Salam Isra' dan Mikraj untuk semua.
Salam 27 Rejab.
Semalam aku tidur 2 jam sahaja dan nilainya tidak sama dengan Ringgit Malaysia 200 sahaja.
Salam 27 Rejab.
Semalam aku tidur 2 jam sahaja dan nilainya tidak sama dengan Ringgit Malaysia 200 sahaja.
Perkara paling pandai yang aku buat semalam adalah mengunci pintu depan dari dalam dan mengunci pintu belakang dan meninggalkan kuncinya di dalam.
Aku keluar ikut pintu belakang bukan bererti aku seorang yang suka cakap belakang atau suka main belakang.
Sumpah!Semalam aku rasa akulah makhluk paling pandai dalam dunia ini, ada kemungkinan juga terpandai di galaksi bima sakti.
Disebabkan kepandaian aku yang tahap dewa-dewi tu, maka aku terpaksa call bapak datang untuk kopakkan pintu.
Disebabkan teknologi pembuatan pintu yang terlampau berkualiti tinggi pula, ia tidak dapat dikopakkan.
Walau bagaimanapun, disebabkan kepandaian (benar-benar pandai) bapak aku, tingkap pula dikopaknya.
Akhirnya, boleh masuk rumah.
Kemudian, disebabkan keserabutan kepala seseorang, kunci kereta pula hilang.
Selamatlah ada kunci spare.
Balik rumah pula, aku nampak bunga hidup yang adik aku hadiahkan untuk mak aku.
Aku agak jeles kerana aku tidak mampu memberikan itu.
Bila aku nak dapat kerja ni?
Lebih kurang 6 bulan mengganggur tidak sama perasaannya seperti menjadi buruh di ladang anggur.
Aku sangat sayang mak aku yang still bagi semangat kat aku.
Kemudian, aku dapati kucing aku yang baru melahirkan anak itu telah bermastautin tetap di bawah katil bilik aku.
Cilake btol!Boleh pulak dia buat muka tak bersalah je tengok aku!
Nak duduk bawah katil bilik aku kena bayar sewa ok, tak kiralah kau ni kucing ke anjing ke zirafah ke tenuk ke semut ke cicak sekali pun..
PERINGATAN TERAKHIR BUAT MIA & ANAK-ANAK!!
Amalina hanya menerima bayaran sewa bilik dalam matawang Malaysia iaitu Ringgit Malaysia bukannya dengan bauan pelik yang meloyakan. Sila maklum bahawa bilik Amalina itu bukannya pusat penjagaan haiwan atau zoo mahu pun pusat pemulihan akhlak.
Mentang-mentang aku tiada di rumah maka penghijrahan dilakukan tanpa segan-silu.
Berikut adalah carta penghijrahan yang dilakukan Mia terhadap anak-anaknya.
Lahirkan anak dalam laci tudung bilik mak
Habis tudung-tudung terpaksa dibuang kerana berbau hanyir.
Lahirkan anak dalam laci tudung bilik mak
Habis tudung-tudung terpaksa dibuang kerana berbau hanyir.
Penghijrahan Pertama
Dari bilik mak ke bilik stor abah.
Disebabkan kesukaran memasuki bilik stor kerana laluan berhalang yang terlampau mencabar seperti latihan komando di Kem Sungai Udang, Melaka maka, Mia berjalan-jalan mencari port baru.
Gerak-geri Mia telah aku perhatikan bagaikan seorang ninja ketika aku berada di rumah beberapa minggu yang lalu.
Setiap kali Mia mahu memasuki bilik aku, aku akan membuat buyian yang menyeramkan supaya dia keluar.
Penghijrahan Kedua
Malang sekali, Mia telah berhijrah ke bilik aku semasa ketidaan aku di rumah sejak beberapa hari yang lalu.Penghijrahan Ketiga
Aku akan pastikan penghijrahan ketiga berlaku walau apa cara sekali pun.
Mia, tunggu aku balik rumah ahad nanti!
Berambos dari bilik aku!
Aku dah bagi kau kotak, kau pulak memperkotak-katikkan aku!
Tengok tu!
Aku marah, dia boleh korek hidung pulak!
Dasar kucing kacukan German!
Korang mesti pelik nape rupa kucing aku macam babi kan??
Kucing aku memang babi sebab menginap dalam bilik aku.
Kucing aku memang babi sebab menginap dalam bilik aku.


1) aku masuk blog ni dan aku scroll down untuk tengok panjang mana entri kau.
BalasPadam2) aku nampak kartun korek hidung ni. ahh kau memang macam tu. aku faham.
3) aku view post lepas-lepas. awek cun tu dah takde. fine. aku setim tengok video tu.
4) aku view komen pasal miss miss. dan kau cakap aku pondan. ahh, dasar amalina. macam baru tahu jew selera aku arah situ.
5) aku terfikir nak komen apa terus jadi save-energy mode?
6) aku blurr.
7) dan aku dah lupa apa aku nak komen pasal entri ni.
nantilah aku datang lagi.
1)ya, aku tak sengaja tulis panjang.
BalasPadam2)ya, aku memang macam tu.
3)aku rasa pompuan tu comel sangat untuk berada dalam blog aku.aku takut aku jatuh cinta dengan dia sebab aku tak berhenti lagi ulang video die lepas aku post kat blog.dia sangat pure.
4)haha
5)die suruh kau simpan tenaga untuk komen post orang lain.
6)aku alert.
7)banyakkan makan kismis.
ok, lain kali datang bawak makanan sekali, boleh buat jamuan.
sebab tu la aku tak suka ada kucing dalam rumah aku...banyak masalah !!!
BalasPadammanja,gedik apa lagi... hahahaha....
semoga kau dapat kerja dalam masa terdekat ni..amin....
ien yang garang.. jangan melakukan perbuatan kejam pada kucin kau tuh ien.. kalau kau rasa tanak dia lagi hantarlah ke rumah kebajikan kucing yang berhampiran.. huhuhu :p
BalasPadamamalina oh amalina...
BalasPadammeh hiasi kotak komenku meh!
hahaha.
BalasPadambenda yg sama berlaku pd aku.
kucing tu letak anak2 dia dlm bilik aku.
habis hancing mancing bagai.
dh rasa puas hati, bru dia berambus dgn anak2 dia. grr
sebut german aku warning,slow-slow sikit.mentang-mentang aku sorang orang german sini
BalasPadamvampire's lovex, aminnn..(sambil tadah tangan dan sapukan pada muka)
BalasPadamrohanazainal, kau tak faham perasaan aku yang diperkotak-katikkan..:(
mommy farah, sudah..sorry lambat..pergi bely renda2 dan manik2 die kedai sebentar.
fzaibrahim, kucing kau pun babi macam kucing aku.sangat muhalazoh.
headmaster,dah cukup slow dah..nyaris2 aku kena langgar dari belakang tadi..aku pertaruhkan nyawa demi kau tau tak..
kucing aku beranak dalam stor ayah aku.
BalasPadam