19.12.11

Air Mata Kucing

Pernah tidak berapa lama dulu, tidak lebih setahun yang lepas,
datang seekor kucing jalanan dalam kawasan pagar rumah aku.
Kucing itu berwarna hitam dengan belang-belang kelabu.
Aku tidak pandai menganggar usia kucing, tapi yang pasti kucing ini masih muda lagi.
Apa yang paling menjengkelkan ialah kucing ini suka mengiau (miaw..miaw..) seperti penyanyi screamo walaupun setelah kami berikan makanan.
Kucing itu berterusan duduk di depan pintu rumah dan mengiau hampir setiap masa.
Ini menganggu ketenteraman kami sekeluarga untuk keluar masuk rumah memandangkan kucing itu mengiau dengan cara yang menakutkan sehingga menampakkan taringnya.

Pada suatu hari, bapa aku keluar rumah, kucing itu masuk ke dalam keretanya,
jadi, bapa aku membawa kucing itu berjalan sekali tanpa sebarang niat untuk membuang kucing itu.
Bapa aku lepak di sebuah kedai makan yang jaraknya lebih dari 2 km dari rumah aku.
Kemudian, bapa aku tinggalkan kucing itu sebentar bersama hidangan seekor ikan yang sedang dijamahnya untuk ke kedai selang beberapa kedai dari kedai makan itu.
Bapa aku kembali semula, kucing itu sudah hilang.
Setelah mencari tetapi kucing itu tidak ditemui, bapa aku pulang.

Aku ingat lagi malam itu hujan turun.
Lebih kurang pukul sembilan, kedengaran suara kucing di depan pintu.
Aku buka pintu.
Kucing itu ada depan pintu dengan badan yang basah dan muka lemah.
Aku termenangis.

---

Ada seekor kucing lain datang rumah aku.
Kucing itu busuk, mata sebelahnya bernanah teruk, ada kecederaan pada badannya.
Kucing ini juga suka mengiau, hampir setiap masa.
Kucing ini merupakan kucing jantan yang suka memancutkan air kencingnya.
Ini membuatkan kami sekeluarga tidak selesa dengan bauan yang diciptanya di kawasan luar rumah kami.
Disebabkan ketidakselesaan itu, mak aku suruh adik aku buangkan kucing itu.
Adik aku buangkan kucing itu di Tesco yang jaraknya lebih kurang 450 langkah dari rumah aku,
tapi adik aku hantar dengan menaiki kereta.
Keesokkannya, kucing itu kembali semula di hadapan rumah aku.
Apa yang buat aku terharu ialah kucing itu berjaya sampai depan rumah aku 
dengan menggunakan sebelah mata sahaja.

---

Dulu aku pernah baca cerita sebegini dalam Chicken Soup for the Pet Lover's Soul,
sekarang baru aku percaya.

Photobucket

9 ulasan:

  1. aku penah dgr, kalau buang kucing
    tak mau kasi dia balik semula, sila potong misai dia...ntah la, aku tak penah coba sbb aku tak bela kucing sbb rumah aku banyak bela burung

    sekian

    BalasPadam
  2. Hg bg kucing tu makan pa? Sedap kot hg bg makan tu..

    BalasPadam
  3. kalau kat nilai ni, ko buang kat pasar, nanti besok2 dia tak ada dah pasal myanmar dah makan dia buat goreng masak kicap.

    ini adalah cerita benar

    BalasPadam
  4. kucingorengemuk,:)

    pak lang, tak sanggup la, ini boleh menyebabkan dia kehilangan deria untuk jangkamasa yang lama.

    balecan,makanan kucing biase la, kenkadang ikan bilis.

    mirachantek, ishh..jahatnya..

    BalasPadam
  5. masa kecik aku ada anak kucing, tapi mati sebab kena makan dengan kucing jantan yg jahat. aku menangis.

    masa aku besar aku ada anak kucing, tapi mati abah aku tak sengaja tergelek dgn kereta. aku menangis.

    sekarang aku dah tak bela kucing. tak nangis dah..

    BalasPadam
  6. aku pernah rasa tu..

    BalasPadam
  7. bapak tiri aku langgar kucing aku. separuh badan kena. tulang kaki hancur. besoknya aku terpaksa balik ke asrama. 2 hari lepas tu, curi2 balik rumah dan jumpa dia tengah nazak. penuh semut kat kaki dia, dalam mulut dia, dlam mata dia. kalaulah aku ada masa 2 hari kau sengsara, aku akan jaga dia sebaik mungkin. sampai hati famili aku biarkan dia mati sorang2. even dah xde hrapan nak hidup pun , biarlah dia mati dengan elok. bukan biarkan mati sadis mcm tu. dia mati depan aku.

    BalasPadam
  8. mata aku berair baca cerita kau.

    BalasPadam