang dari mereka yang memegang unggun api)
Walau bagaimanapun, bukan semuanya terlampau, ada juga perkara yang biasa-biasa yang lebih aku hargai seperti :
Aku dah jumpa kartun yang buat aku jatuh cinta. Mungkin watak-watak dalam kartun ni tak sejijik watak-watak dalam Rango tapi aku suka.Sebenarnya sebelum ni aku pernah menonton kartun ni, tapi aku tak berapa fokus ketika itu. Aku bukan jatuh cinta pada watak kartun tapi idea dan isi kandungan ceritanya sebab aku susah nak jangka. Kalau Spongebob aku selalu boleh jangka apa seterusnya berlaku lama-lama ia jadi agak bosan.
Bila aku mula jatuh cinta, aku mula mengambil berat seperti berikut :
Aku : Pika, kartun ni setiap hari apa?
Pika : Jumaat, Sabtu, Ahad.
Aku : Oh..
P/S : TV9 , 4 petang, hari ni ada. Kat siaran Nickelodeon ada gak tapi rumah aku takde Astro, aku tak tahu. Kalau kau ragu-ragu nak menontonnya sebab kau rasa kau dah dewasa, sangat matang, macho, elegen, bajet dan segala bagai doubt, aku nasihatkan tak perlu menonton kartun ni, memang tak sesuai untuk kau.
Jumaat. Hari mulanya aku jatuh cinta, aku menolak tiket percuma ke Istana Budaya untuk menonton teater musikal dengan alasan semua spender basah dan belum dijemur, padahal aku nak elakkan diri daripada perlu jauhkan diri dari jalan cerita kartun ni semata-mata untuk bersiap. Sambil menonton aku menghabiskan Corntoz yang diberikan budak perut buncit dan aku bertanya, "Kenapa rasa Corntoz dah lain sekarang?"
Keesokkannya, Sabtu, waktu yang sama, siaran yang sama, kartun yang sama. Ok, keropok yang sama, Corntoz diberi budak buncit yang sama. Rasa Corntoz yang berbeza dari semalam tapi ia adalah rasa Corntoz Chili Cheese yang sama seperti yang aku makan sebelum-sebelum ini.
Kesimpulan, adakalanya walaupun kau rasa kau melakukan rutin yang sama dalam beberapa hari tapi sebenarnya tak. Kau hanya perlu tingkatkan penggunaan deria.
P/S : Ada luka di peha aku yang masih bertanda. Luka menceritakan quote ni : Humor. you can't exist without it. You have to be able to laugh at yourself. Otherwise, you suffer.
Aku harap aku tak pernah gagal untuk gelak. Untuk sekian kalinya aku masih gagal. Ia dinamakan sindrom 'gagal gelak' pada lawak ilham si muka serius.Tak pasti ia normal ke tak, mungkin Regina Spektor pun fikir perihal yang sama.Aku kata mungkin, bukannya pasti.
Kau jangan terus percaya sebelum kau kaji sendiri.Nah,dengarkan.
Regina Spektor : Woi!Gelak la!Ape lagi?!
Aku : Haha!(terpaksa)
Oh, lupa pula nak beritahu, pada hari Sabtu(semalam) yang aku ceritakan di atas, setelah aku habiskan sepaket Corntoz Chili Cheese, aku pandang paket bungkusan tersebut.
Aku tersedar yang aku tak mengalirkan air mata pada perkataan 'Tear Here!'.
Suruh aku mengalirkan air mata pada tepi paket itu??
Oh..bukan.'Tear here!',suruh buka di situ.
Aku tidak buka di situ tapi di bucu bertentangan perkataan itu.
Rebel la konon!