28.6.11

Surat bodoh untuk orang pandai dari orang bodoh

Sekiranya anda bukan doktor atau pembantu doktor, anda dilarang membuka dan membaca surat ini.
Sekiranya cap jari anda ditemui pada sampul surat ini, anda akan dicurse menjadi cantik dan hensem sehingga ke akhir hayat dan akan keluar pokok dari atas kepala anda setiap kali anda melihat cermin.



Hi doktor,
Selamat hari Selasa. Selesa tak?
Doktor,saya berasa amat tidak selesa pada hari Selasa ini, saya rasa saya memerlukan pil tidur ketika ini. Saya berjanji saya tidak akan makan lebih dari sukatan yang sepatutnya.

Saya amat perlukan tidur ketika ini, saya berasa lemah. Tiba-tiba saya rasa macam nak demam, nak selsema la..Doktor, tolong saya, saya dah menguap lebih daripada 20 kali dalam masa satu minit tapi saya masih tidak tidur. Saya dah baring atas katil dari pukul 4.50 pagi, tapi saya gagal tidur sehingga sekarang. Saya perlu jumpa kawan saya pukul 11 pagi nanti, kemudian saya perlu melakukan sesuatu pada waktu petang, kalau saya tak tidur sekarang bagaimana saya nak teruskan hari Selasa ini dengan selesa. 

Tolong masukkan pil tidur itu ke dalam sampul surat yang saya berikan itu kemudian masukkan ke dalam mailbox depan rumah kerana saya pemalas nak pergi klinik.
Diharap doktor tidak mengenakan delivery charge sepertimana McDonald dan mencontohi Dominos Pizza.

Tiba-tiba, setelah saya selesai menulis surat ini, saya berasa mengantuk, mungkin saya tak perlukan pil tidur tu. Lupakan saja permintaan saya tadi..

Maaf, saya terpaksa post juga surat ini kerana saya tidak mahu bazirkan dakwat, kertas dan sampul surat yang telah saya gunakan untuk menulis surat ini begitu sahaja. Maaf juga kerana disebabkan saya tidak mahu bazirkan dakwat, kertas dan sampul surat ini, saya telah bazirkan masa doktor untuk membaca surat saya ini sedangkan seorang pesakit sedang mengerang kesakitan di wad kecemasan dan pada saat ini telah menghempuskan nafas yang kedua terakhir dan kemudian yang terakhir sekali sebelum sempat doktor menyelamatkannya.

Sekian, senyum Selasa selalu.

Photobucket
(beginilah keadaan doktor setelah membaca surat aku)

6 ulasan:

  1. jgn kata doktor....aku yg baca nie pun mata ley terjojol keluar.....

    BalasPadam
  2. mommy fara, abis la..kenapa baca?nnt jadi cantik selama-lamanya dan akan kuar pokok dr atas kepala pada setiap kali melihat cermin.
    kan sy dah inagtkan...ermmm..(mengeluh..)

    BalasPadam
  3. amiey white,mesti menyesal dah jadi cantik untuk selamanya..

    BalasPadam
  4. T__________________T
    kau bukan perlukan doc.
    kau perlukan psikiatrist. T__T

    BalasPadam
  5. fzaibrahim, kau amat memahami aku.

    BalasPadam