12.6.11

Skor paling tinggi aku dapat : 1000

Amalina : Aku masih berpeluh-peluh main Snake Xenzia guna telefon biasa berskrin hitam putih sewaktu ramai di luar sana main Angry Bird dalam telefon pintar mereka.

Budak urban konon : Kau nak kata kau rare ar?

Amalina : Takde ar..aku tak mampu.Ular dengan burung, mana lagi ganas?

Budak urban konon : Telefon cikai pun pinjam adik punya, apa la kau ni Amalina!

Amalina : Kalau kau nak buang handphone canggih-canggih dalam tong sampah yang berulat, beritahu aku dulu taw!Takde ar..kalau aku pakai handphone canggih baru aku tak segan nak letak handphone atas meja ketika lepak bersama rakan-rakan di kedai mamak, baru nampak macam urban kan..baru ramai laki hot pandang aku dan tanya bb pin aku kan? baru jari-jari aku nampak berseri dan kulit aku berkilau terkena cahaya handphone mahal kan?

Budak urban konon : Ha-ha-ha-ha(gelak pandang rendah)

Aku masih pelik kenapa telefon canggih tak masuk dalam senarai wishlist aku.

Nak tengok wishlist aku?
(Sambil tutup-tutup skrin macam perempuan gedik yang nak kena jirus air zamzam)

Wishlist aku (fuyoo!boldkan!!!wuhooo!):

Kerja tetap
Dah lapan bulan aku tak dapat kerja tetap.Aku nak kerja yang ada kaitan dengan advertising, marketing atau branding. Aku dah dapat kerja hari tu tapi aku quit sebab banyak sebab, malas cerita..

Cadbury Cherry Ripe
Aku masih cari ni, yang sebungkus besar, seketul. Susah betul nak jumpa, yang ada jual hanya party pack yang campur-campur dengan yang tidak dikehendaki, saiz kecik dari jari kelingking aku.

Jelly Belly
Aku suka benda ni, takde jual kat kedai depan rumah aku, walaupun Tesco.

Boyfriend tetap
Aku nak cari yang biasa, tak pakai perfume bau maskulin atau tak pakai perfume lansung, tak merokok, tak banyak bercakap tapi banyak ekspresi muka, suka makan kedai-kedai biasa(yang bersih) berbanding restoren makanan segera, ringkas, selekeh sikit tapi bersih, tak baik sangat tak jahat sangat tapi berkebolehan merasionalkan aku,bukan jiwang, boleh bagi aku ruang untuk diri sendiri bila aku perlukan tanpa pertikaikan kenapa,bukan attention seeker, tak suka campur hal orang, tak komplen-komplen benda yang tak sepatutnya, gila sikit mungkin banyak sikit mungkin banyak dan yang paling susah : boleh tahan perangai pelik aku tanpa buat muka 'WTH?!'(ni 1st time aku senaraikan semua ni. aku tak sangka sepanjang ni)

Jam tangan Fossil
Sebenarnya aku bukan setakat nak jam tangan Fossil, aku nak purse Fossil, tali pinggang Fossil, messenger bag Fossil, handbag Fossil.Kalau boleh aku nak kedai Fossil.Hahahahaahahahahah!(gelak teruja)

Rumah sendiri
Aku masih ragu-ragu konsep rumah aku, yang pasti, aku nak rumah sendiri suatu hari nanti.

Kereta sendiri
Kereta idaman aku ialah mini cooper lama warna putih tapi aku rasa aku kena fikir balik tentang ni.Eh! Aku belum buat lesen kereta lagi. Mungkin wishlist ni lebih elok ditukar kepada 'Lesen memandu'

Mungkin aku patut tambah satu lagi dalam senarai wishlist,'Handphone sendiri'.
Bukan mungkin, memang patut pun..Haha!

P/S : Wishlist aku memang tak nampak hebat macam wishlist kau tapi ni la wishlist aku.

8 ulasan:

  1. aku rasa aku lebih sayangkan hp cokia murahan aku yang tak ada warna tak ada true tone berbanding hp sekarang.sebab aku rasa membazir kalau tidak di gunakan.
    patut ke aku jual hp tu semula?

    BalasPadam
  2. wishlist aku

    Mati beriman.

    BalasPadam
  3. baca perkataan cadbury kat sini buat aku lapar...

    semoga kau dapat apa yg ko nak weh..

    pasal apkwe tu,aku sokong. pakwe yg suka ajak makwe makan kat kedai makanan segera memang x berapa bagus...hahaha..baik gi makan nasi berlauk kat gerai2 tu..huuuu..*aku budak kampung

    BalasPadam
  4. pembunuh tanpa bayang, entah la..ikut kau la..kau punye bukan aku punye.

    headmaster,.............(ada bunyi nyamuk lalu)

    vampire lovex,aku suka budak kampung termasuk kau.haha..tapi aku suka subway.

    BalasPadam
  5. handphone murah boleh baling anjing, kan selamat?

    BalasPadam
  6. hans0,hp murah xdela seberat yang kau sangka.

    BalasPadam
  7. woi. panjang gila ciri lelaki idaman kau.

    tapi kool.

    BalasPadam
  8. aku pun tak sangke ia boeh jadi sepanjang itu..haha!

    BalasPadam