31.5.12

Jagung I

Minggu lepas aku kempunan mahu makan bertih jagung,
atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil popcorn.

Aku pergi menonton movie bersama kawan,
aku beli popcorn, aku suruh dia pegangkan sekejap.
Dia tertumpahkan satu bekas popcorn itu.

Esoknya, ada pasar malam di depan rumah aku,
aku suruh adik aku tolong belikan popcorn,
gerai popcorn tutup pula.

Aku asyik google gambar Garrett popcorn,
memandangkan aku malas bergerak ke KLCC,
aku google resipi caramel popcorn.
Aku tangguhkan niat untuk ke kedai menjual bahan bakeri untuk membeli biji jagung
kerana aku sangat sibuk melakukan aktiviti lain iaitu tidur.

Empat hari lepas, aku teman adik aku ke salon.
Sangat lama dia di situ, aku hanya menonton saja.
Aku bosan, kemudian baru aku teringat di atas
pasaraya itu ada pawagam.
Aku pergi membeli popcorn caramel.
Aku makan popcorn sambil menonton adik aku buat rambut.
Akhirnya tercapai juga hajat aku mahu makan popcorn.

Segalanya tidak berakhir di situ sahaja.
Esok aku sambung cerita.

Photobucket

25.5.12

Sori,aku macam ni.

Steve Jobs kata, 
"The only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, 
keep looking. Don't settle"
Photobucket
Semalam, aku telan roti canai tampal sekeping,
sebungkus mee segera Ruski perisa tomyam,
buah mangga sebiji, sebiji suplemen kesihatan,
roti nan keju separuh, roti nan garlic sekeping,
sekotak susu Dutch Lady Full Cream
oblong daging separuh, semug kopi Kapal Api.
Aku rasa bersalah kerana aku tidak gunakan kesemua kalori yang aku ambil
dan ianya akan bertukar kepada lemak.
Percayalah, ini bukan yang pertama kali.
Photobucket
Aizat pinjam buku bertajuk "Simbol Yahudi" dari perpustakaan sekolahnya.
Dia kata, "Along baca ar buku ni, memang sesuai untuk Along yang dengar lagu rock sangat".
Buku itu memang lucu, sehingga buat aku rasa nak koyak-koyakkannya.
Aku suruh dia pulangkan balik buku bonggok itu.
Tapi malam tadi aku jumpa lagi buku tu di atas meja di ruang tamu.
Pagi ini aku akan pastikan dia pulangkan buku itu atau aku .......
Photobucket

21.5.12

Nostaljik

Semalam, tiba-tiba aku terasa mahu on Yahoo Messenger.
Teman sebilik aku masa belajar dulu ada online.
Aku tegur dia, memandangkan dia takkan sedar yang aku online
kerana aku appear invisible to everyone.
Nama dia Nana, kali terakhir aku jumpa dia ialah dua minggu lepas
iaitu setelah 3 tahun tidak ketemu.

Nana : Hey in, ko kat mane je?
Aku : Amerika je..
Nana : Wah..hahah
Aku : Kat rumah.ko katne?
Nana : Aku baru bangun tidur, aku makan kat Shah Alam..

Kawan aku ini sekarang tinggal di Kelana Jaya, dia pergi makan di Shah Alam.
Masa kami sebilik di Shah Alam dulu, dia selalu bawa aku makan di Kelana Jaya.
Aneh kan?
Maaf, dia tiada laman Facebook.
Serius, memang tiada.

Aku : Wey, ko ingat tak kedai ayam penyet wong solo yang kita g mkn dulu..sebelah kedai tu dah bukak kedai makan upin & ipin..hahah
Nana : Hahaha...aku makan kat situ la..

Kebetulan.
Oh ya, ini gambar aku dan kawan aku,Nana sedang menari.
Aku yang warna hitam itu, dia yang warna putih.
Photobucket
Harap maklum.

Manakala di Facebook pula aku mendapat mesej dari ex-dorm mate yang juga ex-class mate aku, yang tiba-tiba buat aku terharu dengan penggunaan Bahasa Melayunya yang mengikut kosa kata dan tatabahasa.

Tiba-tiba, buat aku mahu berkata, "Do you know the muffin man?yeah!the muffin man?"
Terima kasih Mike Zuckerberg, semoga perkahwinan anda berkekalan.

