26.12.11

Mungkin

Mungkin matahari keluar kejap lagi,awan akan berhenti menangis.
Mungkin akan muncul pelangi.
Mungkin masa munculnya pelangi,ketika itu aku sedang tidur.
Mungkin aku akan berjalan dalam tidur merentasi pelangi tu.
Mungkin ada seseorang datang, tarik pelangi tu dan menggulungnya macam tikar.
Mungkin masa tu aku jatuh dan tercedera.
Mungkin seseorang yang baik hati datang mahu menolong aku.
Mungkin dialah yang telah menarik dan mengulung pelangi tadi.
Mungkin dia tidak perasan aku berada di atas tadi.
Mungkin warna pelagi itu terlalu fluorescent sehingga menghalang pemandangannya. 
Mungkin dia akan berikan aku pelangi yang digulungnya tadi.
Mungkin aku akan jadikan pelangi itu sebagai selimut.
Mungkin warnanya terlalu terang untuk dijadikan selimut.
Mungkin aku patut cairkan warnanya dengan peluntur.
Mungkin warnanya akan hilang, walaupun ia bukan diperbuat daripada benang.
Mungkin setelah meluntur, aku jemurkan di ampaian.
Mungkin aku akan sambung tidur dalam tidur itu.
Mungkin aku bangun dari tidur dan dapati pelangi itu sudah hilang.
Mungkin pelangi tu sudah menyerap masuk ke dalam aku ketika melunturnya tadi.
Mungkin aku patut berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.


P/S : Mungkin, ada satu perkataan mungkin di atas yang aku eja dengan 'g' yang ditinggalkan. Mungkin tiada seorang pun yang sedar dan kemungkinan ada yang akan mencari dimana munkin itu.


Selamat menghadapi hari yang penuh dengan kemungkinan.

Photobucket

25.12.11

Silap

Aku baru keluar tandas.
Aku ambil botol berpenutup hijau di atas meja, aku curahkan ke tapak tangan.
Berminyak.
Aku terkejut.
Ini adalah minyak zaitun jenama Safi.


Ini pula Instant Hand Sanitizer jenama Dettol.

Aku tersilap ambil.

Kesimpulannya, manusia dan kesilapan bagai air dan manusia 
(konon buat perumpamaan tapi hasilnya sampah)
terutamanya pada sesuatu yang mengelirukan macam 
keliru membezakan antara perayaan keagamaan dan perayaan kaum.

Perayaan Natal/Krismas disambut oleh penganut agama Kristian bagi meraikan kelahiran anak tuhan iaitu Jesus Christ yang kononnya lahir pd 25 Disember.
 Jadi, ucapan "Selamat Hari Natal/Merry Christmas" bersamaan dengan 
"Selamat menyambut hari kelahiran Jesus Christ".
Ianya adalah perayaan keagamaan.
Jadi, menjadi satu kesalahan bagi penganut Islam mengucapkan
"Selamat Hari Natal/Merry Christmas".
Tidak salah untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina/Happy Chinese New Year" kerana ia adalah perayaan kaum.

Aku cuma mahu berkongsi di sini, aku sendiri pernah buat kesalahan sama.
Banyak benda besar orang sekarang endahkan, benda kecil sebegini pasti ramai yang meremehkan.

Ermm..
Sebab kesilapan kecil aku terambil botol yang salah, kuman E.coli di tangan aku tidak mati.
Ya, kuman memang tidak terlihat dengan mata kasar tapi banyak penyakit meragut nyawa berpunca dari kuman.

Kan?
Kau rasa macam mana?

Photobucket

23.12.11

Nasi Lemak Ayam

Masa darjah 4, aku mengikuti lawatan ke KL Tower, Muzium Negara dan Planeterium.
Kalau tak salah aku, masa tu KL Tower baru dibina.
Bangun pagi, mak aku masakkan nasi lemak ayam.
Dia masukkan dalam bekas sebagai bekalan aku.
Aku masukkan dalam beg.

Ketika dalam perjalanan, aku tersedar yang :
Sambal ayam tu meleleh dan melimpah keluar dari bekas sehingga terkena beg galas aku.
Disebabkan aku malas nak handle sambal yang meleleh tu, aku biar je beg tu dalam bas.
Disebabkan aku rasa bersalah kerana tak makan nasi lemak tu, aku rasa bersalah untuk membelanjakan duit RM 20 yang mak aku berikan untuk membeli makanan.
Jadi, aku biarkan diri aku kelaparan.

