30.7.19

Bodoh

Aku cuba nak elak cerita kat orang bila benda pelik jadi sebab benda tu boleh buat orang ingat aku gila ke bodoh tapi hold  adalah perkataan yang besar untuk aku tamping berseorangan.

Macam...
aku tahu seorang  kawan sedang baca post insta aku 4 tahun lepas. 
Tetiba aku tengok dia like post tersebut.
Memang betul exactly macam yang aku nampak sebelum ia berlaku.
Tu belum lagi yang aku teringat orang, tetiba orang tu call.

Banyaklah lagi yang buat aku pertikaikan bagaimana ia berlaku atau
bagaimana aku dapat tahu ia akan berlaku dan kenapa perlu aku tahu/rasa sebegitu.
Kadang-kadang benda kecil-kecil,kadang-kadang benda besar.

Entah apa yang aku salah makan sampai benda-benda camni jadi.
Tak suka nanti orang ingat aku ni kuat berangan atau ada masalah mental.
Tapi bertahan daripada berkongsikan kejadian dengan orang terdekat adalah menyeksakan.
Aku sebenarnya expect ada orang cakap “ha..aku pun pernah camtu”

Janganlah kalau dalam dunia ni aku sorang je alami.

Manalah tahu sedang aku tidur,ada makhluk asing datang culik dan buat pelik-pelik
dengan otak aku kemudian letak aku kembali di atas katil.
Hahah!

Emm..apa sebenarnya yang berlaku?

24.7.19

Dekat

Sebenarnya setiap kali kita ragu dengan diri sendiri,
sebenarnya kita ragu dengan Tuhan kita sendiri.
-
Self reminder
Segalanya milik Tuhan.
Segala-galanya.
Segalanya.

19.7.19

Kucing

Semalam aku duduk atas meja tiba-tiba aku tersedar yang file atas tu basah.
Bukan setakat file,buku aku pun basah,bau kencing kucing.
Hati aku panas sepanjang buat kerja mencuci segalanya.
Ini bukan pertama kali kucing aku buat perangai sebegini.

Pernah juga dia kencing atas tilam aku.
Setelah beberapa teknik mencuci masih tidak menyakinkan aku,
aku decide untuk buang saja tilam itu dan beli yang baru.
Marah aku reda beberapa hari selepas itu setelah dia cuba pujuk
dengan kecomelan,rupa paras yang suci dan karakter yang manja.

Aku tahu betapa aku perlukan kucing itu untuk meneruskan kehidupan
tapi untuk hidup dalam ketakutan dikencing lagi buat aku rasa berbelah bahagi.

Bencilah camni!