P/S : Aku tiada benda menarik yang mahu diceritakan sejak akhir-akhir ini kerana aku tidur sepanjang siang dan berjaga sepanjang malam sehingga pagi 
sehingga aku kurang berkomunikasi dengan manusia di alam nyata.

Photobucket

20.5.12

Random


Photobucket

18.5.12

Dah

Tadi aku bosan.
Ya, bosan yang sebegini.
 Aku pun dengar lagu.
Erm..taklah goyang sangat camni
tapi masih menikmati alunan muzik.
Aku ulang-ulang album The Used yang baru bertajuk Vulnerable,
sambil berfikir..
Air otak mengalir sewaktu berfikir sehingga menampakkan seperti jerawat di muka, 
hal ini hanya berlaku pada makhluk yang berotak geliga.
 Aku fikir..bilalah The Used nak datang Malaysia?
Aku cari video live in concert The Used di laman Youtube, konon nak tambah feel.
Aku terjumpa The Used live in Kuala Lumpur 2011.
Kenapa aku tak tahu pun diorang datang?
Kenapa takde siapa bagitahu aku?
Kenapa takde iklan pun?
Kenapa aku tak tahu?
Kadang-kadang, ada perkara yang lebih baik kita tak tahu lansung
daripada kita dapat tahu setelah semuanya dah terlambat.
Photobucket

16.5.12

Deodoren

Sejak akhir-akhir ni aku kerap buat tarian kegembiraan.

Hal ini berlaku disebabkan aku telah menukar deodoren sejak beberapa minggu yang lalu.
Sebelum ini aku memakai deodoren jenama Simple,
kini aku bertukar pada deodoren jenama Dove yang berwarna hijau
dengan campuran bauan timun dan teh hijau.


Ya, yang ini.
Baunya sangat mendamaikan.

 Memandangkan aku ada obsesi pada bauan seperti timun, tembikai dan teh hijau.
 Ini adalah deodoren yang terbaik buat aku setakat ini.

Body mist ini juga mengujakan tapi tidak pernah aku lihat dijual di Malaysia.
Kalau kau jumpa beritahu aku ya.


 P/S : Ini cuma review aku, tanpa sebarang bayaran dari Dove.

15.5.12

Aneh

Aku sedang melayari internet.
Mak aku pula sedang mengajar adik aku.
Tiba-tiba, adik aku bertanya, "Mak, Aizat dah keluar air mani tak?
Aku terkejut.
Adik aku baru darjah 4.
Mak aku tergamam seketika kemudian berkata, "Mak mane tahu, awak kecik lagi..takyah fikir semua tu.."
"Aizat tak boleh, Aizat nak fikir jugak..sebab ustaz kata siapa dah kuar air mani boleh duduk depan..Aizat nak duduk depan", balas Aizat.
Mak bertanya, "Awak ada mimpi tak?"
"Ada..Aizat mimpi terkencing dalam seluar.", balas Aizat.
"Kalau mimpi macam tu..takde pape..awak ada mimpi pape lagi?", balas mak.
"Ada, ada..Aizat mimpi dapat kompang.", balas Aizat dengan teruja.
"Erm..maksudnya belum lagi.", jawab mak.

Aku tergelak di tepi mendengar perbualan aneh ini.

Photobucket

8.5.12

A

Dua hari lepas..
Aku, abah, emak dan adik aku sedang menonton television.
Ketika itu beberapa minit setelah perbualan ini{klik untuk ambil tahu} berlaku.
sambungan..
Adik aku : Along ingat lagi yek benda-benda jadi masa kecik..saya tak ingat lansung kot..
Aku : Ingat..Along ingat mase kecik Along pernah berak bentuk huruf A..
mase tu abah teman Along pergi toilet.Along bagitau abah mase tu..kan abah?
Abah : (diam saja)
Mak : Takkan ar abah nak ingat dia berak bentuk huruf A..ape ntah..
Adik aku : Mase tu Along bape taun?
Aku : 3 ke 4 tahun kot..

P/S : Aku faham kalau perasaan kau bercampur-baur setelah membaca ini.