Masa dalam KL Tower, rombongan kami asyik terserempak dengan pasangan yang asyik melakukan ciuman Perancis sambil turun naik mengelilingi KL Tower.
Pasangan itu sangat menonjol kerana lelaki Eropah itu sangat tinggi.
Kemudian, ada teropong yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
Ketika aku melihat pemandangan melalui teropong, aku cuma katakan "Tak menarik pun.."

Di muzium negara,......(terdiam)
Aku tak ingat apa-apa.

Ketika di Planeterium, aku cuma teruja dengan bilik gelap yang dipenuhi lampu seakan bintang.
Aku menegur seorang budak bernama Intan yang asyik menyalin butir-butir keterangan yang bertulis pada subjek-subjek dalam bilik pameran itu.

Aku penat dan lapar sepanjang lawatan yang aku kira pointless itu.
Sampai sahaja di rumah, aku makan nasi lemak ayam yang mak aku bekalkan, selamat tak basi lagi.
Aku rasa mak aku mesti terkecil hati sebab aku tak makan di sana.
Entahlah..aku pun tak tahu apa yang aku buat tu satu kesalahan ke tak.

Apa sekali pun, terima kasih emak untuk semuanya.

Kadang-kadang aku sendiri keliru sesuatu tu salah atau tidak, macam aku bertindak untuk memudahkan diri, tapi kemudian aku sedar ia memberi kesan kepada emosi orang sekitar aku, sedangkan dalam diam aku berusaha untuk mengurangkan rasa bersalah tu. 
Kemudian, orang tu rasa tidak dihargai dan aku juga rasa tidak dihargai.
Perkara sebegini sudah banyak kali berlaku pada aku, cuma yang aku berikan ini hanya contoh yang kecil.

Pada kebanyakkan masa aku kelihatan seperti seorang yang pentingkan diri dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain dalam membuat keputusan, tidak kurang juga yang melabelkan aku sebagai sombong. (ini bukan sesuatu yang membanggakan untuk ditulis di dalam sebuah blog yang dibaca oleh orang awam)

Ketika lawatan masa tadika dulu, budak duduk kerusi dekat dengan kerusi aku dalam bas, 
muntah dalam topinya.
Penuh satu topi.(bercerita dengan muka beria-ia)
Muntah penuh satu topi bukanlah sesuatu yang menyelerakan sepertimana coklat penuh satu topi.(cuma beritahu)

Aku pun tak pasti kenapa aku ceritakan semua ni pada kau, mungkin aku dah jatuh cinta pada kau.
Ya-ya, kau. Bukan-bukan, kau la..ishh..bukan kau. 
Kau tu yang sedang membaca ni.
Isshh..bukan kau, maksud aku kau yang sedang buat muka keliru tu.
Ishh..susah betullah nak tunjuk, ramai sangat.

Hahah!
Mesti keliru kan?

Photobucket

22.12.11

Lenyap



Tiba-tiba, aku rindu blog ini.
Tapi sudah tiada.

Photobucket

PMR

Semalam Afiqah tak makan nasi sebab cuak hari ni keputusan PMR nak keluar.

Masa aku ambil result PMR dulu, lagi 80 langkah nak sampai cikgu yang bagi result, budak kelas aku kejar aku sambil jerit, "Amalina, kau dapat 6A 2B".

Aku buat muka panas je, "Cane korang tau?"

Salah seorang menjawab, "Cikgu bagi tengok"

Aku agak panas hati sebab cikgu tu bagi orang lain tengok result aku dulu.

Tu jela nak cerita.

P/S : Kalau ada cikgu-cikgu(macamlah ada cikgu sekolah menengah baca blog aku) yang akan memberikan slip result PMR esok, tolong jangan kecoh-kecoh sangat, nanti budak tu dah besar sikit, dia akan tulis blog memperingati tindakan kejam yang bagai ditikam tepat di dada itu.

Hah!benda kecil sangat ni..

Photobucket

Mustahil

Afiqah sedang main game lumba kereta, Aizat menonton di tepi.

Aizat jerit "Impossible! impossible!"

Afiqah tanya "Apa dia impossible?"

Aizat jawab, "Berhati-hati la.."

Afiqah balas, "Berhati-hati tu careful..impossible tu mustahil".

