17.6.11

Miss : Rindu, terlepas, cik(perempuan)

Kalau terjemahkan perkataan MISS, ada tiga maksud yang aku terfikir.
Rindu, terlepas, cik(perempuan).

Miss = Rindu
Aku rindu family aku sekarang, mintak-mintak hari ni aku balik rumah.
Tadi mak aku telefon, dia kata karamel aku dah kering.
Bukan dah habis tapi dah kering sebab letak dalam peti ais lama-lama.
Nak balik!!(sambil menghentak-hentak kaki dan mengoyangkan tangan macam budak gedik)

Miss = Terlepas
Aku terlepas gerhana bulan.
Aku tak tahu pun ada gerhana bulan semalam.
Baru aku faham post Nizamsani semalam.
Aku dah la malas baca surat khabar dan tak tengok berita.
Maka, aku agak ketinggalan di situ.


Kalau siaran berita di Malaysia sama macam berita di Thailand ni(merujuk video di atas), aku rasa aku akan rajin tengok berita. Aku tak kata aku faham bahasa Thailand tapi dengan grafik yang disediakan, aku rasa ia seakan-akan menonton Discovery Channel,kalau faham penerangan bahasa Thai tu lagi ar superb
Sayang sekali, berita Malaysia lebih fokus pada hal-hal politik yang bukan minat aku.

Bagi aku, siaran berita di Malaysia agak ketinggalan dalam menyalurkan bahan-bahan ilmiah. Mungkin juga kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang minat kepada bahan ilmiah.(berdasarkan rating rancangan hiburan, gossip dan drama yang tinggi).
Tak perlulah kot sampai nak complaint Astro sampai Parlimen, channel kerajaan sendiri hampeh. Orang ada Astro sebenarnya ada pilihan nak menonton rancangan ilmiah macam Discovery Channel, National Geographic, TV IQ etc. masalahnya antara nak tengok dengan tak sahaja, tak perlu menteri-menteri kecoh sampai Parlimen, tu bukan masalah stesen tv tapi masalah mentaliti majoriti masyarakat.

Miss = Cik(perempuan)
Sekian, itu sahaja dari cik Amalina untuk hari ini.

Photobucket

9 ulasan:

  1. i miss him...saya tertinggal dia..huehuehue..


    lepas ni pakat2 amik channel luar negara jom...

    drama,pastu realiti show memang mencanak canak naik rating nye

    BalasPadam
  2. berita mesia lebih suka me reka reka bukan cerita berita. hihi

    BalasPadam
  3. gua dah 5 thn banned berita malaysia dari tv gua.gua naik meluat tengok.dusta2!

    BalasPadam
  4. hai miss amalina. miss kau lah. ok, dis-miss.

    BalasPadam
  5. kau uitm manaaa? heh

    BalasPadam
  6. tersasar pun miss jua.

    BalasPadam
  7. biasalah, pilihanraya umum nak dekat.

    BalasPadam
  8. pasal gerhana bulan tu kan, aku rasa aku terlepas juga padahal aku dah tenung malam dgn gigih.

    ktipu

    BalasPadam
  9. vampire's lovex, aku juga peminat reality show : showdown.

    khairul, amalina bersetuju.

    headmaster,gua bukan setakat banned, tv rumah gua, gua bagi takde warna terus.

    nveil,miss nveil,miss pondan malaysia.hahah

    ama, shah alam.

    nizamsani, benar belaka. tahniah di atas pelancaran buku anda baru-baru ini.

    jerry ghazali, aku agak kekok dengan identiti baru kau. mungkinkah berkaitan pilihan raya yang dekat?

    pyka, aku pun terlepas.dan kita melepaskan kentut.

    BalasPadam