Tahukah anda?
Anda baru sahaja membazirkan 38.83 saat dari masa hidup anda,
mungkin juga lebih dari itu kerana telah klik perkataan ini yang berwarna merah itu.

Aku tumpang simpati.

Photobucket

7.5.12

Abah

Bila nampak perempuan yang :
Eyeshadow tebal dan pekat. abah akan cakap, "Kene tumbuk ke apa mata dia tu".
Muka berbedak tebal. abah akan cakap, "Kene langgar tepung ke apa dia ni".
Pakai bulu mata palsu. abah akan cakap, "Mata ada bumbung".
Blusher merah sgt, abah akan cakap, "Kene tampar ke apa dia ni".
Rambut diwarnakan, abah akan cakap, "Mase keluar rumah kene karat air atap".
Pakai baju seksi, abah akan cakap, "Miskin..tak cukup kain".

Lagi..

Kalau tengok orang joget-joget dalam televisyen, abah akan cakap,
 "Bontot dia kena gigit kerengga ni..tu la tak boleh duduk diam".
Aku pasang lagu rock dengan kuat, abah akan cakap, 
"Ni kalau letak kat sawah padi mesti burung sume lari.."

Hahah!
Abah aku memang agak sarkastik.


Aku pernah rasa macam budak dalam video ni rasa..
Abah aku tak balik dua hari.
Aku dan keluarga risau gila, lagi-lagi bila telefon bimbit abah aku tidak diangkat.
Caller ringtone abah aku masa tu lagu Kau Pergi yang dinyanyikan Aizat,
lagi menyedihkan keadaan.
Akhirnya, ayah aku dijumpai di hospital dan cedera akibat kemalangan.
Gegaran dibahagian kepala akibat kemalangan itu menyebabakan abah kehilangan memori.
Tapi sesampai sahaja aku di hospital, abah tanya aku, "Along, bila sampai?"
Abah ingat aku.

Photobucket

5.5.12

Tua

Situasi : Panggung malam Jumaat ditayangkan di televisyen

Aku : Eh..cite ni Along ingat lagi..Along tengok mase kecik..

Adik aku : Mase tu Along bape tahun?

Aku : Tak ingat ar..yang Along ingat mase tu Along sekolah rendah..

Adik aku : Tipu ar..ni macam cerita baru je..macam zaman sekarang je..

Aku : Eh..ingat Along ni tua sangat ke?..ingat mase Along kecik tv takde kaler ke?

Mak & adik aku : Memang tua pun..

Cis!Tua!!!

P/S : Aku sedang mengalami krisis pertengahan usia.

Photobucket

Pesta buku

Hari ini aku pergi ke pesta buku.
Ada pakcik berdiri depan aku dan adik aku sambil 
memegang buku dengan gambarnya di muka depan buku dan berkata,
"Buku ni saya tulis!!",dengan muka teruja.
Aku dan adik aku ternganga sampai pakcik tu berjalan masuk ke dalam mulut kami,
kemudian aku tertelan otaknya, adik aku pula tertelan janggutnya.
Aku rasa pakcik ni seorang sasterawan yang unggul cuma aku tidak mengenalinya.
Satu-satunya sasterawan negara yang aku kenal adalah A.Samad Said
dan juga Amal Hamsan, nasyrun, Ophan Bunjos, Psychopath dan april.
Minta maaf, aku tidak sengaja.
Hasil daripada hari ini aku membawa pulang sepasang selipar baru dan sekotak teh kurus.
Adik aku pula beli buku latihan Tingkatan 4.
Aku tidak beli buku kerana di rumah aku ada 
sangat banyak buku cuma aku sahaja yang jarang membaca.
Ya, sememangnya memalukan.

Photobucket

2.5.12

Leka


 Aku sudah hantar notis sebulan berhenti kerja.
 Semalam, hari terakhir aku kerja di situ.
Bilik aku sangat bersepah, aku kata mahu kemas malam tadi,
tapi aku belum kemas lagi.
Aku kata pada mak, aku mahu balik pagi ini,
tapi pukul dua petang baru aku bangun tidur.

Hujan dari malam tadi buat aku tenang bersama buku.
 Rasa macam masa tidak bergerak 
walaupun jarum jam bergerak dan langit bertukar warna.