Aizat jawab, "Ishh..Aizat tahu la..impossible tu berhati-hati".

Afiqah malas mahu bertekak dengan Aizat, dia pasang earphone.

Pengajaran : Jangan jadi confident macam Aizat, ia adalah menjengkelkan.

Photobucket

20.12.11

Buih

Dari petang kelmarin kucing kami si Bubble hilang.(kononnya cuba memulakan cerita)
Yang paling gusar ialah Pika sebab kucing itu dan dia seperti ada hubungan kimia.
Bubble ada tiga ekor anak yang baru lahir beberapa minggu lepas, mana mungkin dia bercuti ke Uzbekistan dan meninggalkan anaknya begitu sahaja.
Menjelang malam, aku juga menjadi risau.
Maka, aku ajak Aizat untuk bersama-sama melakukan operasi mencari.
Dalam kegelapan malam itu, aku dan Aizat dikejar anjing comel.
Bapa aku kata anjing tu bukan mahu gigit kami, cuma mahu bermain.
Baik, berbalik tentang kucing bernama Bubble yang hilang tu.
Pencarian kami gagal.(dengan muka hampa bagai pinangan ditolak)

Semalam lebih kurang pukul 4 petang, mak aku nampak Bubble bergerak-gerak meminta pertolongan dari cermin sliding door rumah jiran sebelah.
Ya, dengan ayat yang lebih mudah : "Dia terperangkap".
Jiran sebelah rumah aku hanya balik rumah untuk tidur, isterinya pula berada di kampung.
Mak aku telefon jiran sebelah, dia kata dia tidak mengunci sliding door.
Jadi, adik aku buka dan Bubble pun terselamat.
Yeah!!

Patutlah kucing oren yang buta mata sebelah tu asyik miaw-miaw macam nak beritahu sesuatu dari semalam.
Sayang sekali, aku tak faham bahasa kucing.

Yang penting, Bubble terselamat.

Photobucket

19.12.11

Air Mata Kucing

Pernah tidak berapa lama dulu, tidak lebih setahun yang lepas,
datang seekor kucing jalanan dalam kawasan pagar rumah aku.
Kucing itu berwarna hitam dengan belang-belang kelabu.
Aku tidak pandai menganggar usia kucing, tapi yang pasti kucing ini masih muda lagi.
Apa yang paling menjengkelkan ialah kucing ini suka mengiau (miaw..miaw..) seperti penyanyi screamo walaupun setelah kami berikan makanan.
Kucing itu berterusan duduk di depan pintu rumah dan mengiau hampir setiap masa.
Ini menganggu ketenteraman kami sekeluarga untuk keluar masuk rumah memandangkan kucing itu mengiau dengan cara yang menakutkan sehingga menampakkan taringnya.

Pada suatu hari, bapa aku keluar rumah, kucing itu masuk ke dalam keretanya,
jadi, bapa aku membawa kucing itu berjalan sekali tanpa sebarang niat untuk membuang kucing itu.
Bapa aku lepak di sebuah kedai makan yang jaraknya lebih dari 2 km dari rumah aku.
Kemudian, bapa aku tinggalkan kucing itu sebentar bersama hidangan seekor ikan yang sedang dijamahnya untuk ke kedai selang beberapa kedai dari kedai makan itu.
Bapa aku kembali semula, kucing itu sudah hilang.
Setelah mencari tetapi kucing itu tidak ditemui, bapa aku pulang.

Aku ingat lagi malam itu hujan turun.
Lebih kurang pukul sembilan, kedengaran suara kucing di depan pintu.
Aku buka pintu.
Kucing itu ada depan pintu dengan badan yang basah dan muka lemah.
Aku termenangis.

---

Ada seekor kucing lain datang rumah aku.
Kucing itu busuk, mata sebelahnya bernanah teruk, ada kecederaan pada badannya.
Kucing ini juga suka mengiau, hampir setiap masa.
Kucing ini merupakan kucing jantan yang suka memancutkan air kencingnya.
Ini membuatkan kami sekeluarga tidak selesa dengan bauan yang diciptanya di kawasan luar rumah kami.
Disebabkan ketidakselesaan itu, mak aku suruh adik aku buangkan kucing itu.
Adik aku buangkan kucing itu di Tesco yang jaraknya lebih kurang 450 langkah dari rumah aku,
tapi adik aku hantar dengan menaiki kereta.
Keesokkannya, kucing itu kembali semula di hadapan rumah aku.
Apa yang buat aku terharu ialah kucing itu berjaya sampai depan rumah aku 
dengan menggunakan sebelah mata sahaja.

