Pernah tak kau mahu lakukan sesuatu tapi
kau ragu-ragu dengan kemampuan diri kau?
Mestilah pernah.
Kemudian, bila kau redahkan saja
dan kau berjaya hadapinya,
kau rasa macam lega sangat kan?
Walaupun, ianya sesuatu yang kecil.
Sepertimana yang berlaku pada aku beberapa hari lepas.
Ketika itu aku mahu membuang air dari bekas takungan di bawah peti sejuk.
Memandangkan peti sejuk itu besar, bekas takungannya besar juga.
Air di dalam takungannya pula penuh.
Aku agak ragu-ragu dengan kemampuan aku
untuk mengangkat bekas itu sebenarnya,
tapi aku cuba juga mengangkatnya.
Aku angkat saja bekas itu, sedikit air takungan tertumpah.
Aku letakkan ia di lantai kembali.
Untuk pengetahuan anda,
aku baru mengemop lantai itu.
Tiba-tiba, minda separa sedar aku
mengangkat bekas takungan itu
dan aku terus berjaya membuangnya
ke dalam sinki.
Masa aku angkat tu,
aku cuma fikir,
"Nak tumpah pun tumpah ar,
air je pun..boleh mop balik".
Yang hebatnya tiada air yang tumpah pun.
Apa yang aku cuba sampaikan ialah
bila kita ragu-ragu, apa yang kita ragukan itu
akan berlaku sebab otak kita bekerja tanpa kita
sedar untuk lakukan atau terlakukan perkara
yang kita ragukan itu.
Cuba cabar diri kau setiap hari untuk lakukan perkara kecil
yang kau ragu-ragu mahu lakukan dan lakukan tanpa
ragu-ragu seperti mandikan kucing yang tak pernah mandi,
cuba resipi yang kau rasa susah untuk dimasak,
atau mengorat lelaki hot macam Josh Harnett.
atau mengorat lelaki hot macam Josh Harnett.
Bila kita redah dan hanya
bersedia dengan apa saja akan berlaku,
segalanya akan berjalan lebih lancar
sebab kalau apa-apa berlaku pun
kau akan kata,
"Rilek ar..benda kecil je kot".
Kalau kau rasa benda tu kau rasa susah sangat pun,
ia akan sampai satu tahap yang kau rasa benda tu
kacang buncis bila kau dah selalu hadapinya,
akhirnya kau masih akan kata,
"Rilek ar..benda kecil je kot"
(Walaupun ia sebenarnya sesuatu yang besar bagi individu lain)
(Walaupun ia sebenarnya sesuatu yang besar bagi individu lain)
Bergantung kepada individu.