5.6.11

Berita Gembira-Sedih

Tiga hari berturut-turut aku mimpi Mia beranakkan anak dia.
Berpeluh-peluh mimpi macam aku yang beranak.
Setiap kali aku bangun tidur, aku turun mencari Mia untuk tengok dia dah beranak ke belum.
Akhirnya, semalam dia beranak.
Keluar empat ekor.
Aku bagi cadangan bagi nama Manis, Masin, Masam dan Pahit.
Belum pasti lagi cadangan diterima atau tak.

Tadi, adik aku call kata kucing tak elok tangkap gambar nanti kucing cepat mati.
Tak sangka mak aku boleh kata "Betul jugak."
Dalam hati aku "Kenapala percaya benda-benda camni.."
Malas aku bersuara nanti tiba-tiba mak pukul aku macam aku budak darjah 3.

Hari tu aku kena pukul guna rotan sampai peha aku lebam dan luka sebab :
Adik aku memakai baju Bob Marley.
Adik aku lagi sorang bertanya, "Mak, Bob Marley tu siapa?"
Pantas mak menjawab, "Penagih dadah"
Aku tidak bersetuju tentang itu dan bersuara, "Mak ni nampak part negatif je, cuba tengok part positif".
Aku berpendapat lebih baik jika dia memperkenalkan Bob Marley itu penyanyi berbanding penagih dadah.
Tiba-tiba, kata aku cari gaduh, dia kata dia hanya bergurau.
Aku gagal baca gurauan muka serius begitu.
Dia ambil rotan,pukul aku.
Aku pula duduk di atas kerusi seperti orang kebal menunggu dipukul.
Aku kecewa melampau tentang itu sebab aku rasa humiliated depan adik-adik aku dan mukanya ketika pukulan bertubi-tubi, memang dia nak aku sakit.

Serik untuk aku bersuara.

Amalina, behave.
Simpan je apa kau fikir dalam fikiran kau.
Ramai juga yang benci bila kau bersuara, Amalina.
Lagi-lagi mereka yang ada pertalian darah dengan kau.

Elok juga aku cerita di sini sebab tak ramai yang nak ambil tahu benda besar berbanding benda kecil.

Orang : Gelak la wei!gelak!gelak!
Amalina : Aku tak rasa ni lawak, maaf untuk tidak menjadi seperti yang dikehendaki.

4 ulasan:

  1. Bersuara hanya kepada orang yang pandai menilai dan menghargai suara.

    BalasPadam
  2. susah bagi aku yang mengamalkan kebebasan bersuara.

    BalasPadam
  3. freedom of speech 'berjaya' diamalkan di negara kita.

    BalasPadam
  4. Amalina,you don't forgive people because you're weak. You forgive them cause you're strong enough to understand that people make mistakes in life.

    BalasPadam