---

Dulu aku pernah baca cerita sebegini dalam Chicken Soup for the Pet Lover's Soul,
sekarang baru aku percaya.

Photobucket

15.12.11

Ombak Fucker

Aku ingat cerita tu menjengkelkan, rupanya agak lucu jugalah.
Maksud aku cerita The Muppets

Huh?Ape?
Ombak Rindu??
Huh?
Aku mana ada cakap apa-apa pasal Ombak Rindu.

Alhamdulillah, aku masih ada citarasa.

Photobucket

Terasa

Aizat dan Aishah sedang menonton filem Doremi.

Dialog dalam filem : Perut je besar, otak kecik.

Aishah pandang perut Aizat.

Aizat : Nak kata Aizat takde otak la tu??!

Aishah gelak dan kemudian kena pukul.

Photobucket

12.12.11

Telefon bimbit

Aku pakai dua telefon.
Satu telefon lama mak aku yang mahu dihumbannya ke dalam tong sampah
dan lagi satu telefon lama adik aku yang juga mahu dihumbannya.
Telefon lama adik aku itu adalah telefon bisu.
Ia tidak boleh berbunyi dan tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan,
hanya boleh digunakan untuk bermesej sahaja.

Disebabkan adik aku kesian dengan kesulitan yang aku hadapi, dia berkata,
"Along, hp ni ada warranty lagi, saya beli tahun lepas, pegi ar suh die repair rosak tu"
(kata adik aku sambil menghulurkan kad jaminan telefon itu)

Aku melihat kertas jaminan dengan tarikh pembelian 28 Disember.
Jadi masih sempat lagi.

Tiga minggu lepas aku ke kedai telefon dimana adik aku membeli telefon itu.
Jiran sebelah kedai berkata, "Kedai tutup,isteri dia beranak".

Kemudian, semalam aku pergi lagi.
Aku tunjukkan kad jaminan bersama telefon bisu itu.

Katanya, "Ini ada rosak, masuk air ka jatuh ka..saya pun tak tahu..tapi kalau you nak guna warranty pun tak boleh..ini 2009, sekarang dah 2011.sudah dua tahun..lagi, orang sekarang takde pakai ini model punya.."

Aku malu dan berlalu pergi.

Selama adik aku bagi kad jaminan, aku cuma tengok tarikh dan bulan pembelian sahaja, tahun aku endahkan.

Ha-ha-ha.
Menyedihkan..
Pathetic giler rasa.
Ha-ha.

Photobucket

9.12.11

Kad

Bapa aku suruh tolong keluarkan duitnya.
Malas nak bawa dompet, aku pegang saja kad ATM itu ditangan.
Masuk kereta, aku terlanggar tangan yang sedang memegang kad.
Kad kemek di tengah menjadikan permukaan kad melengkung.
Aku betul-betulkan kad itu dengan harapan tidak tersangkut nanti.
Aku memasukkan kad di mesin ATM.
Urusan selesai, selamat.

Itu saja nak cerita.

Kesimpulan, rilek sudah..

P/S : Aku baru terima kad perkahwinan dari seorang kawan. Kad dia diperbuat daripada plastik, lagi tebal dari kad ATM yang aku terkemekkan tu.

Photobucket

8.12.11

Cenderawasih

Adik aku ada jamuan bersemperna tamatnya peperiksaan SPM bersama-sama rakan sekelasnya. Dia memegang beg plastik berisi beg kertas pelbagai corak.

Adik aku kata, "..untuk isi cenderamata"

Mak kata, "Macam pelik je bunyi cenderamata, cenderahati la.."

Adik aku kata "Cenderahati, cenderamata..lebih kuranglah".

Aku kata, "Souvenir".

Mak aku kata, "Tu bahasa inggeris"

Aku kata, "Cenderahati tu kalau masuk pertandingan..yang kalah tu dapat saguhati..eh..bukan..tu saguhati", dengan muka yang lebih keliru.

Mak kata, "Lagi complicated dah.."

Adik aku, mak aku dan aku, gelak bersama.

---

Aku semak di laman web Dewan Bahasa & Pustaka dan aku jumpa ni :





Betul la, mak dan adik aku kata cenderahati ataupun cenderamata pun betul, cuma kedengaran janggal kerana tidak biasa digunakan.

Aneh sekali bila kita sendiri janggal menggunakan bahasa kita sendiri dan lebih selesa menggunakan perkataan dari bahasa Perancis, "souvenir". 

Aku bukan cuba memperkatakan tentang memartabatkan bahasa pun..cuma aku mempertikaikan kejanggalan  menggunakan perkataan-perkataan tertentu terutamanya bila terselit sebutan organ manusia seperti mata dan hati bagi merujuk pada benda.

Agaknya perkataan cenderamata dicipta berikutan objek itu untuk tatapan mata macam bingkai gambar, lukisan dll. manakala perkataan cenderahati pula dicipta kerana objek itu membawa kenangan yang terpahat di hati.

Kesimpulannya, begitulah seninya Bahasa Melayu, tersurat tersirat perkataannya.
Cewah!

Photobucket

6.12.11

Sayap

Aku bangun pergi membasuh muka.
Aku buka lampu bilik.
Ada seekor rama-rama di tepi dinding katil.
Err..aku tak pasti ianya rama-rama atau kupu-kupu.
Tiba-tiba ia bersuara, "Hey Amalina, giler buruk muke kau menangis.."(ni tipu)
Ia tidak bergerak walaupun aku berpura-pura mahu menepuknya dengan bantal.
Aku mahu baring di atas katil tapi aku risau kalau ia terbang ke muka aku secara tiba-tiba.
Aku panggil mak aku untuk menghalaunya.
Mak aku ambil dan buangkan melalui tingkap.
Ia masuk semula ke dalam bilik.
Sayapnya rosak sebelah.
Aku izinkan dia duduk di bilik aku sehingga sayapnya pulih.
Harap tiada cicak yang akan mengganggunya.
Harap dia tidak mati.
Terima kasih sebab temankan aku nangis tadi walaupun aku tak sedar.

Photobucket

4.12.11

Kesempatan

Kau rasa tahun lepas kau ada buat dosa tak?
Kau rasa tahun yang sebelum-sebelum tu kau ada buat dosa tak?

Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari Asyura maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: 
"Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(Riwayat Muslim)

Lusa, Hari Asyura bersamaan 10 Muharram. 

Siapa yang sembahyang sunat Hari Asyura:
Allah akan mengampunkan dosa dia walau dah 50 tahun buat dosa tu.

Seeloknya puasa esok (9 Muharram : Hari Arafah), lusa (10 Muharram : Hari Asyura).
Lebih elok lagi puasa 9, 10 dan 11 Muharram.
Ini adalah ibadah sunat bagi umat Islam.

Aku biasa juga mendengar pemikiran sempit yang menempik:
"Benda wajib pun tak sempurna, buat apa nak kejar yang sunat"

Aku bersetuju dengan kata-kata Demosthenes bahawa:
"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan 
permulaan kepada usaha yang besar"


Aku tidak berpeluang mengambil kesempatan ini di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kalau kau berpeluang, jangan siakan.
Itu saja.

Photobucket

Pemikir



Video ini tidak relevan pada diri aku tapi relevan untuk penghasilan hormon endorphin.

Ya, aku perempuan.
Aku selalu juga memandang ke satu arah, termenung tanpa sesuatu pun yang aku fikirkan dalam kepala.
Serius, kosong.

Pernah satu ketika, aku duduk termenung sambil pandang ke satu arah.
Kawan aku datang.
"Kau tengah fikir ape tu?", tanya dia.
"Takde pape..", balas aku.
Bila aku kata "Takde pape" ketika tu, aku memang maksudkan tiada apa-apa bersamaan dengan kosong.
"Kalau orang tak kenal kau mesti dia ingat kau ni banyak fikir sebab muka kau macam tengah fikirkan sesuatu", kata kawan aku rasa masih meragui frasa "Takde pape" yang aku lemparkan.
Aku diam.

Berdasarkan beberapa buku yang aku baca, asas bagi seseorang untuk menjadi pemikir adalah membezakan antara fakta dan pendapat.
Perempuan adalah pemikir : pendapat.

Adakalanya aku cuba menggunakan otak untuk berfikir supaya ia tidak terlampau kosong walaupun aku sedar apa yang aku fikirkan adakalanya hanya benda kecil.

Photobucket

2.12.11

AIDS


Sumber video: UNICEF Malaysia

Aku : Aizat,AIDS tu ape?
Aizat : Eight ke egg?
Aku : AIDS la..
Aizat : Owh..lapan.
Aku : Bukan..tu eight.AIDS la..A.I.D.S..
Aizat : Owh..telur..
Aku : Bukan..penyakit AIDS..pernah dengar tak?
Aizat : Owh..Aizat tahu..tu macam penyakit otak..dalam otak dia macam ada benda.susah la nak cakap..

P/S : Arnab putih bawah ni sebenarnya memakai reben merah bukannya bunga merah, kalau kau nampak bunga merah sila buat ujian HIV di hospital berdekatan secepat mungkin.

Photobucket

1.12.11

Panjang

Perhatian : Kalau kau tak suka baca entri panjang, kau boleh baca yang pendek saja.

Kawan aku dapat kupon wayang percuma setiap bulan.
Selalunya kami akan pergi menonton wayang bersama.
Dia ada satu tiket tapi menurut kupon itu, ia akan luput pada tarikh tiket itu diberikan pada aku.
Maka, kawan aku suruh aku pergi menonton wayang menggunakan tiket itu, dia pula tidak dapat teman aku kerana perlu bekerja sehingga lewat malam.
Kupon itu membolehkan aku menonton wayang tiga dimensi bersama seorang lagi manusia.
Ya, satu kupon tapi untuk dua orang.
Tapi tiada siapa yang aku kenali mahu menonton wayang bersama aku.
Walaupun ianya percuma tapi aku masih rasa ia satu pembaziran untuk gunakan untuk aku seorang. Mungkin kau rasa aku bodoh kerana berfikiran sebegitu.

Sampai di kaunter tiket, aku melihat skrin jadual tayangan.
Hanya dua cerita tiga dimensi yang ditayangkan : The Adventure of Tintin dan Happy Feet.
Aku sudah tonton Happy Feet seminggu sebelum itu, jadi pilihan yang ada hanya Tintin.

Di sebelah aku berdiri seorang lelaki berkemeja-T putih sedang melihat skrin jadual tayangan.
Dia mengeluarkan wang kertas sepuluh ringgit kemudian menuju ke kaunter pembelian tiket.
Aku dengar dia kata "Happy Feet satu" pada penjual tiket.
Dia toleh ke arah aku, oh..dia sedar yang dia sedang diperhatikan.
Aku berlalu pergi, kalau lelaki itu mahu menonton Tintin tadi pasti aku akan ajak dia menonton bersama.

Aku berjalan-jalan kemudian kembali semula ke kaunter tayangan.
Ditepi sana berdiri seorang wanita Eropah.
Aku menuju kearahnya.
Aku : Do you wanna watch movie?
Dia : I'm not sure yet..i'm still looking here..
Aku : I've got a coupon here for two person..I want to watch Tintin. Do you wanna watch with me?
Dia : I don't wanna watch cartoon..that's very sweet of you. Thank you so much..
Aku  pergi dari situ.

Aku berjalan-jalan sambil mencari sesiapa yang berpotensi untuk aku ajak menonton wayang.
Mungkin seorang yang sedang kesedihan, mungkin homeless, mungkin yang sedang berjalan tanpa hala-tuju.
Aku tak jumpa, instead aku yang nampak macam berjalan tanpa hala-tuju.

Aku rasa takpe la aku guna kupon tu untuk aku seorang pun, bukan membazir sangat pun daripada tidak digunakan lansung.

Aku kembali ke kaunter tiket.
Aku terjumpa kawan aku punya kawan.
Ya, aku tak kenal kawan dia tapi aku pernah teman kawan aku jumpa kawan dia ni.
Aku pergi padanya.
Aku : Kau kawan F kan?
Budak tu : Huh?!(muka terkejut dan lost)
Aku : Kau ni kawan F Binti J kan?
Budak tu : Aa..a'ah..(sambil pegang jantung)
Aku : Kau nak tengok cerita Tintin tak?
Budak tu : Boleh juga.

Photobucket

Pendek

Situasi : Aku dan emak sedang menonton klip video lagu korea yang sedang ditayangkan di television. Memandangkan tiada alat kawalan jauh, masing-masing malas menukar siaran lain.

Aku : Macam mane diorang boleh menari dengan selesa bila pakai skirt pendek macam tu?nanti nampak la sepende..

Mak : Diorang memang nak tunjuk sepende pun..

Aku : Oh..

Photobucket